Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 92

SEJARAH PEMBUDAYAAN PERAUK TAMBANG

MASYARAKAT MELAYU DI KUCHING SEMASA


REJIM BROOKE (1841-1941)

COSMAS ANAK TABOH


BA11110065

SEKOLAH SAINS SOSIAL


UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
2014

PENGHARGAAN
Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia dan izinnya saya
dapat menyiapkan penulisan latihan ilmiah saya ini. Saya juga banyak terhutang
budi kepada semua pihak yang telah membantu saya dan telah memberikan
sokongan kepada saya sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung.
Dengan sokongan mereka, saya mampu melepasi segala cabaran dan rintangan
sepanjang saya menyiapkan latihan ilmiah saya ini. Dalam kesempatan ini, saya
ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof.
Madya Dr. Ismail Ali atas segala bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya. Segala
tunjuk ajar, komen dan idea yang diberikan sangat mempengaruhi semangat saya
dalam menjayakan penulisan ilmiah saya ini. Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima
kasih yang tidak terhingga kepada beliau atas segala jasa beliau selama ini yang
tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah
Program Sejarah Sekolah Sains Sosial atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan
kepada saya selama ini. Buat teman-teman seperjuangan, segala bantuan serta
nasihat yang berterusan daripada kalian sangat saya hargai sepanjang saya
menyiapkan latihan ilmiah saya ini. Tidak dilupai juga, ucapan jutaan terima kasih
kepada pihak Muzium Sarawak, Arkib Negeri Sarawak dan Tun Jugah Foundation
dan juga responden-responden yang terlibat atas kerjasama dan kesudian
membantu serta memberikan maklumat yang saya perlukan semasa menjalankan
kajian.
Teristimewa sekali buat ibu saya iaitu Demi Anak Junit dan ayah saya iaitu
Taboh Anak Gindau serta ahli keluarga saya yang lain yang tidak pernah jemu
memberikan yang terbaik kepada saya sepanjang saya menyiapkan latihan ilmiah
saya ini. Jasa kamu semua tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Buat insan
teristimewa yang bernama Helen Anak Alo, terima kasih yang tidak terhingga saya
ucapkan kerana tidak pernah jemu dalam memberikan sokongan yang berterusan,
cukup memahami dan sentiasa memberikan nasihat kepada saya dari awal
sehinggalah latihan ilmiah ini siap. Akhir sekali, ucapan jutaan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kajian
ini. Segala kebaikan yang terdapat dalam penulisan ini adalah datang daripada
Tuhan, dan sekiranya terdapat kelemahan yang ada, sesungguhnya merupakan
kelemahan daripada saya sendiri.
Sekian, terima kasih
Cosmas Anak Taboh,
Rumah Changgai,
Nanga Tengangai,
96850 Song,
Sarawak.

iv

ABSTRAK
Latihan ilmiah ini dibuat adalah bagi tujuan untuk mengkaji
sejarah pengangkutan air di Kuching pada zaman
pentadbiran rejim Brooke. Pengangkutan air yang
dimaksudkan ialah perauk tambang yang diusahakan oleh
Masyarakat Melayu yang tinggal di Kuching. Dalam kajian
ini, ia memfokuskan tentang pembudayaan perauk
tambang tradisi sebagai pengangkutan air yang utama
sejak zaman dahulu. Metod kajian yang digunakan oleh
pengkaji ialah menggunakan sumber primer dan sumber
sekunder. Metod kajian yang turut digunakan oleh pengkaji
ialah kajian sejarah lisan melalui langkah temubual. Secara
khususnya, kajian ini adalah memfokuskan perubahan
perkembangan pengangkutan air di Kuching iaitu perauk
tambang semasa zaman Brooke. Selain itu, latihan ilmiah
ini juga turut memberikan contoh-contoh perauk tambang
yang telah muncul di Kuching pada masa kini.
Kata Kunci: Melayu, Kuching, Perahu, Perauk Tambang,

Sarawak

ABSTRACT
The main purpose of this research is to study the history of
water transport in Kuching at the time of Brooke regime
administration. The water transport is defined as "perauk
tambang" initiated by the Malay community that are living
in Kuching. In this study, it focuses on the acculturation of
"perauk tambang" as the primary water transportation
since the ancient times. The methodology used for this
research are primary sources and secondary sources.
Otherwise, the methodology of this study were used for
this research is the study of oral history through interviews
step. In particular, this study focuses on the changes in
water transportion development in Kuching which the
Malays people in Sarawak define it as "perauk tambang"
during the Brooke administration. In addition, this research
will also provide a few examples of "perauk tambang"
which has been appeared in Kuching today.
Keywords:

