Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pembangunan ekonomi sangat berkait rapat dengan hubungan etnik di Malaysia.

Ini
ditunjukkan semasa dasar ekonomi bebas penjajah telah mewujudkan isu ekonomi di
kalangan masyarakat pelbagai etnik seperti isu kemiskinan, hak milik kekayaan dan guna
tenaga dan perkerjaan. isu-isu ini timbul apabila pada zaman sebelum kemerdekaan, penjajah
telah mengamalkan dasar pecah dan perintah dalam kalangan masyarakat. kesannya adalah
terdapat jurang ekonomi yang luas antara etnik di negara ini. hal ini menimbulkan
ketidakpuasan antara etnik itu sendiri. Oleh itu, terdapat beberapa dasar yang telah
dilancarkan oleh kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan
Dasar Wawasan Negara.
Berdasarkan video yang telah ditayangkan, saya memahami bahawa faktor ekonomi pada
zaman penjajahan telah menwujudkan kepelbagaian etnik di Malaysia. Dasar ekonomi bebas
yang diamalkan oleh penjajah telah menyebabkan Tanah Melayu pada masa itu didatangi
masyarakat pelbagai kaum. Namun begitu, walaupun etnik- etnik ini menetap di dalam
negara yag sama, tahap ekonomi adalah brbeza. hal ini adalah disebabkan oleh kegiatan
ekonomi yang dilakukan untuk menyara hidup seharian. Antara isu yang tibul pada masa itu
ialah isu kemiskinan. Kaum yang paling banyak menghadapi masalah ini ialah kaum melayu.
Hal ini kerana guna tenaga kaum melayu yang lebih tertumpu pada aktiviti pertanian di
kawasan perkampungan dan pendalaman menjadi salah faktor utama yang menorong kepada
faktor kemiskinan. disebabkan mereka menetap di kawasan- kawasan tersebut, hal ini telah
menyebabkan kaum melayu kurang berpeluang mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi
dan kurang berpengetahuan dalam bidang pengurusan.

You might also like