Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

$Kohesi Nahuan

Penanda Rujukan
Cth:

Ayahanda dan bonda tidak memerlukan wang daripada anak-anak. Mereka


sudah cukup selesa.
-Mereka ialah rujukan kpd unsur yg disebut dahulu, iaitu ayahanda & bonda.

Penanda Penggantian
-Penggantian ialah hubungan yg terdapat dalam perkataan & bukan dalam makna.
Cth:

Tatkala menerima dua orang menantu perempuan serentak,isteri


kepada Angah dan Achik, ayahanda dan bonda berasa gembira. Bonda
menasihati suri anaknya supaya menunaikan tanggungjawab mereka.

-isteri kepada Angah dan Achik & suri anaknya menggantikan 2 org menantu perempuan.

Penanda Elipsis/ Pengguguran


-Sebagai substitution by zero [o]. Sesuatu yg wujud tetapi tdk dinyatakan
Cth:

Kampung semakin sepi, [o] semakin kurang penghuni dan kini


bukan lagi seperti [o] yang dahulu.
-kampung digugurkan selepas perkataan sepi & seperti.
-Pengguguran ini adalah utk mengelakkan penggulangan perkataan yg sama.
KOHESI

Sinonim

Hiponim/Kolokasi

Pengulangan kata yang sama


$KOHESI LEKSIKAL

KOHEREN (RUNTUTAN)

CONTOH
Ali seorang yang rajin. Kegigihannya telah
menyebabkan dia beraya ke menara gading.
Lily seorang gadis yang cantik. Dia sangat popular di
kampus kerana dia lawa.
Hutan di kawasan itu ditebang untuk menjayakan
projek pembangunan. Harimau, rusa dan gajah akan
hilang tempat tinggal.
Saya telah membeli meja, kipas dan kerusi. Semua
perabot yang telah saya beli adalah diperbuat daripada
kayu.
Tidak lain yang dicarinya dalam kehidupannya,
melainkan harta, harta dan harta.

-Merupakan kesinambungan idea yg terdapat dlm sesebuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu
bermakna.
-Merupakan asas dlm pembinaan wacana kerana sesuatu teks dianggap sebagai wacana jika teks tersebut
mempunyai makna.
-Melibatkan beberapa perkara : Keseinambungan idea kemas dan teratur
Isi @ maklumat dijalinkan dgn kemas & rapi
Mempunyai makna yang jelas
*X pergi idea lain, masih menerangkan 1st ayat, ada kaitan d
Cth:

Penyakit sindrom kurang daya tahan atau AIDS bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini
telah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah. Walaupun bidang sains dan teknologi
berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.
-Kesinambungan idea
AIDS gejala penyakit ini masalah ini
Cth:

Wanita itu membeli baju baharu berwarna biru. Warna biru ialah warna kegemaran
muda-mudi kini. Muda-mudi kini ramai yang menghadapi masalah sosial.
-Setiap ayat mempunyai tautan
-Bukan wacana kerana teks tersebut tidak bermakna dan tidak difahami.
-Tidak mempunyai kesinambungan idea
MEMPUNYAI MAKLUMAT
-Terbahagi kpd maklumat baharu dan maklumat lama
-Lama telah dinyatakan pd peringkat awal & diulang dlm konteks berikutnya
-Baharu baru sahaja dinyatakan
MEMPUNYAI PENDENGAR
-Wujud hubungan antara penulis dan pendengar\

ASPEK KESINAMBUNGAN IDEA DALAM WACANA


HUBUNGAN DARI SEGI SEMANTIK
-Melibatkan jalinan makna @ kesepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana.
-Dapat dilihat berdasarkan jalinan antara sesuatu ayat dengan ayat yang lain dan hubungan antara sesuatu
perenggan dengan perenggan yang lain.
Hubungan atau kesinambungan yang berlaku adalah seperti yang berikut:

HUBUNGAN / KESIMPULAN

CONTOH

Hubungan sebab dan akibat


+ BecauseSo
Hubungan sebab dan hasil
Hubungan sebab dan tujuan

Hubungan syarat dan hasil

Hubungan latar dan kesimpulan

Hubungan perbandingan
Hubungan aditif
+ You did something, then what,
and then what?
+ Got Xtra maklumat for
something
Hubungan memperkuat isi

Dollah sangat malas belajar(S). Dia tidak cerdik(A).


