PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Office of Director. Gereral of Euca:ion Malayiie
ARAS 8, BLOK ES
Level 8 Block ES,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E.
Gayerrmens Complas Parcel E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, Tel: 03-8884 6077
Federal Government Administrative Centre Fax: 03-8889 4548,
62604 PUTRAJAYA Laman web: http: www.moe.govmy
KP(BS-DSR)8787/008/2/ ( 21 )
23 Disember 2005,
Semua Pengarah Pelajaran Negeri
Y. Bhg, Dato'/Datu/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.10 /2005
RANCANGAN INTEGRASI MURID-MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)
Kementerian Pelajaran menyedari bahawa perpaduan di kalangan murid-murid
berbilang kaum di Malaysia merupakan asas kepada pembangunan, kestabilan
dan kemajuan negara. ‘Unsur-unsur perpaduan ini dipupuk dan dimantapkan
melalui pelbagai program pendidikan sama ada yang berbentuk akademik mahu
pun kokurikulum dalam keseluruhan sistem pendidikan.
2. Sehubungan dengan itu, Buku Panduan Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP) telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 20 Julal
2005, untuk mempertingkatkan dan menyuburkan lagi rasa kerjasama dan
hormat-menghormati di kalangan murid-murid sekolah sebagai pemangkin
kepada pencapaian matiamat perpaduan nasional dan integrasi kaum.
3. Kerjasama Y.Bhg. Dato'/DatwTuan/Puan, adalah dipohon untuk
mengemaskinikan’ infrastrukturdan-jentera” perpaduan-ndsional-dan- integrasi
kaum yang ada di peringkat negeri, daerah dan sekolah supaya Program RIMUP
dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Untuk tujuan tersebut sila rujuk
kepada Lampiran A bagi Panduan Umum Pemantapan Rancangan Integrasi
Murid Untuk Perpaduan.4. Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama Buku Panduan
Rancangan Integrasi Murid-Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang telah
diedarkan ke semua sekolah.
5. Sila maklumkan kandungan surat pekellling ikhtisas ini kepada pegawai
yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah
Gabungan, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y. Bhg.
Dato'/Datu/Tuan/Puan.
‘Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
tt __.
DATO’ Dr. HAJ! AHAMAD BIN SIPON
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
sk.
1. Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin bin Tun Hussein
Menteri Pelajaran Malaysia
2. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbaian Menteri Pelajaran Malaysia
3. Y.B. Dato’ Mahadzir Bin Mohd. Khir
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
4. Y.B. Puan Komala Devi
Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran
5. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran
9. Ketua Nazir Sekolah Kementerian Pelajaran.
10. Penasinat Undang-Undang Kementerian Pelajaran
11. Pegawai Perhubungan Awam Kementerian PelajaranLAMPIRAN A
PANDUAN UMUM PEMANTAPAN
RANCANGAN INTEGRAS! MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)
- KONSEP
RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarkat
setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan
khas serfa penggunaen bersama kemudahan, peralatan, pengemblengan
tenaga dan kepakaran
. MATLAMAT
Matlamat RIMUP ialah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu
pengetahuan, memiliki jwa den peribadi yang unggul, bersemangat
muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.
. OBJEKTIF
Objektif RIMUP ialah untuk:
3.1 Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan
murid serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah sehingga
sekolah menengah dalam kegiatan-kegiaan khas secara bersama.
3.2 Mewujudkan sikap kerjasama,:tolong-menolong dan mewujudkan
suasana muhibah dan toleransi secara sedar dan terancang.
3.3Melahirkan rasa persefahaman dan toleransi di antara murid
pelbagai kaum di sekolah.
3:4 Berkongsi Kemudahan, peralaian, tenaga dan Kepakaran untuk
melaksanakan kegiatan-kegiatan khas secara bersama
. PENUBUHAN JAWATANKUASA
Sebuah Jawatankuasa RIMUP Peringkat Kebangsaan dan Sekretariat
Tetap RIMUP telah dibentuk di peringkat kebangsaan. Sehubungan
dengan itu jawatankuasa RIMUP perlu dibentuk di semua peringkat.44
42
43
Jawatankuasa RIMUP Peringkat Negeri.
Jewatankuasa ini hendeklah dipengerusikan oleh Pengarah
Pelajaran Negeri dan jawatan utama terdiri daripada pegawai
kanan Jabatan Pelajaran Negeri. Gabungan ahli jawatankuasa
lerdif daripada pelbagai jabatan dan agensi peringkat negeri
adalah untuk = memantapkan fungsi dan tanggungjawab
Jawatankuasa. Antara fungsi dan peranan Jjawatankuasa ini ialah
merancang, melaksana dan memantau semua program dan aktiviti
RIMUP di peringkat negeri, daerah, kelompok dan sekolah.
Jawatankuasa RIMUP Peringkat Daerah/Gabungan.
