Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

BAB 3

KAJIAN LITERATUR
3.1 Pendahuluan
Bab ini akan menerangkan kajian secara literatur berkaitan Bitara Sifir
.Kajian

literatur dijalankan untuk meningkatkan lagi pemahaman

tentang projek yang bakal dijalankan. Rujukan dibuat kepada buku,


jurnal, buku-buku panduan dan lain-lain sumber bacaan. Maklumatmaklumat terkini juga diperolehi daripada internet.
Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam sesuatu
pembelajaran. Howard Gardner (1983) ada mengatakan ketidakserasian antara
kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang
murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Bagi pendapat
kami kaedah pengajaran guru Matematik tersebut boleh diperbaiki dari semasa ke
semasa mengikut profil kecerdasan murid di dalam kelas namun kehilangan minat
terhadap sesuatu mata pelajaran amat merbahaya pada diri seorang murid
khususnya dan sekolah amnya. Kami yakin jika kami dapat membantu
meningkatkan kefahaman serta minat murid terhadap mata pelajaran ini atau
sekurang-kurangnya mengekalkan minat sedia ada.

Kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikologi, pakar matematik dan
guru matematik menunjukkan terdapat pelbagai sebab murid melakukan
kesilapan dalam pengiraan bahagi.
Menurut Fehr dan Phillips (1977) pembelajaran formal operasi bahagi
menjadi lebih bermakna apabila bahasa yang betul dan konsep yang
betul

diperkenalkan serentak. Contoh-contoh yang sesuai boleh dibuat

bersama murid. Umpamanya 5 kumpulan 4 orang murid dan 2 orang

terasing, apabila dikumpulkan bersama menjadi 22. Mungkin juga muridmurid mengira begini iaitu dua dua , tiga tiga , lima lima, dengan
pelbagai objek seperti kerusi, meja dan buku membuat murid mengingat
tentang bahagiannya (perkongsian/pengagihan) dalam pembelajaran
yang formal tentang aspek-aspek bahagi.
Kesediaan murid mempelajari cara-cara menyelesaikan masalah yang
melibatkan operasi bahagi tertakluk kepada tahap pencapaian atau
penguasaan mereka mempelajari tentang operasi tambah, tolak dan
darab. Swenson (1973) berpendapat kemahiran membahagi tidak
digunakan

sekerap

kemahiran

tambah,

tolak

dan

darab

serta

diperkenalkan lewat maka kurang peluang untuk kemahiran membahagi


diamalkan.

Inilah

menyebabkan

murid

menghadapi

kesulitan

menyelesaikan masalah bahagi.


Menurut Ruslia (1990) dalam kajiannya di Sekolah Kebangsaan Tasik,
Ipoh, Perak; antara punca masalah dalam kelambatan dan kelemahan
mencongak pengiraan melibatkan operasi bahagi adalah sikap murid itu
sendiri.Menguasai fakta asas congak darab dan bahagi merupakan aspek
penting dalam menguasai kemahiran menyelesaikan masalah yang
melibatkan operasi bahagi.
Manakala Ramly (1992) berpendapat murid tidak ada inisiatif untuk
menghafal sifir atau fakta asas bahagi. Antara kelemahan murid
menyelesaikan masalah bahagi adalah murid tidak tahu cara membina
ayat matematik bagi operasi bahagi, tidak ada asas membaca dan
kurang yakin terhadap kebolehan diri serta sikap malu untuk bertanya.
Hal yang demikian, keberkesanan kaedah petak sifir ini juga selari
dengan teori yang dikemukakan oleh Skemp(1971), yang menyatakan
untuk mempelajari matematik murid itu haruslah mempunyai kebolehan
membina idea-idea yang abstrak. Jadi kaedah ini adalah mengubah cara

iaitu dari bentuk hafalan kepada bentuk pembinaan sifir.

Ini juga

disokong oleh David P. Ausebal dari Amerika Syarikat yang menggunakan


kaedah pembinaan resepi yang didapati lebih berkesan daripada
kaedah inkuari. Kaedah resepi adalah kaedah membina sendiri sesuatu
konsep ataupun idea.