Malays, Kuching, Boat, "perauk tambang",


Sarawak

vi

KANDUNGAN
Halaman
TAJUK

PENGESAHAN

ii

PENGAKUAN

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

ix

SENARAI FOTO

SENARAI LAMPIRAN

xi

SENARAI SINGKATAN

xii

BAB 1: PENDAHULUAN
1.1

Pengenalan

1.2

Permasalahan Kajian

1.3

Objektif Kajian

1.4

Skop dan Batasan Kajian

1.5

Kepentingan Kajian

1.6

Metodologi Kajian

1.7

Sorotan Literatur

1.8

Pembahagian Bab

12

1.9

Kesimpulan

13

BAB2: LATAR BELAKANG KUCHING DAN


MASYARAKAT MELAYU SARAWAK
2.1

Pengenalan

14

2.2

Asal Usul Kuching

16

2.3

Asal Usul Masyarakat Melayu Sarawak

18

2.4

Sosioekonomi Masyarakat Melayu

25

vii

2.5

Kesimpulan

30

BAB 3: PEMBUDAYAAN PERAUK TAMBANG SEMASA


REJIM BROOKE
3.1

Pengenalan

31

3.2

Pembudayaan Perauk Tambang Semasa


Pentadbiran James Brooke (1841-1868)

32

3.3

Pembudayaan Perauk Tambang Semasa


Pentadbiran Charles Brooke (1868-1917)

38

3.4

Pembudayaan Perauk Tambang Semasa


Pentadbiran Charles Vyner Brooke (1917-1941)

43

3.5

Kesimpulan

45

BAB 4: TRADISI PEMBUATAN DAN PEMBUDAYAAN


PERAUK TAMBANG PADA MASA KINI
4.1

Pengenalan

47

4.2

Jenis-Jenis Perahu Tambang

47

4.3

Tradisi Pembuatan Perahu Tambang

51

4.4

Pembudayaan Perahu Tambang

56

4.5

Kesimpulan

59

BAB 5: PENUTUP

61

BIBLIOGRAFI

65

LAMPIRAN
Lampiran A

67

viii

SENARAI JADUAL
Jadual

Halaman

2.1

Penduduk Sarawak Mengikut Banci 1980

15

3.1

Pendaftaran Pelajar Sekolah Melayu 1883-1921

40

ix

SENARAI FOTO

Foto

Halaman

2.1

Pemandangan di Kuching pada Tahun 1839

17

2.2

Perahu Barong

27

2.3

Perahu Heng Hua Kotak

28

3.1

Pengangkutan di Sungai Sarawak pada Tahun 1800

33

3.2

Ketibaan James Brooke dengan Menggunakan Kapal


H. M. S Dido

34

3.3

Permandangan Astana pada Tahun 1880

42

3.4

Suasana di Sungai Sarawak semasa Pemerintahan Charles


Vyner Brooke

44

4.1

Perauk Tambang Melayu

48

4.2

Perauk Tambang Orang Ulu Boat

49

4.3

Perauk Tambang Iban Long Boat

50

4.4

Proses Pemuliharaan Perauk Tambang Warisan

52

4.5

Pemilihan Papan Dinding Perauk Tambang

52

4.6

Proses Pembuatan bahagian Haluan Perauk Tambang

53

4.7

Penggunaan Teknik Pasak dalam Perauk Tambang

53

4.8

Proses Pembuatan bahagian dalam Perauk Tambang

54

4.9

Penggunaan Gergaji dalam Proses Pembuatan Dinding


Perauk Tambang

54

4.10

Proses Pemeliharaan dan Pemuliharaan Perauk Tambang


Warisan yang telap Siap di Waterfront Kuching

55

4.11

Perkembangan Waterfront di Kuching pada Masa Kini

57

4.12

Warisan Perauk Tambang Tradisional di Muzium Sarawak

58

4.13

Pengkalan Perauk Tambang di Pengkalan Panjang

59

SENARAI LAMPIRAN
Lampiran A

Halaman

Foto A1: Bahagian Bahagian Hadapan Perauk Tambang

68

Foto A2: Bahagian Bahagian Belakang Perauk Tambang

68

Foto A3: Suasana Sungai Sarawak pada Waktu Pagi

69

Foto A4: Suasana Sungai Sarawak pada Waktu Senja

69

Foto A5: Replika Perauk Tambang

70

Foto A6: Perauk Tambang Menjadi Lambang Sungai Sarawak

70

Foto A7: Pengkaji Bersama Perauk Tambang Tradisional

71

Foto A8: Gebenor Terakhir Sarawak Menaiki Perauk Tambang

71

xi

SENARAI SINGKATAN
Bil.

Bilangan

hlm.

Halaman

Ibid.

In the work cites

No.

Nombor

op. cit.

opere citato

Vol.

