Pendekatan Kaunseling Daripada Perspektif Islam

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

PENDEKATAN KAUNSELING DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM.

Roslee Ahmad
Mohamed Sharif Mustaffa
Sulaiman Shakib Mohd Noor
Universiti Teknologi Malaysia

ABSTRAK
Kertas kerja ini merupakan hasil sorotan kajian lepas berkaitan pendekatan kaunseling berdasarkan
perspektif islam di Malaysia dan di luar negara sejak tahun 1980-an hingga 2008. Hasil tinjauan dan
sumber yang diperolehi kini, penyelidik mendapati di Malaysia masih belum banyak penyelidikan secara
empirikal yang dilakukan berkaitan psikologi dan kaunseling daripada perspektif Islam. Pendekatan
kaunseling berperspektif agama atau lebih dikenali sebagai Religious and Pastoral Counseling di Barat
tidaklah sepopular mazhab pendekatan kaunseling kontemporari seperti Person Centered Client Rogers,
Rational Emotif Behavioral Therapy Ellis, Gestalt Therapy, Behavioral Therapy, Therapy Reality
Glasser dan sebagainya. Ini kerana pendekatan kaunseling agama dianggap mistik, sukar diukur secara
empirikal, kurang penyelidik meminati, berkemahiran atau berpengalaman dalam mengendalikan
kaunseling dalam konteks agama. (Chee Siang, 2000). Implikasinya, kebanyakan sumber yang ditemui
berkaitan pendekatan kaunseling berperspektif islam hanya menyentuh konsep asas dan berbentuk
gagasan pemikiran oleh para sarjana dan penyelidik tempatan. Namun, jika ada penyelidikan yang
dilakukan secara empirikal, ia hanya menggunakan sampel yang kecil dan tidak diterbitkan untuk
khalayak umum. Persoalan yang paling menyedihkan sehingga kini ialah tiada pendekatan standard
untuk merawat penyakit tertentu dalam konteks islam yang boleh diguna pakai oleh kaunselor islam
tempatan untuk merawat klien dalam setting kaunseling di sesebuah organisasi kerajaan atau swasta. Di
samping itu, kertas kerja ini turut menyentuh kaedah dan jenis persampelan yang pernah digunakan
penyelidik terdahulu berkaitan pendekatan kaunseling islam. Hasil penulisan dan penyelidikan ini amat
berguna kepada penyelidik untuk membina Modul Amar Makruf Nahi Mungkar untuk menangani tingkah
laku seksual pelajar islam berdasarkan Model Al Ghazali.

Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner


Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan
Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008.

1.0

PENGENALAN

Di Malaysia pendekatan kaunseling adalah berasaskan amalan kaunseling dari Amerika Syarikat yang
didapati kurang sesuai terhadap klien yang beragama Islam. Isu untuk mengkaji dan mengubahsuai
amalan kaunseling barat ini pernah dicetuskan Halim (1986). Hassan Langgulung (1990) menjelaskan
kaunseling barat tidak sesuai diamalkan di Malaysia kerana didapati banyak amalan yang bercanggah
dengan nilai dan budaya tempatan yang melibatkan soal akidah, sosial, hukum-hakam dan pendidikan
dikalangan masyarakat Islam. Berdasarkan pendekatan teori barat, jelas memperlihatkan pengisian
teorinya yang berbeza dengan konteks agama dan budaya masyarakat Malaysia. Pendekatan teori-teori
tersebut banyak menyentuh tentang logik akal manusia yang langsung tidak menyentuh tentang aspek
kerohanian. Menurut Hassan Langgulung (1996) semua mazhab psikologi Barat sebenarnya tidak
mengkaji jiwa tetapi tingkah laku. Namun, dalam Islam istilah nafs merujuk pada jiwa. Kata nafs dalam
Al-Quran menunjukkan zat dalam keseluruhan. Kata nafs terdapat dalam al-quran sebanyak 367 kali.
Menurut Hassan Langgulung (1996) berdasarkan teori psikoanalisis, bukan sahaja unsur nafs malah akal,
roh dan qalb tidak kelihatan sama sekali. Ini disokong Halim Othman (1986) yang mendakwa aspek
kerohanian dalam teori Freud adalah suatu yang tidak dianggap penting. Begitu juga dengan Malik Badri
(1994) yang menyatakan bahawa aspek kerohanian tidak ditekankan ahli psikologi barat kerana syarat
yang tidak menghukum (non judgemental) klien, sebaliknya kaunselor disyaratkan menerima klien tanpa
syarat. Menurutnya lagi, syarat tidak menghukum klien adalah punca aspek spiritual tidak menjadi
penting dalam amalan kaunseling barat dan kadangkala menimbulkan kekeliruan dikalangan kaunselor
Islam khususnya. Hal ini perlu diberi perhatian dan menjadi tugas utama kaunselor Islam untuk
memikirkan sejauh mana konsep ini perlu diadaptasikan.

Perubahan teori dan pendekatan barat ini amat berbeza dengan pendekatan psikologi Islam atau
pendekatan kaunseling Islam kerana secara prinsipnya pendekatan Islam hanya berpegang kepada Al
Quran dan Al Sunnah. Menurut Ishammudin (2000) Al Quran merupakan suatu sumber yang tidak
berubah-ubah atau diubah-ubah mengikut masa dan tempat. Menurut Wan Hashim dan Mahayudin (1996)
kedua sumber ini mempunyai peraturan yang lengkap sebagai panduan hidup manusia di dunia dan di
akhirat. Kebanyakan kajian dan penulisan berhubung konsep dan pendekatan kaunseling kerohanian di
Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner
Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan
Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008.

