Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

1.

PENGENALAN
Permasalahan Jenayah menjadi satu topik yang amat membimbangkan
masyarakat pada akhir-akhir ini menyebabkan rasa selamat dan harmoni
ketika berada di sesuatu kawasan tidak lagi ada. Perlakuan jenayah secara
terang-terangan amat bertentangan dengan norma-norma masyarakat, dan
juga bertentangan dengan ajaran agama islam. Jenayah juga merupakan
fenomena sosial dan ekonomi yang berlaku dalam masyarakat dan ianya
berlaku apabila individu gagal mematuhi pola sosial tingkah laku yang
diterima oleh masyarakat. Perlakuan jenayah yang berlaku disebabkan oleh
pelbagai faktor yang akhirnya akan membawa kepada pelbagai implikasiimplikasi yang negatif terhadap masyarakat dan juga sesebuah imej
sesebuah Negara juga akan turut tercalar akibat daripada permasalahan
yang berlaku ini. Perlakuan jenayah haruslah dibendung dan tanggungjawab
tersebut haruslah dipikul oleh pelbagai pihak terutama pihak kerajaan. Selain
daripada itu, kesedaran mengenai pengkajian mengenai jenayah juga harus
ditingkatkan di peringkat-peringkat pengajian agar perlakuan ini dapat
diatasi. Melihat daripada satu contoh mengenai pengkajian jenayah seperti
Geografi Jenayah, ianya adalah merupakan satu kajian perilaku kejahatan
atau songsang manusia di atas ruang dan implikasi perilaku manusia ke atas
perubahan ruang dan polisi di atas ruang. Pengkajian- pengkajian seperti ini
membolehkan ahli-ahli akademik memahami konsep-konsep jenayah yang
akhirnya memberikan implikasi yang positif terhadap pengurangan kadar
jenayah

di

Negara

ini.

Namun,

apa

yang

paling

penting

adalah

penguatkuasaan undang-undang terhadap jenayah itu sendiri. Oleh itu, esei


ini dihasilkan untuk mendefinisikan pengertian perlakuan jenayah daripada
pelbagai ilmu disiplin dan juga esei ini akan menerangkan berkenaan contoh
undang-undang jenayah daripada sudut agama islam.
2.0

DEFINISI JENAYAH ATAU PERLAKUAN JENAYAH


Jenayah adalah sesuatu yang abstrak dan pengertian jenayah telah
banyak dihuraikan secara mendalam oleh ahli-ahli kriminologi. Jenayah
merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang kerajaan sesuatu
tempat.

Orang

yang

melakukan

perbuatan

jenayah

ini

dinamakan

penjenayah. Beberapa pengertian telah diberikan oleh ahli kriminologi


tentang jenayah.
Menurut Bloch & Gets (1970), Jenayah didefinisikan sebagai suatu
tindakan luar kawalan di mana ia telah melanggar nilai-nilai kemasyarakatan.
Tindakan tersebut merupakan kesalahan atau dosa yang berat berkaitan
dengan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta bertentangan
daripada norma dan akhlak yang terdapat dalam masyarakat. William
Blackstone pula mentakrifkan jenayah sebagai perbuatan yang dilakukan
atau ditinggalkan, yang melanggar undang-undang awam.
Menurut House of Lords dalam kes Board of Trade v. Owen (1957),
jenayah adalah an unlawful act or default which is an offence against the
public and renders the person guilty of the act liable to legal punishment.
Kerajaan akan membawa pesalah ke muka pengadilan melalui undangundang jenayah untuk melindungi hak awam. Kesalahan jenayah berbeza
mengikut

masyarakat.

