Psikologi Pendidikan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Kepelbagaian Latar Belakang Pelajar

PETA MINDA

Pengaruh
Jantina

Pendidikan
Multi
Budaya

Kaum dan
Etnik
KEPELBAGAIA
N LATAR
BELAKANG
PELAJAR

T
araf Sosio
Taraf
Ekonomi

Budaya

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN
LATAR BELAKANG
PELAJAR TERHADAP
PROSES PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

22

Kepelbagaian Latar Belakang Pelajar

BAB 2: KEPELBAGAIAN LATAR


BELAKANG PELAJAR

2.1

Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah Negara yang berbilang kaum dan bangsa. Secara
tidak langsung, masyarakat Negara ini telah diperkenalkan kepada budaya,
bahasa, dan pemakaian yang tersendiri pada waktu dan masa-masa tertentu.
Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang membentuk komuniti
masyarakat kecil yang mempunyai identiti tersendiri. Komposisi penduduk
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik di semanjung, Sabah
dan Sarawak menyebabkan wujudnya kepelbagaian latar belakang pelajar
dalam sistem pendidikan Negara. Kepelbagaian latar belakang ini membuatkan
masyarakat Malaysia semakin bersatupadu dan semakin memahami
kebudayaan dan fahaman bangsa-bangsa lain.
Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia
yang ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk memperkenalkan idea
satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. 1
Malaysia bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan anatra
pelbagai kaum di Malaysia dan mewujudkan semangat kebersamaan dan
kekitaan dalam satu keluarga besar. Dari aspek pendidikan, konsep 1 Malaysia
ini berfungsi untuk mengurangkan jurang perbezaan antara bandar, luar
bandar dan kumpulan etnik agak mereka mempunyai hak untuk mendapat
bantuan kerajaan berbanding anak-anak dari golongan berada yang sudah tentu
mempunyai peluang pendidikan yang terbaik.
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, konsep kepelbagaian latar
belakang pelajar ini adalah perkara asas dalam pembentukan pusat
pembelajaran dan perkembangan pelajar. Kepelbagaian latar belakang pelajar
ini merangkumi aspek jantina, kaum, budaya, gaya pembelajaran, status sosio23

Kepelbagaian Latar Belakang Pelajar


ekonomi, sosio-politik dan sosio-budaya. Menurut Khairul Yusri, 2007,
perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada
norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral,
tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek aspek lain yang mungkin terdapat
sesama individu dalam sesuatu kumpulan.
Setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga, dan tahap
sosioekonomi yang berbeza-beza yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada
pembelajaran mereka. Dalam konteks kepelbagaian ini, pertumbuhan dan
perkembangan seseorang pelajar itu mempunyai kesan yang sangat kuat dalam
menyusuri arus pembelajaran mereka. Ia juga adalah satu impak yang sangat
penting kepada pelajar untuk mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran
mereka di sekolah. Konsep kepelbagaian latar belakang pelajar ini boleh dikaji
dari aspek jantina, kaum dan etnik, budaya, gaya pembelajaran dan sosioekonomi.

2.2 Aspek-aspek Kepelbagaian Latar

2.2.1 Jantina

Umumnya, jantina manusia terbahagi kepada dua, iaitu lelaki dan perempuan.
Peranan jantina pelajar memberi pengaruh yang besar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Menurut Sigmund Freud, pandangan corak
peranan lelaki dan perempuan berkaitan dengan Oedipus kompleks. Oedipus
kompleks ialah kanak-kanak lelaki yang inginkan kasih sayang ibunya, namun
mencemburui bapanya. Masalah ini menyebabkan kanak-kanak menghadapi
isu mencari identiti peranan jantina apabila dewasa. Eric Erikson mangatakan
remaja menghadapi krisis identiti dalam mencari peranan jantina sebenar.
Kesilapan dalam membentuk dan mendidik remaja akan menyebabkan
wujudnya sifat negatif dalam diri mereka dan ianya akan terus menjadi salah
satu sifat dalam personaliti mereka.
24