Malaysia tertumpu kepada perbandingan tokoh psikologi dan kaunseling dengan ilmuwan Islam seperti
Skinner dan Rogers dibandingkan dengan Al Ghazali seperti kajian Eani Rashidah (1992) Kamal (1997)
Shahabuddin (2003) dan Yatimah (2005). Di samping itu, sumbangan penyelidik tempatan cuba melihat
perlunya Islam dalam disiplin psikologi dan kaunseling pernah dilakukan seperti Hassan Langgulung
(1979), Amir Awang (1987), Malik Badri (1979) Abdul Halim Othman (1986), Nor Anisah (1985),
Ahmad (1987), Patemah (1989), Ismail (1987), Siti Fatimah (1986), Hamzah (1987), Misnan (1987),
Normala (1988), Cheng Choon (1993), Jamaludin (1991), Eani (1992), Mahzatun (1992), Noraini (1992)
Rohana (1992) dan Abdul Rahman (1983). Penyelidik tempatan seperti Rohani (2002) dan Siti Hairaney
(2002) pernah melaksanakan kajian kes melibatkan pendekatan kaunseling Islam dikalangan pelajar
sekolah di Johor Bahru. Manakala penulisan bersifat pandangan tentang keperluan kerohanian dalam
kaunseling turut pernah dilaksanakan oleh Sapora (2005), Hushim dan Ishammudin (2005), Amir Awang
dan Iran Herman (2003), Mustafa (2003), Azizah Othman, Mimi dan Hawa (2003) Elias (1997), Othman
Mohamed (2000) dan Mohd Fauzi (2003). Terdapat juga penyelidik yang melaksanakan penyelidikan
secara sepintas lalu seperti Noor Aznita, Norliza dan Azmi (2003) Namir (2003) Rozman, Mohamed
Sharif dan Roslee (2003) dan Jawiah dan rakan-rakan (2003).

2.0

LATARBELAKANG MASALAH

Isu dan permasalahan gejala sosial yang berlaku dikalangan remaja di sekolah pada masa kini ditanggani
kaunselor menggunakan pendekatan kaunseling Barat. Kaunselor di sekolah kebanyakannya
menggunakan Pendekatan Pemusatan Klien oleh Rogers, Pendekatan Rasional Emosi Tingkahlaku
(REBT) oleh Ellis, Pendekatan Tingkah laku dan sebagainya. Sebaliknya isu- isu disiplin yang berkait
dengan masalah kerohanian perlu ditangani kaunselor menggunakan pendekatan kaunseling kerohanian
menurut perspektif Islam. Oleh kerana, kebanyakan pelajar berbangsa Melayu di Malaysia beragama
Islam maka sudah tentulah kaedah menangani permasalahan mengikut konteks kerohanian Islam
merupakan kaedah yang paling sesuai untuk menangani masalah yang dihadapi mereka. Terdapat banyak
kes yang berlaku sejak akhir-akhir ini menunjukkan betapa seriusnya keperluan Pendekatan Kaunseling
Islam perlu dilaksanakan di sekolah. Kajian Mohd Yusuf (1986), Ismail Dollah (1986), Wan Rosmini
Omar (1987), Mat Sidi Salleh (1989), Patemah Ibarhim (1989), Rashidah Sadi (1989), Rosliza Saad
Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner
Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan
Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008.

(1992), Alizanariah Ali (1993), Mahmood Nazar (1993), Kassim Ahmad (1994), Mohd Nor Ibrahim
(2001), dan Adam Drahman (2002) menunjukkan bahawa masalah disiplin yang berlaku dikalangan
pelajar adalah berpunca dari kurangnya pengetahuan dan amalan kerohanian dikalangan pelajar. Faktorfaktor lain seperti masalah dalam keluarga, hiburan media massa dan rakan sebaya memudahkan mereka
terlibat dalam perbuatan tidak bermoral seperti terlibat dengan amalan seks bebas, bercumbuan,
pengambilan dadah dan sebagainya. Berdasarkan limitasi Pendekatan Kaunseling Barat apabila berdepan
dengan aspek kerohanian khususnya bagi kaunselor yang beragama Islam kepada klien muslim (pelajar),
maka penyelidik berpandangan perlunya Model Pendekatan Kaunseling Islam untuk menangani kes-kes
kerohanian dikalangan pelajar tanpa mengira bangsa dan agama. Kesesuaian agama Islam sebagai agama
universal kepada semua agama, bangsa dan zaman (Sayyid Quttb, 1983), (Husin Ali, 1984) dan (Haron
Din dan rakan-rakan, 2003), meyakinkan penyelidik bahawa amalan pendekatan kaunseling Islam sesuai
dilaksanakan bagi menangani kes-kes klien yang memerlukan aspek kerohanian sebagai pengisian dalam
rohani.
3.0

KAJIAN LEPAS DALAM NEGERI

3.1

Pendekatan Kaunseling Islam

Elias (1997) mengutarakan enam langkah proses teraputik kaunseling yang dikenali sebagai Iman
Centered Therapy (ICT). Enam langkah tersebut adalah:
i.

Mewujudkan perhubungan

ii.

Meneroka nilai yang ditetapkan klien

iii.

Menilai compatibility nilai

iv.

Menilai compatibility nilai islam

v.

Membuat keputusan dan melaksanakan tindakan

vi.

Menilai semula dan penamatan

Othman Mohamed (2000) memperkenalkan Teori Psikologi ad Din sebagai suatu usaha memenuhi unsur
spirituality dalam dimensi pendekatan teori kaunseling. Beliau mengungkapkan bahawa spirituality
Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner
Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan
Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008.

sebagai satu klasifikasi baru bagi mengatasi kekosongan ruang yang nyata dalam diri manusia.
Menurutnya, terapi Teori Psikologi ad Din bertujuan melahirkan suatu kesedaran baru dengan
menggunakan tekad dan akal klien bagi menjana perubahan. Dalam proses Teori Psikologi ad Din, beliau
menerangkan terdapat lima peringkat:

i.

Penerokaan dan kefahaman nafsu Peringkat ini penting bagi menimbulkan keyakinan dan
sokongan klien bahawa kaunselor mengambilberat terhadap diri klien.

ii.

Diagnosis- Kaunselor akan mencerap dan mengenalpasti gangguan masalah klien secara teliti
dari aspek fikiran, emosi dan tingkah laku.

iii.

Penerokaan dan kefahaman berteraskan taqwa Kaunselor meneroka gangguan masalah


klien berdasarkan perbincangan, tunjuk ajar dan pemberian maklumat berteraskan taqwa.

iv.

Ikhtiar dan tindakan Klien yang berjaya menangani masalah akan menghasilkan insan yang
bersyukur manakala jika gagal, klien perlu mengulangi proses ini diperingkat diagnosis.

Othman turut menegaskan sebagai seorang kaunselor perlu memiliki sifat taqwa. Ini kerana taqwa terletak
antara proses ikhtiar dengan tindakan teknik seseorang kaunselor. Oleh yang demikian, saranannya
supaya seseorang kaunselor yang mahu memiliki sifat taqwa harus berpegang kepada ciri sidik, amanah,
tablik dan fatanah.