Sikap

masyarakat

mengenai

persoalan

moral

mencerminkan perubahan pandangan masyarakat mengenai kesalahan


jenayah. Jenayah dari perspektif undang-undang sivil sangat relatif kepada
masa,

tempat,

keperluan,

kehendak

dan

nilai-nilai

dalam

sesebuah

masyarakat. Menurut Mc Mahon (1992),


Exploring the question What is a crime? has become more and more
relevant during an era in which responses to various behaviours have
become increasingly polarized. While some behavioursare subject to greater
regulation and criminalization, others are dealt with increasingly through
informal processes or are subject to discussions of

deregulation of

decriminalization.
Sementara, John E Concklin (1991) pula mentaktifkan jenayah sebagai
satu tindakan yang melanggar undang-undang jenayah dan boleh dihukum
oleh kerajaan. Jenayah juga dapat ditakrifkan sebagai suatu perbuatan atau
sebarang kesalahan yang membahayakan masyarakat dan segala perbuatan
atau tindakan itu boleh disabit kesalahannya di sisi undang-undang dan
orang yang melakukannya bertanggungjawab menerima hukuman denda
atau penjara. Dengan erti kata lain, jenayah ialah apa-apa yang boleh

memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh,


semua orang bersetuju bahawa mencuri atau mencederakan orang lain
adalah perbuatan jenayah.

Bartol (2001) pula mendefinisikan jenayah sebagai :


Crime can be most simply defined as an intentional act in violation of the
criminal law committed without defense or excuse, and penalized by the
state as a felony or misdemeanor.
Menurut R.White dan F.Haines (2000), jenayah adalah sesuatu yang
kerajaan kenalpasti sebagai jenayah iaitu apabila ia ditulis dalam undangundang jenayah dan pelaku akan menghadapi hukuman spesifik. Menurut
Garafalo, jenayah adalah an immoral and harmful act that is regarded as
criminal by public opinion. Jenayah adalah tingkah laku antisosial yang
merbahaya dan bertentangan dengan nilai moral masyarakat. Jenayah
adalah tingkah laku yang dianggap salah kerana melanggar kepentingan
sosial dan hak awam.
Manakala, penjelasan psikologi pula memfokuskan kepada abnormaliti
seseorang. Sesetengah tret personality adalah diwarisi. Bagaimanapun
kebanyakkannya dibentuk melalui pengalaman sosial. Oleh itu, devian dilihat
sebagai satu bentuk produk sosialisasi yang tidak berjaya. Kelakuan yang
tidak normal ini dikatakan berkait rapat dengan jenayah serius. Penjelasan ini
juga tidak boleh diterima secara mutlak kerana orang yang normal juga
terlibat dengan jenayah berat ( Macionis J.J, 2001:193).
Terdapat juga pandangan dari disiplin ilmu lain seperti perspektif
psikologi

dan

perspektif

sosiologi

berkaitan

dengan

teori-teori

dalam

pelakuan jenayah ( Siegel, 1992). Dari persepktif psikologi dapati seseorang


individu tidak dapat menahan tingkah lakunya akan mencari jalan untuk
melakukan sesuatu bagi memuaskan dirinya tentang kehendaknya itu.
Perspektif sosiologi melihat tingkah laku jenayah sebagai satu tingkah laku
devian. Tingkah laku devian didefinisikan sebagai satu tingkah laku yang

melanggar norma-norma yang ditetapkan oleh masyarakat (Gelles dan


Levine,1999; Henslin,2001 dan Rubington dan Weinberg,1995). Perlakuan
jenayah dikatakan merupakan antara fenomena permasalahan sosial yang
melanda kebanyakan bandar-bandar di dunia sejak daripada 20 tahun dan
peningkatannya adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor (Belinda Yuen,2004;
Shelly,1981). Perlakuan jenayah yang berlaku mempunyai pelbagai sebab
sama ada keadaan yang memaksa seseorang tersebut bertindak melakukan
jenayah atau disebabkan personaliti yang wujud dalam diri seseorang yang
menyebabkan ia bertindak untuk melakukan jenayah.
Menurut

