Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

JOEY

Ketua Menteri: Selamat pagi dan salam sejahtera, saya akan membuka arena
perdebatan pada hari ini. Sekalung ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan
Yang Dipertua , barisan kerajaan yang disegani, perwakilan pembangkang dan Ahliahli berhormat yang saya muliakan sekalian. Selamat bersua dan selamat bersidang
di arena perdebatan pada pagi ini.
Tuan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya amat bersyukur kerana
dengan berkat keamanan dan keharmonian di bawah pimpinan kerajaan negara kita
dari dahulu sehingga kini. Oleh itu, pada hari ini, dewan kembali bersidang untuk
membahaskan satu usul penting yang pastinya akan mencuri perhatian sidang
dewan sekalian iaitu sejauhmananya sistem pendidikan Malaysia berjaya memupuk
perpaduan murid?
1.

Pertama sekali, seperti yang digariskan dalam Model Ekonomi Baru RMKe-

10, negara kita berusaha untuk mengubah daripada negara berpendapatan


pertengahan ke arah negara berpendapatan tinggi. Justeru itu, kerajaan menerusi
KPM

telah

merangka

suatu

transformasi

dalam

sistem

pendidikan

bagi

membolehkan aspirasi negara ke arah negara berpendapatan tinggi dapat


direalisasikan. Aspirasi untuk menjayakan tranformasi sistem pendidikan terdiri
daripada dua aspek, iaitu aspirasi keseluruhan sistem pendidikan dan aspirasi setiap
murid. Antara lima hasil yang ingin dicapai dalam Pelan Pembangunan Pendidikan,
salah satu adalah memupuk perpaduan dalam kalangan murid. Sejak merdeka
aspirasi negara yang utama ialah menwujudkan perpaduan dalam kepelbagaian
kaum

yang

ada.

Sesebuah

negara

yang

menghargai

kepelbagaian

dan

mengutamakan keterangkuman social yang unik aka mempamirkan perpaduan yang


lebih kuat. Kajian yang dilakukan oleh OECD pula menunjukkan bahawa perpaduan
yang kuat mempunyai kaita yang rapat dengan rakyat yang sihat, masyarakat yang
selamat dan kadar guna tenaga yang tinggi. Murid menghabiskan masa lebih
seperempat daripada mereka di sekolah semasa mereka berusia 7 hingga 17 tahun,
maka sekolah merupakan medan yang subur untuk pemupukan semangat
perpaduan. Oleh itu, interaksi di dalam sekolah dalam kalangan murid-murid amat
penting dalam memupuk perpaduan dalam kalangan murid agar mereka dapat
belajar saling memahami, menerima dan menghargai kepelbagaian. Jadi ini telah
membukti bahawa sistem pendidikan Malaysia dapat memupuk perpaduan murid.
.

You might also like