Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Kolej Vokasional Arau

Jalan Padang Nyu


02600 Arau
Perlis

KERJA BERKUMPULAN :
MOHAMAD FAIZ BIN MOHAMAD ZAKI
MUHAMMAD RIDHWAN BIN ABD MANAP
MUHAMMAD AKMAL BIN AMIR
KU MUHAMMAD ATHIFF BIN KU ZAHIRUN

TAJUK : PENJAJARAN RODA, BREK DAN TAYAR


MODUL: (MTA 803) KEMUDAHAN DAN PERALATAN
FACILITIES AND EQUIPMENT

Semester
Tahun

:Semester 8 Tahun 2 Diploma Teknologi Automotif


: 2016

Nama Pensyarah : En. Azhar Saifulizan Bin Mohd Abidin

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa


tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan laporan kami ini dengan
jayanya. Laporan yang ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan
sebahagian daripada permakahan dalam modul.
Sekalung penghargaan untuk guru subjek kami, En. Azhar Saifulizan Bin Mohd Abidin
kerana kerana memberikan bimbingan, dan dan tunjuk ajar kepada kami.
Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa kami kerana memberikan sokongan dan
dorongan kepada kami sepanjang laporan ini disiapkan terutamanya dalam bentuk bantuan
kewangan.
Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu
dengan memberikan tunjukajar kepada kami. Bantuan kalian mengenai projek folio ini amat
kami hargai dan tidak akan kami lupakan.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung
atau tidak langsung sepanjang projek kami dijalankan dan dibentangkan.

PENGENALAN KEMUDAHAN DAN PERALATAN

Sebuah kedai perkhidmatan bersaiz kecil biasanya mengandungi barang-barang peralatan


yang minimum diperlukan. Dengan penekanan kepada penyelenggaran kecil yang terdiri
terutamanya daripada pemeriksaan berkala dan perkhidmatan yang dilakukan atas permintaan
pelanggan.Ia adalah untuk kedai perkhidmatan yang diperlukan dan bukan peralatan bersepadu
untuk kecekapan yang tinggi.
Peralatan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan berikut dan jadual berikut
menunjukkan peralatan yang minimum dan alat yang diperlukan untuk kedai perkhidmatan kecil,
sederhana dan bersaiz besar. Selain itu, peralatan canggih, mesin, peralatan dan instrument akan
membolehkan anda untuk melakukan tahap yang lebih tinggi operasi perkhidmatan dalam tenaga
buruh yang lebih sedikit, yang menyebabkan kepuasan pelanggan meningkat. Ia juga akan
membantu meningkatkan kadar operasi, kecekapan, dan kadar keuntungan kedai perkhidmatan
anda.

DEFINISI PENJAJARAN RODA, BREK DAN TAYAR

Penjajaran roda adalah sebahagian daripada kategori ini. Tujuan alignment dibuat adalah
untuk mengurangkan kehausan tayar dan memastikan kenderaan bergerak dalam keadaan lurus.
faktor yang menyebabkan penjajaran roda dilakukan seperti, menukar sport rim, menukar tayar,
menukar penyerap hentak, menukar tie-rod. Untuk memastikan kereta dalam keadaan sempurna,
penyelenggaraan brek juga mesti dilakukan.
Penyelengaraan brek harus dilakukan bertujuan untuk memastikan pemaduan berjalan
dengan lancar dan berfungsi dengan baik apabila berlakunya situasi kecemasan. Salah satu
daripada penyelenggaraan yang biasa adalah sistem brek. Ini sememangnya patut berlaku kerana
kita menggunakan brek secara terus - terusan, lebih-lebih lagi untuk pemanduan di dalam bandar
dengan keadaan kesesakan lalulintas. Adalah penting untuk sentiasa pastikan sistem brek sentiasa
berada di dalam keadaan yang baik kerana ianya adalah salah satu sistem keselamatan kereta.
Jika anda merasakan sistem brek anda tidak berfungsi dengan sempurna, bawalah kereta anda ke
bengkel untuk diperiksa selanjutnya.
Sebelum menyelenggara sistem penjajaran roda dan brek,keadaan tayar perlu diperiksa
terlebih dahulu.Tayar juga merupakan salah satu komponen kereta yang sewajarnya diberikan
perhatian. Kebanyakan pemandu tidak menyedari tentang kepentingan menjaga tayar dengan
baik. Salah satu langkah untuk memanjangkan jangka hayat tayar kereta anda adalah dengan
memastikan angin di dalam tayar sentiasa cukup. Selain daripada dapat mengurangkan kos
penukaran tayar yang kerap, ia juga dapat mengurangkan pembaziran petrol malah yang lebih
utama dapat mengurangkan kemalangan kereta akibat tayar meletup dan sebagainya. Sebaik
sahaja anda mengetahui keadaan tayar kenderaan anda yang rosak, cepat-cepatlah bertindak.
Memandu dengan tayar yang rosak amatlah merbahaya.

