Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA

BAB 1

N CABARAN PENDIDIKAN
ISU DAA
SEMAS

1.1

ISU DAN CABARAN SEMASA

1.1.1 Konsep Isu Dan Cabaran Pendidikan


Menurut Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara
pokok atau persoalan yang dibincangkan. Cabaran pula
merujuk kepada sesuatu unsur atau faktor yang menguji
kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi. Misi
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah untuk
membangunkan
PPPM 2013-2025

potensi

individu

melalui

pendidikan

berkualiti dan untuk itu, Pelan Pembangunan Pendidikan


(PPP) 20132025 telah diperkenalkan pada 11 September 2012.

Objektif Pelan pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025


1.

Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia


berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan
standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan
perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan
sistem.

2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan
setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025.
3.

Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem


pendidikan,

termasuk

perubahan

utama

dalam

KPM,

yang

membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang


meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam.

Sejak tahun 1997, dua cabaran pendidikan alaf baru kerap yang diutarakan ialah
ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani
dan diatasi untuk membentuk masyarakat madani.

INTEGRASI NASIONAL

1.2

Merupakan proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza latar


belakang, status sosial dan budaya untuk membentuk entiti yang mempunyai
norma, sistem nilai dan mengamalkannya bersama. Integrasi nasional merujuk
kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat berbilang kaum di
Malaysia.
Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional:
1. Tindakan kerajaan yang dilihat sebagai diskriminasi oleh kaum-kaum lain.
2. Kurangnya sensitiviti dan toleransi terhadap agama-agama lain.
3. Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.
4. Peningkatan kes gelaja sosial
5. Pembangunan ekonomi yang tidak seimbang.
6. Peranan media massa yang mensensasikan isu perpaduan
(Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional, 2005)

1.2.1

Sekolah Wawasan

Konsep Sekolah Wawasan diluluskan pada 1997


menggabungkan tiga buah sekolah berlainan
aliran dalam satu kompleks yang mana pelajarnya
berkongsi

kemudahan.

Penubuhannya

untuk

mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar.


Penyatuan murid-murid dengan menggunakan
satu bahasa yang sama iaitu bahasa kebangsaan

1.2.2

Peranan Guru dalam Menangani Isu Integrasi Nasional

Guru dianggap sebagai pembina negara

bangsa kerana gurulah yang dapat

membangunkan modal insan dan memastikan pembentukan jati diri murid yang

Sekolah Wawasan dapat merapatkan kaum

dan dalam masa yang sama murid dapat memahami budaya, bahasa dan
pemikiran kaum lain.

1.2.2

Peranan Guru dalam Menangani Isu Integrasi Nasional

Guru dianggap sebagai pembina negara

bangsa kerana gurulah yang dapat

membangunkan modal insan dan memastikan pembentukan jati diri murid yang

kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi damn berpegang teguh kepada agama
dan nilai sejagat seterusnya menjadi menjadi warganegara yang glokal.
Berdasarkan panduan KPM, peranan guru sebagai pembina negara bangsa
dilaksanakan menerusi:
1. Memperkasa bahasa kebangsaan.
2. Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional.
3. Memupuk kecintaan kerhadap seni, warisan, budaya dan bangsa.

1.2.3

Konsep 1 Malaysia
Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh YAB Dato Seri Najib Tun
Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia membawa aspirasi dan
harapan

untuk

merapatkan

hubungan

antara

kaun

bagi

memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang erat.


Konsep 1
Malaysia

Terdapat 8 nilai murni yang terkandung dalam konsep 1 Malaysia

iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah diri, penerimaan, kesetiaan,


meritokrasi, pendidikan dan integriti yang diharap dapat menyatupadukan rakyat
Malaysia. Dengan perlaksanaan 1 Malaysia, semua rakyat harus mendasari prinsipprinsip utama iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging)
bagi mencapai konsep ini.

1.3

PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

Dewey (1966) mengatakan bahawa pendemokrasian pendidikan merujuk kepada


penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh
kejayaan dalam pendidikan dan menjadikan pendidikan sebagai ejen bagi
meningkatkan kejayaan dan kualiti hidup. Ahmad Fauzi (1997), Pendemokrasian
pendidikan yang dimaksudkan bukanlah sekadar pendemokrasian sahaja tetapi
ialah persamaan hak yang sama rata dari segi peluang mendapat pendidikan
yang bermutu (democratization of access to quality education). Dalam konsep
pendemokrasian pendidikan, dasar-dasar penting telah dibentuk.

Dasar-dasar pendemokrasian pendidikan di Malaysia:


1. Perlaksanaan pendidikan wajib pada peringkat asas.
2. Perlaksanaan sekolah vernakular (sekolah Tamil dan Cina).
3. Pendidikan selama 13 tahun.
4. Sekolah teknikal, asrama penuh, pendidikan khas, swasta dan sek agama.
5. Peluang Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) peringkat tinggi.
6. Pendidikan sepanjang hayat.
Dalam melaksanakan pendemokrasian pendidikan, terdapat beberapa cabaran
yang perlu dihadapi:
1. Penyediaan infrastruktur yang lengkap dan mencakupi untuk semua
pelajar.
2. Kemudahan asas sekolah dari segi bilangan bilik darjah, buku teks, pusat
sumber dan sebagainya.
3. Sumber tenaga kerja (bilangan guru siswazah dan bukan siswazah).