Kepelbagaian Latar Belakang Pelajar


Secara umumnya, lelaki lebih baik dalam menyelesaikan tugasan
Matematik dan Sains, sedangkan perempuan lebih cenderung ke arah kefasihan
bercakap dan berbahasa. Hal ini menyebabkan pelajar lelaki boleh bertindak
sebagai pemimpin manakala pelajar perempuan lebih cenderung kepada
Kesusasteraan dan Kesenian. Namun, keadaan boleh berlaku sebaliknya,
perempuan belajar mengira pada peringkat umur lebih awal berbanding lelaki.
Perbezaan jantina ini bukan sahaja ketara di seolah rendah, malah semakin
ketara di sekolah menengah.
Lelaki dan perempuan memiliki minat yang berbeza dan memilih alat
permainan yang berbeza. Kebiasaannya, perempuan lebih suka bermain anak
patung dan lelaki suka bermain permainan yang lasak. Begitu juga dari aspek
pencapaian. Perempuan lebih menonjolkan pencapaian gred yang terbaik di
peringkat awal persekolahan tetapi ianya berlaianan apabila di peringkat
sekolah menengah. Pelajar lelaki melakukan yang terbaik dalam subjek yang
mereka minati dan teruk dalam subjek yang tidak digemari. Manakala, pelajar
perempuan hanyalah mendapat keputusan yang biasa dalam semua
matapelajaran.

2.2.2 Kaum danEtnik

Mengikut Kamus Pelajar bahasa Malaysia, Cetakan ke-sembilan 1993, kaum


bermaksud golongan orang sebagai sebahagian daripada satu bangsa yang
besar yang dikenali berdasarkan ciri-ciri seperti warna kulit dan rambut. Etnik
pul berasal daripada perkataan Greek,ethnos yang membawa maksud
kumpulan manusia atau bangsa yang mempunyai ciri-ciri seperti
kewarganegaraan, budaya dan bahasa yang sama.Bangsa pula bermaksud
kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta sifat-sifat seperti bangsa
melayu.
Kaum atau etnik merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam
kumpulan yang mempunyai latar belakang keturunan nenek moyang yang
sama. Mereka mempunyai kesamaan dari segi sejarah, Negara asal, bahasa,
25

Kepelbagaian Latar Belakang Pelajar


tradisi, budaya, stuktur dan sistem nilai. Perasaan kekitaan ke dalam kumpulan
kaum atau etnik berkembang menerusi hubungan kekeluargaan, kejiranan dan
rakan-rakan yang berkongsi ciri-ciri kehidupan yang akrab. Kumpulan kaum
atau etnik sememangnya membantu mengekalkan talian kumpulan dan
mengukuhkan kumpulan etnik mereka. Kaum di Malaysia terdiri daripada
kaum Melayu, Cina, India, serta Sabah dan Sarawak.

2.2.3 Budaya

Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh
sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya (Amir Hasan Dawi,
2002). Tylor (1871) mengatakan bahawa buyada adalah keseluruhan yang
kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian,
moral, undang-undang adat dan sebarang bentuk keupayaan yang diperolehi
oleh seseorang sebagai ahli masyarakat.Bagi tokoh kontemporari Bourdieu,
budaya adalah proses sosial di mana budaya dan struktur sosial adalah saling
berkaitan. Budaya merupakan apa yang terkandung dalam diri individu hasil
daripada pengalaman interaksi social dengan masyarakat sekeliling.
Masyarakat Melayu merupakan kaum terbesar di Malaysia dengan
mencapai 60% daripada populasi masyarakat Malaysia. Masyarakat Melayu
adalah beragama islam, berbahasa melayu dan amat sinonim dengan politik
Negara. Kaum kedua terbesar ialah kaum Cina yang mewakili 25% masyarakat
di Malaysia. Kebanyakan kaum Cina berkepercayaan Buddha, Taoisme atau
Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan
lebih dominan dalam bidang ekonomi.Kaum India membentuk 7% hingga
10% daripada populasi masyarakat Malaysia. Kebanyakan mereka beragama
Hindu dan Kristian, berbahasa Tamil, Malayam dan Hindu dan menerokai
bidang perguaman.
Budaya di sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat.
Di seolah, kanak-kanak dididik untuk berbudaya sebagaimana yang
dikehendaki oleh masyarakat. Pelajar-pelajar sejak mula masuk ke sekolah
26

