Bandingkan Sistem Pembesar Di Negara China Dan Rusia Pada Abad Ke

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Bandingkan sistem pembesar di negara China dan Rusia pada abad ke-17 dan 20.

Golongan pembesar merupakan pembantu kepada maharaja negara masing-masing. Mereka berperanan
sebagai pembantu kepada maharaja malah maharaja memilih mereka dengan beberapa cara walaupun keduadua negara iaitu di China semasa zaman dinasti Ming dan Chin manakala Rusia semasa dinasti Romanov
mengamalkan sistem pembesar pada abad ke-17 hingga 20. Terdapat pelbagai perbezaan dari segi latar, cara
pelantikan,pentadbiran pusat,pentadbiran wilayah dan daerah,penggubalan dasar dan juga golongan pengintip.
Hal ini mengambarkan perbezaan yang ketara antara dua negara pada abad ke-17 hingga 20.
Pelantikan pembesar di kedua-dua negara juga berbeza. Pelantikan pembesar yang merupakan pembantu
maharaja di China ialah dipilih oleh maharaja melalui Peperiksaan Awam yang dijalankan dengan sangat
ketat,teratur dan dihadapan maharaja untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini seperti merasuah dan
meniru. Hal ini melahirkan pembesar yang adil dan pandai dalam pendidikan Confucius kerana mereka diuji
melalui tiga peringkat peperiksaan. Manakala di Rusia pula maharaja melantik pembesar yang dikenali sebagai
boyar daripada golongan aristokrat dan bangsawan supaya mereka memberikan taat setia malah golongan
bangsawan juga berkebolehan membantu raja dalam perbendaharaan negara. Ini membantu maharaja sekiranya
menghadapi sebarang masalah dalam ekonomi kerana pembesar yang kaya dapat menolong beliau untuk
menstabilkan ekonomi.
Pelantikan pusat di China ialah pembesar yang dikenali sebagai Secretariat membantu maharaja dalam
menyelia dan menyelaras enam badan pentadbiran manakala di Rusia pula berbeza. Pentadbiran di Rusia lebih
sistematik apabila institusi seperti Duma,Zemskii Sabor dan Prikazi ditukar ke Majlis Senat yang terdiri
daripada 9 orang ahli supaya pembesar dapat mentadbir dengan lebih sistematik dan teratur tanpa mengugat
kuasa maharaja. Pentadbiran wilayah dan daerah di China dan Rusia juga sangat berbeza. Di China, pembesar
diberikan kuasa autonomi untuk mentadbir wilayah dan daerah sebagai hadiah untuk mereka supaya mentadbir
dengan adil. Manakala di Rusia wilayah ditadbir oleh pembesar yang dikenali sebagai Zemstro dan daerah
ditadbir oleh Majlis Perundangan Tempatan. Ini melicinkan lagi pentadbiran di kedua-dua negara.
Pembesar di China berperanan menggubal undang-undang dan menetapkan dasar negara kerana semua
pembesar yand dipilih merupakan daripada golongan cerdik pandai. Berlainan di Rusia dimana penggubalan
dasar dipertanggungjawabkan kepada pembesar-pembesar di Duma,Majlis Penasihat Tertinggi dalam sistem
pembesar. Ini menyebabkan penggubalan yang lebih teratur kerana dibahagikan kepada bidang-bdang kecil
dimana senang untuk memerintah , mentadbir dan merangka undang-undang.

Bagi memastikan pembesar melakukan tugas mereka dengan adil,cekap dan berhemah, maharaja telah
memainkan peranan yang hebat. Di China, maharaja menghantar pengintip untuk mengawasi kelakuan
pembesar dan pengintip menghantar laporan kepada maharaja tentang perkembangan di wilayah. Di Rusia pula,
maharaja mempunyai Polis Rahsia yang menjadi mata dan telinga Tsar. Hal ini menyebabkan pembesar sentiasa
mentadbir negara dengan baik.

Kesimpulannya, walaupun China dan Rusia mempunyai sistem pembesar ,tetapi terdapat banyak
perbezaan dalam sistem tersebut. Peranan penting golongan ini sebagai tulang belakang kerajaan dalam negara
masing-masing menyebabkan sistem pembesar diteruskan dengan pelbagai pembaharuan.

You might also like