Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Sejarah Perkembangan Sistem Braille

Sistem tulisan bagi golongan masalah penglihatan yang digunapakai sekarang ini
diberi nama sempena nama penciptanya iaitu Louis Braille. Beliau dilahirkan pada 4
Januari 1809 di Coupvray, sebuah pekan kecil kira-kira 40 kilometer di sebelah
timur Paris. Braille mengalami kecacatan mata pada usia tiga tahun akibat
tercucuk pisau ketika bermain di bangsal tempat ayahnya bekerja sebagai pembuat
pelana kuda. Ayahnya menghantarnya ke sekolah biasa di tempat tinggalnya dan
ayahnya juga membantu Braille membuat tulisan-tulisan timbul bagi memudahkan
Braille membaca. Tulisan-tulisan timbul itu dibentuk dengan menggunakan pakupaku yang dipaku pada kepingan papan kayu. Ketika berusia 10 tahun, Louis
dimasukkan ke sekolah khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan di kota
Paris. Di sekolah ini, Louis bertemu dengan Kapten Charles Barbier dan
diperkenalkan dengan sistem tulisan Barbier.
Louis Braille menyedari bahawa sistem yang diasaskan oleh Barbier kurang baik
sebagai media baca/tulis, tetapi beliau sangat suka dengan penggunaan titik-titk
untuk digunakan sebagai asas tulisan. Setiap kali sesi pertemuan dengan Barbier
dimanfaatkan sepenuhnya untuk belajar membuat titik-titik dan garis-garis agar
dapat mencipta satu sistem yang sesuai untuk kegunaan golongan masalah
penglihatan. Beliau selalu mencuba setiap perkembangan tulisannya kepada rakanrakan yang senasib dengannya dan menyedari bahawa jari-jari rakannya lebih peka
mengesan titik daripada mengesan garisan. Beliau memutuskan untuk tidak
menggunakan garis-garis bagi tulisannya tetapi menumpukan perhatian kepada
penggunaan titik-titik. Beliau juga mengambil keputusan untuk mengurangkan
jumlah titik dari dua belas kepada enam sahaja. Pengubahsuaian yang paling ketara
dilakukan oleh Louis Braille ialah sistem tulisannya tidak berasaskan kepada
metodologi sonografi tetapi berasaskan kepada sistem abjad Latin tetapi dalam
bentuk yang berbeza iaitu menggunakan titik-titik timbul dengan kombinasi yang
unik.
Akhirnya, dalam tahun 1834, ketika Louis Braille berusia awal 20-an dan setelah
membuat beberapa ujikaji terhadap ciptaannya yang mengambil masa lebih dari
sepuluh tahun, maka sempurnalah satu sistem tulisan yang terdiri daripada titiktitik timbul. Beliau hanya menggunakan enam titik domino sebagai kerangka
sistem tulisannya itu - tiga titik ke bawah dan dua titik ke kanan. Untuk mudah
difahami, tiga titik di sebelah kiri diberi nombor 1, 2 dan 3 (dari atas ke bawah) dan
tiga titik disebelah kanan diberi nombor 4, 5 dan 6. Satu atau beberapa dari enam
titik ini disesuaikan kedudukannya sehingga dapat membentuk sebanyak 63
macam kombinasi yang cukup lengkap untuk melambangkan huruf/abjad, angka,
tanda-tanda bacaan, simbol matematik, muzik dan lain-lain.

Ketika Louis Braille sedang berusaha memantapkan lagi sistem tulisannya, beliau
dilantik sebagai guru di L Institute Nationale des Jeunes Aveugles (Lembaga
Kebangsaan untuk Murid-Murid Bermasalah Penglihatan) di kota Paris yang
diasaskan oleh Valentin Hauy dalam tahun 1783. Beliau disukai oleh muridmuridnya dan diberi kepercayaan untuk mengajar sejarah, geografi, matematik,
bahasa Peranchis dan muzik.
Apabila sistem tulisannya sudah cukup mantap, beliau dapati murid-muridnya amat
selesa dan menerima baik akan inovasi tersebut. Walau pun Dr. Pignier, pengerusi
Lembaga telah mengizinkan sistem tulisannya dipergunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran, ahli-ahli lembaga yang lain membantah. Pada pendapat ahli-ahli
lembaga itu, sistem ini agak ganjil dan tak masuk akal dan mereka telah memecat
Dr. Pignier apabila Dr. Pignier mengarahkan agar buku sejarah disalin ke dalam
bentuk Braille.
Dr. Dufau, pengerusi Lembaga yang baru telah mengarahkan agar sistem Braille
diharamkan terus dari penggunaannya di sekolah tersebut. Walaupun diharamkan,
anak didik Louis Braille terus belajar secara informal dengan dibantu oleh Louis
sendiri. Dr. Guadet, pengetua sekolah tersebut rasa begitu simpati setelah beliau
sendiri perhatikan kegigihan murid-murid Louis Braille belajar sistem ini dan betapa
cepatnya murid tersebut memahami akan apa yang disampaikan oleh guru
mereka. Dengan kebijaksanaan Dr. Guadet mempengaruhi Dr. Dufau akan
keberkesanan sistem ini maka akhirnya sistem yang diperkenalkan oleh Louis Braille
dibenarkan semula dipraktikkan di sekolah tersebut. Mulai tahun 1847,
penggunaan sistem tulisan ni diperluaskan ke seluruh Negara Peranchis.
Pada tahun 1851, Dr. Dufau mencadangkan agar ciptaan Louis Braille ini diberi
pengiktirafan oleh kerajaan Peranchis dan agar penciptanya dianugerahkan pingat
sebagai tanda penghormatan. Malangnya ketika Louis Braille meninggal dunia pad
6 Januari 1852, pingat dan pengiktirafan dari pihak kerajaan masih belum diterima.
Setelah beberapa bulan kemudian, barulah hasil ciptaan Louis Braille diiktiraf secara
rasmi oleh LInstitute Nationale des Jeunes Aveugles dan seterusnya digunakan
oleh beberapa negara yang lain. Menjelang akhir abad ke 19, sistem tulisan ini
diterima secara universal dan diberi nama sebagai tulisan Braille.
Setelah lebih satu setengah abad sejak tulisan Braille itu dicipta dengan sempurna,
kemajuan teknologi masakini masih belum dapat menandingi kehebatannya.
Kehebatan tulisan Braille mampu diadaptasikan untuk keperluan yang canggih
seperti dalam pengunaan komputer dan telefon selular.
Untuk mengenang jasanya, pada tahun 1956 The World Council for the Welfare of
the Blind (WCWB) telah menjadikan tapak rumah Louis Braille yang terletak di

Coupvray sebagai sebuah museum Louis Braille. Sekarang , museum ini adalah
secara langsung.dibawah tanggung jawab World Blind Union (WBU)

Latihan 1.2
1. Apakah perbezaan yang ketara di antara sistem tulisan Barbier dengan
sistem tulisan Braille?

2.

Salah satu sebab utama mereka yang dari kumpulan normal menolak
penggunaan tulisan Braille ialah kerana bentuknya yang tak sama dengan
tulisan biasa/celik. Cuba anda bincangkan apakah implikasinya jika Louis
Braille mencipta tulisan bagi pengunaan golongan bermasalah penglihatan
mirip kepaa bentuk tulisan celik.

You might also like