Kepelbagaian Latar Belakang Pelajar


terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan
mencorakkan masa depan mereka. Pendidikan nilai amat diutamakan untuk
menerapkan niali-nilai material dan bukan material di kalangan pelajar dan
mengelakkan berlakunya penyelewengan budaya.

2.2.4 Gaya Pembelajaran

Gaya pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi


bagaimana seorang menerima, mengumpul dan memproses maklumat. Jenis
gaya pembelajaran berkaitan dengan pengalaman, nilai yang dipegang dan
pendedahan pendidikan sewaktu membesar. Menurut Robert M. Gagne, (1970),
pembelajaran sebagai perubahan tingakah laku atau kebolehan seseorang yang
dapat dikekalkan & tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses
pertumbuhan. Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu Visual,
Auditori dan Kenestatik atau lebih dikenali sebagai gaya pembelajaran VAK.
Pelajar yang tergolong dalam golongan visual merupakan pelajar yang suka
belajar dengan melihat huruf atau perkataan, benda, gambar atau gambarajah,
demonstrasi tindakan dan lakonan. Bagi pelajar daripada golongan audio,
mereka lebih suka mendengar atau bercakap seperti mendengar cerita,
penerangan, syarahan, huraian oleh guru atau pelajar lain,
menerangkan, berbual, member pendapat, bercerita atau menghuraikan.
Golongan kinestatik merupakan golongan pelajar yang suka belajar dengan
membuat atau melakukan sesuatu seperti menulis atau melukis, membuat
latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi dan projek.
Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) dicipta oleh Katherina Briggs dan
Isabel Myers untuk mengukur pilihan-pilihan psikologi dalam bagaimana
orang ramai melihat dunia dan membuat keputusan. Menurut MBTI, kanakkanak yang diasuh dengan penuh demoktari dan penuh kebebasanakan
menunjukkan dengan jelas ciri-ciri ekstrovert. Terdapat empat kategori dalam
mengelaskan pelajar mengikut MBTI iaitu eksrtovert vs introvert, deria vs
gerak hati, pemikiran vs perasaan serta mengadili vs mengamati.
27

Kepelbagaian Latar Belakang Pelajar


a) Eksrtovert vs Introvert

Ekstrovert merujuk kepada individu yang berkeinginan mencuba semua


perkara terutamanya yang berkaitan dengan sesuatu yang berada di luar
dirinya. Mereka mudah menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran
dengan cepat, peramah, mudah berinteraksi, bebas dari perasaan bimbang dan
berminat dengan pelbagai sukan. Introvert merupakan individu yang lebih
memfokuskan dalam diri sendiri. Mereka tidak gemar aktiviti sosial yang
melibatkan hubungan interpersonal. Golongan ini bersikap pasif, sensatif dan
pemalu serta mempunyai ikatan persahabatan yang berpanjangan walaupun
tidak mempunyai ramai kawan.

b) Deria vs Gerak Hati

Deria ialah kumpulan individu yang bersifat praktikal, menumpu segala bentuk
fakta-fakta yang sedia ada dan menjalankan tugas secara terperinci. Gerak hati
pula merupakan sekumpulan individu yang menitikberatkan kepada sesuatu
pengertian dan kemungkinan.

c) Pemikiran vs Perasaan

Individu yang tergolong dalam golongan pemikiran merupakan seseorang yang


cenderung untuk mengambil keputusan yang berasaskan logik dan mengikut
prosedur. Manakala individu yang tergolong dalam golongan perasaan pula
merupakan seorang yang cenderung membuat keputusan berdasarkan
pertimbangan yang bersifat peribadi dan berkemanusiaan.

