Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Huraikan Faktor Perang Dunia Pertama ( 1914-1918 )

Pengenalan :
o Perang Dunia Pertama berlangsung antara tahun 1914-1918 dan hanya berlaku dalam kalangan
negara-negara Eropah sahaja. Negara-negara Eropah yang terlibat dalam peperangan ini ialah
Jerman, Britain, Rusia, Perancis, Austria-Hungary, Serbia, Itali, Belgium dan Turki. Negara-negara di
Asia dan Afrika turut dilibatkan apabila wilayah di kedua-dua benua tersebut menjadi rebutan negaranegara Eropah untuk dijadikan tanah jajahan. Perang Dunia Pertama melibat dua pihak iaitu Triple
Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) dan Triple Entente (Pakatan Tiga Kuasa). Akhirnya, Triple Entente
yang dipimpin oleh Rusia berjaya menewaskan Triple Alliance yang diketuai oleh Jerman.
Isi-isi :
Sebab-Sebab Meletusnya Perang Dunia Pertama :
Kegagalan Sistem Pakatan :
o Kegagalan sistem pakatan untuk mewujudkan keseimbangan kuasa dalam kalangan negara-negara
Eropah telah menjadi salah satu sebab meletusnya Perang Dunia Pertama. Sistem pakatan ini telah
menyebabkan dunia Eropah terbahagi kepada 2 kuasa iaitu Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa)
yang diketuai oleh Jerman dan disertai oleh Austria-Hungary, Turki dan Bulgaria. Manakala Triple
Entente (Pakatan Bertiga) pula diketuai oleh Rusia yang turut disertai oleh Perancis, Britain, Itali,
Serbia, Romania dan Greece.
o

Tujuan pakatan ini ialah untuk menyekat mana-mana kuasa atau blok menjadi lebih kuat daripada
lawannya. Selepas tahun 1870, sistem ini berjaya menghalang meletusnya peperangan dalam
kalangan negara-negara Eropah sehingga tahun 1900.

Sistem pakatan ini tidak lagi sesuai pada abad ke-20 disebabkan oleh wujudnya persaingan negaranegara Eropah untuk mendapat pengaruh di rantau Balkan setelah runtuhnya Empayar Turki
Uthmaniyah, tindakan Jerman membesarkan tentera lautnya yang menimbulkan kebimbangan Britian
dan tibdakan Perancis menggunakan bantuan Rusia dengan cara peperangan untuk mendapatkan
semula Alsace-Lorraine.

Keadaan ini menyebabkan wujudnya ketidakstabilan politik yang berterusan di Eropah. Pergolakan
yang berlaku antara tahun 1911 hingga 1914 di negara-negara Balkan yang bebas daripada
penguasaan Turki jelas menonjolkan kegagalan sistem pakatan sebagai satu cara mengawal negaranegara berdaulat dalam hubungan antarabangsa.

Selepas tahun 1908, sistem pakatan ini tidak bermakna lagi apabila negara seperti Serbia yang
disokong Rusia begitu bebas bertindak dengan menggunakan ketenteraan, tindakan Austria-Hungary
dan Rusia untuk mengukuhkan pengaruh masing-masing dalam kalangan bangsa Slav dan tindakan
Rusia berusaha mencari jalan keluar bagi angkatan lautnya dari Laut Hitam ke Laut Tengah dengan
menguasai Selat Bosporus dan Istanbul.

Imperialisme Ekonomi :
o Pada penghujung abad ke-19, negara-negara Eropah mula mencari tanah jajahan baru untuk
membolehkan mereka menjadi kuasa yang kuat di Eropah seperti Jerman, Britain, Perancis dan Itali.
Ini telah menyebabkan wujudnya persaingan antara negara-negara tersebut untuk mendapatkan
tanah jajahan sama ada di Asia, Afrika dan Kepulauan Pasifik.
o

Negara Jerman dan Itali yang belum mempunyai tanah jajahan berusaha bersungguh-sungguh untuk
mendapatkan tanah jajahan. Oleh itu, Jerman telah memulakan tindakan dengan merampas tanah
jajahan di Afrika daripada negara-negara yang dianggap lemah seperti Portugal dan Perancis pada
tahun 1890-an. Manakala Itali pula cuba mendapatkan bekas jajahan Turki Uthmaniyah dengan
menakluki Cyrenaica dan Tripoli dan menjadikannya tanah jajahan baharu yang dikenali sebagai
Libya.

