Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

1.

0 Pengenalan
Soalan ini membincangkan mengenai ciri-ciri tradisional yang masih diamalkan
dalam masyarakat Melayu pada abad ke-19. Oleh itu jika merujuk zaman
tradisional masyarakat Melayu yang terdahulu ini, maka eloklah hal ini ditinjau
dari zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kesultunan Melayu Melaka mempunyai
sistem corak pentadbiran Melayu yang diwarisi sehingga kini. Hal ini kerana,
Melaka merupakan salah sebuah negeri yang banyak menyimpan warisan dan
menjadi salah satu asas pensejarahan Malaysia. Dalam hal ini, terdapat pelbagai
pandangan ahli sejarawan atau sarjana yang memperlihatkan empayar Melaka
sebagai sebahagian daripada kesinambungan sistem sejarah dan kebudayaan
Melayu di Malaysia pada hari ini. Kegemilangan zaman Kesultanan Melayu
Melaka selepas kejatuhan Melaka ke tangan penjajah Portugis pada tahun 1511 1,
telah pun diwarisi oleh kerajaan Johor dan lain-lain Kerajaan Melayu walaupun
terdapat

pelbagai

masalah

yang

terpaksa

dihadapi

dalam

proses

mengembangkan serta mewariskan tradisi kesinambungan pentadbiran dan


corak kehidupan Kesultanan Melayu Melaka pada ketika itu.
Menurut pandangan salah seorang sarjana Barat iaitu, R.O Winstedt menyatakan
bahawa selepas kejatuhan Melaka, tidak terdapat lagi waris Kesultanan Melayu
Melaka di mana-mana negeri naungannya. Pandangan seperti ini telah
digunakan oleh para sarjana Barat untuk menghapuskan keagungan secara
langsung tentang pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Namun begitu,
keagungan Kesultanan Melayu Melaka masih lagi wujud melalui penerusan
tradisi yang diwarisi oleh Negeri-negeri Melayu seperti Johor dan Negeri-negeri
Melayu yang lain hinggalah ianya masih diamalkan pada abad ke-19. Masyarakat
Melayu pada abad ke-19 jelas masih lagi berpegang kepada ketradisional yang
telah diwarisi tersebut sama ada aspek ekonomi dan aspek sosialnya.

1 Joginder Singh Jessy, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1978, hlm. 38.

2.0 Ciri-Ciri Tradisional dalam aspek sosio-ekonomi masyarakat Melayu


sebelum dan semasa abad ke-19.
2.1 Aspek Sosial
Dalam aspek sosial masyarakat Melayu ciri tradisional pada abad ke-19, ciri yang
ketara dapat dilihat adalah dari sudut merangkumi penerusan dalam aspek
bahasa, pengaruh agama Islam, alat-alat kebesaran, senibina, pusat penyebaran
ilmu, dan sistem perhambaan. Keadaan ini disebabkan, Johor umpamanya
memiliki persamaan dan meneruskan kegemilangan Melaka dalam aspek sosial.
Keadaan yang sama juga berlaku di negeri-negeri Melayu yang lain seperti Perak,
Pahang, dan Aceh yang turut meneruskan tradisi kerajaan Melaka daripada sudut
sosial ini.
Aspek pertama adalah dari sudut bahasa, Bahasa yang dimaksudkan di sini
ialah penggunaan bahasa Melayu. Sebelum itu, dikatakan terdapat 150 hingga
200 bahasa yang sering dipertuturkan oleh penduduk tempatan sebagai alat
komunikasi mereka dalam kelompok yang kecil.2 Dari bilangan tersebut, hanya
dua bahasa sahaja yang lebih berpengaruh, antaranya bahasa Jawa Kuno dan
bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Kuno walaupun pada asalnya hanya
digunakan oleh penduduk-penduduk Melayu di Sumatera tetapi ia mempunyai
kekuatan tersendiri.3 Di mana, bahasa Melayu Kuno ini bersifat lingua franca.
Bahasa Melayu ini telah digunakan secara meluas di Melaka dan ianya secara
tidak langsung menjadi salah satu warisan Kesultanan Melayu Melaka terhadap
kerajaan Melayu lain. Hal ini berikutan pada masa tersebut bahasa Melayu
digunakan meluas sebagai bahasa ilmu dan juga dijadikan bahasa perdagangan
antarabangsa.
Bahasa Melayu adalah bahasa Antarabangsa dan menganggap sesiapa yang
tidak mengetahui bahasa Melayu dari Persia di sebelah Barat hingga Filipina di
sebelah Timur, maka orang itu dianggap tidak berpelajaran. 4
2

Mohd. Jamil Mukmin, Melaka Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara, Melaka: Unique
Communications. Sdn. Bhd., 1994, hlm. 161.

3 Ibid., hlm. 161.

Malah, bahasa ini juga adalah fleksibel dan sederhana, mudah untuk diterima
oleh penduduk Melayu malahan perubahan dan perkembangan baru bahasa ini
adalah sejajar dengan kehendak semasa. Selain itu juga, bahasa ini mempunyai
banyak ketatabahasaan dengan bahasa Arab di mana, ciri-ciri seperti ini tidak
terdapat dalam bahasa Jawa Kuno. 5 Hal inilah yang mengakibatkan bahasa
Melayu diterima sebagai bahasa Nusantara dan digunakan secara meluas
khususnya di Melaka pada zaman kegemilangannya, termasuklah dalam aktiviti
perdagangan. Jelaslah, perkara ini turut diwarisi di negeri-negeri Melayu lain
kemudiannya khususnya di Johor, Pahang, Perak serta Kedah. Sebagai contoh,
seperti kerajaan Johor yang turut menjadi sebuah pelabuhan turut menggunakan
bahasa melayu sebagai lingua franca sama seperti apa yang berlaku pada
zaman kegemilangan empayar Melaka. Malahan bahasa Melayu ini tadi masih
kekal diamalkan hingga ke abad- 19 dan kini bahasa Melayu ini adalah bahasa
Malaysia iaitu bahasa rasmi bagi negara Malaysia.
Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka bukan sahaja digambarkan sebagai
pelabuhan entrepot, malah ianya turut menjadi salah satu pusat penyebaran
agama Islam. Sebagaimana yang telah dijelaskan di peringkat awal, sebelum
kedatangan Islam ke Nusantara, atau Alam Melayu, penduduk-penduduk di
rantau ini kebanyakannya menganut agama Hindu-Buddha. 6 Bertapaknya agama
Islam

di

Melaka

telah

memperlihatkan

peranan

Melaka

sebagai

pusat

penyebaran agama Islam yang amat mendatangkan kesan yang begitu


mendalam dan telah menjadi titik sejarah.
Aspek seterusnya adalah aspek agama Islam. Agama Islam ini

telah

berkembang dari Melaka dan kemudiannya tersebar ke negeri-negeri Melayu


lain.7 Antaranya, kerajaan Johor dan lain-lain kerajaan Melayu dikatakan sebagai
4

Valentyne, Francis, Dalam, Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Kesultanan Melayu Melaka
Pentadbiran Kuno atau Moden, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP),
1997, hlm 19.