28

Kepelbagaian Latar Belakang Pelajar


d) Mengadili vs Mengamati

Mengadili menerangkan seseorang yang berperibadi tetap, patuh dan mengikut


peraturan tertentu, gemar mengambil keputusan atau kesimpulan walaupun
data atau maklumat tidak lengkap. Golongan mengamati ialah seseorang yang
sentiasa berubah mengikut persekitaran. Mereka sentiasa berusaha untuk
melengkapkan maklumat-maklumat yang telah diperolehi.

2.2.5 Sosio-ekonomi

Sharifah Alwiah Alsagoff, (1985) menyatakan bahawa taraf atau status


dipangkatkan mengikut ukuran-ukuran pencapaian pendidikan, pelajaran,
kemahiran, pendapatan, kelas sosial, kedudukan politik, asal usul ras dan etnik
serta faktor-faktor lain yang berkaitan. Ahli sosiologi mendefinisikan status
sosio ekonomi sebagai pendapatan seseorang, pekerjaan, pendidikan dan
pangkat seseorang dalam komuniti. Status sosio-ekonomi adalah disebabkan
keturunan, kemiskinan dan pendidikan yang diterima seseorang. Status sosioekonomi tidak berkait dengan perbezaan kaum, budaya dan etnik (Robert E.
Slavin, 1997). Status sosio-skonomi amat berkait rapat dengn kelas ekonomi
yang kebiasaannya dinilai menerusi perbezaan pekerjaan, kelas sosial dan
tempat tinggal.
Masyarakat selalunya membuat rumusan bahawa mereka yang
mempunyai pendapatan pekerjaan yang tinggi, berada di peringkat teratas
dalam kelas social dan tinggal di kawasan bandar merupakan golongan yang
mempunyai taraf sosio ekonomi yang terbaik dan amat berbeza dengan
golongan yang berpendapatan rendah dan tinggal di kawasan luar bandar.
Pemikiran masyarakat setempat yang masih lagi di takuk yang lama
menyebabkan mereka merasa rendah diri apabila dikelilingi oleh golongan
yang mempunyai status sosio-ekonomi yang tinggi.

29

Kepelbagaian Latar Belakang Pelajar


2.3

Pendidikan Multibudaya

Multibudaya adalah satu perkataan yang paling sesuai dan tepat untuk
menggambarkan kehidupan masyarakat di Malaysia yang berbilang budaya.
Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan bangsa dan
secara tidak langsung masyarakat di negara ini telah diperkenalkan kepada
budaya, bahasa dan pemakaian yang berlainan di antara satu sama lain. Ciriciri kebudayaan ini adalah seperti bahasa, agama, makanan kebiasaan, agama
dianuti dan sebagainya. Sebagai contoh, kaum terbesar di Malaysia iaitu kaum
melayu menuturkan Bahasa Melayu dan menjadikan agama Islam sebagai
pegangan hidup. Manakala kaum India pula menjadikan Bahasa Tamil sebagai
bahasa ibunda mereka dan pegangan hidup mereka pula adalah agama Hindu.
Perbezaan agama dan budaya yang mewarnai rakyat di negara ini tidak boleh
dijadikan alasan untuk kita tidak duduk sana di sekolah atau di tempat kerja
mahupun di tempat makan.
Pendidikan Multibudaya adalah satu sistem pendidikan yang
menekankan bahawa setiap pelajar berhak mendapat peluang pendidikan yang
sama tanpa mengira jantina, kelas sosial, etnik, kaum, budaya, bahasa
pertuturan dan agama. (James A. Banks dan Cherry A. McGee Banks, 2003).
Beliau juga menyatakan bahawa pendidikan multibudaya ini adalah satu
pergerakan pembaharuan yang akan mengubah sistem pendidikan institusi
pengajian. Ia bukan sahaja mengubah struktur kurikulum sesebuah institusi
tetapi perubahan terhadap persekitaran dan struktur pentadbiran turut terjadi.
James A. Banks (1994) telah mengenal pasti matlamat pendidikan multibudaya
iaitu:

1.

