Surat Memohon Sumbangan Stesen Petronas

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN UNGKU HUSIN

JALAN HAJI ARIFFIN,


86900 ENDAU,
JOHOR
Kod Sekolah: JEE 4036
Tel : 07-7943234
Fax: 07-7942979

______________________________________________________________________________
Ruj Kami
: JEE4036/600-4/2/7(1)
Tarikh
: 11 November 2014
Courts Megastore Setapak,
No 36 Jalan Genting Kelang,Setapak,
53300 Kuala Lumpur.

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN MESIN BASUH SEMI AUTO DAN STERIKA TERPAKAI.
Perkara di atas dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah ini
akan mengadakan lawatan sambil belajar . Butiran lanjut adalah seperti berikut:
Tarikh
Tempat
Bilangan Peserta

: 20 hingga 22 Mei 2014


: Cameron Highland, Pahang.
: 27 orang pelajar, 6 orang guru,
2 pembantu pengurusan murid dan 9 orang ibubapa.

3.
Sehubungan dengan itu, pihak PPKI SMK Ungku Husin berbesar hati ingin memohon
sumbangan berbentuk wang ringgit sebanyak RM500 atau barangan yang seumpama seperti air
mineral, roti dan sebagainya untuk pelajar-pelajar PPKI sebagai tanda sokongan daripada pihak
tuan.
4.
Untuk pengetahuan pihak tuan, pelajar-pelajar PPKI di sini terdiri daripada pelajar
istimewa yang mempunyai pelbagai masalah seperti Lembam, Kerencatan Akal Ringan, Down
Sindrom, Hyperaktif, Autisme dan Cerebral Palsy.

Semoga permohonan kami ini mendapat perhatian daripada pihak tuan sebagai tanda keprihatinan
pihak tuan terhadap golongan istimewa dan tindakan pihak tuan selanjutnya amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

MEREALISASIKAN KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA


Saya yang menurut perintah,
...................................................
(NUR ERRENNA FAZLIN BT RAMLI)
PENYELARAS LAWATAN

You might also like