Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 31

Data GIS

HSTIONG

Pengenalan







Data merupakan salah satu komponen utama


untuk membangunkan GIS.
Data GIS juga dikenali sebagai Data Geospatial
iaitu meliputi Data spatial dan Data atribut.
Data spatial (Data Ruang) merupakan data yang
digunakan untuk mendekati/mewakili fenomena
sebenar.
Data atribut ialah data yang digunakan untuk
menerangkan/menghuraikan data spatial.
Contoh, data spatial ialah poligon yang mewakili
lot tanah. Manakala data atribut ialah maklumat
tuanpunya tanah, alamat, luas, sekatan
kepentingan, cukai dsb.

SambunganPengenalan
Data GIS terdiri daripada EMPAT
komponen utama iaitu GEOMETRI,
TOPOLOGI, ATRIBUT DAN MASA.
 Untuk mengoperasikan GIS, data-data ini
perlu dimasukkan ke dalam sistem.
Kaedah kemasukan data ini termasuklah
pendigitan (digitize), pengimbasan (scan),
papan kekunci dan penukaran format.
 Sumber data GIS boleh diperolehi
daripada salinan keras, metadata, data
remote sensing, data lapangan, GPS,
Fotogrametri dsb.


Komponen Data GIS


1.


Komponen Ruang
Melibatkan kedudukan objek yang perlu
dinyatakan dalam sistem koordinat yang
ditakrif secara matematik seperti garis
bujur dan garis lintang atau sistem
unjuran yang lain.
Tujuan koordinat ditakrif secara
matematik adalah untuk memudahkan
nilainya boleh ditukarkan kepada nilai
sistem koordinat lain.

SambunganKomponen Data GIS


2. Komponen Topologi
 Merupakan data berbentuk
maklumat yang menerangkan
perhubungan di antara objek atau
hubungan ruang (spatial) antara
objek.

SambunganKomponen Data GIS


3. Komponen Atribut
 Komponen ini menerangkan keadaan
dan sifat objek.
 Sesuatu objek boleh mempunyai
beberapa atribut.
 Contoh komponen atribut lot ialah
keluasan, no_lot, tuanpunya tanah
dsbnya.

SambunganKomponen Data GIS


4. Komponen Masa
 Merupakan komponen yang melibatkan
masa atau jangka masa yang
menunjukkan perubahan dengan
menggunakan maklumat yang terhasil
dari data GIS.
 Contohnya, suatu kawasan yang dipenuhi
hutan suatu ketika dula telah dibangunkan
dengan kawasan perumahan.
 Komponen masa ini penting untuk
pengemaskinian data.

Sumber Data


1.


Terdapat pelbagai sumber data GIS sama ada


dalam bentuk grafik, digital dan laporan.
Salinan Keras (hardcopy) dan Digital
Data digital dan salinan keras biasanya
berbentuk peta atau pelan dan melibatkan
proses pendigitan (digitize).
Data ini boleh diperolehi melalui kerajaan
(JUPEM) secara percuma atau dengan bayaran
minima.
Proses pendigitan (dari bentuk salinan keras ke
bentuk digital) adalah lebih murah berbanding
data yang terpaksa dibangunkan sendiri.

SambunganSumber Data
2. Meta Data
 Juga dikenali sebagai kamus data.
 Merupakan maklumat lanjut mengenai
data yang diperolehi.
 Sangat berguna untuk menilai kualiti data
berkenaan dan mengelakkan salah
jangkaan atau tafsiran.
 Contoh meta data ialah alat yang
digunakan, kaedah cerapan, prosedur
pengkompilan, skema pengekodan serta
tarikh cerapan.