Untuk mengurangkan diskriminasi terhadap sesuatu kaum dan

memberikan pendidikan yang adil kepada semua individu

2.

Menghormati di antara satu sama lain tanpa mengambil kira perbezaan

kaum dan kelas sosial. Melalui pendidikan multibudaya ini, pelajar akan
mengenali kebudayaan kaum lain. Dengan ini, pelajar akan lebih menghargai
dan menghormati antara satu sama lain.
30

Kepelbagaian Latar Belakang Pelajar


3.

Membantu pelajar membina pengetahuan, sikap dan kemahiran diri agar

boleh membangunkan kaum sendiri dan juga kaum yang lain seterunya
membangunkan negara ke peringkat antarabangsa.

4.

Membantu individu memahami diri sendiri dengan melihat diri dari

perspektif budaya orang lain.

Susulan daripada peristiwa pertumpahan darah yang berlaku meibatkan tiga


kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India pada 13 Mei 1969, kerajaan telah
merangka beberapa dasar yang menekankan kepada perpaduan dan
keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta integrasi seperti Dasar
Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan.
Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1985), sekolah dianggap sebagai
institusi sosial di dalam masyarakat. Sekolah merupakan tempat pergaulan
utama bagi setiap individu tidak kira samada di sekolah tadika, sekolah rendah
dan sekolah menengah. Di sekolah, pelajar akan di ajar mengenai kebudayaan
kebangsaan seperti lagu kebangsaan negara, bahasa kebangsaan dan bendera
kebangsaan. Oleh sebab itu, sistem pendidikan Negara merupakan agen utama
dalam usaha memupuk perpaduan rakyat yang mempunyai pelbagai budaya
dan amalan.
Di Malaysia pendidikan multibudaya terbentuk sejak zaman
kegemilangan Melaka lagi iaitu dari negara China dan India berhijrah ke Tanah
Melayu samada untuk perniaga dan menyebarkan agama Islam. Pada masa itu
pendidikan adalah berteraskan ajaran Islam dan kitabnya adalah kitab AlQuran. Selepas zaman kegemilangan ini berlalu dan Tanah Melayu dijajah oleh
pelbagai bangsa, akhirnya pendidikan di Malaysia diubah mengikut dasar
pecah dan perintah. Dasar yang diperkenalkan oleh British ini menindas kaum
Melayu kerana kaum Melayu hanya diberi peluang pendidikan sekadar untuk
membaca dan menulis sahaja.Selepas kemerdekaan, pendidikan multibudaya
dilaksanakan dan ia memfokuskan terhadap penerapan nilai-nilai murni ke
dalam diri pelajar untuk mengintegrasikan rakyat Malaysia tanpa mengira latar
belakang kaum, kebudayaan, agama, ekonomi dan sosial. Setiap individu
31

Kepelbagaian Latar Belakang Pelajar


berhak mendapat peluang pendidikan yang sama. Nilai serta tata laku seperti
saling faham memahami, saling hormat menghormati, bertolak ansur,
menghargai hak-hak asasi manusia, adil, jujur dan bersatu padu cuba ditanam
di dalam diri pelajar melalui pendidikan multibudaya untuk menyedarkan
masyarakat betapa pentingnya perpaduan rakyat. Sistem pendidikan
mempunyai objektif untuk menyepadukan empat sifat utama iaitu JERI
(Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual) dalam melahirkan individu yang
berakhlak dan cemerlang.Apabila setiap individu di Malaysia cemerlang di
dalam empat sifat utama yang ditekankan oleh sistem pendidikan ini, secara
tidak langsung perpaduan negara dapat diwujudkan.
Di Malaysia, subjek-subjek yang berkaitan dengan kebudayaan di
Malaysia di ajar. Antara subjek-subjek yang diajar ialah Sejarah Malaysia,
Kenegaraan Malaysia dan Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Pengajaran
subjek-subjek tersebut dalam pendidikan dapat meningkatkan kefahaman
pelajar pelbagai kaum dan budaya bagi memahami konsep kepelbagaian
masyarakat di negara ini, kepelbagaian budaya, tanggungjawab terhadap
negara dan sebagainya.