Amir Awang dan Iran Herman (2003) menjelaskan tentang cara menangani tekanan di tempat kerja
melalui kaunseling berperspektif Islam. Antara cara adalah dengan dasar, struktur dan sistem organisasi,
sifat kerja, perhubungan/persekitaran kerja, dual/ multiple role, amalan pengurusan dan amalan Islam.
Menurut mereka, amalan Islam boleh diamalkan dengan cara-cara seperti teguhkan keimanan dengan
memohon kepada Allah s.w.t., mengambil wuduk dan solat hajat, membaca dan rajin mendengar Al
Quran, berzikir dan berdoa, bergaul dengan orang alim, menghadiri majlis ilmu, bermuhasabah diri
selepas maghrib, memupuk amalan solat berjemaah, rehda ketentuan ilahi dan bertawakal, bersyukur,

Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner


Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan
Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008.

mengamalkan ajaran Islam dengan membuat kebaikan dan kebajikan, suka memaafkan orang lain,
melakukan aktiviti riadah, menjauhi alkohol dan minuman keras dan niat bekerja kerana Allah s.w.t.
Rahimi, Zulkifli dan Syed Mohamad (2003) melakukan kajian perkhidmatan Brief Kaunseling sebagai
satu kaedah alternatif daripada perspektif Islam. Permasalahan adalah nisbah kaunselor di sekolah dengan
bilangan pelajar adalah 1:1000 seperti di Pulau Pinang nisbah kaunselor adalah 1:23000. Berdasarkan
pekeliling ikhtisas guru kaunseling sepenuh masa (1996-2000) sekolah gred A atau B mempunyai
bilangan pelajar lebih daripada 750 orang akan mendapat 2 guru kaunseling sepenuh masa. Penyelidik
telah menjalankan kajian rintis terhadap 61 kaunselor di Pulau Pinang dan Kedah. Tujuan kajian rintis
adalah bagi mendapatkan maklumat awal kekerapan sesi kaunseling yang dilakukan kaunselor dari bulan
januari sehingga Jun 2002. Masalah dalam sesi kaunseling adalah meliputi akademik, kerjaya,
psikososial, kesihatan mental, keibubapaan dan sebagainya. Dapatan kajian menunjukkan seperti berikut:
i.

1 dan 2 sesi kaunseling (60.58%)

ii.

3 dan 4 sesi kaunseling (30.43%)

iii.

5 dan lebih sesi kaunseling (8.99%)

Manakala kekerapan permasalahan kes adalah seperti berikut:


i.

Akademik 1326 kes

ii.

Psikososial 1125 kes

iii.

Kerjaya 1019 kes

Menurut mereka, Brief Kaunseling menurut Islam mempunyai ciri-ciri seperti menekankan limitasi masa,
fokus kepada penyelesaian masalah, berorientasikan tindakan, interaksi sosial, menyelitkan humor,
memberi perhatian kepada perkembangan dan berasaskan perhubungan. Pengkaji menegaskan Brief
Kaunseling penting kerana Islam menitikberatkan masa suatu yang penting dan harus dihargai setiap
manusia. Allah s.w.t. menyatakan bahawa manusia yang berada dalam kerugian dan tidak mendapat apa
apa manfaat kecuali yang beriman dan beramal soleh. Ini bermaksud kaunselor yang dapat mengurus
masa kerja dengan baik seperti menjalankan sesi kaunseling dengan ringkas dan padat tanpa mengambil
masa yang lama. Langkah ini juga dapat mengelakkan kebergantungan pelajar kepada kaunselor kerana
Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner
Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan
Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008.

klien sedar bahawa kaunselor hanya membantunya ke arah penyelesaian masalah bukannya
menyelesaikan masalah klien.
Noor Aznita, Norliza dan Azmi (2003) melihat amalan kemahiran kaunseling keluarga dikalangan para
imam di daerah Kota Setar, Kedah. Kajian ini memfokuskan kepada aspek-aspek yang berkaitan dengan
tingkah laku menolong, kemahiran sedia ada, pendapat para imam mengenai kemahiran kaunseling dan
kesesuaian kemahiran kaunseling keluarga diadaptasikan dalam perhubungan menolong para imam.
Seramai 60 responden dikalangan para imam di daerah Kota Setar, Kedah terlibat dalam kajian. Seramai
81.7% responden berpendapat mereka memerlukan kemahiran kaunseling untuk diadaptasikan dalam
intervensi keluarga yang dijalankan, 43% daripada responden bergantung sepenuhnya kepada kemahiran
sedia ada dan berpendapat mereka tidak memerlukan adaptasi, 68.3 % responden sangat bersetuju
menerima latihan kemahiran kaunseling untuk diadaptasikan dengan pendekatan Islam, 78.3% responden
sangat bersetuju bahawa kemahiran kaunseling yang diadaptasikan dengan kemahiran sedia ada dapat
membantu menyelesaikan masalah masyarakat dan sebanyak 66.7% responden yakin dengan kemahiran
yang dimiliki. Maka jelas pendekatan kaunseling berguna kepada para imam untuk diaplikasikan dalam
pendekatan Islam dan membantu dalam aspek intervensi kekeluargaan.

Mohd Fauzi (2003) menegaskan tentang kepentingan tauhid sebagai motivator budaya hidup sihat dalam
sesebuah masyarakat. Menurutnya, sejarah membuktikan keunggulan tamadun Islam adalah berteraskan
tauhid yang menjadi unsur motivator dan ransangan dalaman. Perkataan tauhid merujuk pada keesaan
kepada Allah s.w.t. dari segi dhat, sifat dan perbuatan. Inilah yang tersirat dalam syahadah yang
diucapkan setiap muslim. Tauhid bermaksud manusia meletakkan Allah s.w.t. sebagai rujukan hidup
sama ada amalan yang menjurus kebaikan atau keburukan. Oleh itu, semua amalan buruk boleh
dihapuskan apabila manusia mengubah perbuatan tidak sihat kepada nilai murni melalui pemantapan
tauhid dan iman kepada Allah s.w.t. Dalam konteks kehidupan manusia, manusia yang mengutamakan
tauhid memiliki kelebihan-kelebihan berikut:

Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner


Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan
Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008.

i.