Salleh

Abas

(1998)

dalam

Gan

Kong

Meng

(2007)

mendefinisikan jenayah ialah kesalahan yang dilakukan oleh seseorang


dengan niat hendak melakukan kesalahan itu, maka dengan sebab kesalahan
itu orang yang bertanggungjawab boleh dihukum dengan balasan yang
setimpal kerana melakukan perkara-perkara yang salah disisi undangundang. Jenayah juga dapat ditakrifkan sebagai suatu perbuatan atau
sebarang kesalahan yang membahayakan masyarakat dan segala perbuatan
atau tindakan itu boleh disabit kesalahannya di sisi undang-undang dan
orang yang melakukannya bertanggungjawab menerima hukuman denda
atau penjara. Dengan erti kata lain, jenayah ialah apa-apa yang boleh
memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh,
semua orang bersetuju bahawa mencuri atau mencederakan orang lain
adalah perbuatan jenayah.
Dari segi pandangan islam, Jenayah ialah melakukan sesuatu perkara
yang ditegah oleh Allah S.W.T atau meninggalkan sesuatu perkara yang
disuruh olehnya. Jenayah menurut Fuqaha adalah perbuatan atau perilaku
yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk menceroboh atau mencabul
kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.
Maka perlakuan jenayah ini boleh dikatakan kesalahan yang dilakukan oleh
seseorang yang boleh mengakibatkan kecelakan kepada seseorang yang lain
atau kelompak masyarakat yang boleh dikenakan tindak undang-undang
mengikut kanun keseksaan.

Oleh itu penting penglibatan pelbagai bidang disiplin ilmu bagi


mengatasi perlakukan jenayah, ia menjadi satu keperluan penting dalam
mengenalpasti masalah dan alternatif yang sesuai untuk mengatasi masalah
perlakuan jenayah yang berlaku dalam masyarakat kita. Hal ini diperkatakan
sendiri

oleh

Pacione(1983:76),

Baharom

dan

Muzafar(2009:

5)

dan

Tang(2009: 50) di mana peningkatan jenayah menuntut penglibatan pelbagai


bidang disiplin ilmu untuk mengkaji dan merupakan antara isu atau tema
yang mendapat perhatian kebanyakan pengkaji kini. Kewujudan beberapa
teori berkaitan dengan perlakuan jenayah membantu pengkaji mengenalpasti
sebab berlakunya jenayah sama ada jenayah melibatkan harta benda dan
jenayah kekerasan yang berlaku terutamanya di negara kita agar langkah
pencegahan dapat dilakukan.
3.0

LATAR BELAKANG SEJARAH UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM


Undang-undang jenayah Islam adalah sebahagian dari syariat Islam
yang syumul. Syariat Islam ialah asas kepada undang-undang yang
dikehendaki oleh Allah S.W.T sebagaimana yang termaktub dalam Al Quran
atau As-Sunnah.

Syariat Islam merupakan hukum Allah S.W.T yang

mengandungi persoalan aqidah (kepercayaan), syariat (perundangan), akhlak


dan lain-lain perkara berkaitan urusan kehidupan yang diturunkan kepada
manusia. Undang-undang jenayah Islam diamalkan sejak dari zaman
Rasulullah SAW. Ia juga pernah diamalkan di Tanah Melayu tetapi dipinggirkan
selepas kedatangan penjajah. Di Tanah Melayu, Kenyataan paling awal
tentang pelaksanaan undang-undang jenayah Islam di Malaysia ialah catatan
di batu bersurat yang ditemui di Kuala Berang Terengganu dalam tahun 1898
M. Inskripsi tersebut bertarikh pada 17 Rejab 702H, iaitu bersamaan dengan
22 Febuari 1303M. Catatan tersebut ialah mengenai kesalahan dan hukuman
terhadap jenayah zina. Ia menyatakan:
Orang berbuat balacara lelaki perempuan setitik; Dewata Mulia Raya jika
mereka bujang palu; seratus rotan. Jika mereka merdeka beristeri; atau
perempuan bersuami ditanam hinggakan; pinggang dikembalang dengan
batu matikan

Kenyataan yang lebih terkemudian ialah yang terdapat dalam UndangUndang Melaka, iaitu undang-undang yang ditulis sekitar tahun 1523-1524,
iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Peruntukan tentang
jenayah dalam undang-undang tersebut terbahagi kepada hudud, qisas, diyat
dan takzir, iaitu sama dengan pembahagian yang terdapat dalam pengajian
hukum

Islam.