5 Mohd. Jamil Mukmin, op cit., hlm. 162.

6 Ibid., hlm. 151.

7 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun bangsa Melayu, Utusan Publications, hlm. 232.

penyambung tradisi kesinambungan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka


dari aspek agama Islam dapat dilihat dengan penggunaan unsur-unsur Islam
yang jelas melalui penggunaan nama sultan yang memerintah diubah kepada
nama Arab atau Parsi.8 Di mana, lebih-lebih lagi empayar Johor dikatakan
sememanya

mewarisi

kesultanan

Melayu

Melaka.

Hal

ini

disebabkan

pemerintahan empayar Johor-Riau adalah warisan daripada empayar Melaka


yang menjadi pusat perkembangan Islam di Nusantara dari tahun 1400-1511
Masihi.9 Berdasarkan pernyataan di atas, tidak dinafikan pemerintah kerajaan
Johor itu sendiri adalah sultan Melaka yang sebenarnya. Pertalian dan hubungan
kerajaan warisan Melaka dengan kerajaan Melayu lain tetap teguh kerana
kerjaan Melayu lain ini masih tetap melaksanakan nilai-nilai utama khususnya
dalam Islam yang diwarisi daripada Melaka.
Di samping itu, kemunculan Acheh turut merupakan penyambung tradisi
kesinambungan Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan

Acheh

merupakan

kerajaan Islam yang pertama di Indonesia yang wujud iaitu Pasai. 10 Hal ini jelas
dilihat apabila Acheh telah muncul sebagai sebuah kuasa yang kuat dalam
menyebarkan agama Islam. Menurut sumber dari Ibnu Battuthah, pengembaraan
Muslim dari Maghribi, yang pernah singgah di Acheh pada tahun 746H/1345M
menulis bahawa di Acheh telah tersebar mazhab Syafii.11 Selain itu juga, Acheh
turut meneruskan peranannya dalam menyebarkan agama Islam selepas
kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka apabila, Acheh telah menjadi benteng yang
terakhir dalam Perang Salib. Tambahan pula, kerajaan Melayu yang lain seperti
Pahang, Terengganu, Kedah, Pattani, Johor, Kelantan, Kampar, Siak, Rokan,
Inderagiri, Siantan, Kepulauan Riau-Lingga dan lain-lain lagi dapat kita lihat
mewarisi perkembangan agama Islam ini dengan menjadikannya sebagai agama
8 Mohd. Jamil Mukmin, op cit., hlm. 44.

9 Abd. Jalil Borham, Pentadbiran Undang-undang Islam Negeri Johor, Johor: Penerbit UTM, 2002,
hlm. 65.

10

Haslinda Binti Haji Hassan, Sejarah Migrasi Penduduk Acheh ke Kedah: Dalam Konteks
hubungan Kedah Acheh, t.n.p, t.t, hlm. 6.

11 Ibnu Battuthah, Dalam, Haslinda Binti Haji Hassan, op cit., hlm. 6.

rasmi.12 Hal ini ekoran daripada kerajaan-kerajaan Melayu ini pernah menjadi
negeri naungan Kesultanan Melayu Melaka semasa zaman keagungannya
khususnya pada zaman Bendahara Paduka Raja Tun Perak (1456-1498M). 13 Di
mana, sifat Islam itu sendiri yang suci telah mendorong perkembangan agama
islam di Alam Melayu.14
Kedaulatan serta kewibawaan Melaka khususnya dalam aspek perdagangan,
pentadbiran dan lain-lain telah membawa agama Islam tersebar ke semua
jajahan takluk Melaka. Hal ini kerana, ekoran perkara inilah menyebabkan
sebahagian penduduk Malaysia pada hari ini menganut agama Islam. Malah,
agama Islam juga telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sehingga ke
hari ini sebagai agama rasmi.15 Dan, jika kita lihat daripada peristiwa ini,
memang tidak dapat dinafikan kerajaan Melayu lain sememangnya penyambung
tradisi Kesultanan Melayu Melaka yang turut menjadikan agama Islam sebagai
agama rasmi. Agama Islam ini pada abad ke-19, ke semua negeri-negeri di Tanah
Melayu telah menjadikannya sebagai agama yang rasmi.
Manakala aspek sosial yang seterusnya adalah dari aspek Susun lapis
masyarakat feudal. Masyarakat Tanah Melayu sebelum kedatangan kuasa
British telah ada satu sistem susun lapis masyarakat yang boleh dikatakan
tersusun mengikut kepentingan dan peranan masing-masing. Susun lapis
masyarakat juga melibatkan kedudukan yang berbeza dan tidak bersifat setaraf
daripada

segi

kekayaan,

kekuasaan,

gaya

hidup,

peluang,

hak

dan

tanggungjawab. Susun lapis masyarakat wujud kerana terdapat ketidaksamaan


sosial di kalangan anggota masyarakat. 16 Aspek ini telahpun wujud semenjak
12 Mohd. Jamil Mukmin, op cit., hlm. 84.

13 Ibid., hlm. 83.

14 Mohd. Jamil Mukmin, op cit., hlm. 121.

15 Abdul Latiff Abu Bakar, Sejarah di Selat Melaka, Institut kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia
(IKSEP) dan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan (PSMCM), 1997, hlm. 37.