SambunganSumber Data
3. Data Remote Sensing
 Melibatkan pengukuran dan perakaman tenaga
elektromagnetik yang dipancarkan dari permukaan bumi
dan atmosfera dengan menggunakan penderia (sensor)
yang dipasang pada pesawat adara atau satelit.
 Sensor mengimbas permukaan bumi secara garis demis
garis sambil bergerak ke hadapan untuk membentuk
imej permukaan bumi bagi sesuatu kawasan.
 Data imej yang diterima oleh sensor akan ditukuarkan
ke dalam bentuk imej berdigit.
 Kemudian, peralatan komputer dan perisian khas (image
processing system) digunakan untuk mengolah,
memproses dan memapar data berkenaan.
 Beberapa analisis boleh dilakukan ke atas data imej
yang telah diproses bagi menerbitkan maklumat yang
dikehendaki dari permukaan bumi seperti rangkaian
jalan, jenis tumbuh-tumbuhan, kawasan berair dsbnya.

SambunganData Remote Sensing









Antara data-data satelit yang boleh diperolehi adalah


LANDSAT, SPOT dan NOAA.
Setelah imej diproses, ia boleh digunakan terus
sebagai salah satu daripada lapisan (Raster Layer)
dalam pangkalan data GIS.
Data RS sangat sesuai untuk digunapakai dalam GIS
kerana ia tidak memerlukan ketepatan tinggi seperti
dalam perancangan sosio-ekonomi, pengurusan
sumber asli dan pemantauan alam sekitar.
Data RS dikatakan dapat memberi kos yang efektif
untuk menggambarkan ciri-ciri kawasan yang luas.
Walau bagaimanapun, proses pengvektoran akan
mengurangkan ketepatan data raster RS.
Liputan awan di kawasan tropikal akan menimbulkan
masalah untuk mendapatkan data yang baik.

SambunganSumber Data
4. Automated Surveying
 Kedudukan objek (x,y,z) dapat ditentukan terus di
lapangan.
 Tiga jenis pengukuran yang biasa dilakukan iaitu
jarak, bearing dan perbezaan ketinggian.
 Pengukuran dijalankan dengan menggunakan alat
Total Station.
 Semua data disimpan dalam bentuk digital.
 Kemudian, data-data berkenaan dimasukkan ke
dalam komputer untuk diproses dengan perisian
tertentu bagi menghasilkan koordinat setiap objek
yang telah dicerap.
 Selepas itu, data boleh dimasukkan ke dalam GIS.
 Total StationCDSAutoCADArcView

SambunganSumber Data
5. Global Positioning System (GPS)

Merupakan satu sistem penentududukan
(x,y,z) dengan menggunakan satelit.

Penentududukan boleh dilakukan
sepanjang 24 jam.

Terdiri daripada 3 segmen iaitu :
i.
Segmen Angkasa
ii.
Segmen Stesen Kawalan Bumi
iii. Segmen Pengguna

SambunganSumber Data
6. Fotogrammetri
 Ditakrifkan sebagai teknik pengukuran ke
atas gambar foto (foto udara).
 Foto udara ini biasa diambil dengan
menggunakan kamera metrik.
 Ia boleh diambil sama ada dari udara
(aerial photogrammetry) atau dari
permukaan bumi (teresstrial
photogrammetry).
 Data x,y,z bagi sesuatu kawasan boleh
diperolehi dalam bentuk digital atau
berbentuk peta.(Data Raster)

Sumber Data Spatial Di Malaysia


1.

2.

3.

4.
5.

Data berdigit: JUPEM, MAGDI,


pengguna-pengguna GIS seperti
JPBD(Perak GIS), Penang Development
Coorporation (PEGIS) dsb.
Data Digital: Data remote sensing
(MACRES), data fotogrametri/ foto udara
JUPEM.
Peta/pelan salinan keras: JUPEM, JKR,
Dewan Bandaraya dan agensi-agensi
kerajaan yang berkenaan.
Data GPS.
Data cerapan di lapangan.

Kemasukan Data



i.
ii.
iii.
iv.