Selain

dalam

Undang-Undang

Melaka,

pelaksanaan

undangundang jenayah Islam ini juga dapat dilihat dalam kanun-kanun yang
lain yang terdapat di Malaysia sebelum zaman penjajahan. Dalam UndangUndang Pahang , yang ditulis pada zaman pemerintahan sultan Abdul Ghafar
Mahaiyuddin Shah, yang memerintah di antara tahun 1592 hingga 1616,
misalnya terdapat berbagai peruntukan tentang jenayah. Antaranya ialah
yang berkenaan dengan hukum qisas, hudud, diyat dan takzir.
Begitulah

juga

dalam

Undang-Undang

Johor

yang

dibuat

pada

tahun1203H (1788/9M), iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud alGhazi Ibn Abdul Jalil Shah. Hal yang sama juga terdapat dalam UndangUndang Kedah yang ditulis pada tahun 1211H (1893M) , dan Undang-Undang
Sembilan Puluh Sembilan Perak. Mengikut kepercayaan umum, pelaksanaan
undang-undang Islam, termasuk dalam kes-kes jenayah di Melaka dan semua
negeri-negeri di Malaysia masih diteruskan

sehingga berlaku penjajahan

Inggeris pada tahun 1786. Mengikut kepercayaan itu, Portugis yang mula
menakluk Melaka pada tahun 1511, dan kemudiannya Belanda

yang

menjajah negeri-negeri di Malaysia tidak berminat untuk memperkenalkan


undang-undang mereka di Malaysia

pada waktu penjajahan mereka.

Di

bawah pengaruh penjajahan Inggeris, Undang-Undang Islam, termasuk juga


hal-hal jenayah yang dulunya dilaksanakan sebagai Undang-Undang Negara
telah tersingkir sedikit demi sedikit bermula daripada langkah Inggeris
memperkenalkan Piagam Keadilan Pertama pada tahun 1807 sampailah
kepada

tahun

diperkenalkan.
menyisihkan

1956
Dengan

apabila

Ordinan

langkah-langkah

Undang-Undang

Islam

Undang-Undang
seperti
yang

itu

Sivil

1956

Inggeris

telah

dahulunya

merupakan

undangundang negara hingga menjadi undang-undang yang terbatas kepada


hal-hal nikah cerai dan seumpamanya dengan ditadbir oleh mahkamah kadhi

atau disebut kemudiannya sebagai mahkamah Syariah dalam pengertiannya


yang terbatas.
Berasaskan kepada kedudukan inilah mahkamah-mahkamah Syariah
tidak diletakkan di bawah kuasa-kuasa persekutuan, tetapi sebaliknya di
bawah kuasa-kuasa negeri. Maka berasaskan kedudukan ini, sampai ke hari
ini Mahkamah Syariah merupakan Mahkamah Agama dalam pengertian yang
sekular.

Dalam

kedudukannya

seperti

ini

ia

mempunyai

skop

dan

bidangkuasa yang sempit dan terbatas sepertimana yang terdapat dalam


enakmen-enakmen yang tersebut di atas dan beberapa enakmen lain yang
menyentuh persoalan kekeluargaan dan perkara Mal.

