Soalan KPMT 4 - 2010

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Kerja Projek Matematik Tambahan 4 2010

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 4/2010

BAHAGIAN 1
Harga bagi barangan yang dijual di kedai berbeza dari satu kedai ke kedai yang lain.
Pembeli cenderung untuk membeli barangan daripada kedai yang bukan hanya
menawarkan harga yang berpatutan tetapi turut memberi nilai tambah kepada barangan
tersebut.

Anda dikehendaki melaksanakan satu kajian tinjauan terhadap empat item yang berlainan
berdasarkan kategori berikut: makanan, detergen dan alat tulis. Kajian ini perlu melibatkan
tiga buah kedai yang berlainan.

(a) Kumpul gambar, keratan akhbar atau foto bagi item yang telah anda pilih daripada
kedai. Reka satu kolaj untuk mempamerkan barangan yang telah dipilih.

(b) Senaraikan item dan harganya secara sistematik seperti dalam Jadual 1.
Harga (RM)
.Kategori Item
Kedai A Kedai B Kedai C
1. Tepung naik sendiri
2. Gula
Makanan
3. Mentega
4. Telur (Gred A)
Jumlah Harga
1.
2.
Detergen
3.
4.
Jumlah Harga
1.
2.
Alat Tulis
3.
4.
Jumlah Harga
Jumlah Keseluruhan

Jadual 1
(c) Bina sekurang-kurangnya dua perwakilan graf (penggunaan ICT digalakkan) yang
sesuai untuk membanding beza harga item-item yang dipilih.

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 1


Kerja Projek Matematik Tambahan 4 2010

(d) Berdasarkan perwakilan graf yang telah anda bina dalam Bahagian 1(c) tafsir,
bincang, dan buat kesimpulan. Seterusnya tuliskan komen tentang dapatan anda.
(d) Kenal pasti satu item yang mempunyai perbezaan harga yang paling ketara antara
kedai yang dipilih. Hitung nilai min dan sisihan piawai untuk item yang dikenal pasti.
Seterusnya cadangkan dan bincangkan faktor-faktor yang mungkin menyumbang
kepada perbezaan harga tersebut.

BAHAGIAN 2

Setiap tahun sekolah anda, SMK Indah akan menganjurkan karnival jualan bagi
mengumpul dana untuk sekolah. Pada tahun ini, sekolah merancang untuk memasang
penyaman udara di perpustakaan. Semasa karnival tahun lepas kelas anda telah membuat
dan menjual kek mentega. Disebabkan permintaan yang tinggi terhadap kek mentega,
kelas anda bercadang untuk menjalankan projek yang sama untuk tahun ini.

(a) Cadangkan sebuah kedai daripada Bahagian 1 yang mana anda akan membeli
bahan untuk membuat kek mentega tersebut. Nyatakan dan bincangkan sebab
mengapa kedai tersebut dicadangkan.

(b) Lengkapkan Jadual 2 dengan harga barangan daripada kedai yang telah anda pilih.

Kuantiti yang
Harga pada tahun Harga pada tahun
Bahan digunakan untuk
2009 (RM) 2010 (RM)
sebiji kek
Tepung naik sendiri 250 g 0.90
Gula 200 g 0.35
Mentega 250 g 3.30
Telur (Gred A) 5 telur (300 g) 1.25

Jadual 2
(i) Hitungkan indeks harga bagi setiap bahan dalam Jadual 2 pada tahun 2010
berasaskan tahun 2009.

(ii) Hitungkan indeks gubahan bagi membuat sebiji kek mentega pada tahun
2010 berasaskan tahun 2009. Terangkan bagaimana anda memperoleh
jawapan tersebut.

(iii) Pada tahun 2009, kek mentega itu telah dijual pada harga RM15.00 sebiji.
Cadangkan harga jualan yang sesuai bagi kek mentega pada tahun 2010.
Berikan sebab untuk jawapan anda.

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2


Kerja Projek Matematik Tambahan 4 2010

(c) (i) Dari sumber yang boleh dipercayai, dapatkan maklumat tentang
bagaimana menentukan kapasiti penyaman udara yang perlu dipasang
berdasarkan isipadu/saiz suatu ruang bilik.

(ii) Bekerja secara berkumpulan untuk menganggarkan isipadu perpustakaan


sekolah anda. Terangkan bagaimana anda mendapatkan anggaran tersebut.
Seterusnya, tentukan bilangan penyaman udara dengan kapasiti yang
sesuai untuk keperluan perpustakaan anda.

(ii) Sekiranya kelas anda ingin menaja sebuah penyaman udara untuk
perpustakaan sekolah, berapakah bilangan kek mentega yang perlu dijual
oleh kelas anda untuk penajaan tersebut?

BAHAGIAN 3

Sebagai salah seorang ahli jawatankuasa karnival, anda dikehendaki menyediakan


anggaran bajet bagi menganjurkan karnival pada tahun ini. Anda perlu mengambil kira kos
perbelanjaan yang meningkat berbanding tahun sebelumnya disebabkan inflasi. Harga
bagi makanan, pengangkutan dan khemah telah meningkat sebanyak 15%. Kos untuk
permainan, hadiah dan hiasan kekal seperti tahun lepas, manakala kos bagi barangan lain
telah meningkat sebanyak 30%..

(a) Lengkapkan Jadual 3 berdasarkan maklumat yang diberi di atas,

Amaun pada 2009 Amaun pada 2010


Perbelanjaan
(RM) (RM)
Makanan 1200.00
Permainan 500.00
Pengangkutan 300.00
Hiasan 200.00
Hadiah 600.00
Khemah 800.00
Barangan lain 400.00

Jadual 3

(b) Kira indeks gubahan bagi anggaran bajet karnival pada tahun 2010 berasaskan
tahun 2009. Beri komen tentang jawapan anda.

(c) Perubahan indeks gubahan bagi anggaran bajet karnival daripada tahun 2009 ke
tahun 2010 adalah sama dengan perubahan daripada tahun 2010 ke tahun 2011.
Tentukan indeks gubahan bajet pada tahun 2011 berasaskan tahun 2009.

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 3


Kerja Projek Matematik Tambahan 4 2010

PENEROKAAN LANJUTAN

Nombor indeks sering digunakan dalam pelbagai situasi harian, seperti indeks kualiti
udara, indeks bursa saham, indeks emas dan indeks hartanah.
Dapatkan maklumat daripada Internet atau sumber lain yang boleh dipercayai tentang
kepentingan dua jenis nombor indeks yang anda pilih. Huraikan kegunaan dan kepentingan
kedua-dua nombor indeks tersebut dalam kehidupan harian.

REFLEKSI

Semasa melaksanakan kerja projek ini, apakah yang telah anda pelajari? Apakah nilai
murni yang telah anda amalkan? Wakilkan pendapat atau perasaan anda terhadap perkara
tersebut menggunakan pelbagai kaedah kreatif seperti menggunakan simbol, ilustrasi,
lukisan atau lagu.

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 4

You might also like