16 Mohd.Taib Osman, Masyarakat Melayu:Struktur,Organisasi dan Manifestasi, Selangor: Dewan


Bahasa dan Pustaka,1989., hlm 54.

zaman Kesultunan Melayu Melaka lagi dan dapat di lihat pada abad ke-19 sistem
masyarakat bersusun lapis ini masih kekal diamalkan.
Dalam susun lapis masyarakat tradisional terdapat dua golongan iaitu golongan
pemerintah yang terdiri daripada raja,kerabat diraja dan pembesar. Golongan
kedua pula adalah golongan diperintah yang terdiri daripada ulama istana,rakyat
biasa yang bebas dan rakyat yang menjadi hamba. Golongan yang diperintah ini
sangat taat dan menghormati raja dan percaya kepada konsep daulat seseorang
raja. Golongan yang diperintah ini percaya bahawa apabila mereka menderhaka
kepada raja,mereka akan ditimpa tulah di dalam kehidupan mereka. Dengan
adanya konsep daulat ini golongan raja dapat mengekalkan kedudukan mereka
sebagai pemerintah dan memerintah mengikut apa yang mereka inginkan. 17
Berdasarkan susun lapis masyarakat tradisional ini juga, perhubungan antara
kelas dengan kelas yang lain amat terhad dan jarang berlaku. Jurang perbezaan
yang besar antara golongan atasan

dan bawahan merupakan faktor utama

mengapa hubungan antara lapisan masyarakat adalah renggang. Susunan


masyarakat Melayu tradisional yang berlapis-lapis telah meletakkan lapisan
atasan sebagai satu golongan yang menguasai semua aspek termasuk ekonomi.
Sementara golongan bawahan pula berfungsi untuk memainkan peranan dari
segi fizikal,moral dan tradisi kemasyarakatan khususnya penyokong kepada
institusi beraja.
Walaubagaimanapun, susun lapis masyarakat Tanah Melayu ini tidak bersifat
konservatif sepenuhnya. Golongan bawahan sebenarnya mempunyai peluang
untuk merasai mobiliti sosial. Mobiliti sosial yang dimaksudkan disini adalah
peralihan taraf kehidupan seseorang daripada satu fungsi sosial kepada fungsi
sosial yang lain.Terdapat dua jenis mobiliti masyarakat Tanah Melayu ketika itu
iaitu pergerakan menegak dan pergerakan mendatar.Pergerakan mendatar
merupakan perubahan fungsi sosial seseoraang tetapi masih berada pada taraf
atau golongan yang sama. Pergerakan menegak biasanya akan berlaku apabila
seseorang anggota masyarakat yang bukan sahaja dapat mengubah fungsi
sosial malah telah mengubah taraf sosial ataupun golongan mereka.
Selain itu adalah aspek sistem perundangan masyarakat Tanah Melayu.
Masyarakat tradisional Melayu juga sebelum kedatangan kuasa barat telah
17 Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Kesultanan Melayu Melaka:Pentadbiran Kuno atau Moden?.
Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), 1997. ,hlm 5.

memiliki satu sistem undang-undang yang sistematik. Undang-undang bertulis


yang terawal dalam masyarakat tradisional ialah undang-undang laut Melaka
dan hukum kanun Melaka. 18 Hukum kanun Melaka kemudiannya menjadi rangka
dasar yang penting dalam penggubalan undang-undang dinegeri-negeri Melayu
yang lain seperti Pahang,Johor,Perak dan Kedah.Memandangkan keempat-empat
negeri ini mempunyai hubungan kesultanan dengan Melaka secara langsung
undang-undang Melaka ini telah meresapi undang-undang Johor,undang-undang
Pahang,undang-undang Perak dan undang-undang Kedah.
Undang undang sedia ada sebelum kedatangan kuasa British ke Tanah Melayu
iaitu sekita abad ke-19 turut meliputi aspek jenayah, pertanian dan perhambaan.
Perbuatan jenayah merujuk kepada perbuatan membunuh dan menikam
orang,menetak dan memukul, merampas dan mencuri, tidak menurut perintah
raja dan menderhaka. Jenayah-jenayah seperti ini akan diadili dan akan diberikan
hukuman

yang

setimpal

dengan

kesalahan

yang

dilakukan.

Sebagai

contoh,seorang yang membunuh akan dibunuh. Hukuman awam menyentuh


pula tentang perkara-perkara seperti hutang,penyewaan tanah, harta dan
hamba. Hukum Kanun Melaka juga turut mempunyai undang - undang yang
berkaitan isu jual beli ataupun berkaitan dengan ekonomi. 19 Undang undang ini
dikenali sebagai undang undang Muamalat. Undang undang ini berkaitan
dengan isu urusan jual beli atau urus niaga dalam hukum islam. Undang
undang Muamalat mempunyai empat fasal dalam Hukum Kanun Melaka iaitu 30,
15:4, 32 dan 34. Fasal fasal ini menceritakan tentang pengharaman riba dalam
urusan urus niaga, isu membeli barang yang rosak, isu pinjaman dan
sebagainya.
Seterusunya,

terdapat

juga

unsur-unsur

adat

yang

terdapat

dalam

Undang-undang Melayu Melaka. Hal ini, boleh dilihat dalam Fasal 1.1
Berkenanan adat majlis pakaian raja-raja; Larangan memakai barangan kuning
18 Kedua-dua undang-undang digunakan oleh pemerintah Melaka untuk mentadbir Melaka sema

ada undang-undang di darat daan laut. Fasal fasal yang mempunyai pengaruh islam dalam
Hukum Kanun Melaka boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu undang - undang jenayah,
undang undang Muamalat, undang undang keluarga dan undang undang keterangan dan
acara.

19

Zaini Nasohah, 2004, Undang undang Islam di Malaysia sebelum dan menjelang
merdeka, Kuala Lumpur: utusan Publication and Distributors Sdn Bhd, hlm 6.

