Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Sambutan Hari Alam Sekitar

Sekolah Kebangsaan Seri Cahaya

Pada Rabu, 10 Ogos 2016, Sekolah Kebangsaan Seri Cahaya telah


mengadakan sambutan hari Alam Sekitar bertemakan Sayangi Bumi. Sambutan
ini disertai oleh semua warga sekolah iaitu guru-guru, murid-murid dan kakitangan
sekolah. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk menyedarkan warga sekolah
akan tanggungjawab mereka kepada bumi dengan tidak melakukan aktiviti
pemusnahan alam sekitar dan mengelakkan pembaziran sumber tenaga.
Sambutan itu bermula seawal pukul 7.30 pagi apabila semua warga sekolah
diminta berkumpul di dataran sekolah untuk perhimpunan pagi. Ustaz Azril diminta
membacakan doa sebelum lagu Negaraku, lagu Kebangsaan Negeri Pahang dan
lagu sekolah dinyanyikan oleh warga sekolah. Kemudian, Guru Besar iaitu Encik
Mohamad bin Zainal Abidin merasmikan sambutan hari Alam Sekitar itu.

Selepas itu, kira-kira pada pukul 9.00 pagi, aktiviti luar kelas pula dijalankan.
Aktiviti-aktitvitinya
ialah gotong-royong membersihkan kawasan sekolah,
mengumpulkan sumbangan barangan terpakai dan jualan hasil seni daripada bahan
kitar semula.

Pada pukul 11.00 pagi, bermulalah aktiviti yang dinanti-nantikan oleh warga
sekolah iaitu persembahan murid-murid di dewan sekolah. Persembahan itu
dimulakan dengan aktiviti nyanyian dan bercerita oleh murid-murid Tahap 1.
Persembahan seterusnya pula ialah persembahan lakonan dan pidato oleh muridmurid tahap 2. Semua warga sekolah kelihatan gembira menyaksikan
persembahan-persembahan itu.

Sambutan hari Alam Sekitar ini berakhir kira-kira pada pukul 12.00 tengah hari
iaitu selepas selesai acara penyampaian hadiah sagu hati kepada murid-murid yang
membuat persembahan. Harapan saya agar sambutan Hari Alam Sekitar dapat
diadakan lagi pada setiap tahun kerana ia boleh menyedarkan warga sekolah
tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Laporan disediakan oleh,


15 OGOS 2016

(LIZ HELENA A/P SUBRAMANIAM)


Setiausaha Sambutan Hari Alam Sekitar
Sekolah Kebangsaan Seri Cahaya

You might also like