Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TARIKH

HARI
MASA
TEMPAT

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM


SEKOLAH KEBANGSAAN PERDANA
BIL 2/2015
: 28.10.2015
: Rabu
: 12.20 Tengah hari
: Bilik Gerakan

Hadir :
1. Pn. Hjh Rose Jan K. Khan
Pengerusi
2. En. Jaafar Bin Daud
Penolong Kanan 1
3. En. Ruis Sungit @ Mohd Fadhli
Penolong Kanan Ko-kum
4. En. Ruslee Bin Ahmat @ Ahmad
Penolong Kanan HEM
5. Pn. Siti Isah Binti Mala
6. Ustazah Fatimah @ Kubulah Binti Ab. Hamid
7. Pn. Hjh. Norbayah Binti Yambang
8. Pn. Sukarni Binti Nusu
9. Pn. Maryam Binti Hj. Abu Bakar
10.Pn. Ardina Suriany Binti Samah
11.Pn. Katijah Binti Ag. Samat
12.Dewi Ratnasari Binti Japar
13.En. Abdulah Alif Bin Dahlan
14.Pn. Rusmawati Binti Jefrey
15.Pn. Aznah Binti AB Luis
16.Pn. Saadiah Bt Abu Bakar
17.Ustazah Aisyah Binti Ismail
18.En. Jefry Abu Sari
Tidak Hadir :
1. Pn. Hasniah Binti Diri
2. Pn. Suriati Binti Hussin

Cuti bersalin
Cuti bersalin

1. Ucapan Pengerusi
1.1Ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis iaitu guru besar SK Perdana.
Ucapan terima kasih kepada semua yang hadir. Dimaklumkan bahawa
mesyuarat kokurikulum pada kali ini agak lewat atas faktor-faktor tertentu.
1.2Pengerusi memaklumkan kepada setiausaha PIBG untuk memasukkan dua
laporan dalam laporan aktiviti PIBG iaitu Hari Sukan dan Hari Apresiasi
dalam e-Sarana. Iaitu dalam perbincangan bersama ibubapa. Menurut
pengerusi lagi, penetapan target untuk mendapat peratus yang lebih
tinggi dalam e-Sarana adalah mengikut bilangan murid yang terlibat dan
juga jumlah ibubapa yang hadir.
1.3Pengerusi berharap agar unit Kokurikulum agar dapat melaksanakan
pelaporan bersama setiausaha PIBG.
1.4Pemakaian baju unit beruniform semakin merosot dalam kalangan murid.
Diharap guru-guru penasihat dapat menggalakkn semula murid untuk
memakai baju unit beruniform.
1.5Ucapan terima kasih kepada Cikgu Ruis atas komitmen menjalankan
aktiviti Kokurikulum sekolah.

2. Menyemak dan mengesahkan minit mesyuarat


2.1Pn. Saadiah Binti Abu Bakar mengesahkan minit mesyuarat dan disokong
oleh Pn. Aznah Ab Luis dengan beberapa pindaan :

Kesalahan ejaan
Hanuari
jefry
G. Besar
Rabu,

Pembetulan
Januari
Jefry
Guru besar
Rabu

3. Perkara berbangkit
3.1Merujuk kepada agenda 4
Pn. Siti Isah Mala mencadangkan agar semua maklumat murid disimpan di
dalam fail termasuklah borang 001R agar fail tersebut lengkap dan boleh
terus di bawa oleh murid lepasan tahun enam ke sekolah menengah.
4. Laporan aktiviti Ko-Kurikulum 2015
4.1En. Ruis menerangkan bahawa SK Perdana telah menyertai dua acara di
peringkat zon iaitu acara padang & balapan (tempat ke-3 daripada 7 buah
sekolah) serta acara bola sepak (tempat ke-3).
4.2Menurutnya lagi, perjumpaan Kokurikulum semakin merosot kerana murid
dan guru lebih memberi tumpuan kepada UPSR. Sukan sekolah telah
dirancang untuk diadakan pada 8,9, dan 10 oktober tetapi mengalami
sedikit masalah iaitu sekolah tidak mempunyai padang.
4.3Pengerusi mencadangkan agar aktiviti sukan dan permainan dijalankan
selepas peperiksaan sebagai pengisian masa lapang selepas peperiksaan.
Namun, selepas rehat PDP akan dilaksanakan seperti biasa mengikut
jadual kelas.
4.4En. Ruis akan membuat jadual aktiviti sukan dan permainan berserta
dengan laporan lengkap aktiviti tersebut.
4.5Pengerusi meminta laporan pencapaian Kokurikulum murid supaya dapat
dijadikan intipati dalam ucapan Guru Besar pada hari apresiasi yang akan
dijalankan. Begitu juga sijil-sijil khas dapat disediakan kepada murid yang
mencapai pencapaian terbaik dalam Kokurikulum.
5. PAJSK
5.1En. Ruis meminta guru-guru penasihat agar mengisi borang laporan aktiviti
Kokurikulum dengan merujuk kepada takwim. Borang tersebut akan
disimpan oleh ketua unit dan bukan kepada guru kelas. Pengerusi
memohon agar guru-guru dapat menyiapkan borang laporan tersebut
sebelum cuti sekolah.
6. Hari Apresiasi 2015
6.1Pengerusi mencadangkan 19 November 2015 sebagai Hari Apresiasi, dan
terdapat 3 minggu lagi untuk membuat persiapan. Mesyuarat khas hari
apresiasi akan dijalankan dan akan dibuat pada waktu persekolahan.
7. Hal-hal lain
7.1En. Alif menyatakan akan membuat LDP untuk format baru soalan Bahasa
Malaysia tahun 6. Waktu dan masa akan ditentukan kemudian.
7.2En. Ruis menyatakan jutaan terima kasih kepada guru-guru atas

sumbangan yang diberikan.


8. Penutup
8.1Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru penasihat Ko-Kum
dan berharap agar aktiviti Kokurikulum akan lebih aktif pada tahun akan
datang.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.45 Petang

Disediakan Oleh,
________________
(HASNIAH BINTI DIRI)
Setiusaha Unit Kokurikulum
SK Perdana Tawau

You might also like