Pergerakan Asas Lokomotor

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Pergerakan Asas Lokomotor, Bukan Lokomotor & Manipulatif Alatan

1.0 TAJUK
Pergerakan Asas Lokomotor, Bukan Lokomotor dan Manipulatif Alatan
2.0 PENGENALAN
Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu bidang dalam sukatan pelajaran
Pendidikan Jasmani Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Ia terbahagi
kepada empat komponen iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik artistik, gimnastik
irama, dan pergerakan kreatif. Melalui Pendidikan Pergerakan, murid-murid dapat
megenali potensi tubuh badan mereka dalam melakukan pelbagai pergerakan.
Sehubungan dengan itu, secara tidak langsung, pelajar akan memperoleh
pemahaman tentang keadaan alam fizikal yang melibatkan perkara abstrak seperti
masa, jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan dan hubungannya dengan pergerakan
yang dilakukan.
Pakar-pakar dalam Pendidikan Jasmani (Gallahue, D.L., 1996; Gabbard, C., LeBlanc,
B. & Lowy, S., 1994; Burton, 1977) membahagikan pergerakan asas kepada tiga
iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan.
2.1 Pergerakan Lokomotor
1. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang memerlukan seseorang bergerak
dari satu tempat ke tempat yang lain. Dengan kata lain, dasar menyokong pelaku
pergerakan berubah mengikut pergerakan.
2. Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan
lokomotor digunakan dalam persembahan, kita akan dapat melihat arah gerakan
dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan
lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.
3. Pergerakan lokomotor dibahagikan kepada dua:
a) Lokomotor beritma sekata
b) Lokomotor beritma tidak sekata
2.1.1 Lokomotor Beritma Sekata
1. Berjalan
2. Berlari
3. Melompat (mendarat dengan dua kaki)
4. Hop (melompat dan mendarat dengan sebelah kaki)

5. Leap (melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki


berselang-seli)
2.1.2 Lokomotor beritma tidak sekata
1. Skip
2. Mengelongsor
3. Galop
2.2 Pergerakan Bukan Lokomotor
1. Pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar
menyokong pelaku pergerakan. Ia dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari
satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan lokomotor juga diertikan sebagai
keupayaan menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.
2. Antara pergerakan-pergerakan bukan lokomotor ialah:
a) Membongkok
b) Meregang
c) Mengilas
d) Memusing
e) Menolak
f) Menarik
g) Hayun
h) Bangkit
i) Rebah
j) Berbuai-buai
2.3 Manipulasi Alatan
1. Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar
untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang
pelbagai. Pembelajaran kemahiran ini mesti melibatkan manipulasi alat seperti
pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali dan sebagainya yang
berbeza dari segi bentuk, saiz dan komposisi.
2. Manipulasi alatan ialah bagaimana cara kita menggayakan atau mempergunakan
alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan.

3. Kemahiran manipulasi alatan dapat meningkatkan koordinasi anggota badan


contohnya, tangan-mata, kaki-mata dan lain-lain.
4. Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas, menyatakan bahawa manipulasi alatan
melibatkan tiga aspek, iaitu:
a) Memberi tenaga kepada objek
(Melontar, menyepak, merejam, mengumpan, memukul, membaling)
b) Menguasai objek
(Menangkap dan menyambut, menahan)
c) Mengawal objek
(Menggelecek dan memantul bola)
5. Kemahiran manipulasi alatan hendaklah dibina di peringkat umur pra sekolah
atau sekolah rendah.

You might also like