2.4

Pendidikan Multi Budaya di Malaysia

Pelaksanaan sekolah integrasi atau sekolah wawasan merupakan salah satu


rancangan kerajaan untuk menyatupadukan kaum-kaum di Malaysia. Matlamat
pembinaan sekolah wawasan ini adalah:

1.

Mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-murid yang berbagai-

bagai bangsa, latar belakang dan fahaman agama.

2.

Memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran.

32

Kepelbagaian Latar Belakang Pelajar


3.

Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman

yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.

4.

Menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah

melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain


di sekolah.

Sekolah Wawasan adalah sekolah integrasi yang menempatkan beberapa buah


sekolah yang berlainan aliran dalam satu kawasan yang sama. Sekolah-sekolah
ini akan berada di bawah satu bumbung tanpa mengira agama dan bangsa.
Konsep Sekolah Wawasan adalah bertujuan menyatukan masyarakat Melayu,
Cina dan India melalui satu sistem pendidikan di dalam satu kawasan.Pada
masa ini terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah
beroperasi dengan jayanya iaitu

1.

Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak

2.

Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah

3.

Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang

4.

Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor

5.

Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak

2.4.1 Ciri-Ciri dan Pelaksanaan Sekolah Wawasan

Sekolah wawasan meletakkan beberapa ciri-ciri asas dan pelaksanaannya.


Antaranya ialah pentadbiran dan pengurusan kewangan, kurikulum dan bahasa
pengantar, dan kokurikulum.

a) Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan

Dalam konteks pentadbiran dan pengurusan terdapat tujuh perkara yang diberi
33

Kepelbagaian Latar Belakang Pelajar


perhatian iaitu:

1.

Sekolah wawasan mempunyai dua atau tiga buah sekolah rendah

berlainan aliran (SK/SJK/SJKT) yang terletak dalam satu kawasan dan


menggunakan bahasa pengantar masing-masing.

2.

Mempunyai nama sekolah sendiri. Tiap-tiap sekolah mempunyai nama

sekolah yang tersendiri termasuk lencana sekolah, lagu sekolah, logo sekolah
dan peperiksaan sekolah masing-masing. Bagi Sekolah-Sekolah Jenis
Kebangsaan (Cina) dan (Tamil), lembaga pengelola yang sedia ada akan terus
kekal seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996.

3.

Mempunyai pentadbiran secara berasingan (Peruntukan Kewangan,

Anggaran Belanja Mengurus dan Pembangunan, Guru Besar dan lain-lain lagi)
bagi aliran masing-masing seperti yang dipraktikkan oleh sekolahkerajaan.

4.

Pelaksanaan Sekolah Wawasan akan mengekalkan identiti asal sekolah-

sekolah berkenaan.

5.

Penggunaan kemudahan fizikal di mana warga Sekolah Wawasan

digalak menggunakan sebahagian kemudahan sekolah secara bersama seperti


kantin, makmal komputer, lapangan perhimpunan dan padang.

6.

Satu jawatankuasa penyelaras yang terdiri daripada Guru Besar dan dua

orang guru dari setiap ekolah diwujudkan untuk menyelaras hal-hal


pengurusan mengenai kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah.

7.

Kantin sekolah akan dikendalikan bersama-sama oleh sekolah-sekolah

berkenaan. Makanan yang disediakan adalah makanan yang halal dan juga
mengambil kira sensitiviti pelbagai kaum.

34

Kepelbagaian Latar Belakang Pelajar


b) Kurikulum dan Bahasa Pengantar
Dalam konteks kurikulum dan bahasan pengantar, terdapat tiga perkara yang
diberi perhatian. Perkara-perkara tersebut ialah:

1. Penggunaan kurikulum kebangsaan:

- Sekolah Wawasan menggunakan Kurikulum Kebangsaan dengan bahasa


pengantar di Sekolah Kebangsaan ialah Bahasa Malaysia.
- Manakala, SJK(C) menggunakan Bahasa Cina dan SJK(T) menggunakan
Bahasa Tamil.