Kemasukan data ialah prosedur mengekod data


dalam bentuk yang boleh difahami oleh
komputer dan menyimpan data berkenaan
dalam pangkalan data GIS.
Secara umumnya, proses kemasukan data
sangat rumit, memakan masa, memerlukan
tenaga kerja yang ramai dan cenderung kepada
kesilapan.
Antara kaedah kemasukan data ialah:
Pendigitan
Pengimbasan
Papan Kekunci
Penukaran Format

SambunganKemasukan Data
1.



i.
ii.

Pendigitan (Digitize)
Adalah kaedah yang lazim digunakan
untuk memetik (extracting) data spatial
ke dalam bentuk salinan keras ke dalam
bentuk digital.
Proses pendigitan akan menukar data
raster kepada data vektor.
Terdapat dua cara pendigitan:
Meja Pendigit
Pendigitan On-Screen

Meja Pendigit


Mula-mula lekatkan setiap penjuru peta


atau pelan salinan keras kepada meja
pendigit dengan menggunakan pita
pelekat. Kemudian, gunakan puck yang
ada di meja pendigit untuk mendaftarkan
empat titik. Operator akan menekan
butang pada puck tersebut untuk
merekodkan koordinat kedudukan data.
Pendigitan biasanya dibuat dalam dua
mod, iaitu mod link (point mode) dan mod
aliran (stream mode).

Pendigitan On-Screen
 Pendigitan

on-screen melibatkan
proses pengimbasan ke atas peta
atau foto udara terlebih dahulu.
 Selain itu, pendigitan on-screen juga
boleh dilakukan ke atas imej satelit
dan sebarang data berdigit yang
sedia ada.
 ScanAutoCADArcView
DATA RASTER  DATA VEKTOR

Sambungan..Kemasukan Data
2. Pengimbasan (scan)
 Pengimbasan merupakan satu teknik yang
menggunakan alat pengimbas (scanner)
bagi menukarkan peta/grafik salinan keras
ke digital (bentuk raster).
 Kualiti data raster yang dihasil bergantung
kepada kejituan alat (300dpi ke 1000dpi).
 Memerlukan ruang storan yang besar dan
ram komputer yang tinggi.
 Merupakan salah satu kaedah kemasukan
data yang cepat dan berkesan.

SambunganKemasukan Data
3. Papan Kekunci
 Papan kekunci lazimnya digunakan
untuk memasukkan data atribut.
 Data atribut dalam pangkalan data
GIS biasanya disimpan dalam jadual
(table).

SambunganKemasukan Data
4. Penukaran Format
 GIS boleh berkongsi data dengan pelbagai sistem
digital sedia ada denan menyalin semula data-data
tersebut.
 Format merupakan masalah utama sistem
pemindahan data dari satu sistem ke suatu sistem
yang lain.
 Terdapat perisian GIS yang menyediakan fungsi
penukaran format seperti Convert to Shapefile
dalam ArcView (.dwg.shp).
 Data spatial dalam perisian ArcView disimpan dalam
format .shp manakala data atribut disimpan dalam
format .dbf
 Perisian ArcView juga boleh menyalin/berkongsi data
atribut dengan perisian Microsoft Access (.dbf).

Ralat Data GIS


1. Perolehan Data

Ketidaktepatan alat

Kesilapan membuku

Kesilapan mentafsir imej
2. Kemasukan data

Ketidatepatan alat pendigit

Pengendali alat

Manuskrip yang digunakan (peta lama)
3. Penyimpanan data

Had perwakilan data digital

Had penyimpanan cakera
4. Pemprosesan data

Rata pembundaran (round of error)- perwakilan
digital

Hukum perambatan selisih (maklumat yang terhasil
oleh operasi matematik tidak akan menjadi lebih
tepat dari data asal)

Kualiti Data
Komponen Kualiti data GIS terdiri
daripada:
1.Ketepatan Ruang (Spatial)
2.Ketepatan Atribut
3.Kekonsistenan
4.Kebezajelasan
5.Kesempurnaan
6.Terkini/ Kesemasaan

SambunganKualiti Data
1.