Individu yang mempunyai halatuju dan matlamat yang jelas dalam hidup. Dia mengetahui
asal usulnya, apa yang harus dilakukan dan ke mana dia akan pergi selepas kematiannya.

ii.

Individu yang terkawal perilakunya. Dia akan merasa dirinya sentiasa diperhatikan Allah swt
kerana kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah swt yang bersifat Maha Mengetahui, Maha
Mendengar dan Maha Melihat dengan ditugaskan dua orang malaikat iaitu raqib dan atid
untuk tujuan mencatat segala amalan yang dilakukan manusia.

iii.

Individu yang bersifat amanah, jujur dan melakukan kerja dengan penuh itqan.

iv.

Individu yang mempunyai ketenangan jiwa. Ini terhasil daripada kepercayaan manusia
kepada Allah swt yang menentukan segala rezeki, menaik dan menurunkan darjat dan
martabat seseorang dan memberi rahmat dan kelebihan kepada seseorang manusia.
Mohd Fauzi (2003) menjelaskan gaya hidup sihat yang diimpikan semua orang harus berteraskan

tauhid yang menjadi unsur dalaman terpenting dalam diri manusia.


Kaedah

Niat

Matlamat

Rajah 1: Model Jalinan 3 Dimensi Matlamat, Kaedah dan Niat dalam Munif Zarirruddin (2001)
Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner
Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan
Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008.

Menurutnya lagi, jalinan tiga dimensi iaitu matlamat, kaedah dan niat adalah jalinan yang melengkapi
antara satu sama lain. Matlamat kerja sosial ialah untuk mendapat keredhaan Allah swt dengan
menggunakan kaedah yang dibenarkan Allah s.w.t. Bentuk proses kerja sosial dalam Islam berasaskan 3
ciri iaitu:
i.

Amar makruf

ii.

Nahi mungkar

iii.

Keimanan

Rozman, Mohamed Sharif dan Roslee (2003) melakukan kajian keperluan pendekatan kaunseling
terhadap masalah perceraian dikalangan pasangan beragama Islam di Jabatan Agama Islam Johor. (JAIJ)
Kajian ini meninjau dan menganalisis keperluan pendekatan kaunseling di kalangan pegawai-pegawai
agama yang bertugas sebagai kaunselor di JAIJ. Skop kajian ini berkisar kepada bentuk-bentuk
pengetahuan, kemahiran dan persepsi kaunselor dalam membantu pasangan suami isteri yang bermasalah.
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melibatkan 4 orang kaunselor. Data temubual dan analisis
dokumen digunakan dalam kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kaunselor JAIJ memerlukan
pengetahuan hukum hakam agama yang berkaitan dengan hal ehwal kekeluargaan Islam yang mantap dan
teori-teori kaunseling yang bersesuaian. Kaunselor yang bertugas di JAIJ juga memerlukan kemahirankemahiran asas dan cara mengendalikan sesi kaunseling. Hasil kajian turut mendapati bahawa
perkhidmatan kaunseling di JAIJ boleh ditingkatkan melalui pelbagai aspek seperti setting yang lebih
sesuai dan selesa, pengetahuan dan kemahiran kaunseling melalui kursus-kursus sepenuh masa dan
menambahkan bilangan kaunselor yang sedia ada.

Jawiah dan rakan-rakan (2003) melakukan kajian berkenaan bimbingan agama dan kaunseling dipenjara
Kajang dan Sungai Buluh, Selangor. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau perlaksanaan bimbingan
agama dan kaunseling dikalangan banduan di penjara. Bimbingan agama adalah berdasarkan kurikulum
pendidikan Islam yang digubal Jabatan Penjara Malaysia. Ia merangkumi aspek ilmu fardu ain dan fadu
kifayah, pendidikan rohani, pembinaan sikap dan pemikiran positif. Bimbingan fardu ain merangkumi
ilmu-ilmu asas seperti fekah, akidah, sirah dan tilawah. Mereka juga didedahkan dengan isu-isu
Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner
Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan
Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008.

keagamaan semasa seperti peristiwa maulidur rasul, hijrah, nuzul Al Quran dan sebagainya. Selain itu,
bimbingan agama juga melibatkan khidmat nasihat yang turut dikenali sebagai kaunseling agama.

Iran Herman dan Asmah Bee (2003) mengkaji rawatan kemurungan dikalangan kanak-kanak dan remaja
yang mengalami masalah kemurungan menggunakan amalan doa, wirid dan muhasabah diri mengikut
perspektif Islam. Responden telah diuji dengan 3 jenis alat kemurungan iaitu Inventori Kemurungan
Kanak-kanak, Reynolds Depression Scale dan Beck Depression Inventory. Menurut mereka, kaedah
rawatan yang sedia ada di barat sesuai digunakan dalam konteks norma dan budaya tempatan kerana
terbukti memberi kesan positif. Manakala kaedah rawatan Islam perlu mendapat perhatian yang serius
oleh pengamal kaunseling dan psikologi kerana ia amat relevan dengan klien beragama Islam. Amalan
doa, wirid dan proses muhasabah diri terbukti mengembalikan keyakinan responden yang dapat
mengurangkan masalah kemurungan setanding dengan terapi barat. Sesunggunya proses muhasabah diri
dapat mengetahui dan menilai kendiri yang terbukti bahawa individu yang lupa diri akan bertindak
mencetuskan kemurungan dan tekanan.

Sapora (2005) menjelaskan keperluan agama dalam kaunseling. Menurutnya tokoh-tokoh kaunseling dan
psikoterapi seperti Freud, Rogers, Ellis dan Skinner telah memisahkan agama dari disiplin ilmu
kaunseling berdasarkan premis-premis tertentu. Contohnya, Freud melihat agama sebagai suatu yang
boleh memesongkan pandangan manusia terhadap kehidupan. Rogers berpandangan manusia secara
semulajadi adalah makhluk yang baik dan berpotensi untuk mengalami perkembangan yang sempurna.
Manakala Frued dan Skinner pula menegaskan bahawa tuhan tidak wujud dan lantaran itu manusia tidak
perlu bertanggungjawab kepada tuhan tetapi hanya pada diri sendiri. Ketiga pandangan ahli terapi
tersebut membuktikan agama dipisahkan daripada bidang ilmu kaunseling. Tambah Sapora (2005) lagi,
kewujudan Pastoral Counseling adalah bukti bahawa agama amat perlu dalam disiplin ilmu kaunseling.