termasuk para pembesar kecuali dengan anugerah raja. Sekiranya tidak di


patuhi akan dikenakan hukuman bunuh. Juga tidak dibenarkan memakai kain
nipis seperti kain khasa di balairung seri dan dalam pagar istana jikalau didapati
memakai, pakaian tersebut boleh dicarikkan. Terdapat juga larangan tidak
membenarkan memakai/menggunakan keris berhulu emas, kecuali dengan
anugerah raja. Jikalau orang memakai/mengguna akan dirampas. Hanya
Bendahara dibenarkan memberi anak cucunya memakai/mengguna keris berhulu
emas selain daripada yang dinyatakan tidak dibenarkan. 20
Selain itu, pengaruh adat boleh dilihat dalam Fsal 1.3 berkenaan syarat menjadi
raja, iaitu pengampun, pemurah, perkasa/kuat, melakukan hukuman dengan
berpengetahuan iaitu hikmah atau bijaksana dalam bahasa moden. 21 Manakala
fasal 2.1 berkenaan bahasa-bahasa istana, seperti titah, kedua patik ketiga
murka keempat kurnia, kelima nugraha. 22 Orang biasa dan hamba tidak
dibenarkan menggunakan perkataan tersebut kecuali dengan anugerah raja atau
diguna merujuk kepada raja-raja. Hukuman gocoh atau bunuh dikenakan jika
didapati menggunakan bahasa tersebut. Dalam Fasal ke 3 pula berkenaan
larangan penggunaan peralatan bewarna kuning, melarang bertilam beralas
kuning, batang bantal, dan sapu tangan kuning. Sekiranya dilihat/didapati,
peralatan tersebut boleh dicarik-carikan.23
Maka jelas melalui satu sistem undang-undang yang dilaksanakan di Tanah
Melayu ini, kita dapat memperhatikan sebelum kedatangan pihak penjajah lagi,
masyarakat di Tanah Melayu sudah ada satu sistem undang-undang yang teratur
dan ini kekal diamalkan pada abad ke-19. Namun begitu, kedatangan British ke
Tanah Melayu Pada abad ke-20 telah mengubah sistem perundangan di Tanah

20 Liaw Yock Fang, Undang Undang Melaka The Laws Of Melaka, The Hague: Martinus Nijhoff,
1976,hlm.(Tiada).

21 Ibid

22 Ibid., hlm. (Tiada).

23 Ibid., hlm. (Tiada).

Melayu secara beperingkat kepada sistem perundangan yang lebih moden dan
bercorak Barat.
Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka di Nusantara juga turut membawa
bersama-sama perkembangan keseniannya sehingga turut memperngaruhi
kerajaan Melayu lain-lain. Kesenian ini merupakan salah satu ciri kebudayaan
Melayu tradisional.24 Antara ciri-ciri kebudayaan Melayu tradisional di sini
termasuklah alat-alat kebesaran di-Raja serta tidak ketinggalan juga alat-alat
perhiasan yang turut menjadi lambang kesenian zaman Kesultanan Melayu
Melaka itu sendiri.
Alat-alat kebesaran yang dimaksudkan adalah seperti ketur, kendi, kipas, tepak
sireh, senjata, payung ubur-ubur, mahkota, cop mohor, keris, lembing dan lainlain.25 Untuk makluman, alat-alat kebesaran ini digunakan dalam hari pertabalan
seseorang yang akan bakal menjadi pemerintah atau Sultan ssemasa zaman
Kesultanan Melayu Melaka. Di mana, alat ini amat penting untuk digunakan
semasa hari pertabalan. Hari pertabalan tidak sah tanpa adanya alat-alat
kebesaran ini. Hal ini kerana, alat-alat kebesaran ini adalah merupakan simbolik
kepada keluarga diRaja khususnya dan juga para pembesar.
Begitu juga dengan penggunaan warna kuning yang menjadi lambang serta
dianggap sebagai warna di-Raja. Di mana, perkara-perkara ini terdapat di dalam
setiap negeri-negeri Melayu seperti dalam Hukum Kanun dan juga Undangundang

Johor.

Hal

ini

telah

termaktub

di

dalam

undang-undang

yang

penggunaan warna, alat kebesaran, termasuk juga bahasa adalah menjadi


lambang bagi mempamerkan kedudukan serta keistimewaan Raja-raja. Sehingga
abad-19 alat-alat kebesaran ini masih diguna pakaikan. Malahan pada abad -20
hingga kini alat-alat kebesaran itu tadi juga masih dikekalkan di negara kita yang
lebih merujuk kepada Tanah Melayu.
Bukan itu sahaja ciri-ciri tradisional ini juga turut merujuk pada aspek Senibina.
Senibina ini bukan sahaja melibatkan perkara-perkara berkenaan penyediaan
tempat berteduh atau tempat tinggal, tetapi ianya turut menghasilkan ruang
sosial dan ruang simbolik iaitu ruang yang mencerminkan dan membentuk
24 Mohd. Jamil Mukmin, op cit., hlm. 164.

25 Ibid.

sejagat penghuni dan perekanya.26 Jika kita lihat senibina dalam zaman
Kesultanan Melayu Melaka juga turut diwarisi oleh kerajaan Johor dan juga
kerajaan Melayu yang lain. Sebagai contoh, struktur seni bina bagunanbangunan seperti masjid, rumah, bangunan awam dan lain-lain.
Sebelum

kedatangan

agama

Islam,

senibina

di

Melaka

sememangnya

dipengaruhi unsur-unsur seni bina di China. Hal ini dipercayai kesan daripada
pengaruh yang dibawa oleh Laksamana Cheng Ho dan Puteri hang Li po beserta
pengikut-pengikutnya semasa mereka datang ke Melaka pada abad ke-15.
Tukang-tukang Cina yang datang bersama mereka telah menyebarkan pengaruh
senibina ini ke Melaka.27 Misalnya, senibina masjid di Melaka menampakkan
corak penggunaan bumbung berempat yang dipercayai berbentuk pagoda.
Namun

begitu,

selepas

kedatangan

Islam,

seni

bina

di

Melaka

mula

memperlihatkan unsur atau ciri-ciri keislaman. Antaranya, unsur-unsur seni bina


Islam yang popular adalah sering digunakan pada struktur atau bahagian rumahrumah persendirian, iaitu berbentuk arabesque28, terutamanya pada ruang
hadapan rumah.29 Malah, terdapat juga ukiran yang berbentuk kaligrafi yang
mengandungi ayat-ayat al-Quran. Sebagai contoh, senibina rumah-rumah di
Melaka seperti yang digambarkan turut mempengaruhi senibina rumah adat di
Riau terutamanya Selaso Jatuh Kembar. Persamaan senibina ini dapat dilihat
dari segi susunan komponen, ruang-ruang dalaman, ukiran-ukirannya, iaitu
seakan-seakan ukiran rumah Serambi30 di Melaka.
26

Waterson, Dalam, Mohd. Sabrizaa Bin Abd. Rashid, et al., Sungai Perak: Warisan Melayu
terbilang Yang Menghilang, Kertas Projek, Perak: Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur,
UiTM.