Jawatankuasa ini hendaklah dipengerusikan oleh _ Pegawai
Pelajaran Daerah/Gabungan dan semua jawatan utama disandang
oleh pegawal-pegawai kanan Pejabat Pelajaran Daerah
Gabungan. Seramai sembilan (9) orang ahli jawatankuasa yang
mewakili pelbagai jabatan, agensi dan kesatuan bertanggungjawab
memantapkan fungsi dan peranan Jawatankuasa RIMUP. Peringkat
Daerah/Gabungan. Jawatankuasa ini berfungsi untuk merancang ,
melaksana danmemantau semua program dan aktiviti RIMUP di
peringkat daerah, kelompok dan sekolah
Jawatankuasa RIMUP Peringkat Kelompok.
Jawatankuasa ini hendaklah dipengerusikan oleh pengetua / guru
besar yang dipilih secara bergilir-gilir dari sekolah-sekolah dalam
kelompok. Antara fungsi dan peranan jawatankuasa ini ialah
merancang, melaksana dan memantau program dan aktiviti RIMUP_
peringkat kelompok. Kategori kelompok adalah seperti di bawah:
4.3.1 Sekolah Rendah
Kelompok A SK, SJK (C) dan SJK (T)
Kelompok B SK dan SJK (C)
Kelompok C SK dan SJK (T)
Kelompok D SJK (C) dan SJK (T)44
4.3.2. Sekolah Menengah
Kelompok A ‘Sekurang-kurangnya 2 (dua)
buah sekolah menengah
Kelompok B Sekurang-kurangnya 2 (dua) buah
sekolah menengah termasuk, sekolah
menengah jenis kebangsaan.
Jawatankuasa RIMUP Peringkat Sekolah.
Jawatankuasa RIMUP Peringkat Sekolah hendaklah diwujudkan
bagi sekolah menengah dan rendah yang berjauhan antara
sekolah lain dan tidak boleh dikelompokkan berdasarkan
kategori kelompok di atas (4.3.1 dan 4.3.2). Jawatankuasa ini
hendakiah dipengerusikan oleh pengetua/guru besar. Antara fungsi
dan peranan jawatankuasa ini ialah merancang, melaksana dan
memantau program dan aktiviti RIMUP di peringkat sekolah.
BATASAN DAN KUASA
54
52
5.3
Jawatankuasa RIMUP tidak boleh menyeniuh atau terlibat dalam
aspek agama dan pentadbiran sekolah-sekolah yang menyertai
RIMUP.
Segala keputusan jawatankuasa tentang penggabungan kegiatan
khas, penggunaan secara bersama kemudahan dan peralatan
sekolah, perkongsian dan penggemblengan. tenaga, pengalaman
dan kepakaran yang ada boleh diambil setelah dipersetujui
bersama.
Dalam kegiatan-kegiatan khas untuk mencapai matiamat RIMUP,
semangat bekerjasama, muhibah, bertoleransi dan bersefahaman
hendakiah menjadi teras utama kepada pelaksanaan RIMUP.
BAHASA
Bahasa Melayu hendakiah digunakan dalam semua urusan mesyuarat,
upacara, kenyataan, pengumuman, penerangan, penerbitan dan lain-lain
yang berkaitan dengan RIMUP. Walau bagaimanapun bahasa Inggeris
dan bahasa ibunda masih boleh digunakan ketika memberi penjelasan
yang tepat untuk mengelakkan satah faham.10.
KEWANGAN
Kementerian Pelajaran Malaysia tidak menyediakan sebarang
peruntukkan khas untuk RIMUP. Sekolah-sekolah yang terlibat dengan
RIMUP boleh dengan inisiatif mereka sendiri mencari dana dari sumber-
sumber lain dengan mematuhi prosedur kewangan sedia ada.
PELAKSANAAN
Penglibatan murid-murid dari pelbagai kaum dan keturunan dalam aktiviti-
aktiviti kegiatan khas adalah merupakan kaedah utama mencapai
matlamat Rancangan Integrasi Murid-Murid Untuk Perpaduan. Melalui
kegiatan -khas maka dapat disemaikan semangat muhibah, toleransi,
kerjasama, berbaik sangka serta hormat menghormati antara satu sama
lain, Kegiatan-kegiatan khas program RIMUP adalah seperti berikut
berikut:
8.1 Program Akademik
8.2 Sukan dan Permainan
8.3 Perayaan dan Perhimpunan
8.4 Perkhemahan dan Lawatan
8.5 Khidmat Masyarakat
PEMANTAUAN
Bahagian Sekolah, Kementerian Petajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran
Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah/Gabungan adalah merupakan pihak
yang bertanggungjawab membuat pemantauan secara berjadual di
peringkat kelompok dan sekolah.
LAPORAN
Jawatankuasa RIMUP di semua peringkat _bertangggungjawab
menyediakan laporan (dua kali setahun) untuk dikemukakan ke
Sekretariat Tetap RIMUP di Kementerian Pelajaran Malaysia.