Hushim dan Ishammudin (2005) menerangkan tentang kaunseling daripada perspektif Islam yang selari
dengan pandangan Muhd Mansur (1993) iaitu kaunseling merupakan suatu proses menolong individu
Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner
Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan
Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008.

10

untuk memahami dirinya agar mampu mengendalikan hidup ke arah kebenaran (al haq) dengan berkesan
untuk kesejahteraan dunia dan akhirat. Mereka menekankan tentang beberapa aspek yang penting iaitu:
i.

Suatu proses perubahan yang berlaku kepada klien sama ada secara sedar atau tidak sedar
dengan mengambilkira suatu jangkamasa tertentu. Segala perubahan tersebut adalah
membawa kepada kebenaran (al haq).

ii.

Menolong individu bermaksud menolong sedaya upaya kaunselor kepada klien, istiqamah
dalam membantu dan melayani klien dalam masalah. Kaunselor perlu memiliki ciri-ciri
seperti penerimaan tanpa syarat, senang dihubungi, ketulenan, empati dan terbuka.

iii.

Memahami diri Memahami bermaksud kaunselor bertanyakan soalan-soalan seperti apa,


mengapa, bagaimana, siapa, bila dan di mana. Manakala diri merujuk pada klien dari aspek
kekuatan, kelemahan dan potensi yang ada pada seseorang klien.

iv.

Mengendalikan hidup Klien mempunyai kemahiran seperti membuat keputusan, berfikir,


bersikap asertif, kemahiran mengatasi tekanan dan sebagainya.

3.2

Pendekatan Islam Menanggani Tingkah laku Seksual Di Kalangan Pelajar

Sehingga penyelidikan ini dilakukan, tidak banyak kajian yang dilakukan penyelidik tempatan berhubung
kaedah rawatan menangani masalah tingkah laku seksual dikalangan pelajar. Namun begitu, terdapat
kajian yang pernah dilakukan oleh Nadiyah Elias (2005) tentang Dialectical Cognitive Behavioral
Therapy (DCBT) mengenai rawatan klien yang mengalami masalah kecelaruan seksual. Nadiah Elias
(2005) cuba menyesuaikan DCBT dalam konteks Islam dengan menekankan Shariah Islam terhadap
klien. Menurutnya bahagian yang penting dalam terapi kognitif islam ialah mendidik klien untuk
membezakan antara kemahuan dan keinginan sebenar dalam konteks fizikal. Beliau memberi pemikiran
tentang peraturan seksual yang berkaitan dengan Islam seperti:

i.

Islam mendorong seksual secara melalui perkahwinan yang sah (halal) tetapi melarang
manusia melakukan seksual yang haram disisi Islam seperti melancap, hubungan

Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner


Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan
Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008.

11

homoseksual, bersetubuh ketika isteri dalam haid dan bersetubuh pada siang hari ketika di
bulan Ramadhan.
ii.

Berangan-angan tidak dianggap berdosa tetapi berfantasi secara bernafsu adalah suatu
perbuatan yang berdosa.

iii.

Manusia mempunyai limitasi kehidupan di dunia tetapi apabila disyurga manusia bebas
melakukan segala perbuatan. Contoh minum arak dan bertukar pasangan di dunia adalah
haram tetapi di syurga kemungkinan manusia boleh minum air anggur dan bertukar pasangan
sebagai ganjaran tinggal di syurga. Nadiah (2005) turut memberi pandangan bahawa gaya
hidup homoseksual turut bukan menjadi larangan kepada manusia ketika tinggal di syugra.

Berdasarkan DCBT, ahli terapi cuba membantu klien dari aspek-aspek berikut:
i. Menerima keinginan dan dorongan klien sebagai suatu yang semulajadi
ii. Menerima perbuatan homoseksual suatu yang dilarang dalam Islam
iii. Menerima kelemahan dan limitasi peribadi klien
iv. Menerima limitasi yang ditentukan Allah swt
v. Mengubah konsep kendiri
vi. Mengubah tingkah laku lampau yang dilarang
vii. Mengubah dorongan diri
4.0

KAJIAN LEPAS LUAR NEGARA

4.1

Pendekatan Spiritual Counselling

Kelly dan rakan-rakan (1994) turut bersetuju bahawa kebanyakan kaunselor sekolah menjelaskan aspek
spiritual dan keagamaan merupakan suatu topic dalam latihan kaunselor tetapi kepercayaan ini tidak
dimasukkan dalam kuriulum kursus kaunseling. Menurut Kelly (1994) kajian dikalangan 341 kaunselor
Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner
Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan
Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008.

12

yang mengikuti program pendidikan kaunseling hanya 25% dilaporkan bahawa isu spiritual dan agama
dimasukkan dalam komponen kursus. Manakala kajian Pate dan High (1995) terhadap 60 CACREP
akreditasi program mendapati 60% daripada program dilaporkan menyentuh kepercayaan dan latihan
klien dalam bidang pengajian asas sosial dan budaya CACREP.
Thomas Burke dan rakan-rakan (1999) memberi gambaran populasi umum dikalangan kaunselor
menunjukkan bahawa isu spiritual dan keagamaan adalah relevan, sesuai secara etika, dan signifikan
dalam setting penghidupan yang sekular. Mereka berpandangan berdasarkan kurikulum Council for
Accreditation of Counseling and Related Educational Programs (CACREP) kaunselor perlu bekerja
secara beretika dan efektif dengan isu sedemikian dalam setting kaunseling yang sekular. Lima andaian
diberikan berdasarkan artikel ini iaitu:
i.

Terdapat persamaan antara spiritual dan agama (pertindanan berlaku)

ii.

Spiritual dan dan agama mempunyai makna yang pelbagai dan ekspresi melibatkan budaya
dan diri individu.

iii.

Spiritual dan agama mempunyai pelbagai sifat negative terhadap tingkah laku manusia yang
memerlukan kaunselor untuk membantu masalah klien.

iv.

Kesepaduan antara spiritual dan agama dalam kurikulum kaunseling wujud melalui kejujuran,
kesedaran dan sikap kaunselor terhadap aspek spiritual dan agama seperti silang budaya.

v.

Berdasarkan etika, spiritual dan agama mempunyai legitimasi dalam menangani isu
kehidupan.