Wanita itu selalu memarahi anaknya(S). Anaknya lari dari rumah(A).
Amir rasa pening kepala(S). Dia makan Panadol(S).
Amir rajin berjoging(S). Dia sentiasa sihat(H).
James sangat rajin bekerja(S). Dia hidup senang-senang(H).
Ayah sentiasa berjimat-cermat(S). Sekarang dia dapat membeli kereta(H).
Ali menyikat rambutnya dengan rapi(S). Dia hendak memikat Siti(T).
Farhana rajin menari(S). Dia mahu menyertai pertandingan menari antarabangsa(T).
Emak menghalau kucing itu(S). Dia tidak mahu kucing itu mencuri ikannya(T).
Kamu harus bekerja keras(SY). Tentu kamu akan berjaya(H).
Kita haruslah selalu bersenam(SY). Tentu badan kita akan sentiasa sihat(H).
Para sakit mestilah rajin makan ubat(SY). Kepatuhan mereka akan memastikan mereka
cepat sembuh(H).
Tiang itu sukar untuk dipotong(L). Tiang itu dibuat daripada besi(K).
Lagu yang dinyanyikan oleh Jamal Abdillah(L) sungguh enak didengar. Rupa-rupanya,
Datuk Ahmad Nawab yang mencipta lagu tersebut(K).
Ali sungguh kacak. Abang sulungnya lebih kacak.
Kamu sungguh kaya. Namun, kamu tidak sekaya mentua kamu.
Saya sudah memotong rumput di halaman rumah. Saya letih dan saya mahu tidur.
Kakinya luka kerana terpijak paku. Paku itu pendek dan berkarat. (Maklumat tambahan
kepada perkataan paku)

Esei pelajar itu mantap. Isinya sangat relevan dengan tajuk. Jalinan ideanya juga kemas.
Anak Pavithra sungguh jelita. Rambutnya ikal mayang, pipinya berlesung pipit dan
hidungnya sungguh mancung.

+ In detail

HUBUNGAN DARI SEGI FONOLOGI


- Boleh dilihat daripada segi hentian suara, nada suara, dan intonasi suara.
-Intonasi dapat menimbulkan hubungan semantik di antara bahagian wacana.
-Intonasi berperanan penting sebagai penanda, pemisah frasa dan pembeza struktur ayat, contohnya seperti
ayat di bawah:
$
$
$

Malaysia negara yang damai.


Negara yang damai, Malaysia. (A. Penyata)
Damai negara Malaysia? (A. Tanya)

HUBUNGAN DARI SEGI LEKSIKAL


-Hubungan leksikal dapat dilihat berdasarkan pemilihan dan penggunaan perkataan yang disesuaikan
dengan maksud yang ingin disampaikan.
-Hubungan dari segi leksikal dapat dilakukan menerusi beberapa cara:
KOHESI

CONTOH

Sinonim

-Dali seorang yang rajin. Kegigihannya belajar menyebabkan dia berjaya ke menara
gading.

Hiponim /kolokasi

-Faridah menanam pokok bunga raya, cempaka dan bunga kertas di halaman
rumahnya. Oleh itu, halaman rumahnya nampak indah dengan pokok-pokok bunga
tersebut.
-Kami baru sahaja membeli kerusi, meja dan katil. Semua perabot ini diletakkan di
ruang tamu.

Kehadiran kata
saling berkait

Pengulangan kata yang


sama

-Tidak lain yang dicarinya dalam kehidupanya, melainkan harta,harta dan harta.

Homonim

-Bukit yang aku daki itu sangat curam. Aku rasa sungguh letih. Aku banyak berpeluh
sehingga badanku dipenuhi daki setelah peluh kering.

Unsur Bersambut

-Cikgu Ghani mengemukakan soalan kepada muridnya. Muridnya memberikan


jawapan.