4.0

PERKARA-PERKARA DI DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM


4.1

HUDUD
Hudud ialah kata jama bagi perkataan (), pada bahasa bermakna

menahan atau mencegah ( )dan pada istilah syarak bermakna


iaitu hukuman yang telah ditetapkan kadarnya dan ianya
adalah hak Allah taala.. Hak Allah taala bermaksud hukuman ini dikenakan
untuk menjaga kepentingan dan kebaikan seluruh manusia dan menolak
keburukan daripada diri mereka. oleh itu, setiap kesalahan jenayah yang
menggugat perpaduan manusia amnya dan faedah hukuman yang dikenakan
keatas penjenayah boleh mengembalikan keharmonian kepada mereka, maka
hukuman yang ditentukan itu adalah hak Allah taala. Ianya bereti bahawa
Had atau Hudud itu pada istilah asal ialah keseksaan yang mempunyai ciriciri penting. Pertama, merupakan keseksaan-keseksaan yang rigid bentuknya
dan tidak boleh berubah atau diubah-ubah oleh hakim atau pemerintah
kerana semua aspek di dalamnya telah ditentukan sendiri oleh syarak, dan
kedua, ia dikenakan bagi tujuan menjamin hak-hak Allah, atau dengan katakata lain boleh disebut kepentingan awam.
Kesalahan-kesalahan hudud adalah perbuatan yang boleh dihukum
dengan keseksaan ini. Dengan kata-kata lain, ia merupakan kesalahan-

kesalahan atau perbuatan-perbuatan jahat yang menyentuh kepentingan


umum masyarakat dan yang akan dihukum dengan keseksaan tertentu
sebagaimana dihuraikan dengan lebih terperinci dalam al-Quran dan alSunnah. Malahan, kesalahan-kesalahan itu sendiri ditentukan dengan lebih
jelas dalam al-Quran dan al-Sunnah dan tidak boleh diubahsuai oleh manamana

kuasa

pemerintah,

perundangan

atau

kehakiman

yang

ada.

Pendefinisian hudud menurut Al-Mawardy adalah sekatan-sekatan atau


deraan-deraan yang ditentukan oleh Tuhan sebagai balasan (hukuman)
kerana melakukan perkara-perkara yang ditegah dan meninggalkan perkaraperkara yang diperintah, kerana tabiat semulajadi manusia yang dkuasai oleh
nafsu yang melalaikan dari seksaan akhirat dengan semata-mata mengejar
kelazatan dunia yang cepat. Hudud dari sudut bahasa membawa maksud
menahan atau mencegah. Manakala dari segi istilah ialah keseksaan yang
telah

ditetapkan

oleh

nas-nas

al-Quran

dan

al-Sunnah

yang

wajib

dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T.


Firman Allah S.W.T:
"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka
mereka itulah orang-orang yang zalim"(Surah al-Baqarah:229)
4.1.1 Zina
Zina merupakan persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki
dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak
iaitu bukan pasangan suami isteri. Zina terbahagi kepada dua. Pertama, Zina
Muhsan

iaitu

lelaki

dan

perempuan

yang

telah

pernah

melakukan

persetubuhan yang halal (sudah pernah berkahwinn) dan Zina bukan Muhsan
iaitu lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan
yang halal (belum pernah berkahwin). Mengikut peruntukan hukuman syarak
yang disebut dalam al-Quran dan al-Hadis yang dikuatkuasakan dalam
undang-undang kanun jenayah Syariah bahawa orang yang melakukan
perzinaan itu apabila disabit dalam kesalahan mahkamah wajib dikenakan
hukuman hudud iaitu disebat sebanyak 100 kali sebatan. Sebagaimana
Firman Allah Subhanahu Wa Taala yang bermaksud:

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu


sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah
kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam
menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan
hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan
kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (Surah
An- Nur ayat 2)
4.1.2 Qazaf ( Menuduh berzina )
Qazaf bermaksud melemparkan tuduhan zina kepada orang lain yang
baik lagi suci atau menafikan keturunannya. Hukuman yang dikenakan
adalah sebatan dengan sebanyak 80. Sebagaimana firman Allah S.W.T :
"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuanperempuan

