Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

GMGF1013: EKONOMI UNTUK PENGURUSAN AWAM

Soalan 1:
Permintaan boleh didefinisikan sebagai jumlah atau kuantiti barangan yang diperlukan dan
boleh dibeli oleh pengguna pada tahap harga yang berbeza pada satu- satu masa.
Permintaan tidak hanya merujuk kepada kuantiti tetapi juga kepada hubungan antara kuantiti
diminta dan harga. Oleh yang demikian, permintaan boleh diterangkan dalam bentuk jadual
dan keluk yang menghubungkan kuantiti dengan harga.
Keluk permintaan dengan kecerunan yang negatif menunjukkan bahawa terdapat hubungan
songsang antara kuantiti diminta dengan harga. Contoh: Apabila harga meningkat, kuantiti
diminta akan menurun dan apabila harga jatuh, kuantiti diminta akan naik. Hubungan
songsang ini dikenali sebagai hukum permintaan.

Rajah 1: Perubahan Kuantiti Permintaan


(a)

Pertambahan dalam penduduk


Pertambahan penduduk akan menyebabkan pertambahan terhadap agregat kuantiti
barangan yang diminta oleh permintaan individu-individu. Sekiranya keluk permintaan
D0 adalah keluk permintaan individu, maka keluk permintaan akan bergerak ke kanan
iaitu keluk D1 hasil pertambahan penduduk pada tahap harga yang sama iaitu A ke B.

(b)

Penurunan dalam pendapatan pengguna


Penurunan pendapatan pengguna akan mengakibatkan kuasa membeli barangan
oleh pengguna akan menurun. Kuantiti permintaan yang menurun ini akan
menyebabkan keluk permintaan D0 akan beralih ke kiri lalu membentuk keluk
permintaan D2.

( c ) Peningkatan dalam pendapatan pengguna


Peningkatan dalam pendapatan pengguna akan mengakibatkan kuasa membeli
barangan oleh pengguna meningkat. Peningkatan pendapatan akan menyebabkan
keluk permintaan barangan akan beralih ke kanan dari keluk permintaan D 0 kepada
keluk permintaan D1.
Nota :
Pergerakan di sepanjang keluk permintaan menunjukkan perubahan kuantiti diminta yang disebabkan oleh perubahan
dalam harga barangan itu sendiri. Pergerakan ini berkait dengan hukum permintaan.
Apabila harga berubah, pembeli akan mengubah kuantiti barangan yang mereka sanggup beli. Manakala, perubahan
permintaan merujuk kepada peralihan keluk permintaan disebabkan oleh perubahan pemboleh ubah yang lain (seperti
harga barangan lain, jangkaan dan citarasa pengguna). Pergerakan keluk permintaan ke kanan menunjukkan peningkatan
permintaan, manakala penurunan permintaan menyebabkan keluk permintaan bergerak ke kiri.

Soalan 2:
Penawaran boleh didefinisikan sebagai jadual atau keluk yang menghubungkan kuantiti
barangan yang akan dijual pada satu-satu masa pada tahap harga berbeza dengan
mengandaikan faktor lain tidak berubah.
Keluk penawaran dengan kecerunan yang positif menunjukkan bahawa terdapat hubungan
terus antara kuantiti ditawarkan dengan harga. Contoh: Apabila harga meningkat, kuantiti
yang dikeluarkan oleh firma akan turut meningkat (memaksimakan keuntungan) dan apabila
harga jatuh, kuantiti dikeluarkan akan turut dikurangkan. Hubungan positif ini dikenali sebagai
hukum penawaran.

(a)

Rajah 2: Peralihan Keluk Penawaran


Penggunaan dalam teknologi baharu yang boleh meningkatkan pengeluaran padi
Peningkatan dalam teknologi baharu akan mengakibatkan kuantiti pengeluaran padi
akan meningkat, maka penawaran oleh firma akan meningkat dari segi kuantiti
penawarannya maka akan menyebabkan keluk penawaran akan beralih ke kanan iaitu
dari keluk penawaran S0 kepada keluk penawaran S1.

(b)

Tercetusnya wabak penyakit sehingga mengurangkan pengeluaran padi.


Kuantiti penawaran padi akan berkurangan akibat wabak penyakit padi dan
menyebabkan keluk penawaran akan beralih ke kiri iaitu dari keluk penawaran S 0 ke
keluk penawaran S2.

( c)

Penurunan kos pengeluaran akibat pengenalan teknologi baharu.


Penggunaan teknologi baharu yang mengurangkan kos pengeluaran akan
menyebabkan firma mengeluar atau penawarkan kuantiti barangan yang dihasilkan
dengan kuantiti yang lebih tinggi akibat penjimatan kos pengeluaran. Ia akan
menyebabkan keluk penawaran barangan akan bergerak ke kanan iaitu dari keluk
penawaran S0 kepada keluk penawaran S1

Soalan 3

Rajah 3
Barangan penggenap adalah barangan yang perlu digunakan bersama untuk
mendatangkan sebarang kepuasan. Contohnya, kereta memerlukan petroleum untuk
bergerak dan berfungsi.
Petroleum adalah barangan penggenap atau pelengkap kepada kereta. Sekiranya terdapat
peningkatan harga Petroleum, ia akan menyebabkan kuantiti barangan penggenap juga akan
turun atau jatuh.
Berdasarkan rajah di atas, sekiranya harga Petroleum naik dari P1 ke P2, ia akan
menyebabkan permintaan Petroleum akan berkurang dan keluk permintaan akan bergerak
ke kiri iaitu dari D 01 ke D 0.
Permintaan untuk barangan seperti kereta juga akan berkurang walaupun harga kereta tidak
berubah.

Soalan 4
Barangan pengganti adalah barangan yang boleh digunakan sebagai alternatif atau
pengganti kepada barangan yang sedang digunakan sebagai pilihan sekiranya barangan
yang selalu digunakan tidak terdapat di pasaran. Contoh: Kaya dan jem buahan, teh dan kopi
, daging atau ikan.

Rajah 4: Keluk permintaan Teh 4(a) dan Keluk permintaan Kopi 4(b)
Sekiranya harga teh (Barang Y) meningkat dari P1 ke P2, ia akan mendorong pengguna
untuk mengurangkan penggunaan teh iaitu Q 1 ke Q2 akan menggantikannya dengan kopi
(Barang X) sebagai pilihan.[Rajah 4(a)]
Walaupun harga kopi tidak berubah, permintaan atau kuantiti permintaan terhadap kopi akan
meningkat disebabkan oleh peningkatan harga kopi dan menyebabkan keluk permintaan
kopi (barang X) beralih ke kanan iaitu dari Q1 ke Q2 [Rajah 3(b)]
Soalan 5
Harga
(RM) Kuantiti
sebiji durian
diminta

yang Kuantiti yang


ditawarkan

Pasaran

5.00

10

4.00

3.00

2.00

-4

1.00

10

-8

Jadual 1
Nota : Lebihan kuantiti yang ditawarkan daripada permintaan menyebabkan lebihan kuantiti
di pasaran dan sebaliknya.
Chegufa@ChowkitRoad13092016

You might also like