Chris (2006) melakukan kajian secara kualititatif untuk melihat pengalaman ahli psikologi terhadap
perkembangan amalan perkhidmatan spiritual. Kajian ini cuba melihat bagaimana ahli psikologi
mengubah diri ketika menjalani sesi terapi dan kesan perubahan ini terhadap amalan terapi spiritual.
Kaedah deskprif fenemenologikal digunakan untuk menilai pengalaman spiritual ahli psikologi dan
kesannya terhadap amalan terapi. 8 ahli psikoterapi ditemubual secara naratif. Tema penting melibatkan
perkembangan proses berterusan, pengalaman penerokaan kepercayaan spiritual, penglibatan pengalaman
psikologi, sistem kepercayaan spiritual dalaman, kesan positif sistem kepercayaan spiritual dan system
kepercayaan spiritual yang memberi kesan amalan psikoterapi. Kajian ini mendapati bahawa
Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner
Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan
Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008.

13

perkembangan pengalaman spiritual ahli psikologi yang berkait dengan amalan terapi, transformatif
individu, proses berterusan yang memberi kesan terhadap hubungan pendekatan kaunseling.

James (2007) menjalankan kajian pengalaman ahli psikoterapi bersama klien dalam sesi psikoterapi.
Tujuan kajian ini ialah untuk melihat apakah pengalaman ahli psikoterapi bersama klien dalam sesi
psikoterapi, batasan dan makna spiritual antara psikoterapi dengan klien dalam sesi psikoterapi dan
adakah ahli pskioterapi memisahkan antara pengalaman spiritual dan pengalaman agama dalam sesi
psikoterapi. Terdapat 10 ahli psikoterapi berlesen terlibat dalam kajian yang mempunyai sekurangkurangnya pengalaman selama 3 tahun dalam spiritual dalam psikoterapi. Temubual ditranskrib, dikod
dan dikategori untuk menjawab persoalan kajian dan kemudian dianalisis berdasarkan interpretasi
pengkaji. Kategori dan tema diperolehi berdasarkan kekerapan ciri-ciri yang ditunjukkan responden. 10
responden tersebut mengaku mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap tuhan tetapi menolak kehadiran
agama dalam psikoterapi. Ini kerana responden menilai agama sama seperti menilai psikoterapi
tradisional tanpa spiritual. Penyelidik turut mendapati bahawa pengalaman pengkaji bersama 10 ahli
psikoterapi bukan suatu yang statik tetapi dinamik dan pengalaman berguna. Responden sering
mengalami konfron dengan klien dari aspek kekaburan makna, suatu yang tidak dijangka, dan sukar
dikawal. Di samping itu, penyelidik turut melihat ahli psikoterapi ingin membantu klien untuk memahami
pengalaman dalam psikoterapi melalui makna dan interpretasi.
4.2

Pendekatan Barat Menanggani Tingkah laku Seksual Di Kalangan Pelajar

Sehingga tahun 1970-an, masalah tingkah laku seksual dilihat sebagai suatu tingkahlaku tidak normal
dalam masyarakat Barat dan matlamat rawatan pada masa itu adalah mengubah gaya hidup homoseksual
kepada heteroseksual. (Evosevich dan Avriette, 2000) Beberapa strategi yang digunakan adalah
psikoanalisis, castration, terapi hormon, dan penambahan insulin. Kebanyakan rawatan yang diberikan
tersebut memberikan ketidakpuasan dan kemarahan kepada klien. Menurut Evosevich dan Avriette
(2000), tiada rawatan-rawatan tersebut yang berkesan untuk mengubah masalah seksual yang dihadapi
klien. Selepas dikecam hebat oleh golongan activist lesbian dan gay, kesatuan American Public
mencadangkan pengubahan dalam senarai American Psychological Association berhubung masalah
tingkah laku seksual (homoseksual).Menurut American Psychological Association (2005) The American
Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner
Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan
Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008.

14

Psychiatric Association mengeluarkan homoseksualiti daripada senarai kecelaruan seksual dalam DSM
III 1973. Sejak 1983, Persatuan Profesional Kesihatan Mental bersetuju untuk tidak mengubah seksual
orientasi manusia, sebaliknya mengubah nilai yang ada pada manusia. Ini menandakan bahawa aktiviti
seksual telah dapat diterima masyarakat barat, walaupun melibatkan homoseksual yang bertentangan
dengan ajaran agama Kristian.

Ficher (1977) menjalankan penyelidikan berkaitan sek kaunseling dikalangan kaunselor. Tujuan
penyelidikan ialah untuk meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan dan sikap dikalangan kaunselor
terhadap seksualiti manusia. Untuk mengukur pengetahuan, penyelidik menggunakan Sex Knowledge and
Attitude Test (SKAT) yang mengandungi lima skala iaitu heteroseksual, sexual myths, abortion,
autoercticm dan knowledge. Manakala untuk mengukur tingkah laku, penyelidik menggunakan teknik
temuduga dengan mengambilkira jumlah melakukan amalan seksual. Penyelidik menggunakan kaedah
eksperimen dimana satu kumpulan merupakan kumpulan eksperimen dibandingkan dengan kumpulan
kawalan. Keputusan eksperimen menunjukkan tidak peningkatan yang signifikan terhadap kumpulan
kawalan berkaitan sikap, pengetahuan dan tingkah laku. Namun secara statistik, terdapat keputusan yang
signifikan perubahan tingkah laku dikalangan kumpulan eksperimen.

Nassif Goldstein (2006) mengkaji penerokaan spiritual dan identiti dikalangan remaja mengikut
perkembangan Erikson yang mempunyai 4 tahap perkembangan. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan
kualitatif. 261 responden yang berumur 14 hingga 18 tahun grade 10 hingga 12 daripada 2 buah sekolah
tinggi di California Utara melengkapkan maklumat demografi dan Ego Identiti Process Questionaire
(EIPQ) dan Human Spiritrual Scale (HSS) untuk menilai status identiti dan tahap spiritual. Regresi linear
digunakan untuk melihat hubungan spiritual, status 4 identiti, dan maklumat demografi. 3 daripada 12
responden mendapat skor yang tinggi dalam Human Spiritual Scale (HSS) daripada setiap identiti dan
terlibat dengan temubual bagi meneroka spiritual secara lebih mendalam. Penyelidik merekod temubual
secara digital, menganalisis dan kod transkrip untuk memperoleh tema. Analisis statistik menunjukkan
terdapat hubungan signifikan antara spiritual dan jantina (perempuan lebih tinggi daripada lelaki).
Analisis kuantitatif menunjukkan tidak terdapat hubungan signifikan antara spiritual dengan umur, gred,
Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner
Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan
Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008.

