Kebaikan Dan Keburukan Internet Kepada Masyarakat

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kebaikan dan keburukan internet kepada masyarakat.

Internet merupakan satu jaringan yang menghubungkan _____________ komputer


dengan komputer yang lain di seluruh dunia. Internet merupakan sistem perhubungan yang
telah mengecilkan dunia dan menjadi pintu gerbang kepada dunia tanpa sempadan. Internet
kini telah digunakan ________________ semua peringkat umur bermula dari kanak-kanak
hinggalah ________________. Walau bagaimanapun, teknologi internet ini boleh
disalahgunakan sehingga membawa kemudaratan.
Internet merupakan saluran penyebaran pelbagai bidang ilmu. Segala
pengetahuan terkini ________________ disalurkan melalui internet. Internet merupakan
khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan maklumat dalam
proses pembelajaran dan penyelidikan. ________________ maklumat berkaitan pelajaran
boleh didapati dihujung jari. Internet juga telah membantu guru-guru untuk menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih ilmiah dan menarik.
Selain itu, internet merupakan saluran komunikasi antarabangsa. Teleperubatan
dimungkinkan dengan adanya internet. Pakar-pakar perubatan dapat berkomunikasi dan
berinteraksi dengan adanya internet. Komunikasi dalam aspek ekonomi dan politik pula
dapat dimungkinkan dengan telekonferens. Ini memudahkan sesuatu urusan komunikasi
dalam usaha membuat keputusan tanpa pergi ke sesuatu tempat. Di samping itu,
pendidikan jarak jauh juga dapat dijalankan dengan adanya kemudahan internet. Internet ini
memberi faedah kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk melanjutkan pengajian mereka
tanpa menjejakkan kaki ke menara gading.
Internet juga memudahkan urusan harian manusia di mana pembayaran bil
elektrik, air, kad kredit dan bil-bil lain dapat dilakukan dengan mudah. Urusan berkaitan
kemasukan ke universiti juga dipermudahkan dengan ________________. Pelbagai jenis
barangan juga boleh dibeli dan dihantar ke pintu rumah dengan menggunakan internet. Hal
ini bukan sahaja memberikan keselesaan kepada orang ramai, ________________ dapat
menjimatkan masa dan petrol kerana tidak perlu menghadapi kesesakan lalu lintas.
Walau bagaimanapun, kemudahan internet mampu mendatangkan kesan
________________ jika disalahgunakan. Sesorang hacker boleh mencuri maklumat
peribadi orang lain dengan menggunakan internet. Maklumat peribadi ini
________________ digunakan untuk mengugut mangsa atau menyebarkannya di media
sosial untuk menjatuhkan imej seseorang. Internet juga telah menjadi ______________
untuk menyebarkan fitnah dan provokasi yang mengancam perpaduan kaum. Akibatnya,
hubungan kaum akan ________________ dan perpaduan nasional sukar dicapai.
Selain itu, virus komputer yang menjadi bahan bualan sejak kebelakangan ini juga
disebarkan melalui internet. Kini, banyak virus komputer yang dicipta boleh mengakibatkan
data-data dalam komputer ________________ dan ada juga virus yang mengakibatkan
kerosakan komputer. Ini akan mengakibatkan sesebuah syarikat atau agensi kerajaan
lumpuh kerana sistem dan data-data mereka terganggu. Aspek kesihatan juga dikaitkan
dengan penggunaan internet. Seseorang yang menggunakan komputer akan duduk di
hadapan skrin komputer untuk tempoh masa yang ________________. Ini akan membawa
masalah kesihatan seperti penyakit mata, sakit tulang belakang dan sebagainya.
Kesimpulannya, internet boleh memberikan kesan baik dan buruk. Para pengguna
perlu memahami kegunaan internet dan memastikan ia digunakan untuk kebaikan sahaja.
Kawalan dan pengawasan oleh ________________ dan guru adalah penting agar generasi
muda memanfaatkan internet demi melahirkan masyarakat berilmu di negara ini.

You might also like