JENIS PENANDA WACANA


-Penanda wacana penting dalam sesuatu teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan kesinambungan
antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan.
-Terbahagi kepada:
PENANDA PENGHUBUNG
-Merujuk kepada penanda yang digunakan untuk memperlihatkan kesinambungan idea antara satu ayat dgn
ayat lain.
-Berfungsi utk menghubungkan unsur-unsur linguistik. (kata, frasa @ ayat)
Jenis Penghubung
Penghubung Tambahan

Fungsi
Memberi maklumat tambahan kepada
perkara yang diperkatakan sebelumnya

Penghubung
Pertentangan

Menunjukkan pertentangan maklumat


tentang sesuatu perkara yg telah
diperkatakan sebelumnya

Penghubung Musabab

Menjelaskan sebab berlakunya sesuatu

Penghubung Tempoh

Menunjukkan masa @ siri berlakunya


sesuatu perkara
Memberi rumusan terhadap perkara yg
telah diperkatakan sebelumnya

Penghubung Kesimpulan

Contoh
Dan, lalu, malahan, selanjutnya, tambahan
pula, apatah lagi, selain itu, di samping itu,
sehubungan dengan hal itu
Tetapi, sebaliknya, biarpun, meskipun, namun
begitu, walau bagaimanapun, sungguhpun,
namun demikian, walaupun, akan tetapi,
namun, lain pula halnya, sama juga dengan,
Oleh itu, oleh sebab itu, maka, kerana, oleh
hal yang demikian, dengan itu
Selepas itu, akhir sekali, pertama, selanjutnya,
seterusnya, pada waktu itu, kemudian
Pendek kata, kesimpulannya, rupa-rupanya,
secara ringkasnya, akhirnya, dengan perkataan
lain

Akhirnya boleh guna sbg penghubung tempoh & penghubung kesimpulan


Cth : Akhirnya, masukkanlah tepung. [tempoh]
Akhirnya, dia meninggal dunia. [kesimpulan]
PENANDA RUJUKAN
-Menunjukkan hubungan antara kata dengan perkara yang dirujuk dalam sesuatu wacana.
-Melibatkan rujukan terhadap :
$

RUJUKAN GANTI NAMA DIRI


-Melibatkan kata ganti nama diri orang pertama,kedua, dan ketiga.
Contoh:

Aku, Sani dan Udin akan ke Kuala Lumpur. Kami bertolak pada
pukul empat petang.

-Kami merupakan rujukan kata ganti nama diri bagi aku, Sani dan Udin.

RUJUKAN GANTI NAMA TUNJUK


-Merupakan perkataan yang membawa maksud menunjukkan benda atau perkara.
-Terdiri daripada kata ganti nama tunjuk : ini, itu, sini, situ, dan tersebut.
Contoh:

Salmah tinggal di Johor. Saya juga tinggal di situ.


-Di situ merupakan kata ganti nama tunjuk untuk tempat tinggal saya.
PENANDA PENGGANTIAN
-Merupakan penggantian suatu unsur dgn unsur lain dlm sesebuah wacana.
-Terdiri daripada tiga jenis :
$

PENANDA PENGGANTIAN NOMINAL


-Merupakan penggantian frasa nama

PENANDA PENGGANTIAN VERBAL Lelaki itu


-Merupakan penggantian frasa kerja

Ali merupakan seorang pemain bola tampar.


pernah mewakili daerahnya dalam
pertandingan.

Saya belum menyiapkan projek seni.Saya akan melakukannya


selepas kelas sejarah.
$

PENANDA PENGGANTIAN KLAUSA


-Merupakan penggantian klausa

Abu pulang ke kampung semalam. Abu ke sana bersama-sama


adiknya.
PENANDA LEKSIKAL
-Mmelibatkan pertautan antara perkataan atau frasa secara semantik (makna) dalam sesebuah wacana
-Melibatkan unsur pengulangan kata :
$

PENGULANGAN UNSUR YANG SAMA


-Setiap kata diulang secara penuh tanpa melakukan sebarang perubahan.
Contoh:

Ibu amat menyayangi Abu. Kami juga amat menyayanginya.


-Dalam ayat di atas berlaku pengulangan secara penuh bagi perkataan amat
menyayangi.
$

PENGULANGAN SINONIM
-Pengulangan kata yang mempunyai makna yang sama.