15

etnik, dan agama.Manakala keputusan kualitatif pula menunjukkan 4 kategori remaja mempunyai
pengalaman spiritual ketika berinteraksi dengan orang lain. Kombinasi keputusan ini menunjukkan
remaja mengalami pengalaman spiritual khususnya ketika berinteraksi dengan orang lain.

Bundy dan White (1990) menjalankan program latihan dikalangan ibu bapa uuntuk menjadi lebih efektif
dalam pendidikan seks untuk anak-anak. Program ini mendapat kerjasama kaunselor sekolah di peringkat
sekolah rendah. Mereka berpandangan program ini merupakan suatu usaha yang efektif berdasarkan
pengalaman selama 18 tahun dimana usaha diperingkat pencegahan adalah lebih baik berbanding
diperingkat pemulihan. Satu seminar bertajuk keluarga sebagai pendidik seks diadakan diperingkat
sekolah rendah. 19 ibu bapa yang terdiri daripada 15 ibu dan 4 bapa terlibat dalam pertemuan, manakala
dari segi warna kulit 17 ibu bapa berkulit putih dan 2 ibu bapa berkulit hitam. Mereka juga berasal
daripada kalangan kelas pertengahan. Para pelajar pula terdiri diperingkat tadika hingga diperingkat gred
lima. Asas program adalah seperti berikut:
i. Ibu bapa merupakan asas pendidik kepada kanak-kanak. Ini kerana ibu bapa banyak
mempengaruhi cara bagaimana kanak-kanak berfikir, penguasaan bahasa, perasaan terhadap diri sendiri
dan orang lain, dan menguruskan pengalaman.
ii. Kanak-kanak lebih mengutamakan ibu bapa sebagai sumber rujukan berkait dengan seks.
Namun begitu, ibu bapa enggan bekerjasama kerana merasai kurang berpengatahuan, tidak selesa untuk
berbual tentang seks dengan anak-anak dan kurang pasti apa kemahuan anak-anak tentang seks apabila
berada diperingkat umur tertentu.
iii. Kaunselor diperingkat sekolah rendah mampu memberi tanggungjawab kepada ibu bapa
sebagai pendidik seks terhadap kanak-kanak
iv. Ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam program khususnya dari segi kognitif. Di
samping itu, aktiviti kumpulan harus dibina kepada ibu bapa untuk memproses maklumat dengan
mengambilkira sistem nilai mereka.

Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner


Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan
Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008.

16

v. Kemahiran komunikasi secara efektif amat perlu untuk mengendalikan pendidikan seksual. Ibu
bapa harus dilatih berkomunikasi dengan efektif seperti bahasa badan, eye contact, dan kemahiran
mendengar secara aktif.

Parisien dan Long (1994) menjalankan kajian dikalangan kaunselor yang diberi latihan untuk menangani
klien yang menghadapi penganiayaan seksual. Penyelidik berpandangan isu penganiayaan seksual
seringkali memberi trauma kepada kaunselor kerana mempunyai perasaan bimbang dan memberi
pandangan yang negatif kepada klien. Tujuan penyelidikan adalah untuk mengenalpasti kaunselor wanita
dari aspek komunikasi diri apabila berdepan dengan klien yang bersekedudukan dan perbezaannya
dengan klien yang menghadapi masalah konflik dalaman dan penganiayaan fizikal. Seramai 63 kaunselor
terpilih dalam penyelidikan selepas mengalami proses tapisan. Proses pemilihan kaunselor berdasarkan
tiada pengalaman atau pengalaman minima mengendalikan kes penganiayaan seksual datau fizikal dan
telah mengikuti kursus kemahiran temubual. Mereka kemudiannya dikehendaki menonton video klien
selama 5 minit, imiginasi memberi kaunseling kepada klien, dan melengkapkan soalan tentang video yang
ditonton. Schwartz States of Mind Model digunakan dalam penyelidikan ini. Keputusan menunjukkan
kaunselor yang menerima latihan menangani penganiayaan seksual dikalangan klien mempunyai
peningkatan komunikasi diri.

John Tuell (2003) menjalankan penyelidikan berkaitan intervensi efektif dikalngan remaja yang
melakukan kesalahan juvana. Pesalah juvana sering melakukan serangan seksual dan berdasarkan laporan
1/5 kejadian dan hampir daripada banyak kes gangguan seksual melibatkan remaja. Remaja yang
terlibat dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun. Paad tahun 1993, The National Task Force on Juvenile Sex
Offenders mengenalpasti bidang rawatan terhadap populasi pesalah ini. Tujuan penyelidikan ini adalah
untuk menilai model rawatan berkaitan kesalahan seksual dikalangan remaja. 56 pesalah seksual juvana
dinilai yang dipilih daripada direktori program pesalah juvana di daerah Ohio, Amerika Syarikat.
Keputusan menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara tahap, lesen, program setting dengan
rawatan intervensi. Di samping itu, penyelidikan ini berguna sebagai program rawatan kepada pesalah
juvana. Hubungan antara data dan bukti empirikal menyumbang kepada profesion klinikal kaunseling.
Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner
Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan
Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008.