Tindakan Jerman ini telah menimbulkan kebimbangan negara Britian dan Perancis terutamanya
apabila Jerman telah bertindak memperbesarkan angkatan lautnya. Oleh itu, Britain turut

memperkuatkan angkatan lautnya untuk melindungi empayar dan aktiviti perdagangan


antarabangsanya.Jerman dilihat mempunyai kekuatan ekonomi melebihi jirannya iaitu Britain dan
Perancis, terutama dalam pengeluaran besi pada tahun 1900.
o

Perancis cuba menyaingi Jerman di Morocco pada tahun 1911 sehingga hampir menggugat
kestabilan di Eropah. Kehancuran kerajaan Turki Uthmaniyah menyebabkan munculnya negerinegeri Slav yang baru seperti Serbia dan Bulgaria. Kesan semangat nasionalisme yang
melampau,negeri-negeri kecil tersebut berjaya mengalahkan Turki keluar dari Eropah pada tahun
1908 hingga 1913.

Keadaan ini dirumitkan lagi dengan minat kuasa-kuasa besar seperti Austria-Hungary dan Rusia
untuk mendapatkan pengaruh politik. Pada tahun 1908, Austria-Hungary berjaya menakluki BosniaHerzegovina dan sasaran seterusnya ialah menguasai Serbia. Bagi menghalang serangan AustriaHungary ke atasnya, Serbia berjaya mendapatkan sokongan Rusia yang bercita-cita menguasai
Selat Bosporus dan sebahagian wilayah Turki. Ini telah mendorong ke arah meletusnya Perang
Dunia Pertama di Eropah.

Perlumbaan Dalam Teknologi Ketenteraan :


o Perlumbaan senjata telah berlaku terutamanya antara Jerman, Britain dan Perancis yang telah
membawa keuntungan kepada syarikat pengeluar senjata seperti Syarikat Krupp di Jerman dan
Coventry Ordanance Work di Britain. Pada tahun 1906, Britain berjaya menghasilkan HMS
Dreadnought iaitu sebuah kapal perang yang canggih dan terhebat di dunia pada ketika itu serta
berkuasa tinggi untuk menyaingi angkatan tentera Jerman walaupun melibatkan peruntukkan
perbelanjaan yang besar.
o

Kuasa besar seperti Britain, Jerman, Rusia dan Austria-Hungary telah menambah lebih 50%
perbelanjaan ketenteraan sekitar tahun 1908 hinggga 1914 terutama apabila golongan tentera
semakin berpengaruh dalam bidang politik dan pentadbiran di sesebuah negara.

Negara Jerman golongan tenteranya bertanggungjawab terus kepada Kaiser/Raja, nilai-nilai


ketenteraan diterima oleh sebahagian besar rakyat Jerman dan rakyat telah memberi sokongan
terhadap pengisytiharaan perang yang dibuat kerajaan pada tahun 1914. Peningkatan bilangan
anggota tentera yang ketara selepas tahun 1900 telah meningkatkan ketegangan sedia ada dan
perang tidak dapat dielakkan lagi.

Idea dan Pendidikan :


o Sistem pendidikan yang dilaksanakan di beberapa negara Eropah turut meningkatkan semangat
patriotik yang akhirnya menyemai bibit-bibit ke arah peperangan. Kurikulum pendidikan di Jerman
memberi penekanan terhadap bahasa Jerman telah berjaya menyuburkan semangat cintakan negara
dalam kalangan generasi muda.
o

Manakala, persatuan-persatuan belia di Jerman diterapkan perasaan mengagungkan peperangan


dan ciri-ciri keperwiraan dengan setiap anggota sehingga rakyat Jerman percaya mati dimedan
pertempuran adalah lebih baik daripada mati di atas katil, malah nama mereka yang terkorban akan
dipahat di tugu peringatan.