Suatu ketika dahulu, wanita itu amat dikaguminya. Tetapi kini,


wanita itu dianggap sebagai perempuan murahan.

-Wanita dan perempuan merupakan pengulangan kata yang bersinonim (sama


makna).
$

PENGULANGAN HIPONIM/KOLOKASI.
-Merupakan pengulangan yang melibatkan hubungan antara makna khusus dengan
makna yang umum, iaitu makna yang umum merangkumi makna yang khusus.
-Melibatkan kehadiran sekumpulan kata yang saling berkait dengan sesuatu idea,
topik, situasi atau konteks.
Contoh:

Malaysia telah mengimport pelbagai jenis kenderaan dari luar negara.


Antara kenderaan yang diimport ialah kereta, bas dan lori.

-Kenderaan telah merangkumi makna yang khusus bas, kereta dan lori.

Hutan menjadi tempat tinggal haiwan buas. Harimau, singa dan beruang
merupakan contoh yang jelas.
-Kata yang melibatkan haiwan seperti harimau, singa, dan beruang adalah
berkolokasi kerana mempunyai lingkungan yang sama , iaitu haiwan buas.
PENANDA ELIPSIS/PENGGUGURAN
-Pengguguran kata atau frasa yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya.

Pemuda itu kelihatan resah. [o] Tidak tahu arah mana yang harus
ditujuinya.
-Frasa pemuda itu tidak diulang dalam ayat kedua kerana telah diketahui oleh pembaca berdasarkan
konteksnya.
ADD ONS
Aspek yg tergolong dlm analisis wacana :
$ Situasi
$ Intonasi ayat
$ Hubungan semantik
RETORIK
KONSEP RETORIK
-Merupakan seni penggunaan bahasa yg mengandungi aspek tatabahasa yg betul & penguasaan bahasa yg baik
dalam menyampaikan idea.
-Tujuan retorik:
# Mempengaruhi
# Memujuk
# Meyakinkan pembaca ttg sesuatu perkara.

JENIS-JENIS DAN CIRI-CIRI RETORIK


RETORIK PEMERIAN
-Merupakan teknik penggunaan bahasa yg berbentuk penjelasan tentang sesuatu idea.
-Bertujuan utk menyampaikan fakta dan maklumat yg lengkap kpd pembaca @ pendengar.
-Terdiri drpd 2 jenis :
# Pemerian yg bersifat objektif (faktual)
# Pemerian yg bersifat imaginatif (abstrak)

CTH:
-Ciri-ciri:
Memerihalkan
tempat
# Pemerian dilakukan secara objektif,tepat dan jelas

berdasarkan deria (konkrit)


Bangunan#
itu Menghasilkan
mempunyai gambaran
bumbungsecara
yangrealistik
tinggi dan
cantik. Dindingnya diperbuat daripada bahan yang
# Bahasa yang digunakan secara jelas dan tersusun
terpilih dan dihiasi
pula
dengan
gambar
burungorang
berwarna-warni.
# Tiada
ulasan
peribadi
(pandangan
@ unsur penilaian)
# Bersifat deskriptif (disampaikan secara huraian) dan informatif (bersifat pemberitahuan)

Memerihalkan orang

Pagi ini Cikgu Nazri kelihatan bergaya sekali. Beliau memakai baju berwarna biru bernama Arrow.
Berkasut hitam. Kemudian, beliau menyarungkan kot berwarna hitam jenama Ralph Lauren.
Teman saya, Lee Yi Chyi, masih bujang, berusia 19 tahun, mempunyai paras seperti seorang artis Korea.
Kulitnya putih, tingginya 1.6 meter dan beratnya 55 kilogram. Rambutnya sederhana panjang dan licin.
Ketika berjalan, langkahnya nampak yakin dan tidak terburu-buru.