yang

terpelihara

kehormatannya,

kemudian

mereka

tidak

membawa 4 orang saksi, maka sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan dan
janganlah kamu menerima penyaksiannya itu selama-lamanya, kerana
mereka itulah orang-orang yang fasik"( Surah An-Nur:4)
Seseorang yang menuduh orang lain berzina mestilah berakal, baligh
kemahuan sendiri, tahu qazaf itu haram dan bukan ibubapa atau datuk dan
ke atas kepada penuduh manakala orang yang dituduh pula mestilah
mempunyai syarat seperti mengenalpasti orang tersebut dan seorang yang
baik dan bersih daripada perbuatan zina dan terpelihara kehormatannya dari
sebarang kejahatan. Terdapat tiga bentuk Qazaf iaitu tuduhan secara terang
(Sorih), menggunakan perkataan-perkataan yang jelas dan tetap yang
membawa makna zina dan penafian keturunan. Kedua, tuduhan secara
kiasan (Kinayah) iaitu menggunakan perkataan lain tetapi boleh juga
membawa kepada zina atau lainnya jika niat zina dan yang terakhir adalah
tuduhan secara sindiran (Taridh), menggunakan perkataan-perkataan yang
tidak jelas dan tidak tetap tetapi boleh memberi makna yang lain daripada
zina.
4.1.3 Minum Arak

Arak ialah segala bahan yang memabukkan sebab meminumnya baik


yang diproses melalui buah tamar, anggur, gandum,nira,tapai,beras atau
sebagainya. Apa yang penting minuman itu memabukkan.

Minum arak

bermaksud minum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan


kewarasan akal. Sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya meminum khamar (arak),
berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah
perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah
perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan (kejayaan) (alQuran, al-Maidah: 90)
Hukuman hudud bagi meminum arak dalam firman Allah S.W.T yang
bermaksud: Hukuman hudud meminum arak ialah disebat, tetapi jumlahnya
terdapat dua riwayat ; dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda
Rasulullah telah memukul ( sebat )seorang lelaki yang meminum arak
dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga
dilakukan oleh Abu Bakar, tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang
dengan sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman
seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan ( Muslim, Sahih : hlm.
214 )
4.1.4 Mencuri
Mencuri bererti mengambil harta orang lain secara senyap atau
bersembunyi. Hukuman yang dikenakan adalah kedua-dua tangan dipotong.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduaduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan
sebagai seksaan dari Allah (al-Quran, al-Maidah: 38).
4.1.5 Merompak dan Menyamun
Mengambil

harta

orang

lain

dengan

menggunakan

kekerasan,

paksaan, ugutan dan ancaman. Orang yang dituduh melakukan samun


hendaklah baligh dan sempurna akal serta tidak ada perbezaan antara lelaki
dan perempuan. Hukumannya ialah:

1. Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh.


2. Sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tanga dan kaki
secara bersilang seperti tangan kanan dengan kaki kiri dan seterusnya kaki
kanan dan tangan kiri bagi kesalahan yang seterusnya.
3. Sekiranya hanya mengganggu ketenteraman awam dendaklah di ta'zir
seperti dipenjara dan lain-lain lagi.
4.1.6 Murtad
Maksud

murtad

dari

segi

syarak

adalah

orang

Islam

yang

meninggalkan Islam dan segala ajaran yang terkandung dalamnya. Mereka


akan menghalalkan segala sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah.
Hukuman yang dikenakan adalah hukuman bunuh jika tidak mahu bertaubat
selain itu hasil sembelihan mereka tidak halal untuk dimakan. Sebagaimana
firman Allah:
Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka tidaklah akan
diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk di antara
orang-orang yang rugi. (al-Quran, al-Imran: 35) Barangsiapa yang murtad di
antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dalam kekafiran, maka amal
mereka menjadi sia-sia di dunia dan akhirat (al-Quran, al-Baqarah: 217)
4.2

QISAS
Qisas berasal dari kata perbuatan. Dari segi bahasa mempunyai

beberapa makna. Ada kalanya bererti mengikut seperti dalam Surah alQasas (ayat 11)

dan Ibn

Musa berkata kepada saudara Musa yang perempuan. Kau ikutlah dia dan
dalam Surah al-Kahfi (ayat 64) lalu kedua-duanya kembali mengikuti
jejaknya tadi.

Selain dari itu

boleh diertikan sebagai memotong atau

menggunting seperti dalam ayat Qassa al-Shar, menceritakan seperti


dalam ayat ia menceritakan khabar kepadanya dan juga boleh membawa
makna persamaan.

