Bahagian 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

2.0.

Dialek Sosial

2.1 Definisi dialek


Istilah dialek berasal daripada perkataan Yunani iaitu dialektos yang pada
mulanya digunakan dalam hubungannya dengan keadaan bahasanya. Di Yunani,
terdapat perbezaan-perbezaan kecil di dalam bahasa yang digunakan oleh
pendukungnya masing-masing, tetapi sedemikian jauh hal tersebut tidak sampai
menyebabkan mereka berasa mempunyai bahasa yang berbeza. Mengikut Mario
A. Pei , dialek adalah variasi satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh
sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek juga dikenali
sebagai variasi bahasa iaitu variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan
dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut. Kepelbagaian bahasa
itu ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan
tatabahasa.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke empat (2005), dialek merupakan satu
bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas
sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dan lainlain), seperti Kelantan dan Daerah. Hal ini selaras dengan pandangan S.
Narthesan (2001), dialek adalah sejenis kelainan bahasa, yang berbeza dari segi
sebutan, tatabahasa dan kosa katanya daripada bahasa baku. Tiap-tiap dialek
mempunyai ciri-ciri tersendiri yang membezakannya daripada dialek-dialek lain.
Perbezaan bahasa juga dapat dilihat dari segi penggunaannya, kerana bahasa
berbeza apabila fungsinya berbeza.
2.1

Konsep dialek Sosial


Manakala Dialek sosial pula dikenali sebagai register atau laras bahasa,

iaitu variasi bahasa yang berkaitan dengan penggunaan bahasa berkenaan.


Laras bahasa merupakan variasi-variasi yang dipilih untuk digunakan dalam
situasi tertentu dalam kehidupan sehari-hari. Dialek sosial digunakan apabila
berlakunya pelbagai situasi sosial tertentu seperti situasi rasmi dan tidak rasmi
yang mengandungi bahasa kasar,halus dan neutral. Variasi bahasa ini digunakan
dalam satu daerah atau kelas sosial tertentu. Berbeza daripada bahasa baku
yang digunakan dalam situasi rasmi, dialek digunakan dalam situasi yang
berlainan, iaitu digunakan dalam percakapan seharian mengikut negeri masingmasing. Selalunya dialek digunakan dalam situasi yang tidak rasmi seperti dalam
perhubungan kekeluargaan dan pergaulan seharian. Terdapat dua jenis ciri dalam

dialek iaitu,ciri-ciri umum yang sama yang dimiliki oleh semua dialek dan ciri-ciri
khas yang berlainan yang hanya dimiliki oleh dialek masing-masing. Ciri-ciri
umum lebih banyak digunakan berbanding ciri-ciri khas.Hal ini demikian,
membolehkan penutur dialek-dialek itu saling memahami antara satu sama lain
dengan sempurna. Namun demikian, jika ciri-ciri umum antara dialek itu semakin
berkurang , maka tahap pemahaman antara penutur dialek yang berbeza akan
semakin rendah. Oleh itu, ciri-ciri umum ini akan hilang, maka tahap pemahaman
turut lenyap dan perkembangan ini akan menyebabkan kemunculan bahasabahasa baru.
2.2

Faktor kewujudan dialek sosial.


Kewujudan sesuatu dialek sosial ini kebiasaanya banyak dipengaruhi oleh

latar belakang etnik dan formaliti di sesuatu kawasan atau tempat dan juga
disebabkan

oleh

fungsi

yang

tersendiri.