17

5.0

KESIMPULAN

Berdasarkan kajian-kajian lepas jelas menunjukkan pendekatan kaunseling Islam masih belum banyak
diterokai penyelidik tempatan khususnya melibatkan kajian secara empirikal. Manakala banyak kajian
luar negara dilakukan secara empirikal tetapi mengikut sumbernya pendekatan barat dari segi akidahnya
amat bertentangan dengan ajaran Islam. Oleh itu, kajian-kajian barat hanya dapat dirujuk penyelidik dari
segi konsep sebaliknya bukan kandungan penyelidikan itu sendiri. Justeru itu, penerokaan terhadap
penyelidikan ini merupakan suatu penemuan baru dalam bidang bimbingan dan kaunseling khususnya
pendekatan kaunseling Islam sebagai suatu alternatif baru di Malaysia.
6.0

RUJUKAN

Abdul Halim Othman. 1986. Beberapa isu kaunseling barat dan implikasinya terhadap praktik
kaunseling di Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kaunseling, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Abdul Halim Othman. 2001. Senario pendidikan dan latihan kaunselor di Malaysia. Kertas kerja
dibentangkan di Seminar Kepiawaian Pendidikan dan Latihan Kaunselor di Malaysia, Hotel Quality,
Kuala Lumpur. 2-3 April 2001
Amir Awang & Iran Herman. 2003. Menangani stress di tempat kerja melalui kaunseling berperspektif
islam. Dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling Berperspektif Islam. Anjuran UUM, JPA dan
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1 3 Mei 2003.
Azizah Othman, Mimi Iznita Mohamed Iqbal & Hawa Rahmat. 2003. Islamic psychotherapy and
counseling processes: An alternative approach to the helping relationship. Dalam Prosiding Seminar
Kebangsaan Kaunseling Berperspektif Islam. Anjuran UUM, JPA dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
1 3 Mei 2003.
Chris M. Hammer. 2006. A phenomenological study of psychologists experience of spiritual
development as it relates to therapy practice. Unpublished Doctor of Philosophy. Capella University.
Christopher John Tuell. Treatment Providers Perception of Effective Interventions With Juvenile Sex
Offenders. Doctor oF Education. Counseling Program Division of Human Services. College of Education.
Univesity of Cincinnati.United States of America
Evosevich, J.M & Avriette. 2000. The gay and lesbian psychotherapy treatment planner. Singapore:
John Wiley & Sons, Inc.
Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner
Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan
Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008.

18

Hassan Langgulung. 1990. Kaunseling dalam masyarakat islam. Kertas kerja dibentangkan di Seminar
Kebangsaan Kaunseling dalam masyarakat islam, YADIM, Kuala Lumpur.
Hushim Salleh & Ishammudin Ismail. 2005. Kaunseling dari perspektif islam. Dalam Prosiding
Persidangan Kaunseling Universiti Malaya 2005. Anjuran Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling
Universiti Malaya dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 28 29 November 2005.
Ishammudin Ismail. 2000. Panduan asas kaunselor muslim. Kajang: Aras Mega (M) Sdn Bhd.
James H Moody. 2007. Psikotherapists spiritual experience with their clients in psychotherapy. A
phenomenological inquiry. Unpublished Doctor of Philosophy. Capella University.

Kelly, E.W. Jr. 1994. Counselor preparation: The role of religion and spirituality in counselor education:
A national survey. Counselor Education and Supervision, 33: 227-237.
Lynne S. Parisien dan Bonita C.Long. Counselor Trainees Self-Statement Responses to Sexuality and
Physically Abused Clients and Client Role Conflict. Journal of Counseling and Development, Jan 1994,
72, 304-309.
Mahmood Nazar Mohamed. 2001. Pengantar psikologi. Satu pengenalan asas kepada jiwa dan tingkah
laku manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Malik Badri. 1994. Success with Islamic counseling and psychotherapy. London: MWH.
Mary Thomas Burke, Harold Hackney, Patricia Hudson, Judith Miranti, Gail A. Watts dan Lawrence
Epp. 1999. Spiritual, religion and CACREP curriculum standards. Journal of counseling and
development. Summer 1999. 77. ms 251- 257.

Michael L. Bundy dan Priscilla N. White. Parents as sexuality educators: A parent training program.
Journal of Counseling and Development: Jan 1990; 68, 321-323.
Mohd Fauzi Hamat. 2003. Paradigma tauhid sebagai motivator terbudayanya gaya hidup sihat dalam
sesebuah masyarakat. Dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling Berperspektif Islam. Anjuran
UUM, JPA dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 1 3 Mei 2003.
Nadiyah Elias. 2005. The effect of an Islamic volitional training on volition, academic regulation and
academic procrastination. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Sintok, Kedah. Universiti Utara
Malaysia.
Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner
Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan
Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008.

19

Noor Azniza Ishak, Norliza Md Noor & Azmi Shaari. 2003. Adaptasi kemahiran kaunseling keluarga
dalam masyarakat oleh para imam di daerah Kota Setar. Dalam Prosiding Seminar Kebangsaan
Kaunseling Berperspektif Islam. Anjuran UUM, JPA dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 1 3 Mei
2003.
Othman Mohamed. 2000. Prinsip psikoterapi dan pengurusan dalam kaunseling. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.
Rahimi Che Aman, Zulkifli Mohamed Rasid & Syed Mohamed Syed Abdullah. 2003. Perkhidmatan
kaunseling Brief sebagai satu kaedah. Dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling Berperspektif
Islam. Anjuran UUM, JPA dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 1 3 Mei 2003.
Rohani Ibrahim. 2002. Analisa keperluan kaunseling kerohanian dalam membina tingkah laku pelajar
menghormati guru. Kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Negeri Johor. Projek Sarjana yang
tidak diterbitkan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Rozman Harun, Mohamed Sharif Mustaffa & Roslee Ahmad. 2003. Analisis keperluan pendekatan
kaunseling terhadap masalah perceraian. Satu pendekatan kajian kes di Jabatan Agama Islam Johor.
Dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Kaunseling Berperspektif Islam. Anjuran UUM, JPA dan
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1 3 Mei 2003.
Sapora Sipon. 2005. Keperluan agama dalam kaunseling. Dalam Prosiding Persidangan Kaunseling
Universiti Malaya 2005. Anjuran Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya dengan
kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 28 - 29 November 2005.
Siti Hairaney Bachok. 2002. Amalan kaunseling kerohanian dikalangan pelajar Melayu. Kajian kes di
tiga buah sekolah di daerah Johor Bahru. Projek Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.
Tim Melchert dan Kent F. Burnett. Attitudes, Knowledge and Sexual Behaviour of High Risk
Adolescents: Implications for Counseling and Sexuality Education. Journal of Counseling and
Development. Jan 1990, 68, 293-298.
Wan Hashim Wan Teh & Mahayudin Yahaya. 1996. Sains sosial dari perspektif islam. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
.

Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner


Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan
Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008.

20

Kertas kerja ini dibentangkan di International Conference on the Education of Learner


Diversity (ICELD08) di Hotel Marriot, Putrajaya dianjurkan Pusat Pendidikan
Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM pada 26-27 Ogos 2008.

21

You might also like