Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MATA PELAJARAN: HUBUNGAN ETNIK

KOD MATA PELAJARAN: UWS 10202


PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER
S1. Apakah matlamat utama pembangunan politik?
A. Pembinaan negara bangsa
B. Kuasa raja/sultan sebagai pemerintahan dihapuskan
C. Perubahan sistem politik feudal kepada sistem moden.
D. Pembinaan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.
S2. Apakah elemen UTAMA yang mewarnai kemunculan parti-parti politik di Malaysia?
A. Menonjolkan kehebatan kumpulan masing-masing.
B. Kesan daripada liberalisasi politik di peringkat global.
C. Semangat nasionalisme demi memelihara kepentingan
masing-masing.
D. Beranggapan ideologi politik perkauman sahaja yang boleh direalisasikan.
S3. Semasa pelaksanaan Malayan Union 1946, British ingin memperkenalkan corak
pemerintahan _______________ yang berasaskan penguasaan majoriti oleh pihak British
dan rakyat pula ditadbir sebagai satu bangsa.
A. Unitary
B. Sosialis
C. Konfederasi
D. Totalitarisme
S4. Parti politik pertama yang ditubuhkan di Sabah ialah _____________________.
A. Parti Bersatu Sabah (PBS)
B. United Sabah National Organization
C. Borneo Utara National Party (BUNAP)
D. United National Kadazan Organization (UNKO)

S5. Semua pernyataan berikut tentang perikatan UMNO-MCA-MIC kecuali


A. Perikatan UMNO-MCA-MIC ditubuhkan pada tahun 1952.
B. Pada tahun 1974 nama Perikatan telah ditukar kepada Barisan Nasional.
C. Pembentukan perikatan merupakan pakatan kerjasama antara orang Melayu, Cina dan
India dalam politik negara.
D. Perikatan menang 51 daripada 52 kerusi dalam Pilihan Raya Persekutuan pada tahun
1955.
S6. Mengapakah Parti Barisan Nasional di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak berjaya
untuk mengekalkan kuasanya dalam pilihan raya.
A. Kerjasama politik antara pelbagai etnik.
B. Kontrak sosial telah diterima oleh semua kaum
C. Masyarakat berbilang kaum di Malaysia sudah matang berpolitik.
D. Pembangunan ekonomi yang seimbang di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
S7. Keputusan pilihan raya 2008 memperlihatkan trend dan corak pengundian yang berbeza
daripada pilihan raya sebelumnya iaitu Barisan Nasional menguasai majoriti tanpa banyak
cabaran kecuali pilihan raya tahun 1969.
Nyatakan sebab.
A. Pengundi tidak dijelaskan dengan isu yang lebih besar dan utama seperti urus tadbir
yang baik, ketelusan, akauntabiliti, kebebasan bersuara, keadilan dan
sebagainya.
B. Pengundi tidak peka dengan isu yang lebih besar dan utama seperti urus tadbir
yang baik, ketelusan, akauntabiliti, kebebasan bersuara, keadilan dan
sebagainya.
C. Pengundi kurang berminat dengan isu yang lebih besar dan utama seperti urus tadbir
yang baik, ketelusan, akauntabiliti, kebebasan bersuara, keadilan dan
sebagainya.
D. Pengundi lebih berminat dengan isu yang lebih besar dan utama seperti urus tadbir
yang baik, ketelusan, akauntabiliti, kebebasan bersuara, keadilan dan
sebagainya.

S8. Perbezaan antara Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah kuasa
perundangan ____________________________________________
A. Baginda Queen dihapuskan
B. Dihapuskan dan dibentuk Majlis Pesuruhjaya Tinggi.
C. Pesuruhjaya Tinggi British dipertingkatkan setaraf Presiden.
D. Bertukar dari Gabenor Jeneral British kepada Majlis Perundangan
Persekutuan.
S9. Berikut adalah cabaran-cabaran yang dihadapi dalam memupuk integrasi etnik
di Malaysia dalam konteks politik kecuali _____________________.
A. mengukuhkan semangat perkauman.
B. menimbulkan rasa tidak senang hati.
C. menyuarakan kepentingan etnik tanpa mengambil kira etnik lain.
D. mengamalkan kontrak sosial di kalangan masyrakat pelbagai etnik.
S10.

Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dalam tempoh 4 tahun


Membentuk perkhidmatan awam berorentasikan Tanah Melayu
Menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera

Pernyataan di atas merupakan ________________________ yang dikemukakan oleh


UMNO, MCA dan MIC dalam pilihan raya pertama pada tahun 1955.
A. deklarasi
C. perjanjian
B. manifesto
D. kontrak sosial

Tarikh: 14/04/2015

You might also like