27 Jayaudin Jamaudin dan Rauziatul Adibah Adnan, Sejarah Islam: India, Nusantara dan China,
Kuala Lumpur: Penerbitan Elman, 1991, hlm. 197.

28 Arabesque ialah sejenis ukiran yang bercorak bunga-bungaan, daun-daunan atau pola
geometri.

29 Mohd. Jamil Mukmin, op cit., hlm. 165.

30 Ukiran-ukiran rumah Serambi di Melaka adalah ukiran yang berunsurkan seni khat Itik pulang
petang, Kelok paku menyusuri tebing dan Bunga rampai.

Rumah-rumah Melaka yang dilengkapkan dengan serambi adalah dipengaruhi


oleh topografi, iklan, alam persekitaran, cara hidup dan juga pengaruh nilai, etika
dan estetika. Disamping itu, pengaruh senibina rumah adat Riau , terutama
rumah adat yang dikenali Selaso Jatuh Kembar yang kini masih terdapat di
Kampar,

Siak,

Inderagiri

dan

lain-lain

tempat

di

Propinsi

Riau,

malah

kemungkinan terdapat pada rumah serambi Melaka. Hal ini dapat diperhatikan
tentang susunan komponen yang terdiri dari dua atau tiga unit bangunan,
susunan ruang-ruang dalam yang hampir sama, bentuk tebar layar yang tinggi
dengan bukaan hingga 60. Terdapat juga persamaan dalam ukiran-ukiran rumah
serambi Melaka dengan rumah adat Riau, ukiran-ukiran dengan motif

itik

pulang petang, kelok paku menyusuri tebing dan bunga rampai.


Daerah Minangkabau juga mempunyai rumah-rumah tradisional yang dikenali
sebagai Rumah Gadang dan sekarang ini hanya di Kabupaten Tanah Datar di
Kabupaten Agam, Kabupaten Lima Puluh Kata dan di Kabupaten Solok. Turut
terdapat persamaan senibina rumah adat Minangkabau dengan senibina rumah
serambi Melaka. Persamaan ini dapat kita lihat pada susunan ruang dan seni
ukiran. Hasilnya di sini aspek senibina ini tadi adalah dikaitkan dengan rumah
Melayu tradisional abad ke-19, malalahan kini senibina ini juga masih dapat
dilihat.
Aspek sosial atau ciri tradisional

yang seterusnya adalah

aspek

ilmu

pengetahuan. Pada zaman kegemilangan empayar Melayu Melaka, Melaka


merupakan pusat ilmu pengetahuan, khususnya menjadi sebuah pusat ilmu
pengetahuan Islam di Nusantara. 31 Antaranya, pada zaman Hindu-Buddha, istana
atau kraton menjadi pusat pengajian ilmu pengetahuan. 32 Dan apabila agama
Islam mula bertapak di Alam Melayu, sebagai tradisi, istana juga turut dijadikan
sebagai pusat ilmu pengetahuan. Di mana, peranan istana Melaka selain dari
berfungsi sebagai institusi pengajian Islam, ia juga menjadi pusat dakwah ulamaulama dan mubaligh-mubaligh bagi menyebarkan Islam di rantau ini. 33 Hal ini
31 Mohd. Jamil Mukmin, op cit., hlm. 164.

32 Ibid., hlm. 126.

33 Hall, D.G.E, Dalam, Mohd. Jamil Mukmin, op cit., hlm. 127.

telah membawa kepada permulaan penyebaran ilmu pengetahuan dalam


masyarakat Melayu itu sendiri.
Mereka juga memperkenalkan intelek-intelek dan ulama-ulama Islam untuk
memperkuatkan lagi pegangan raja-raja itu dan untuk menubuhkan pusat-pusat
penyebaran agama Islam. Istana-istana menjadi pusat pengajian Islam dan
mengeluarkan banyak juga hasil-hasil sastera yang sebahagian besarnya masih
lagi terdapat pada hari ini.34
Perkara-perkara yang diajar di istana tidak jauh berbeza, antaranya membaca,
menulis, pengajaran Al-Quran, ilmu Feqah, tauhid, undang-undang Islam tasauf,
falsafah, sejarah Islam dan lain-lain. 35 Malah, masjid, rumah dan madrasah 36 juga
telah memainkan peranan penting dalam pusat penyebaran ilmu khususnya
sebagai ilmu institusi pengajian ilmu pengetahuan Islam. Di mana, pengajian
ilmu pengetahuan secara formal dimulakan dirumah masing-masing dan
pengajian yang lebih formal akan diteruskan di masjid atau surau. Di sana,
mereka akan diajar oleh sukarelawan.
Tradisi ini telah yang telah berkembang telah menjadi ikutan di kerajan-kerajan
Melayu

yang

lain

sehingga melahirkan

pusat-pusat ilmu

yang terkenal.

Antaranya, Acheh, yang telah muncul sebagai pusat Islam yang penting selepas
kejatuhan Melaka pada abad ke 16 Masihi. Di mana, Acheh berperanan menjadi
pusat kegiatan ilmu. Terdapat tiga tahap pendidikan yang wujud di Acheh, iaitu,
meunasah atau madrasah37, rangkang38 dan balee39. Antara institusi yang
34 Ibid.

35

Abdullah Ishak, Islam di Nusantara (Khususnya di Tanah Melayu), Al-Ramaniah, Petaling


Jaya: Al-Rahmaniah, Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia, 1990, hlm. 103.