RETORIK PEMUJUKAN
-Merupakan seni penggunaan bahasa utk mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang lain utk
melakukan tindakan seperti yg disarankan oleh penutur.
-Dibahagi kpd :
PEMUJUKAN RASIONAL
-Melibatkan penghujahan yg logik & tepat
-Bersifat intelek

CTH:
Kami menawarkan perkhidmatan pakej pelancongan yang istimewa
untuk semua lapisan masyarakat. Pakej yang kami sediakan meliputi
harga tambang yang murah, destinasi pelancongan yang terkenal dan
penginapan yang selesa.

PEMUJUKAN TIDAK RASIONAL


-Melibatkan emosi

CTH:
Mencari tempat untuk bersantai? Di Golden Beach
Resort, Kuantan, anda pasti dapat mencapai impian itu.
Keindahan pantai dan pasir yg putih menggamit
kedatangan anda. Marilah berkunjung ke sini.

Jom kembali langsing dan cantik. Produk kami sudah


terbukti berkesan. Adayang Berjaya turun 8 kilogram
-digunakan dlm iklan, kempen @ rayuan
dalam seminggu. Wow, Robert Pattison tergila-gilakan
-Ciri-ciri:
anda lepas ini! Cubalah produk kami.
# Mementingkan kehalusan berbahasa (Menggunakan bahasa yg manis, menarik, berkesan)
# Menggunakan aspek psikologi dlm berbahasa utk mempengaruhi audiens supaya mengubah
pendirian
# Bnyk menggunakan kata penguat
CTH: sangat berkesan, lebih tinggi mutunya, amat berguna
# Kurang menitikberatkan aspek tatabahasa

Kadang kala terdpt unsur jaminan & ganjaran


Wujud propaganda ketika mempromosikan produk(iklan) seperti membuat bandingan dgn barangan
syarikat lain utk menggambarkan produk sendiri lebih bagus
RETORIK PENCERITAAN
-Merupakan seni penggunaan bahasa utk memaparkan perisitwa mengikut turutan tertentu.
-Digunakan dlm cerpen, novel, autobiografi, kisah pengembaraan,diari, autobiografi, drama & bibliografi.

-Dibahagikan kpd :
#Penceritaan Fakta

CTH:
Lee Dong hae dilahirkan pada 15 October 1986. Dia merupakan seorang artis koreadan juga
salah satu ahli dalam kumpulan terkenal, Super Junior. Dia telah mengeluarkan banyak album
bersama kumpulan dan cawangannya yang lain seperti Super Junio M dan Super junior H. Dia
juga terlibat dalam bidang lakonan di Korea dan juga Taiwan. Dia diminati ramai orang dari
#Penceritaan Fiksyen
seluruh dunia.
(Biografi Lee Dong Hae)
CTH:
Izah tunduk sendirian. Khayalannya mengimbau jauh. Sifat-sifat pengasihmu akan
memudarkan bakat kecemerlanganmu. Jangan biarkan orang lain mengambil kesempatan
terhadap dirimu Izah.

-Berbentuk tulisan @ lisan.

-Mengandungi empat prinsip berikut:


#Kesatuan (Tema)
#Pertautan (Plot @ jalinan cerita)
#Penekanan (Penyusunan istimewa utk menarik perhatian khalayak)
#Gaya bahasa yg menarik
-Ciri-ciri:
#
#
#
#
#
#

Mempunyai permulaan, konflik, klimaks dan pengakhiran


Bersifat imaginatif dan kreatif
Bersifat ekspresi kerana sedikit kebebasan tatabahasa
Mengandungi koheren & kohesi
Kurang menitikberatkan aspek tatabahasa
Menggunakan gaya bahasa yg menarik & indah

RETORIK PENDEDAHAN
-Merupakan seni penggunaan bahasa yg mengandungi takrifan yg disertai dgn contoh @ bandingan.
-Digunakan dlm taklimat @ kertas kerja.
-Merupakan proses mendedahkan, menghuraikan, menyingkap & menunjukkan sesuatu perkara dg jelas &
terperinci.
-Ciri-ciri:
#
#
#
#
#

Manjelaskan konsep @ istilah


Menghuraikan sesuatu topik secara objektif
Menggunakan teknik pentakrifan & analisis (got use ialah, adalah & merupakan)
Huraian jelas & maklumat berdasarkan fakta sebenar
Memindahkan idea @ maklumat drpd seseorg kpd audiens dgn berkesan

CTH:
Skuba ialah singkatan daripada self contain underwater breathing apparatus. Iaitu alat penafasan
bawah air yang mempunyai kandungan oksigen 21% dan 79% nitrogen.
Gagasan 1Malaysia menjadi gagasan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia. Gagasan ini diilhamkan
oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam dan diterima sebagai prinsip dan amalan hidup rakyat
Malaysia.