SENARAIKAN PERALATAN

1.)MESIN PENJAJARAN RODA ( ALIGNMENT )


Penjajaran roda dalam bahasa teknikal disebut car/handling/suspension geometry setting. Di
mana dua tayar di depan diselaraskan untuk sama rata masa driving (maksudnya lurus kedepan)
dan tayar belakang pula sama lurus dengan tayar depan supaya serentak semasa on the road.
Allignment dibuat bergantung pada steering rack dan adalah disarankan setiap 3,000 hingga
5,000 km alignment perlu dibuat.( Rujuk lampiran 1.)
2.)MESIN PENGIMBANG RODA (BALANCING MACHINE)
Balancing pula bermaksud imbangan tayar beserta rim. Ia adalah untuk memastikan putaran
tayar beserta rim ini adalah seimbang pada paksi putarannya (pada hub tayar). Balancing tayar
disarankan setiap enam bulan. Ketika sedang membawa kereta dan steering bergegar, perlu buat
balancing, mungkin sebab tayar berpusing tidak seragam. Selain itu steering gegar mungkin
berkaitan sport rim dah bengkok. ( Rujuk lampiran 2 )
3.)MESIN MENUKAR TAYAR(TYRE CHANGER)
Mesin menukar tayar hanya boleh berfungsi dengan menggunakan kuasa elektrik dan angin
(pneumatic).Penggunaan mesin ini akan menjimatkan masa dan mengurangkan penggunaan
tenaga manusia. Langkah-langkah keselamatan perlu dititik berat dan diberi perhatian bagi
mengelak berlakunya sebarang kemalangan atau kecederaan. (Rujuk lampiran 3)

4.)LIF GUNTING(SCISSOR LIFT)


Lif gunting terutamanya digunakan dalam bengkel membaiki kereta. Ia adalah peralatan yang
sesuai untuk tukar minyak auto Lif, penyelenggaraan dan pembaikan yang cepat, dan kerja-kerja
lain yang diperlukan untuk mengangkat kereta. Kapasiti loading boleh menjadi sehingga 4 tan.
Kapasiti hidraulik segerak silinder terletak dalam landasan yang membuat pelantar kerja yang
dilindungi dengan sempurna, disegerakkan berjalan lancar dan licin. Panjang pelantar adalah
boleh dilaras untuk kenderaan yang berbeza.(Rujuk lampiran 4)

Lampiran 1 : Mesin penjajaran roda


Lampiran 2 : Mesin pengimbang roda

Lampiran 3 : Mesin pembuka tayar

Lampiran 4: Lif Gunting

Max Occupants
:2
Max Platform floor Height : 13.7 mm
Working Height : 15.7 mm
Platform extension size : 0.9 mm
Ground clearence (Stowed) : 0.1 m
Ground clearence (Raised) : 0.019 m
Wheelbase : 2.22 m
Turning radius (Inside)
:0m
Turning radius (Outside) : 2.65 m
Drive motors : 24V/1.5 kw
Lifting motors : 24V/3 kw
Travel speed (Stowed) : 4.0 km/h
Travel speed (Raised) : 0.8 km/h
Up/Down speed : 88/60 sec
Tyre Size : 381x 127 mm
Lifting Motor : 24/3v/kw
Battery : 4 x 6 V/210 Ah
Integrated Charger : 24V/25A
Overall Length : 2.84 mm
Overall Width : 1.15 mm
Overall Height (Rails Up) : 2.59 mm
Platform size : 2.64x0.81 m
Gradeability
: 25%
Weight
: 2800

KESIMPULAN

Satu daripada faktor kerjayaan sesuatu

kemudahan dan peralatan dalam sesebuah

organisasi adalah bergantung kepada pengurusan peralatan yang berkesan. Sehubungan itu,
pentadbiran atau pengurusan kemudahan dan peralatan adalah pegawai yang bertanggungjawab
terhadap peralatan. Mereka seharusnya mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam
pengurusan

peralatan supaya peralatan dapat diuruskan dengan berkesan. Dengan adanya,

kemudahan dan kemudahan dapat menjimatkan masa atau kos untuk melakukan sesuatu kerja.

You might also like