Secara

umumnya

variasi

yang

berdasarkan situasi sosial yang akan menghasilkan dialek sosial. Ini bermakna
secara ammnya, ada bahasa kasar, bahasa halus dan bahasa neutral. Semua
kelainan sosial ini menunjukkan ciri-ciri penggunaan bahasa yang ditentukan oleh
situasi sosial(Asmah Hj.Omar). Dalam bidang sosialinguistik terdapat satu konsep
yang dikenali sebagai diglosia iaitu keadaan dalam sesuatu masyarakat yang
memeringkatkan variasi bahasanya. Dengan itu, ada variasi tertentu yang
dikatakan lebih tinggi daripada variasi yang lain. Jika terdapat diglosia dalam
sesuatu masyarakat berbahasa, maka akan wujud kelainan bahasa taraf tinggi
dan kelainan bahasa taraf rendah. Ada ukuran tertentu untuk mengklasifikasikan
sesuatu variasi itu bertaraf tinggi atau rendah. Ukuran-ukuran itu bergantung
kepada keadaan masyarakat itu sendiri. Secara umumnya dialek sosial ini wujud
disebabkan oleh beberapa faktor yang utama seperti fungsi dialek itu sendiri,
latar belakang etnik yang menuturkan dialek dan formaliti
2.2.1 Fungsi dialek sosial
Berdasarkan kesedaran bahawa unsur-unsur sosial memainkan peranan
penting dalam penggunaan bahasa sehari-hari, ahli-ahli bahasa mula
memberi perhatian pada perbezaan-perbezaan bahasa yang berkait rapar
dengan masyarakat. Halliday (1968), misalnya, berdasarkan perbezaan
yang terdapat dalam bahasa kepada dua faktor iaitu pengguna dan
penggunaan. Mengikut beliau, variasi-variasi bahasa yang timbul, berkait
dengan penggunanya (dengan maksud variasi yang digunakan oleh
seseorang penutur untuk sebahagian besar penggunaan bahasanya sehari-

hari) ialah dialek, dan variasi yang berkaitan dengan penggunaan (dengan
maksud variasi-variasi yang dipilih untuk digunakan pada situasi-situasi
tertentu ialah register atau laras.
Dalam

masyarakat

dialek

sosial

digunakan

sebagai

penghubung

komunikasi dalam sesebuah kawasan atau situasi sosial. Dialek yang


merangkumi penggunaan bahasa halus, sopan, rasmi, dan santai telah
mengikat masyarakat agar menggunakan dialek yang tertentu bergantung
kepada

situasi

yang

dialami

ketika

sesuatu

perkara

itu

berlaku.

Penggunaan dialek tertentu melambangkan kesopanan dan kehalusan budi


seseorang penutur, di samping menentukan jarak perhubungan seseorang
penutur sama ada akrab atau sebaliknya. Situasi sama ada rasmi atau
tidak rasmi secara langsung telah mendasari masyarakat agar memilih
sama ada mahu berlaku sopan atau sebaliknya. Melalui aspek dialek sosial
membolehkan masyarakat mengaplikasi dialek sosial tertentu dalam
situasi tertentu demi menghormati protokol yang wujud khususnya situasi
rasmi. Hal ini telah membawa masyarakat agar menyedari akan kewujudan
pelbagai

tatacara

dan

gaya

bahasa

yang

bersesuaian

yang

juga

merangkumi adat budaya. Oleh itu masyarakat sememangnya harus


mendasari penggunaan dialek sosial khususnya demi menjalani urusan
dengan teratur.Jika dibandingkan dengan dialek geografi, dialek sosial
sebetulnya tidak berapa penting, kerana antara dialek sosial itu biasanya
mempunyai perbezaan yang tidak banyak. Sebagai contoh, untuk raja-raja
harus dipakai kata-kata seperti gering, semayam, mangkat, beradu,
bertitah dan sebagainya.
Melalui aspek dialek sosial ini membolehkan masyarakat mengaplikasi
dialek sosial tertentu dalam situasi tertentu demi menghormati protokol
yang wujud khususnya situasi rasmi. Hal ini telah membawa masyarakat
agar menyedari akan kewujudan pelbagai tatacara dan gaya bahasa yang
bersesuaian yang juga merangkumi adat budaya. Oleh itu masyarakat
sememangnya harus mendasari penggunaan dialek sosial khususnya demi
menjalani urusan dengan teratur.
2.2.2.

Latar belakang etnik.

Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan sesuatu dialek sosial adalah


berdasarkan latarbelakang sesuatu etnik. Dialek yang digunakan antara
satu etnik dengan etnik yang lain adalah berbeza dari segi sebutan, makna

dan pengertiannya. Manakala dialek yang digunakan oleh sesuatu etnik itu
pula kebiasaannya akan dipengaruhi oleh tahap pendidikan dan pergaulan
mereka dengan masyarakat setempat. Dialek diperoleh melalui pelbagai
cara.