RETORIK PENGHUJAHAN
-Merupakan seni penggunaan bahasa dlm penulisan @ ucapan yg mempunyai usul, gagasan @ usul dan
gagasan yg disokong dgn hujah yg kuat.
-Juga dikenal sbg pemujukan rasional @ yg bersifat intelek.
-digunakan dlm perdebatan, pembicaraan, bahas, forum & penulisan yg bersifat akademik seperti tesis &
kajian ilmiah.
-Ciri-ciri:
#
#
#
#

Disampaikan dgn jelas & berkesan


Menggunakan teknik penyampaian secara deduksi, induksi @ analogi
Memerlukan khalayak bersetuju & yakin akan pendapat yang dikemukakan
Mengemukakan bukti yg mengandungi alasan yg logik

CTH:
Malaysia patut dijadikan negara pertanian. Dengan cara ini,
Malaysia dapat mengurangkan kadar pengimportan bahan makanan.
Pada masa yang sama kadar pengaliran wang ke luar negara dapat
dikurangkan. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjsam untuk
memastikan matlamat tersebut direalisasikan.
Suara sahaja belum menjamin meningkatnya bilangan pembuat
dasar wanita. Segala-galanya perlu disusuli dengan perancangan yang
RETORIK PENERANGAN
-Merupakan seni penggunaan bahasa yg memberi penjelasan ttg sesuatu perkara dgn terperinci drpd satu
langkah kpd satu langkah yg lain. (step by step)
-Ciri-Ciri:
# Penggunaan gaya bahasa, intonasi dan nada yang menarik.
# Penggunaan bahasa formal dgn pemilihan diksi yg tepat, jelas & bernas.
# Maklumat boleh disampaikan secara lisan & tulisan

CTH:
Sebelum memulakan tutorial, pastikan anda mempunyai fail data SPSS dan ikut langkah-langkah yang
berikut:
a) Buka fail menu
b) Seterusnya klik pada arahan transform> automatic recode di bar menu.
c) Klik pada pemboleh ubah s1
TEKNIK PENYAMPAIAN IDEA
Teknik

Ciri-Ciri

Ayat

Deduksi

-Merupakan penulisan yg dimulai dgn suatu


penyataan umum & kemudian diikuti dgn
pernyataan khusus.
-Juga sebagai perenggan piramid terbalik

Umum(AT)

Khusus
(AH)

Induksi

-Merupakan penulisan yg dimulai dgn suatu


penyataan khusus & kemudian diikuti dgn
pernyataan umum.

Khusus
(AH)

Umum(AT)

Faktor utama kemalangan jalan raya ialah sikap pengguna


jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang. (umum)
Mereka sewenang-wenangnya melanggar lampu isyarat,
memotong keneraan lain di garisan berkembar. Mereka juga
suka memandu kenderaan dengan laju hingga melepasi had
laju yang ditetapkan. Tindakan demikian menyebabkan
mereka sukar mengawal kenderaan, lalu mengakibatkan
kemalangan jalan raya. (khusus)
Kes ponteng sekolah berlaku disebabkan sikap ibu bapa.
(umum) Sebagai bukti, ibu bapa tidak pernah menghubungi
pihak sekolah untuk bertanyakan sama ada anak mereka hadir
ke sekolah atau tidak. Mereka juga tidak pernah memeriksa
sama ada anak mereka membuat kerja rumah atau tidak.
Terdapat ibu bapa yang langsung tidak pernah berkomunikasi
dengan anak-anak mereka tentang hal persekolahan. Mereka
menyerahkan tanggungjawab untuk mengatasi masalah ini
sepenuhnya kepada pihak sekolah. (khusus)