36 Madrasah ialah merupakan surau iaitu lebih kecil daripada masjid.

37 Meunasah atau madrasah merujuk kepada tahap pendidikan rendah.

38 Rangkang merujuk kepada tahap pendidikan peringkat menengah.

39 Balee ialah tahap pendidikan peringkat yang lebih tinggi.

terkenal di Acheh termasuklah Masjid Bayt ar Rahim, Masjid Bayt al-Musyahada


dan Masjid Jami Bayt al-Rahman.40 Masjid Jami Bayt al-Rahman dikatakan
bertaraf pusat pengajian tinggi ekoran daripada ia mempunyai beberapa
falkulti.41 Di samping itu, lahir ulama-ulama yang terdiri daripada anak tempatan
seperti Syeikh Aminuddin Abdul Rahman Bin Ali al-Fansuri 42 yang mendapat
pendidikan di Mekah.
Selain itu adalah Pattani yang terletak di selatan Thailand. Kerajaan Melayu
Pattani telah menjadi pusat pengajian ilmu terkenal khususnya, pengajian Islam
pada abad ke-18 dan ke-19 Masihi.43 Di mana, wujud sistem pusat pengajian
yang sama juga seperti di Melaka yang diwarisi di Acheh. Antaranya institusi
pendidikan seperti madrasah, pondok atau pesantren, masjid, surau dan juga di
istana. Ekoran daripada perkara ini, kegemilangan Pattani sebagai sebuah pusat
penyebaran ilmu, khususnya dalam ilmu ajaran Islam telah melahirkan ramai
tokoh yang terkemuka seperti Shaikh daud al-Patani, Syaikh Ahmad bin
Muhammad Zayn al-Patani, Nik Mahmud Nik Ismail, Syaikh mahmud Said dan
lain-lain.44
Ciri tradisional seterusnya adalah aspek yang tidak asing lagi apabila kita telah
kaitkan dengan sistem feudal atau susun lapis masyarakat, kerana dalam susun
lapis

masyarakat

tersebut,

masyarakat

ini

merupakan

masyarakat

yang

mempunyai taraf yang paling rendah sekali iaitu, Hamba. Maka ciri-ciri
tradisional

40

yang

dimaksudkan

adalah

perhambaan.

Sistem

Acheh, Dalam, <http://www.dapat.net/MYMALAYSIA/Bab3%20Tamadun%20Melayu.pdf>,


Akses pada 23 April 2013.

41 Ibid.

42 Seorang ulama yang terkenal pada masa itu.

43 Acheh, Dalam, op cit., hlm. 32.

44 Ibid.

sistem

perhambaan yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka juga turut
menjadi warisan ke atas Kerajaan Johor dan juga kerajaan Melayu lain-lain. Untuk
makluman, institusi perhambaan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
memang tidak dinafikan berasal daripada amalan yang sudah termaktub di
dalam organisasi sosial dan pentadbiran yang diamalkan di empayar Srivijaya. Di
dalam sejarah bangsa Melayu telah menyatakan bahawa, tradisi empayar
Srivijaya serta aspek-aspek lainnya dalam sosio budaya Srivijaya telah diwarisi
oleh Kesultanan Melaka.45 Tambahan pula, raja-raja Melaka adalah merupakan
berketurunan berasal daripada raja-raja Srivijaya-Palembang.
Secara tidak langsung, sistem perhambaan ini dikatakan diwarisi juga oleh
kerajan Melayu lain-lain di Nusantara ekoran yang berlaku di Melaka. Golongan
hamba ini di setiap kerajaan melayu termasuk di Melaka sendiri merupakan
golongan yang terakhir dalam sistem sosial masyarakat. Di mana, mereka ini
terdiri daripada hamba raja, hamba biasa, hamba berhutang, hamba abdi dan
lain-lain. Pada abad ke-19 sistem ini masih diamalkan, hanya pada akhir-akhir
abad-19 apabila kedatangan British sistem perhambaan ini ditentang kerana
dianggap sebagai tidak bertamadun. Pada abad ke-20 sistem perhambaan ini
telah dihapuskan oleh British yang datang menjalankan dasar imperialisme dan
kolonialisme mereka di Tanah Melayu.

2.2 Aspek Ekonomi


Kesinambungan Kesultanan Melayu Melaka juga turut diwarisi oleh negeri Johor
dan

negeri-negeri

Melayu

yang

lain

dalam

aspek

ekonomi.

Antaranya

termasuklah penerusan tradisi dalam aspek menjalinkan hubungan baik dengan


negara luar, sistem cukai, penggunaan mata wang serta pelabuhan dan
perdagangan. Aspek-aspek ini telah dikategorikan sebagai ciri-ciri tradisional
yang telah diamalkan masyarakat Melayu semenjak zaman Melaka lagi dan pada
abad ke-19 ia juga masih dikekalkan malahan telah mengalamai proses
perubahan dari segi konsepnya.
Melaka telah mencapai kejayaan yang besar terutamanya setelah muncul
sebagai sebuah pelabuhan entrepot dan pusat perdagangan yang pesat
45 Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Srivijaya: Satu Tinjauan Tentang Organisasi Sosial dan
Pentadbiran, Kertas Projek, Bangi: UKM, t.t, hlm. 166.

menggantikan Srivijaya pada abad ke-15. Disamping itu, Melaka juga telah
muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang dan setaraf dengan kerajaan
Siam, Srivijaya dan China.
Secara keseluruhannya, dasar-dasar Kesultanan Melayu Melaka yang baik
menyebabkan pelabuhan Melaka mampu menarik ramai pedagang sama ada
dari Timur dan Barat.46 Antaranya termasuklah, wujudnya kelengkapan membaiki
kapal, pengenalan cukai yang berpatutan dan kecekapan Syahbandar membantu
menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan yang unggul di Selat Melaka.
Pada awal penubuhan kerajaan Melaka, Melaka telah menghadapi masalah
ancaman daripada Siam. Keadaan ini berikutan daripada tindakan Parameswara
yang membunuh Tumagi yang menimbulkan dendam daripada Siam. Oleh itu,
Melaka telah menjalinkan hubungan dengan kerajaan China 47 yang kuat pada
masa itu. Maka, hubungan baik antara Melaka dengan China terjalin sejurus
selepas lawatan dari kerajaan China pada tahun 1403. 48 Maka, Melaka
mengharapkan supaya dasar luarnya melalui hubungan baik dengan China
mampu memberikan keistimewaan kepada Melaka terutamanya dalam aspek
keselamatan Melaka daripada ancaman Siam.
Lantaran daripada dasar menjalinkan hubungan baik dengan kuasa luar
yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Melaka ketika itu telah menjadi ikutan
oleh kerajaan Johor yang wujud selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511.
Keadaan ini disebabkan, Johor juga telah menjalinkan hubungan dengan kuasa
luar seperti Belanda. Oleh itu, tujuan Johor menjalinkan hubungan dengan
Belanda adalah untuk mendapatkan perlindungan daripada Belanda yang
mempunyai persamaan dengan di Melaka. Pada ketika itu, Johor telah diancam
kuat oleh kuasa seperti Acheh, Portugis, dan juga Pattani. Oleh yang demikian,
antara faktor yang mendorong Johor bangkit sebagai sebuah kuasa yang kuat
46 Zainal Abidin bin Wahid, op cit., hlm. 73.