1.4

TONGGAK PENDIDIKAN UNITED NATIONS


EDUCATIONAL, SCIENTIFIC AND CULTURAL
ORGANISATION (UNESCO)

Terdapat empat tonggak pendidikan UNESCO:


(i)

Belajar untuk menguasai ilmu (learning to know).

(ii)

Belajar untuk menguasai kemahiran (learning to do).

(iii)

Belajar untuk menjadi insan berguna (learning to be).

(iv)

Belajar untuk harmoni dan berkerjasama (learning to live together).

Berdasarkan cadangan UNESCO ,


pendidik memberikan peluang kepada
pelajar mene memahami orang lain sejak awal
persekolahan. P harus menjadi wadah untuk
murid belajar tentang agama dan tingkah laku
etnik di Malaysia.

an
roka

harus
dan

endidikan
budaya,

1.5
PENDIDIKAN

GLOBALISASI

DALAM

Scholte (2000:16) menyatakan bahawa globalisasi merujuk kepada proses


menyingkirkan batasan / sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara
supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka. Dalam konteks pendidikan,
globalisasi ialah proses mengenepikan sekatan untuk mewujudkan dunia
terbuka tanpa sempadan.
Impak globasasi dalam pendidikan:
(i)

Penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa


antarabangsa.

(ii)

Pendidikan negara terbuka kepada dunia luar.

(iii)

Pertumbuhan cawangan universiti luar di dalam negara.

(iv)

Peluang pendidikan semakin banyak dengan penubuhan intitusi

swasta. (v)

Kepentingan pengajaran sains dan teknologi.

(vi)

Pembelajaran menggunakan teknologi untuk menguasai maklumat.

(vii)

Perubahan peranan guru dalam bilik darjah.

(viii)

Pembudayaan teknologi.

(ix)

Penyediaan peluang pendidikan.

(x)

Aliran tenaga buruh atau sumber manusia dari luar masuk dalam

negara. (xi)

Kemahiran berbahasa dalam pelbagai bahasa dapat mengatasi

batasan
untuk berkhidmat di mana-mana negara.
(xii)

Transformasi kurikulum dalam pendidikan mengikut kehendak semasa.

Tugas guru dalam menyediakan murid menghadapi era globalisasi dan memenuhi
hasrat Wawasan 2020:
1. Latih pelajar untuk berdikari dan bertanggungjawab atas pembelajaran
sendiri.
2. Pelajar diberi peluang berfikir pada aras tinggi, meneroka idea dan
mencipta inovasi.
Dalam masa yang sama, guru harus meningkatkan amalan profesionalisme selain
mengemas kini maklumat agar sentiasa selari dengan arus perkembangan.

1.6

KEPELBAGAIAN BUDAYA

Budaya bermaksud cara hidup manusia dari

Masyarakat berbilang budaya

segi pemikiran, kepercayaan dan perlakuan


dalam sesuatu mayarakat yang diterima oleh
ahli anggotanya atau diwarisi secara turuntemurun. Malaysia adalah sebuah negara yang
unik kerana masyarakatnya terdiri daripada
perlbagai kaum.
Konsep kepelbagaian budaya harus difahami bersama. Salah satu cara untuk
menyatupadukan rakyat

adalah dengan membina negara bangsa dengan

pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Antara langkah


pembinaan negara bangsa:
i.

Penghayatan prinsip Rukun Negara.

ii.

Pendedahan tentang aspek kewarganegaraan dalam Pendidikan


Moral.

iii.

Bidang pelajaran distrukturkan mengikut nilai-nilai yang berkaitan


dengan perkembangan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

iv.

Pengajaran subjek Kajian Tempatan di sekolah dan subjek Sejarah di


sekolah menengah.

Contoh situasi bagaimana guru dapat menangani cabaran kepelbagaian budaya


serta mewujudkan situasi bilik darjah mesra budaya:
1. Guru tahu secara mendalam mengenai budaya murid (cth:lawatan,
jemputan ke rumah)
2. Guru wujudkan peluang mengumpul maklumat dalam kalangan pelajar
(cth:berbincang dan berkongsi ilmu)
3. Guru guna bahan kurikulum yang mewakili kumpulan etnik. (cth: topik
pakaian tradisional).
4. Guru wujudkan peluang murid memahami budaya lain (cth: program
sekolah anak angkat).

1.7

PENGARUH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


DAN KOMUNIKASI

Perkembangan teknologi maklumat dan Komunikasi (TMK) telah mencapai satu


tahap di mana pengaruhnya dapat dilihat di dalam kehidupan manusia. Antara
faedah yang boleh diperoleh daripada TMK ialah:
i.

