Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Contoh karangan ucapan perpisahan guru.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru
dan rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi.
Hadirin yang dihormati,
Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih dan berbesar hati kerana
pihak majlis sudi menjemput saya untuk menyampaikan ucapan dalam majlis pada
hari ini. Sebagaimana yang kita ketahui, majlis ini diadakan adalah untuk meraikan
Pn. Teo Mei Choo yang akan berpindah ke sekolah lain tidak lama lagi.
Sesungguhnya kita tidak menyangka bahawa beliau akan pergi setelah
sekian lama mencurahkan bakti di sini. Kita berasa amat sedih kerana akan
kehilangan seorang guru yang sangat dedikasi terhadap tugasnya dan amat
penyayang sikapnya.
Hadirin yang dikasihi,
Pengorbanan dan jasa beliau kepada kita tidak ternilai harganya. Beliau
telah banyak membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada kita. Selain itu,
beliau juga sentiasa mengambil berat dan sanggup meluangkan masa mengadakan
kelas tambahan kepada murid-muridnya.
Saya mewakili semua murid, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn.
Teo. Kami menghargai segala usaha dan jasa cikgu. Kami berjanji akan belajar
bersungguh-sungguh agar impian dan cita-cita kami tercapai.
Kami juga meminta ampun dan maaf daripada cikgu jika terdapat sebarang
kesilapan yang telah kami lakukan sepanjang cikgu mendidik kami.
Akhir sekali, saya mewakili semua murid di sekolah ini berdoa agar cikgu
akan berbahagia apabila bertugas di sekolah baru nanti. Sebelum mengakhiri
ucapan ini, terimalah serangkap pantun daripada saya.
Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Walaupun jauh ribuan batu,
Hilang di mata, di hati jangan.
Sekian, terima kasih.

You might also like