47 Melaka telah menghantar ufti kepada China setiap tahun sebagai tanda persahabatan Melaka

dengan kerajaan China. Namun begitu, China mempunyai perspektif berbeza atas penghantaran
ufti oleh kerajaan Melaka. Hal ini disebabkan, China menganggap bahawa Melaka mengakui
kekuatan China sebagai sebuah kuasa yang kuat pada masa itu.

48 Zainal Abidin bin Wahid, op cit., hlm. 74.

disebabkan dasar persahabatannya dengan Belanda sejak tahun 1602. 49 Sultan


Alauddin Riayat Syah selaku sultan Johor(1597-1613) sememangnya mengakui
bahawa dasar persahabatan dengan Belanda memberikan banyak manfaat. Oleh
itu, Sultan telah menghantar wakil untuk bersama-sama dengan Laksamana
Heemsekreck dengan membawa sepucuk surat kepada Wizurai Putera Mauritis
dari Belanda.50 Pada tahun 1639, Laksamana Johor Tun Abdul Jamil telah
menandatangani perjanjian dengan Philips Lucasz iaitu pegawai Belanda di
Pattani. Perkara yang telah dipersetujui termasuklah Johor berjanji akan
membantu Belanda menyerang Portugis di Melaka. 51 Oleh itu, Johor juga telah
dijanjikan akan dibantu oleh Belanda untuk melindungi serangan daripada
Portugis52 dan Melaka dengan menyediakan kubu dan meriam.
Selain daripada menjalinkan hubungan baik dengan kuasa luar seperti Belanda,
Johor juga turut mempunyai hubungan yang baik dengan British. Misalnya, ketika
pemerintahan Sultan Abu Bakar, beliau telah meminta nasihat daripada British
untuk memajukan Johor. Secara tidak langsung, Johor berjaya menjadi sebuah
negeri yang maju dan berlandaskan sistem pentadbiran Barat. Oleh itu, jelaslah
menunjukkan

bahawa

penerusan

tradisi

Kerajaan

Melaka

dalam

aspek

menjalinkan hubungan baik dengan kuasa luar terdapat di negeri Johor. Keadaan
ini jelas membuktikan wujudnya persamaan dalam dasar-dasar pemerintah di
Melaka dan Johor untuk memajukan sektor ekonomi negeri. Jadi, penerusan
tradisi kerajaan Melaka jelas dilihat daripada segi dasar hubungan luar Sultan
Abu Bakar selaku pemerintah Johor pada masa itu yang menjalinkan hubungan
baik dengan kuasa luar sama keadaannya dengan Melaka. Begitu juga dengaan
pada abad ke-19, dasar berbaik atau dasar menjalinkan hubungan baik dengan
pihak luar inilah yang membawa pada kedatangan British di Tanah Melayu ketika

49 Leonard Y. Andaya, Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik, Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm. 42.

50 Ibid., hlm. 35.

51 Abdul Latiff Abu Bakar, op cit., hlm. 58.

52 Kejayaan serangan Belanda terhadap Portugis di Melaka disebabkan komplot pihak Belanda
dengan kerajaan Johor. Keadaan ini disebabkan, Johor membantu Belanda dalam aspek
ketenteraan dan maklumat pertahanan Portugis di Melaka.

masa itu. Oleh itu ia semangnya telah berakar umbi dari zaman Kesultunan
Melayu Melaka itu lagi.
Selain itu, sistem cukai juga turut dianggap sebagai ciri-ciri tradisional di mana
pada, Kesultanan Melaka juga telah memperkenalkan satu dasar iaitu sistem
cukai. Sistem cukai yang diperkenalkan oleh Kesultanan Melaka pada ketika itu
agak moden, seperti istilah yang kita kenal pada hari ini sistem cukai
berkeutamaan. Pada masa kegemilangan Kesultanan Melaka, para pedagang
yang berdagang ke Melaka akan dikenakan cukai yang berbeza berdasarkan
negara atau asal mereka. Pedagang-pedagang yang datang dari barat Melaka
seperti India, Ceylon, Pegu dan dunia Arab akan dikenakan cukai enam peratus.
Manakala, para pedagang tempatan pula dikenakan cukai sebanyak tiga peratus.
Keadaan sebaliknya berlaku kepada para pedagang dari China, Jepun, Jawa dan
Maluku. Keadaan ini disebabkan, mereka tidak dikenakan sebarang cukai
sebaliknya memberikan hadiah sebagai ganti.53
Kesultanan Johor juga telah mengenakan cukai untuk perdagangan yang
dilakukan di pelabuhan Johor.54 Cukai yang dikenakan ialah setiap bahara lada
hitam akan dikenakan enam keping emas manakala setiap bahara timah akan
dikenakan cukai sebanyak 10 keping emas. Oleh itu, dasar ekonomi Johor yang
turut mengenakan cukai kepada para pedagang yang berdagang di pelabuhan
Johor-Riau menunjukkan bahawa Johor meneruskan tradisi Kesultanan Melayu
Melaka.
Aspek Ciri tradisional seterusnya yang dapat dilihat adalah Pengenalan sistem
mata wang. Sistem mata wang ini adaah diwarisi dari
Melaka yang

Kesultanan Melayu

telah pula diwarisi oleh Kerajaan Johor dan juga negeri Melayu

yang lain. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, mata wang awalan yang
digunakan ialah logam, emas dan perak. Mata wang ini dijadikan sebagai wang
dagangan utama. Manakala, kulit-kulit siput seperti siput kauri telah digunakan
dalam perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan.

53 Zainal Abidin bin Wahid, op cit., hlm. 79.

54 Pelabuhan Johor-Riau merupakan sebuah pelabuhan yang boleh dianggap sebagai pengganti
bagi pelabuhan Melaka. Keadaan ini disebabkan, pelabuhan ini juga merupakan sebuah pelabuhan
entrepot yang terkenal pada masa itu.