2. Matapelajaran yang diajar:

- Matapelajaran yang diajar di sekolah adalah megikut Kursus-Kursus


Pengajian bagi jenis aliran sekolah.

3. Pengajaran dan pembelajaran mengikut aliran sekolah:


- Pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Wawasan juga adalah mengikut
jenis aliran sekolah dan jumlah tenaga pengajarnya mengikut norma
perjawatan yang telah ditetapkan.
c) Kokurikulum

Dalam konteks kokurikulum terdapat lima perkara yang diberi perhatian.


Perkara- perkara tersebut ialah:

1. Galakan kepada aktiviti tambahan bersama


2. Penggunaan bahasa pengantar masing-masing
3. Menghantar wakil terbaik sekolah masing-masing atau wakil sekolah
wawasan dalam sebarang bentuk pertandingan samada aktiviti kurikulum atau
kokurikulum.
4. Mengadakan Temasya Sukan Tahunan, Hari Guru secara bersama.
35

Kepelbagaian Latar Belakang Pelajar


5. Perhimpunan bulanan dijalankan bersama dengan menggunakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi perhimpunan. Namun Bahasa Cina dan Tamil
juga boleh digunakan untuk memperjelaskan jika ada isu-isu yang perlu
diperjelaskan.

2.5

Implikasi Kepelbagaian Latar Belakang Terhadap Proses Pengajaran


dan Pembelajaran

Terdapat beberapa implikasi daripada pelbagai aspek latar belakang terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran yang mampu mempengaruhi seseorang guru dan
pelajar. Latar belakang pelajar yang pelbagai banyak memberi kesan terhadap gaya
pengajaran dan pembelajaran. Bagi menjadikan proses pengajaran menjadi efektif
dan proses pembelajaran berjalan lancar, seorang guru haruslah terlebih dahulu
mengkaji latar belakang setiap pelajarnya. Setelah memahami latar belakang ini,
guru seharusnya bijak untuk mengaplikasi ilmu, kemahiran dan kreativiti ke arah
melahirkan satu gagasan penyampaian yang berkesan dan bermakna kepada para
pelajar. Jadi seharusnya seorag guru mampu membaca dan meramal implikasi
implikasi yang mampu timbul.
Implikasi implikasi tersebut dibincangkan berdasarkan aspek aspek
keperlbagaian latar belakang seperti berikut :

a) Perbezaan budaya dan bahasa

Sememangnya sukar menjalankan tugas meyampaikan ilmu apabila berlaku


pertembungan budaya dan bahasa pertuturan yang berbeza terutama apabila
berkomunikasi. Lebih lebih lagi komunikasi merupakan komponen utama dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, di dalam kelas yang
melibatkan seorang guru berbangsa Melayu yang mengajar para pelajar yang terdiri
daripada pelajar berbangsa India atau Cina. Sudah tentu wujud masalah komunikasi
kerana pelaja pelajar ini kurang memahami Bahasa Melayu dengan begitu baik
kerana sudah diasuh dari kecil menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa
36

Kepelbagaian Latar Belakang Pelajar


pertuturan. Selain itu, perbezaan budaya dan bahasa pertuturan juga merujuk kepada
latar belakang tempat asal yang berbea seperti contoh seorang guru yang berasal dari
kawasan bandar Negeri Selangor dihantar mengajar di sekolah yang terletak di
kawasan pedalaman Negeri Kelantan. Sudah tentu budaya hidup dan bahasa
pertuturan kedua duanya amatlah berbeza walaupun mungkin meeka sebangsa.
Jadi di sini akan timbullah masalah komunikasi kedua dua pihak. Maka, apabila
perkara sebegini timbul, guru seharusnya bijak mengatasi masalah seperti ini dan
bertindak kreatif bagi mendekati para pelajarnya.

