Latihan Asas Kawad Kaki Juga Dijalankan Oleh Ahli

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

1. Latihan asas kawad kaki juga dijalankan oleh ahli-ahli BSMM.

Kami dibahagikan
kepada dua kumpulan dengan seorang komandan di kumpulan masing-masing, iaitu
Sim Yong Jing dan Lee Sing Kiat. Bagi sesi ini, kami belajar untuk menerima bahasa
hukuman daripada komandan dan memberi bahasa hukuman. Bagi saya,ini adalah
terutamanya bermakna kerana kawad kaki merupakan satu kemahiran yang selaras
bagi kebanyakan unit beruniform, dan saya dapat memberi latihan kepada muridmurid bagi mana-mana unit beruniform dan bukan sahaja BSMM.
2. Melalui sesi hari ini, saya telah sedar tentang kepentingan watak seorang komandan
yang bersifat pemimpin untuk meningkatkan semangat ahli-ahli squat dengan
memberi bahasa hukuman yang cukup lantang dan jelas bagi setiap ahli squad untuk
dengar. Dengan ini, semua ahli squad akan menjadi alert dan kesilapan akan
diminimakan, seterusnya, kawad kaki yang seragam dapat dibentukkan.
3. Bagi saya, ini merupakan kali pertama untuk saya menjalankan sesi kawad kaki
secara formal seperti ini dan saya telah mendapat pengalaman dan pengetahuan
yang baharu. Saya telah mengenal pasti kelemahan saya dalam sesi ini, iaitu saya
tidak dapat melakukan prosedur untuk berhenti dengan sempurna.
Walaubagaimanapun, melalui bimbingan ahli-ahli kumpulan yang lain, saya
berupaya untuk melakukannya tanpa kesilapan. Ini telah membuktikan bahawa
aktiviti kokurikulum dapat memupuk semangat berpasukan dan menjadikan sesuatu
yang mencabarkan lebih mudah untuk diselesaikan.

You might also like