Di antara makna-makna di atas, maka qisas yang bererti mengikut


dan menyamai adalah yang paling hampir kepada maksud qisas dari segi
istilah syara, di mana orang yang melakukan jenayah bunuh atau
mencederakan anggota tubuh badan akan diikuti dengan hukuman yang
menyamai dengan jenayah yang dilakukan, iaitu jika seseorang

itu

melakukan jenayah bunuh akan dijatuhkan hukuman bunuh atau jika


seseorang itu umpamanya memotong kaki orang, dia juga akan dihukum
potong kakinya dan begitulah seterusnya.
Menurut istilah syara pula qisas adalah satu jenis hukuman yang
termasuk dalam kategori hudud, iaitu suatu hukuman yang telah ditetapkan
syara melalui nas-nas al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w bagi kesalahankesalahan yang melibatkan hak-hak anak Adam atau hak individu

seperti

jenayah bunuh dan mencederakan anggota tubuh badan.


Syarat-syarat yang Mewajibkan Hukuman Qisas
Untuk menentukan penjenayah bunuh itu boleh dijatuhkan hukuman
qisas perlu ditelitikan syarat-syarat berikut :
a)

Pembunuhan Secara Sengaja

b)

Pembunuhan Berpunca Dari Permusuhan

c)

Pertanggungjawaban Penjenayah

d)

Persamaan Antara Penjenayah Dengan Mangsanya

HUKUMAN TERHADAP KESALAHAN QISAS.


Mengikut

Hukum

Islam,

qisas

hendaklah

dilakukan

terhadap

penjenayah dengan hukuman yang sama seperti mana dia melakukan


kepada mangsanya. Membunuh dibalas dengan dibunuh, melukakan dibalas
dengan dilukakan dan mencederakan dibalas dengan mencederakannya.
DIYAT
Diyat ialah denda yang wajib dibayar oleh orang yang melakukan
jenayah kerana kesalahan jenayahnya sebagai ganti qisas.

Apabila keluarga orang yang dibunuh ( Pembunuhan sengaja) atau


orang yang dihilangkan atau dicederakan anggota atau yang dicederakan
memaafkan, maka diganti dengan diat. Hanya waris sahaja yang boleh
memaafkan tetapi bukan pemerintah ).

4.3

TA ZIR
Tazir

ialah

hukuman

yang

tertakluk

kepada

budi

bicara

pemerintah,badan perundangan, atau hakim kerana hukuman bagi kesalahan


ini tidak disebut di dalam Al-Quran atau Sunah. Skop Kesalahan Tazir adalah
luas kerana semua bentuk kesalahan yang tidak tertakluk kepada hukuman
qisas dan hukuman hudud adalah di bawah kesalahan Tazir.
Secara umumnya tazir terbahagi kepada dua. Pertama, ialah kesalahan
yang termasuk di dalam kesalahan hudud tetapi hukuman hudud tidak dapat
dilaksanakan kerana tidak memenuhi syarat kesalahannya seperti mencuri,
bercumbu-cumbuan, menuduh hamba berzina dan kesalahan melakukan
fitnah. Sebagai contoh, di dalam hukum hudud kesalahan mencuri akan
dipotong tangannya. Tetapi, jika tidak memenuhi syarat yang ditetapkan
cukuplah sekadar dikenakan hukuman tazir. Kedua, kesalahan yang selain
dari kategori kesalahan hudud dan qisas. Ia meliputi semua kesalahan sama
ada kesalahan itu disebut dalam Al-Quran dan Hadis atau tidak. Ia juga
mencakupi kesalahan terhadap hak Allah , terhadap hak manusia atau hak
kedua-duanya.
Antara kesalahan yang ditetapkan di bawah hukum Tazir berserta
hukumannya ialah mencuri.