b) Jantina

Perbezaan jantina juga menjadi faktor menyumbang kepada masalah yang timbul
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat guru yang bersikap pilih
kasih terhadap pelajar mengikut jantina. Guru sebegini akan cenderung kepada satu
satu jenis jantina pelajar sahaja. Ini disebabkan oleh sikap sikap pelajar yang
dipengaruhi oleh pelakuan jantina masing masing. Contohnya, pelajar lelaki
mempunyai sikap agresif dan lebih nakal, jadi guru akan menjadi lebih senang
berinteraksi dengan pelajar perempuan yang disifakan lebih patuh kepada arahan,
pengemas dan komited terhadap pelajaran. Namun begitu, sebagai seorang guru, kita
sepatutnya bersikap professional dan tidak mengikut kecenderungan emosi apabila
menjalankan tugas.

c) Status ekonomi keluarga


Status ekonomi keluarga yang tidak stabil mampu mempengaruhi proses
pembelajaran pelajar ini kerana ibu bapa yang kurang berkemampuan tidak mampu
menyediakan kemudahan pembelajaran yang baik dan ini mampu menganggu
tumpuan pembelajaran anak anak. Pelajar pelajar yang berasal dari latar
belakang status ekonomi yang rendah juga mampu untuk menjadi pelajar yang
keciciran. Jadi sudah menjadi tanggungjawab guru untuk mengenalpasti pelajarpelajar seperti ini dan bertindak mencari bantuan yag sepatutnya kepada mereka dan
memberi motivasi kepada pelajar seperti ini agar menjadikan kesusahan hidup

37

Kepelbagaian Latar Belakang Pelajar


sebagai satu dorongan untuk lebih bersungguh-sungguh belajar dan memperolehi
kejayaan untuk mengubah keadaan keluarganya.

d) Cara asuhan keluarga

Menurut Teori Bernstein, kanak-kanak dari kelas sosial pertengahan dan kanakkanak yang memiliki pencapaian yang baik di sekolah mempunyai interaksi yang
baik dengan ibu bapa mereka. Ahli sosiologi mengakui bahawa murid-murid yang
kerap berinteraksi secara lisan dengan ibu bapa atau golongan dewasa mempunyai
kesediaan membaca yang tinggi. Ini menggalakkan perkembangan minda anak-anak
dalam berfikir dan memberi impak positif dalam cara pembelajaran mereka.
Manakala,kekurangan komunikasi antara ibu bapa dan anak akan memberi kesan
negatif kepada perkembangan, timbulnya kurang berkeyakinan dan kemurungan.
Pelajar yang kurang berkeyakinan akan menjadi pelajar pasif ketika proses
pembelajaran. Oleh itu, guru harus memainkan peranannya bagi mengenalpasti ciri
dan kelakuan pelajarnya dan sentiasa mempunyai hubungan yang baik dengan
ibubapa pelajar agar dapat sentiasa berbincang perkembangan anak- anak mereka.

2.6

Kesimpulan

Kepelbagaian latar belakang pelajar dari aspek jantina, kaum, budaya, gaya
pembelajaran dan status sosio ekonomi telah memberi kesan terhadap
pengajaran dan pembelajaran. Perbezaan jantina memberi persepsi berbeza
tentang pencapaian pelajar.
Begitu juga dengan latar belakang budaya dan persekitaran pelajar yang
memberi impak ke atas pemikiran perasaan dan tingkah laku seseorang.
Pencapaian pelajar turut dipengaruhi oleh gaya belajar dan status sosioekonomi pelajar yang menyebabkan gaya pembelajaran mereka terjejas akibat
faktor persekitaran yang tidak sesuai.Pendidikan multi-budaya penting untuk
memupuk perpaduan di Malaysia terutamanya dikalangan pelajar. Walaupun
sukar untuk melaksanakan pendidikan multi-budaya, semua pihak hendaklah
38

Kepelbagaian Latar Belakang Pelajar


bekerjasama dalam merealisasikan pendidikan multi-budaya seterusnya
membantu dalam penubuhan gagasan 1 Malaysia.

39

You might also like