Begitu juga keadaannya dengan di Johor yang turut menggunakan sistem mata
wang bagi urusan di pelabuhan. Keadaan ini disebabkan, mata wang telah
digunakan dalam perniagaan semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah
pada tahun 1527. Antara mata wang yang digunakan dalam perniagaan oleh
Kerajaan Johor ialah emas yang dikenali sebagai mas, perak yang dikenali
sebagai kupang dan seterusnya timah yang dikenali sebagai katun. Selain mata
wang yang ada, mata wang asing55 juga digunakan dalam perniagaan di
pelabuhan Johor. Mata wang asing yang digunakan pada ketika itu ialah Dolar
Sepanyol, Dolar Mexico dan duit Belanda. Selain penggunaan mata wang,
perdagangan di pelabuhan Johor juga mengamalkan sistem barter. Dalam sistem
ini, para pedagang yang berdagang di pelabuhan Johor-Riau juga boleh
menjalankan aktiviti perdagangan yang melibatkan pertukaran barang.
Selain kerajaan Johor, Kesultanan Melayu Kedah juga turut mewarisi sistem mata
wang Kesultanan Melayu Melaka. Dalam Kesultanan Kedah, mata wang yang
digunakan ialah berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa
bentuk cincin. Namun begitu, dalam Kesultanan Johor dan Kesultanan Kedah
penggunaan mata wang emas telah digunakan secara meluas pada abad ke-16.
Manakala untuk mata wang Kelantan, mata wang dikenali sebagai kijang. Tiaptiap mata wang yang digunakan akan tertera nama sultan yang memerintah.
Pada bahagian belakang juga tertulis gelaran Islam Sultan seperti Kahlifatul
Muslimin. Oleh itu, jelaslah menunjukkan bahawa penggunaan sistem mata wang
di

Johor

dan

Kedah

misalnya

membuktikan

negeri

terbabit

merupakan

kesinambungan daripada Kesultanan Melayu Melaka.


Tradisi yang seterusnya pula adalah traidisi pembukaan Pelabuhan. Di mana
pelabuhan ini merupakan sumber pendapatan yang penting bagi kerajaan. Bagi
menggalakkan kemasukan kapal-kapal luar, sesebuah pelabuhan harus memiliki
daya tarikan yang tersendiri. Selain itu, kedudukan juga menjamin kejayaan
sesebuah perdagangan. Bagitu juga keadaannya dengan pelabuhan Melaka.
Keadaan ini disebabkan, kedudukan pelabuhannya yang strategik menyebabkan
banyak kapal yang datang untuk berdagang Melaka. Malah, perkhidmatan yang
disediakan di pelabuhan Malaka ketika zaman kegemilangannya juga telah
menyumbang kepada tarikan pedagang yang datang dari pelbagai tempat untuk
55 Penggunaan mata wang asing di pelabuhan Johor-Riau dikaitkan dengan wujudnya para
pedagang yang datang dari pelbagai Negara termasuklah pedagang dari Eropah. Secara tidak
langsung, kedatangan pedagang dari pelbagai negara membantu dalam perkembangan
penggunaan mata wang di Johor untuk melancarkan urusan perdagangan.

berdagang di pelabuhan Melaka. Di samping itu juga, bahan mentah seperti


rempah ratus, herba perubatan, emas dan lain-lain didagangkan di Melaka
sehingga menyebabkan Melaka menjadi sebuah pelabuhan entreport. Selain itu,
kerajaan Melaka juga turut mengutamakan keselamatan Melaka. Oleh itu,
kerajaan Melaka menjalankan dasar termasuklah menentukan agar perjalanan
kapal-kapal pedagang yang hendak datang ke Melaka ataupun belayar pulang
dari Melaka berlayar dengan selamat. 56 Kesultanan Melaka juga turut menjaga
kawasan di pantai barat Tanah Melayu dan pantai timur Sumatra. Keadaan ini
membolehkan kapal yang datang berdagang melintasi laluan tersebut berada
dalam keadaan selamat daripada serangan lanun.
Sistem pelabuhan Kesultanan Melayu Melaka telah diwarisi oleh kerajaan JohorRiau pada abad ke-17 dan abad ke-18. Kapal-kapal pedagang datang ke Johor
kerana tertarik dengan kemampuan kerajaan Johor untuk menyediakan peluang
dan pasaran yang baik bagi barang-barang di samping dapat mengadakan
kemudahan-kemudahan yang diperlukan untuk menjalankan perdagangan yang
cekap.57 Tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Johor untuk mengendalikan
pelabuhannya telah mewarisi kerajaan Melaka dalam memajukan pelabuhan
Melaka sebelumnya. Kecekapan yang dikendalikan ini menyebabkan pedagang
asing terutamanya tertarik dengan pelabuhan Johor. Sesetengah barang yang
didagangkan ialah emas, kayu gaharu, sarang burung, gading, kapur barus, bijih
timah, rotan, lilin, lada, garam, beras, tembaga, kain sutera, tembikar, kuali besi
China, benang emas Jepun dan candu. 58 Dengan pengahsilan barangan tersebut
telah menjadikan Johor sebagai sebuah pelabuhan entreport.
Seperti di Melaka, kerajaan Johor juga mengutamakan keselamatan perairannya
untuk kapal-kapal pedagang yang datang atau pergi dari pelabuhan Johor. Oleh
yang demikian, Johor telah menggunakan tenaga Orang laut untuk menjaga
keamanan di perairannya. Selain daripada menjaga keselamatan, Orang Laut
juga telah menjadi penunda dan penunjuk arah bagi kapal yang berdagang di
56Zainal Abidin bin Wahid, op cit., hlm. 75.

57 Leonard Y. Andaya, op cit., hlm. 50.

58Ibid., hlm. 51.

perairan Johor ini, di mana mereka mempunyai banyak pengetahuan dalam


menentukan arah tiupan angin monsun dan juga kedudukan terumbu karang di
perairan tersebut. Orang laut membentuk golongan keempat dan suatu
golongan yang penting dalam struktur kekuasaan di Johor. 59 Maka, peranan
pelabuhan Johor-Riau sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang menyediakan
banyak kemudahan kepada para pedagang menunjukkan bahawa negeri ini
meneruskan kesinambungan Melaka sebagai sebuah pelabuhan perdagangan
yang terkenal. Malahan pada abad ke-19, pelabuhan-pelabuhan ini masih
dikekalkan dan ianya boleh dianggap sebagi faktor dorongan/tarikan kenapa
Barat atau kuasa Eropah umumnya British pada abad ke-19 telah menunjukkan
minat terhadap Tanah Melayu.

59Ibid., hlm. 58.

You might also like