Pembentukan resos digital seperti perpustakaan digital.

ii.

Peluang kepada jaringan antara para pendidik dan penyelidik


berkongsi bahan penyelidikan dan akademik.

iii.

Memperkembangkan kemahiran aras tinggi seperti kolaborasi di


mana-mana sahaja tanpa mengira tempat dan masa serta
penyelesaian masalah.
Pengaruh TMK melalui rangkaian internet
amat

penting

perhubungan

dari
dan

segi

pengetahuan,

perkongsian

bahan

pengajaran- pembelajaran. Cabaran guru atau


masyarakat

ialah

bagaimana

mendidik

generasi muda dalam penggunaan internet


Teknologi Maklumat dan
Komunikasi mempengaruhi
pendidikan

1.8

secara berkesan untuk pendidikan dan bukan


sebaliknya.

GEJALA SOSIAL

Era globalisasi dan modenisasi yang berlaku sekarang ini bukan sahaja
memberikan kesan positif, tetapi sebaliknya. Rentetan daripada ini, maka
kebanyakan pelajar terlibat di dalam kebejatan sosial. Dalam masa yang sama,
kecanggihan teknologi zaman ini merupakan penyebab berlakunya gejala sosial
contohnya memuat naik gambar-gambar lucah menerusi telefon bimbit berteknologi
tinggi.

Amaludin dan Khadijah (2006) menyenaraikan 24 jenis gejala sosial yang


melibatkan penghuni pusat pemulihan akhlak seperti merokok, menonton video
lucah, putus cinta, mencuri, lari dari rumah, minum arak, mengambil pil khayal,
berjudi, menyimpan gambar lucah, mengadakan hubungan luar nikah, memeras
ugut, pecah rumah, menagih dadah, merogol, menyamun, makan rasuah, maksiat,
bercerai dan
jenayah bunuh dan sebagainya.

Antara faktor penyebab gejala sosial iala


sikap ibu bapa dan cara mendidik anakanak, sikap pelajar, pengaruh media
massa, iklim bilik darjah, pengaruh rakan
sebaya terhadap sikap agresif, ponteng
sekolah, dan merosakkan harta benda Gejala sosial di sekolah akan lebih
parah jika tidak ditangani

sekolah.

Berhenti

dan

renungkan.

Bagaimana

faktor

media

massa

dapat

menyebabkan gejala sosial dalam kalangan murid?


Oleh yang demikian, guru memainkan peranan penting dalam menangani masalah
ini dengan memupuk nilai-nilai murni di alam persekolahan. Antara tugas guru
ialah:
i.

Guru sebagai pembimbing.

ii.

Meningkatkan penglibatan kaunseling di peringkat sekolah.

iii.

Gunakan pelbagai strategi dalam bilik darjah.

iv.

Menerapkan nilai murni dalam program anjuran sekolah.

Sekiranya masalah berlanjutan, penglibatan pihak berkuasa seperti pihak polis


haruslah diutamakan. Pihak pentadbir sekolah pula haruslah merujuk masalah
ini kepada pihak polis dan bukannya menyembunyikannya. Kerjasama pihak
sekolah dan pihak polis dapat mengekang daripada gejala sosial terus berleluasa.
Syabas! Kita sudah sampai ke penghujung tajuk ini. Berehatlah sebentar
sebelum anda menguji kefahaman anda.
Mari menguji apa yang telah anda pelajari.

Jawab semua soalan berikut dan bincangkan jawapan dengan rakan-rakan anda.
1

Manakah antara berikut bukan kesan integrasi nasional terhadap pendidikan?


A

Hubungan antara kaum dapat dipertingkatkan.

Kewujudan cawangan universiti luar ke dalam negara .

Wujud sifat toleransi dalam memahami budaya dan agama lain.

Memudahkan sifat patriotisme diterapkan dalam diri murid.

Cara yang paling sesuai untuk menangani isu integrasi nasional ialah
A

Mewujudkan sekolah satu aliran.

Memperkasa bahasa kebangsaan.

Menempatkan pelajar berbagai aliran dalam sekolah yang sama.

mengurangkan jurang antara kaum.

Manakah antara berikut merupakan langkah dalam pembinaan negara bangsa?


i

Mewujudkan sekolah kebangsaan sahaja.

ii

Penghayatan prinsip rukun negara.

iii

Bidang pelajaran distrukturkan mengikut nilai-nilai berkaitan.

iv

Perlaksanaan subjek Kajian Tempatan dan Sejarah di sekolah.

I dan II

I,II dan IV

I,II dan III

II,III dan IV

Senaraikan empat dasar-dasar pendemokrasian pendidikan di Malaysia.


(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Soalan Esei
Jawab soalan di bawah ini

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang budaya dan bangsa. Pada
pendapat anda, apakah isu-isu yang membelenggu kita dalam usaha meningkatkan
perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan rakyat?
9

28

You might also like