Hasil kajian ini juga menyokong pendapat yang

dikemukakan oleh Piaget yang menyatakan bahawa ramai pelajar


sekolah rendah gagal dalam matematik kerana mereka sukar menghafal
sesuatu konsep seperti menghafal sifir dan tidak memahami konsep
matematik yang sebenar.
Mok Soon Sang (1990), juga mendapati masalah yang dihadapi pelajarpelajar dalam penguasaan operasi darab iaitu tidak dapat menghafal sifir
dengan tepat. Kajian ini membuktikan bila sifir ataupun fakta asas darab
dapat dikuasai, soalan operasi darab tidak lagi menjadi masalah kepada
murid Tahun 5 Cemerlang SKKS ini bahkan akan menjadi asas kejayaan
dalam Matematik sekolah ini.
Kesimpulan yang agak sama telah dikesan dalam kajian Mazniah
(1994) tentang kelemahan murid dalam penyelesaian masalah bahagi.
Masalah-masalah yang dihadapi murid adalah menulis ayat matematik
yang terbalik pembahagi dan yang dibahagi, tidak dapat membaca dan
memahami maksud atau kehendak soalan serta ragu-ragu tentang
maksud yang dikemukakan secara lisan dan tidak dapat menulisnya
kepada bentuk ayat matematik.
Mok Soon Sang 1994 dalam bukunya , menyatakan terdapat empat
peringkat yang perlu dipelajari oleh murid untuk menguasai konsep dan
kemahiran pendaraban dengan cekap dan tepat . Peringkat peringkat itu
dihuraikan secara ringkas seperti berikut :-\
Membina
konsep
darab

Menghafaz sifir
darab

Menguasai
kemahiran
melalui latihan

Penggunaan
kemahiran
menyelesaikan
masalah

Empat peringkat perlu dikuasi dari peringkat yang pertama hingga


peringkat ke empat . Apabila pelajar telah menguasai sepenuhnya
keempat-empat peringkat ini , ini mungkin akan dapat membantu
mereka menyelesaikan masalah dalam menguasai fakta asas darab ini .
Guru juga dilihat memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya
dalam menjelaskan konsep fakta asas kepada para pelajar . Sehubungan
itu , dalam bukunya beliau juga menegaskan bahawa masih terdapat
sesetengah guru menganggap 3 x 2 adalah sama erti dengan 2 x 3
,memandangkan kedua-dua hasil darabnya adalah 6 . Bagaimana pun
perlu ditegaskan bahawa konsep 3 x 2 berbeza dengan konsep 2 x 3 .
Bagi 3 x 2 bermaksud 3 set yang setiap set mempunyai 2 benda ,
sedangkan bagi 2 x 3 b/ermakna 2 set yang setiap set mempunyai 3
benda . Ini boleh ditunjukkan dalam contoh berikut ;

Rajah a

Rajah b

Rajah a bermakna 3 x 2 dan bukannya 2 x 3 , sementara Rajah b


bermakna 2 x 3 dan bukan sebaliknya . Kekeliruan dalam menjelaskan
konsep ini , boleh mengakibatkan pelajar melakukan kesalahan dalam
menjawab soalan .

Penulis Agnes Voo Tun Chuan dalam Ringkasan Jurnal oleh


Dragonizer ( 2005) , menerusi kajiannya mendapati pelajar-pelajar
tidak memahami konsep operasi darab , tidak belajar melainkan di
sekolah , tidak mahu belajar , tidak sedar tentang kepentingan
pendidikan dan belum menguasai kemahiran membaca dan menulis .
Temuduga yang dijalankan mendapati hasilnya pelajar dimasukkan ke
dalam tiga kumpulan iaitu :

1) tidak tahu ( dari segi fahaman konsep , kaedah belajar


,membaca dan menulis )
2) tidak dapat ( status ekonomi keluarga , kekangan masa , aktiviti
lain )
3) tidak mahu ( tidak minat belajar )
Pendekatan pengajaran yang bermula dengan pemahaman
konsep , tanpa mengurangi kepentingan mengira , berasaskan
kepada penghayatan struktur matematik telah dilaksanakan di
sekolah . Guru-guru digalakkan menggunakan kaedah inkuiri dalam
pengajaran mereka dengan kekuatan penguasaan sifir murid .
Murid-murid pula didedahkan kepada proses matematik untuk
menghasilkan sesuatu keputusan matematik dan bukan hanya
terhad kepada penggunaan hasil matematik sahaja
Ahmad Zanzali , 1996 ).

( Noor Azlan

You might also like