Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Perjanjian Inggeris-Belanda telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada 17 Mac

1824 di London.

Perjanjian ini juga dikenali sebagai Anglo-Dutch Treaty telah

ditandatangani oleh wakil British iaitu George Canning dan Charles Watkin, manakala
Hendrik Fagel dan Anton Reinhard Falck mewakili Belanda. 2 Kedua-dua pihak telah sepakat
untuk menandatangani perjanjian bagi menjaga hubungan mereka di Kepulauan Melayu.
Perjanjian ini telah meninggalkan kesan terhadap Kepulauan Melayu pada abad ke-19.
Kesan yang dapat dilihat daripada perjanjian ini ialah kejatuhan Empayar Johor-Riau.
Kejatuhan empayar Johor-Riau disebabkan oleh perjanjian tersebut yang membahagikan
empayar tersebut kepada dua kuasa. Singapura, Johor dan Melaka telah diserahkan kepada
British manakala Kepulauan Riau-Lingga dan Bangkahulu pula diserahkan kepada Belanda. 3
Hal ini juga telah menyelesaikan perebutan kuasa antara Sultan Hussein dan Sultan Abdul
Rahman. Sultan Hussein telah menjadi Sultan di Johor manakala Sultan Abdul Rahman telah
menjadi Sultan di Kepulauan Riau-Lingga.4
Seterusnya, kesan perjanjian Anglo-Dutch 1824 telah menyebabkan pembahagian kawasan
pengaruh antara British dan Belanda. Belanda telah menyerahkan Melaka dan kesemua tanah
jajahannya kepada British, manakala British pula menyerahkan Bangkahulu dan kesemua
kawasan yang dimiliki oleh Syarikat Hindia Timur di Sumatera kepada Belanda. 5 Kedua-dua
pihak telah sepakat tidak akan membuat perjanjian dengan kawasan-kawasan yang telah
menjadi pertukaran antara mereka.6

1 Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya, A History of Malaysia, United


Kingdom: Palgrave, 2001, hlm. 125
2 Joginder Singh Jessy, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1978, hlm. 101
3 Ibid hlm. 102
4 Ibid hlm. 103-105
5 Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya, A History of Malaysia, hlm. 126
6 Ibid hlm. 126

Selain itu, kesan perjanjian Anglo-Dutch 1824 British telah meluaskan pengaruh di Tanah
Melayu. Perjanjian ini telah membolehkan British menubuhkan Negeri-negeri Selat di Tanah
Melayu. Negeri-negeri Selat telah ditubuhkan melalui perjanjian Pangkor pada 20 Januari
1874. Perjanjian ini telah menyebabkan meluaskan pengaruhnya di Tanah Melayu dengan
menempatkan Residen bermula di Perak dan langkah ini merupakan batu loncatan bagi
British untuk meletakkan Residen di Selangor dan Sungai Ujong. 7 Residen secara umumnya
berperanan sebagai penasihat Sultan dalam hal pentadbiran kecuali perkara berkenaan adat
istiadat dan agama Islam. Akan tetapi perkara sebaliknya berlaku apabila Residen telah
melebihi had tugasannya sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan Sultan
dan pembesar-pembesar Tanah Melayu.

7 hlm. 172

You might also like