Ketepatan Ruang (Spatial)


Ketepatan ruang adalah berkaitan dengan
ketepatan kedudukan objek.
Terdapat dua jenis ketepatan ruang yang biasa
digunakan iaitu ketepatan mutlak dan ketepatan
relatif.
Ketepatan mutlak ialah ketepatan yang dinyatakan
berbanding dengan asalan sistem koordinat.
Manakala ketepatan relatif merupakan perbezaan
koordinat antara dua objek.
Ketepatan relatif lebih penting daripada ketepata
mutlak dalam kebanyakan penggunaan GIS.
Contohnya injap paip air yang tertimbs di dalam
tanah masih boleh ditemui jika kedudukan dari tepi
jalan diketahui walaupun nilai koordinat kedudukan
injap telah berubah.

SambunganKualiti Data
2. Ketepatan Atribut
 Atribut boleh dinyatakan sebagai
pembolehubah diskrit dan selanjar.
 Pembolehubah diskrit merupakan atribut
yang jelas kelihatan seperti jenis tanah,
jenis tanaman, jenis rumah dsbnya.
 Manakala pembolehubah selanjar
merupakan atribut yang tidak kelihatan
dan berubah-ubah seperti suhu, taburan
hujan dan topografi.

SambunganKualiti Data
3. Kekonsistenan
 Kekonsistenan lapisan data GIS perlu
sentiasa diberi perhatian kerana sesuatu
data itu mungkin disimpan pada dua
tempat di dalam GIS.
 Kerap berlaku pada data spatial
berbanding dengan data atribut.
 Contohnya, nama jalan raya di lapisan
pengangkutan berbeza dengan jalan raya
yang sama di lapisan gunatanah.
 Bagaimana penyelesaiannya?

SambunganKualiti Data
4. Kebezajelasan
 Kebezajelasan bermaksud kualiti data dari
konteks skala antara penyimpanan data dan
persembahan maklumat GIS.
 Data GIS boleh dipersembahkan pada sebarang
skala dan ini menyebabkan data GIS disimpan
tanpa skala.
 Namun begitu, data yang dibangunkan pada
paras kebezajelasan hanya sesuai digunakan
pada suatu julat skala sahaja.
 Ini kerana kualiti peta yang terhasil daripada
skala kecil kurang sesuai digunakan untuk
mempersembahkan kawasan yang memerlukan
penelitian.

SambunganKualiti Data
5. Kesempurnaan

Terdapat tiga jenis kesempurnaan yang perlu
diberikan penekanan iaitu kesempurnaan:
i.
Liputan: Nisbah data kawasan menjadi
kepentingan.
ii.
Pengkelasan: melibatkan keupayaan skema
pengkelasan untuk mewakili data. Pengkelasan
mesti lengkap, menyeluruh dan boleh
mengekodkan data pada perisian yang dipilih.
iii.
Kesahihan: merupakan jumlah taburan data serta
lain-lain sumber maklumat bebas yang digunakan
untuk mendapatkan data tersebut.

Kesempurnaan ini hanya dapat dinyatakan dalam
bentuk data atribut sesuatu objek.

SambunganKualiti Data
6. Terkini/ Kesemasaan
 Data seperti demografi dan kegunaan tanah di
kawasan bandar boleh berubah dalam masa yang
singkat.
 Terdapat data yang berubah mengikut perubahan
musim di negara-negara yang bermusim.
 Dengan itu, masa pada ketika data diambil sangat
memberi kesan terhadap data yang disimpan dalam
GIS.
 Biasaya dilaporkan sebagai tarikah perolehan data
seperti tarikah pengambilan foto udara dan tarikh
sesuatu peta topografi dihasilkan.
 Pengabaian aspek masa boleh menyebabkan sesuatu
GIS memberikan maklumat yang salah.

Sekian, terima kasih!

You might also like