Menurut Mazhab Shafie, jika barang-barang

yang dicuri itu tidak cukup kadarnya, ia tidak boleh dikenakan hukuman
hudud sebaliknya cukuplah sekadar hukuman Tazir sahaja. Di bawah hukum
tazir seseorang yang mencuri haruslah mengembalikan barang-barang yang
dicuri kepada pemiliknya dan barang tersebut hendaklah diganti sekiranya
sudah hilang atau rosak.

Bagi kesalahan hubungan sesama jenis atau bercumbu-cumbuan


antara lelaki dan perempuan tanpa melakukan persetubuhan, hukumnya
ialah sebat dua puluh kali kerana perbuatan tersebut boleh membawa
kepada zina. Kesalahan-kesalahan seperti melakukan fitnah, menuduh zina ke
atas kafi zimmi atau hamba, berjudi, menjadi saksi palsu dan sebagainya
adalah merupakan amalan mungkar yang bukan sahaja boleh menjatuhkan
maruah

seseorang

bahkan

membahayakan

keluarga

dan

kehidupan

masyarakat. Kesemua kesalahan ini akan dikenakan hukuman Tazir seperti


yang telah di peruntukan dalam Undang-undang Islam.
5.0

KESIMPULAN
Rumusan yang dapat dibuat adalah perlakuan jenayah sememangnya
mengancam keamanan dan keselamatan masyarakat. Ianya merupakan
sesuatu yang melanggar peraturan kehidupan dan sosial masyarakat.
Perlakuan jenayah semakin hari semakin meningkat dan hal ini menyebabkan
perlunya penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dan efisien
dilakukan. Antaranya adalah hukuman menurut undang-undang jenayah
islam yang meliputi hudud, qisas dan juga tazir, dengan terlaksananya
hukuman menurut undang-undang islam mungkin dapat mengurangkan
kadar jenayah terutama sekali di kalangan umat islam.

6.0

RUJUKAN

Ahmad Ibrahim dan Ahilemah

Joned (1985). Sistem Undang-Undang Di

Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Curt R.Bartol. 2001. Criminal Behavior: A Psychological Approach. Pearson:


United States.

Dr. Wahbah al-Zuhayli (1986), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, j. 8, c. 3, Dar


al-Fikr, Damsyik.

Francis A. Allen. 1955. Pioneers in Criminology IV- Raffaele Garofolo


(1852-1934). 45(4). 373.

Gan Kong Meng. 2007. Kajian Kes Perogol di Penjara Negeri Kedah dan
Perak. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia

Herbert A. Bloch & Gilbert Gets. 1970. Man Crime and Society. Random
House: New York.

John E Concklin. 1991. Crimonology. Mc Milan Pub: New York.

Liaw Yock Fang (1976). Undang-Undang Melaka. The Hague: Martinus


Nijhoff.

Macionis J.J, 2001. Sociology 8th Edition. New Jersey: Prentice Hall.

Muhammad Fathi Yusof & Ahmad Nazri Mansur. 2014. Perlaksanaan


Undang-undang Jenayah Islam di Kelantan dan Brunei. In: (Editor, Azhar
Yahya) Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah: Teori & Realiti, KUIZM Publication.

Nor-ina Kanyol, Norizan Hj Md Nor & Ruslan Rainis. 2011. Kertas Kerja:
"Pelakuan Jenayah: Sejauhmanakah kebimbangan masyarakat? Satu
kajian persepsi penduduk bandar di Pulau Pinang. Bahagian geografi, Pusat
Pengajian Ilmu Kemanusian, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

Paizah haji Ismail (1996). Undang-undang Jenayah Islam. Petaling Jaya :


Tradisi Illmu Sdn. Bhd

R.O.Winstedt & John E. Kempe (1948) A Malay Legal Digest dlm.


JMBRAS, Vol. xxi, Part 1.

Hukum Jenayah Islam. Atas talian: http://www.jais.gov.my/article/hukumjenayah-islam. Diakses pada 05 Oktober 2016

Konsep & Pembahagian Jenayah Dalam Islam. Atas talian:


http://www.ustazshauqi.com. Diakses pada 05 Oktober 2016.

You might also like