Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

5.

4 Perbincangan dengan kakitangan sekolah


Instrumen Pengumpulan Data : Temu Bual
Nama kakitangan sekolah : Widiana binti Mohamad Hata
Tarikh: 5 Ogos 2014
Soalan:

Berapa lama anda telah bekerja di sini?

Jawapan:

Saya mula bekerja di sini sejak 3 Mac.2009.

Soalan:

Berapa orang jumlah kerani yang terdapat di sini?

Jawapan:

Kerani hanya tiga orang sahaja. Mak cik pembersih di sini ada tiga orang.

Soalan:

Apakah tugas anda sebagai kerani di sini?

Jawapan:

Tugas saya termasuklah menguruskan gaji-gaji guru, maklumat-maklumat


guru seperti persaraan dan kenaikan pangkat, maklumat-maklumat murid
dan memasukkan data-data sekolah ke dalam portal.

Soalan:

Apakah antara jenis-jenis maklumat murid yang perlu anda kendalikan


dan laporkan?

Jawapan:

Kami akan melaporkan maklumat-maklumat murid seperti pendaftaran,


murid tukar sekolah atau ponteng.

Soalan:

Bagaimana pula dengan kerja pemfailan sekolah?

Jawapan:

Kami akan merujuk kepada maklumat-maklumat yang diberikan oleh Guru


Besar dan penolong-penolong kanan untuk menghasilkan fail sekolah.

Soalan:

Apakah yang terkandung dalam fail tersebut?

Jawapan:

Kandungan fail adalah seperti pentadbiran sekolah, penjawatan dan


perkhidmatan awam, maklumat kewangan seperti gaji guru dan akaun
sekolah, hal ehwal murid, kurikulum dan kokurikulum sekolah, kemudahan
fizikal sekolah dan perhubungan masyarakat sekolah .

Soalan:

Sekiranya ada kerosakan bagi kemudahan fizikal di sekolah, adakah guru


akan menelefon atau anda yang akan menghubungi pihak tertentu?

Jawapan:

Kami yang akan menghubungi orang untuk membaiki kerosakan tersebut.

Soalan:

Bagaimana dengan segala persuratan sekolah?

Jawapan:

Biasanya, Guru Besar atau penolong-penolong kanan akan memberikan


arahan kepada kami. Kami akan bertanggungjawab untuk menulis suratsurat rasmi tertentu dan ditandatangi mereka.

Soalan:

Adakah ada masalah-masalah yang anda temui apabila menyiapkan kerja


anda?

Jawapan:

Masalah yang paling besar ialah masalah online. Sebagai contoh, tarikh
tutup bagi e-kehadiran murid-murid sudah dekat, namun, kita masih tidak
dapat mengakses ke dalam laman tersebut.

Soalan:

Selain daripada ini, adakah apa-apa masalah yang lain?

Jawapan:

Kadang kala, pihak PPD dan JPN akan mengeluarkan arahan yang
berbeza-beza.

Maka,

kita

anda

menghadapi

kekeliruan

dalam

menjalankan tugas kami.


Soalan:

Adakah anda berasa kerja anda sebagai kerani di sekolah ini berat?

Jawapan:

Bagi saya, kerja ini tidaklah berat sangat sebab kami hanya melakukan
apa yang disuruh oleh Guru Besar, penolong-penolong kanan dan guruguru sahaja.

Soalan:

Baiklah, terima kasih kerana sudi menerima temu bual saya ini.

Jawapan:

Sama-sama.

You might also like