Dapat dikatakan

bahawa latar belakang seseorang pengguna

menjadi faktor penentuan jenis dialek dan dialek itu akan berubah atau
bertambah apabila pengguna itu berpindah ke tempat yang lain. Hal ini
demikian kerana terdapat perbezaan antara satu dialek dengan dialek
yang lain, terutamanya dialek Melayu di Semenanjung Malaysia. Namun
demikian, dialek asas atau dialek utama seseorang itu masih kekal kerana
mendapat pengaruh daripada ahli keluarga yang terdekat. . Sebagai
contoh, kita dapati seseorang itu mempunyai dialek Kedah sebagai dialek
asas sedangkan dia lahir dan besar di Kuala Lumpur atau Petaling Jaya;
bahkan dia juga yang keluarganya sudah dua generasi tinggal di Kuala
Lumpur atau Petaling Jaya. Dialek Kedah pula yang menjadi dialek asas
penutur

yang

berkenaan,

bukan

dialek

Selangor

kerana

sekitaran

kekeluargaan dan pergaulannya. Ahli-ahli keluarga di rumahnya secara


terus menerus menggunakan dialek Kedah dalam kehidupan mereka
sehari-hari dan juga dalam pergaulan mereka dengan ahli-ahli keluarga
lain yang tinggal di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya
Robert Sibarani (1992:109), menyatakan bahawa tatacara berbahasa harus
sesuai dengan norma kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat
setempat dan penggunaan bahasa mereka. Jika tidak, individu yang
terlibat akan tergolong sebagai individu yang egois, tidak beradat dan
tidak berbudaya. Pendapat ini turut diakui oleh Sri Delima. Menurut Sri
Delima, (1981:29) Bercakap dalam bahasa Melayu samalah seperti
berjalan di atas titian tali. Silap cakap anda dikira kasar dan kurang ajar,
iaitu tanggapan yang menyentuh nama baik ibu bapa anda. Oleh kerana
budaya sesuuatu etnik itu berbeza maka sudah pastilah penggunaan
dialek di kalangan mereka juga berbeza. Sebagai contoh, penggunaan kata
ganti nama aku dianggap perkara biasa jika digunakan untuk bercakap
dengan orang yang lebih tua bagi negeri Sabah, tetapi penggunaan aku
semasa berkomunikasi dengan orang yang lebih tua di Semenanjung
Malaysia seperti Selangor, Kelantan dan Terengganu sebagai contohnya
akan dianggap sebagai kurang ajar atau biadap.
2.2.3 Formaliti

Selain itu, kewujudan dialek juga turut dipemgaruhi oleh sebab formaliti.
Dialek yang digunakan bagi sesuatu keadaan atau situasi biasanya akan
berubah mengikut situasi semasa, misalnya dialek bahasa
menyampaikan

ucapan

rasmi,

untuk

berbincang

tentang

untuk
masalah

keluarga, berbual-bual dengan kawan-kawan di kantin atau kedai kopi,


berbual sewaktu membeli-belah dan sebagainya. Dalam situasi tidak rasmi
seperti

pertuturan

seharian,

kita

selalu

akan

mendengar

orang

menggunakan bahasa tidak formal, seperti bahasa mesra. Bahasa mesra


digunakan oleh orang yang ada hubungan rapat dan mesra antara sama
lain. Biasanya, mereka akan menggunakan unsur kependekan dan
percampuran kod dalam pertuturan
Dengan sebab fomaliti dalam komunikasi ini jugalah maka lahirnya dialek
bahasa bagi golongan istana dan rakyat biasa yang dikenali dengan variasi
bahasa istana atau bahasa klasik. Dialek bahasa ini digunakan khusus
dalam perhubungan kebahasaan dalam golongan diraja atau perhubungan
rakyat dengan mereka. Terdapat perkataan dan ungkapan khusus merujuk
sejumlah perkataan dan frasa khusus yang digunakan sewaktu merujuk
kepada

golongan

diraja,

misalnya

patik[saya],

beradu[tidur],

bersiram[mandi], bersemayam[duduk], mencemar duli[datang], junjung


kasih[terima kasih], dan gering[sakit]. Ungkapan dan ayat ini akan disusun
rapi untuk menunjukkan kerendahan diri ketika bertutur dengan golongan
diraja.

You might also like