Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran

: Matematik

Tarikh

: 30/7/2015

Tajuk

: Statistik

Masa

: 9.15 pagi 10.25 pagi


(70 minit)

Kelas

: 4S4

Hari

: Khamis

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat:
1. Membina jadual kekerapan longgokan
bagi:
Data tidak terkumpul
Data terkumpul
2. Melukis ogif bagi:
Data tidak terkumpul
Data terkumpul

Kriteria Kejayaan:
Murid akan berjaya sekiranya dapat:
1. Melengkapkan jadual kekerapan
longgokan dengan betul.
2. Membina ogif berdasarkan data daripada
jadual kekerapan longgokan yang telah
dibina.

Pengetahuan Sedia Ada:


Pelajar sudah tahu:
1. Selang kelas
2. Jadual kekerapan
3. Kekerapan longgokan
4. Purata

Rangka Pengajaran
Aktiviti Pemula :
10 minit
1. Guru menunjukkan alat penimbang dan
menanyakan kegunaan alat tersebut.
2. Guru meminta pelajar meneka berat
guru.
3. Guru meminta pelajar meneka berat
rakan disebelah.
4. Pelajar dibahagikan kepada 8 kumpulan
dengan menyebut nombor.
5. Pelajar diminta duduk berdasarkan
nombor.
6. Pelajar diminta untuk menimbang berat
badan masing-masing.
7. Ketua diminta untuk mendapatkan data
berat daripada rakan kumpulan dan
menuliskan di dalam kertas yang
diberikan.
8. Ketua juga diminta untuk menulis data di
papan putih di hadapan.

Catatan

Aktiviti Pertengahan:
Perkembangan
1. Setiap kumpulan diberi lembaran kerja
kumpulan. Pelajar diminta untuk
meneliti lembaran kerja tersebut.
2. Setiap kumpulan diminta untuk
melengkapkan lembaran kerja dengan
menggunakan saiz kelas yang ditetapkan
oleh guru berdasarkan data di hadapan
papan putih.
3. Setiap kumpulan akan dibekalkan papan
graf dan pen marker.
4. Setiap kumpulan diminta melukis ogif
berdasarkan jadual kekerapan longgokan
yang diperolehi dengan skala menegak
2cm : 5 pelajar
5. Peringatan kepada pelajar untuk
menyambungkan semua titik berturutan
dengan satu lengkung yang licin.
6. Setiap kumpulan memaparkan ogif yang
telah dihasilkan.
7. Pembentangan pelajar adalah dengan
menggunakan kaedah Galleri Walk.
8. Pelajar memberi komen dan maklum
balas terhadap kumpulan yang lain
9. Guru membuat ulasan tentang komen
dan maklum balas pelajar.

40 minit
Penyoalan Fikrah
Soalan pertama
Apakah paksi x dan paksi y untuk melukis
histogram?
Soalan kedua
Apakah paksi x dan paksi y untuk melukis
poligon kekerapan?
Soalan ketiga
Apakah paksi x dan paksi y yang sesuai untuk
melukis Ogif?

Pengukuhan
1. Lembaran kerja individu diedarkan
kepada setiap pelajar sebagai latihan
pengukuhan.
2. Guru memantau dan membetulkan
kesilapan pelajar jika perlu.

Aktiviti Plenari :
1. Guru meminta seorang pelajar untuk
membuatkan kesimpulan dari apa yang
telah dipelajari.
2. Berdasarkan hasil kerja ogif salah satu

10 minit

kumpulan guru mentafsirkan dapatan


Pembelajaran berdasarkan masalah
pelajar.
Obesiti
3. Guru menitikberatkan masalah obesiti di
Malaysia dengan membekalkan data-data
sebenar dari kajian Kementerian
Kesihatan Malaysia

You might also like