Ibu bapa menyerahkan tanggungjawab untuk mengatasi


masalah ini sepenuhnya kepada pihak sekolah. Terdapat ibu
bapa yang langsung tidak pernah berkomunikasi dengan anakanak mereka tentang hal persekolahan. Mereka tidak pernah
memeriksa sama ada anak mereka membuat kerja rumah atau
tidak. Mereka juga tidak pernah menghubungi pihak sekolah
untuk bertanyakan sama ada anak mereka hadir ke sekolah
atau tidak. (khusus) Oleh itu, kes ponteng sekolah yang
semakin berleluasa berpunca daripada sikap ibu bapa.
(umum)
Pemandu suka memandu kenderaan dengan laju hingga
melepasi had laju yang ditetapkan. Tindakan sedemikian
menyebabkan mereka sukar mengawal kenderaan lalu
mengakibatkan kemalangan jalan raya. Mereka sewenangwenangnya melanggar lampu isyarat dan memotong
kenderaan lain di garisan berkembar. (khusus) Sikap
pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang
jalan rayalah yang menjadi faktor utama kemalangan jalan
raya di Malaysia. (umum)

Analogi

-Merupakan satu cara mengusulkan sesuatu


gagasan dgn memberinya bandingannya
dgn suatu perkara lain yg mempunyai
kaitan yg erat. (Bandingannya dpt
mengukuhkan usul itu agar dipercayai
audiens.)
-Juga dikenali sbg kaedah perbandingan.

Potensi kita untuk berjaya dalam melakukan aktiviti


mencari gali petroleum dan gas cecair asli di luar negara
adalah besar. Kita maklum bahawa telah sekian lama Petronas
Berjaya mencari gali bahan tersebut di negara ini dan Berjaya
mengeluarkan bahan tersebut di kawasan perairan beberapa
buah negeri di negara ini. Di samping itu, kita juga telah
membuktikan bahawa pencarian bahan fosil tersebut di Dubai
telah berjaya. Jadi, peluang kita untuk berjaya dengan
cemerlang jika kita mahu melangkah ke negara-negara lain
untuk tujuan itu adalah cerah.

Kita percaya pasukan hoki negara memiliki kemampuan


untuk muncul sebagai pasukan terbaik dalam pertandingan di
peringkat Asia Tenggara dan Asia. Keyakinan itu berdasarkan
pencapaian baik pasukan tersebut dalam beberapa
pertandingan dua tahun kebelakangan ini. Oleh itum peluang
untuk mereka menang adalah cerah.
Elektik

-Merupakan gabungan antara teknik induksi


dan teknik deduksi.
-Isi penting dikemukakan dahulu, diikuti
huraian & diakhiri dgn kesimpulan.

Umum (AT)

Khusus (AH)

Umum (AS)

Kes ponteng sekolah berlaku disebabkan sikap ibu bapa.


(umum) Sebagai bukti, ibu bapa tidak pernah menghubungi
pihak sekolah untuk bertanyakan sama ada anak mereka hadir
ke sekolah atau tidak. Mereka juga tidak pernah memeriksa
sama ada anak mereka membuat kerja rumah atau tidak.
Terdapat ibu bapa yang langsung tidak pernah berkomunikasi
dengan anak-anak mereka tentang hal persekolahan. Mereka
menyerahkan tanggungjawab untuk mengatasi masalah ini
sepenuhnya kepada pihak sekolah. (khusus) Tegasnya, kita
tidak dapat menafikan bahawa sikap samba lewa ibu bapa
terhadap masalah ini menyebabkan masalah ini semakin
berleluasa. (umum)
Faktor utama kemalangan jalan raya ialah sikap pengguna
jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang. (umum)
Mereka sewenang-wenangnya melanggar lampu isyarat,
memotong keneraan lain di garisan berkembar. Mereka juga
suka memandu kenderaan dengan laju hingga melepasi had
laju yang ditetapkan. Tindakan demikian menyebabkan
mereka sukar mengawal kenderaan, lalu mengakibatkan
kemalangan jalan raya. (khusus) Keadaan inilah yang
menyebabkan kemalangan jalan raya kerap berlaku di
Malaysia. (umum)

You might also like