Zaman Moden Tamadun India

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

ZAMAN MODEN TAMADUN INDIA

Kedatangan dan penaklukan kuasa Portugis ke atas Goa (1510), kuasa Belanda (1602)
dan diikuti oleh kuasa Perancis pada tahun 1664. Tetapi kemudiannya, kedatangan
British pada tahun 1612 dan penaklukan kawasan-kawasan di India yang bermula sejak
tahun 1750 merupakan permulaan zaman baru di negara ini. Penaklukan ini dilakukan
dengan bantuan orang-orang dan askar-askar (sepoi-sepoi) India. Bagaimanapun
kawasan seluas dua pertiga India tidak tertakluk kepada pemerintahan British dan kekal
sebagai

negeri-negeri

beraja

sehingga

kemerdekaan

India.

Pihak pemerintahan British telah membahagikan India kepada tiga presidensi iaitu
Bengal (timur), Bombay (barat) dan Madras (selatan) untuk memudahkan pentadbiran.
Presidensi diketuai oleh gabenor dan seorang Gabenor-Jeneral dilantik sebagai ketua
pentadbiran India. Dasar politik, ekonomi, sosial dan budaya yang diperkenal dan
dibentuk banyak dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin British di India dan England. Di
kalangan pemimpin ada yang mengizinkan perubahan yang perlahan (evolusi) dengan
menghormati tradisi-tradisi tempatan dan ada yang ingin mengEropahkan India.
Akhirnya, dibentuk satu dasar yang merupakan satu gabungan pelbagai pendirian iaitu
British menghormati budaya dan agama dengan memberi jaminan tidak akan
campurtangan dalam hal-ehwal ini; memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris; dan
memperkenalkan dan membentuk pentadbiran moden. Antara Gabenor- Jeneral British
yang memerintah India ialah Warren Hastings (mengekalkan kuasa British dan
memperkenalkan

pentadbiran

moden),

Lord

Dalhosie

(dasar

memperluaskan kawasan India-British), William Bentinck (memperkenalkan dasar


pendidikan), Lord Curzon (dasar luar negara dan kecekapan pentadbiran), dan Lord
Mountbatten (bertanggungjawab membahagikan India dan memberi kemerdekaan)
adalah

Pada

pentadbir-pentadbir

permulaan

kurun

ke-19,

kerajaan

yang

British

begitu

terkenal.

mementingkan

dasar

perdagangan yang menguntungkan England termasuk dorong kerana Revolusi


Perindustrian. Kesannya, barang-barang perkilangan buatan mesin dari England yang
dieksport ke India secara besar-besaran menyebabkan barangan buatan India yang
serupa mengalami kerugian besar kerana kegagalan untuk bersaing. Dalam arena
politik, orang-orang India merasa tidak puas hati dengan tindakan British menakluki
kawasan demi kawasan dengan tidak menghormati tradisi pemerintahan tempatan.
Semua ini menyebabkan berlakunya pergolakan sosial pada tahun 1857 dan pihak
British

menggunakan

tindakan

kekerasan

untuk

mengalahkan

pemberontak-

pemberontak. Kesan pergolakan politik ini, menyebabkan berlaku proses pembentukan


semula di mana pihak British memperkuatkan kuasa tentera dan memperkenalkan
undang-

undang

yang

mengurangkan

kebebasan

orang

India.

Dasar memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris, peranan mubaligh Kristian dan


pembaharu-pembaharu India telah menyakinkan orang India tentang reformasi sosial
dan agama. Amalan-amalan dan adat-adat yang difikirkan tidak bersesuaian ditentang
dan usaha-usaha dilakukan untuk memperbaiki kedudukan kaum wanita. Dalam hal ini,
Brahma Samaj memainkan peranan penting dan Raja Ram Mohan Roy dianggap pula

dianggap

sebagai

perintis

dalam

reformasi

sosial

dan

agama.

Pertengahan kedua kurun ke-19 memperlihatkan kebangkitan kesedaran kebangsaan


di kalangan orang-orang India. Penubuhan pertubuhan-pertubuhan untuk memulihkan
agama Hindu seperti Arya Samaj dan Ramakrishna Mission, peranan Brahma Samaj,
Prarthana Samaj dan lain-lain pertubuhan membangkitkan kesedaran sosial tentang
beberapa amalan dalam masyarakat. Usaha-usaha dilakukan untuk meneruskan
perjuangan kebangsaan melalui Indian National Congress (1885) yang dipimpin oleh
Mahatma Gandhi dan usaha-usaha ini mula mengancam kedudukan British di India.
Walaupun pihak British berusaha membahagikan orang-orang Hindu dan Muslim,
tuntutan untuk kemerdekaan terus dibuat sehingga England terpaksa berundur dari
tanah India pada tahun 1947. Dalam konteks ini, British telah memberikan
kemerdekaan tetapi dengan membahagikan tanah India kepada dua bahagian. India
untuk orang-orang Hindu dan mewujudkan negara Pakistan bagi memenuhi kehendak
Liga Muslim yang mewakili orang-orang Muslim di India.

RUJUKAN
The ASEAN Region in Indias Foreign Policy (Kripa Sridharan)
Militant Publics In India (Arafaat A.Valiani)
Buku Teks Tamadun Islam dan Tamadun Asia
http://amnimarsya.blogspot.my/2012/04/tamadun-india.html

You might also like