Di Perancis pula, pendidikan Sejarah yang dilaksanakan pada tahun 1912 mengingatkan rakyatnya
tentang kemungkinan berlakunya perang dan rakyatnya diingatkan supaya membuat persiapan yang
sewajarnya. Setiap pelajar diberitahu kewajipan mempertahankan negara Perancis.

Pembunuhan Arcduke Franz Ferdinand :


o Peristiwa pembunuhan Arcduke Franz Ferdinand iaitu pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya
Duchess Sophie di Sarajevo pada 28 Jun 1914 oleh seorang pemuda Serbia yang merupakan ahli
kongsi gelap Black Hand telah menjadi sebab serta-merta meletusnya Perang Dunia Pertama.
o

Kerajaan Austria mengambil kesempatan daripada peristiwa ini untuk menghapuskan kedaulatan
Serbia kerana Serbia sudah lama menghasut rakyat Austria yang berbangsa Serb supaya
membebaskan diri daripada pemerintahan Austria. Tindakan Austria mendapat sokongan sekutunya
iaitu Jerman.

Melihatkan keadaan tersebut, Rusia yang merupakan sekutu Serbia memberi amaran kepada Austria
dan bersiap sedia untuk menyerang Austria. Jerman yang bimbang dengan perkembangan tersebut
meminta Rusia menghentikan persiapannya. Oleh kerana Rusia enggan menuruti saranan Jerman
telah menyebabkan Jerman mengisytiharkan peperangan terhadap Rusia dan sekutunya.

Termeterainya Perjanjian Versailles :


Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1919 telah menamatkan Perang Dunia Pertama. Perjanjian ini
dianggap tidak adil kerana pihak yang kalah dipaksa menerima syarat-syarat yang berat sebelah. Jerman
menerima hukuman yang berat daripada pihak yang menang (Triple Entente).
Syarat yang terpaksa dipatuhi oleh Jerman ialah:
o

Menyerahkan 12% daripada jumlah penduduknya.

Menyerahkan 13% daripada daerahnya termasuk hasil besi dan 1/5 hasil arang batu.

Membayar ganti rugi dan pampasan perang yang tinggi.

Mengurangkan jumlah tentera.Jumlah tentera akan dikurangkan daripada 400,000 kepada 200,000
menjelang 30 September 1919 dan 100,000 menjelang 31 Mac 1920.

Matlamat perjanjian ini ialah untuk melumpuhkan Jerman sebagai satu kuasa besar. Rakyat Jerman begitu
marah dan terhina dengan syrat-syarat tersebut. Perdana Menteri Jerman, Philip Scheidemann meletak jawatan
sebagai tanda protes. Para perwakilan Jerman ke Versailles terpaksa menurunkan tandatangan mereka kerana
yakin Jerman tidak mampu ingkar dan berperang semula.
Terbentuknya Liga Bangsa :
o Selepas Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa dibentuk pada tahun 1919 bagi menjaga keamanan
serta mengelak daripada berlakunya peperangan. Pertubuhan yang berpusat di Geneva ini berharap
sebarang masalah antarabangsa dalam kalangan negara-negara anggota dapat diselesaikan melalui
rundingan.
o

Hampir semua negara Eropah kecuali Rusia dan Amerika Syarikat menyertai pertubuhan ini dan taraf
kuasa besar diberikan kepada Britain, Perancis, Itali dan Jepun. Di peringkat awal pertubuhan ini
berjaya menyelesaikan masalah sempadan antara Bulgaria dengan Greece pata tahun 1926.

Bagaimanapun, ketiadaan Amerika Syarikat dan Rusia sebagai anggota melemahkan pertubuhan ini
kerana berhadapan dengan masalah yang lebih mencabar pada tahun 1930-an seperti penaklukan
Itali terhadap Habsyah dan penaklukan Jepun ke atas Manchuria. Liga ini telah dibubarkan pada
bulan April 1945.

You might also like