Volume

xii

PENGHARGAAN
Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia dan izinnya saya
dapat menyiapkan penulisan latihan ilmiah saya ini. Saya juga banyak terhutang
budi kepada semua pihak yang telah membantu saya dan telah memberikan
sokongan kepada saya sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung.
Dengan sokongan mereka, saya mampu melepasi segala cabaran dan rintangan
sepanjang saya menyiapkan latihan ilmiah saya ini. Dalam kesempatan ini, saya
ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof.
Madya Dr. Ismail Ali atas segala bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya. Segala
tunjuk ajar, komen dan idea yang diberikan sangat mempengaruhi semangat saya
dalam menjayakan penulisan ilmiah saya ini. Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima
kasih yang tidak terhingga kepada beliau atas segala jasa beliau selama ini yang
tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah
Program Sejarah Sekolah Sains Sosial atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan
kepada saya selama ini. Buat teman-teman seperjuangan, segala bantuan serta
nasihat yang berterusan daripada kalian sangat saya hargai sepanjang saya
menyiapkan latihan ilmiah saya ini. Tidak dilupai juga, ucapan jutaan terima kasih
kepada pihak Muzium Sarawak, Arkib Negeri Sarawak dan Tun Jugah Foundation
dan juga responden-responden yang terlibat atas kerjasama dan kesudian
membantu serta memberikan maklumat yang saya perlukan semasa menjalankan
kajian.
Teristimewa sekali buat ibu saya iaitu Demi Anak Junit dan ayah saya iaitu
Taboh Anak Gindau serta ahli keluarga saya yang lain yang tidak pernah jemu
memberikan yang terbaik kepada saya sepanjang saya menyiapkan latihan ilmiah
saya ini. Jasa kamu semua tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Buat insan
teristimewa yang bernama Helen Anak Alo, terima kasih yang tidak terhingga saya
ucapkan kerana tidak pernah jemu dalam memberikan sokongan yang berterusan,
cukup memahami dan sentiasa memberikan nasihat kepada saya dari awal
sehinggalah latihan ilmiah ini siap. Akhir sekali, ucapan jutaan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kajian
ini. Segala kebaikan yang terdapat dalam penulisan ini adalah datang daripada
Tuhan, dan sekiranya terdapat kelemahan yang ada, sesungguhnya merupakan
kelemahan daripada saya sendiri.
Sekian, terima kasih
Cosmas Anak Taboh,
Rumah Changgai,
Nanga Tengangai,
96850 Song,
Sarawak.

iv

ABSTRAK
Latihan ilmiah ini dibuat adalah bagi tujuan untuk mengkaji
sejarah pengangkutan air di Kuching pada zaman
pentadbiran rejim Brooke. Pengangkutan air yang
dimaksudkan ialah perauk tambang yang diusahakan oleh
Masyarakat Melayu yang tinggal di Kuching. Dalam kajian
ini, ia memfokuskan tentang pembudayaan perauk
tambang tradisi sebagai pengangkutan air yang utama
sejak zaman dahulu. Metod kajian yang digunakan oleh
pengkaji ialah menggunakan sumber primer dan sumber
sekunder. Metod kajian yang turut digunakan oleh pengkaji
ialah kajian sejarah lisan melalui langkah temubual. Secara
khususnya, kajian ini adalah memfokuskan perubahan
perkembangan pengangkutan air di Kuching iaitu perauk
tambang semasa zaman Brooke. Selain itu, latihan ilmiah
ini juga turut memberikan contoh-contoh perauk tambang
yang telah muncul di Kuching pada masa kini.
Kata Kunci: Melayu, Kuching, Perahu, Perauk Tambang,

Sarawak

ABSTRACT
The main purpose of this research is to study the history of
water transport in Kuching at the time of Brooke regime
administration. The water transport is defined as "perauk
tambang" initiated by the Malay community that are living
in Kuching. In this study, it focuses on the acculturation of
"perauk tambang" as the primary water transportation
since the ancient times. The methodology used for this
research are primary sources and secondary sources.
Otherwise, the methodology of this study were used for
this research is the study of oral history through interviews
step. In particular, this study focuses on the changes in
water transportion development in Kuching which the
Malays people in Sarawak define it as "perauk tambang"
during the Brooke administration. In addition, this research
will also provide a few examples of "perauk tambang"
which has been appeared in Kuching today.
Keywords:

Malays, Kuching, Boat, "perauk tambang",


Sarawak

vi

KANDUNGAN
Halaman
TAJUK

PENGESAHAN

ii

PENGAKUAN

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

ix

SENARAI FOTO

SENARAI LAMPIRAN

xi

SENARAI SINGKATAN

xii

BAB 1: PENDAHULUAN
1.1

Pengenalan

1.2

Permasalahan Kajian

1.3

Objektif Kajian

1.4

Skop dan Batasan Kajian

1.5

Kepentingan Kajian

1.6

Metodologi Kajian

1.7

Sorotan Literatur

1.8

Pembahagian Bab

12

1.9

Kesimpulan

13

BAB2: LATAR BELAKANG KUCHING DAN


MASYARAKAT MELAYU SARAWAK
2.1

Pengenalan

14

2.2

Asal Usul Kuching

16

2.3

Asal Usul Masyarakat Melayu Sarawak

18

2.4

Sosioekonomi Masyarakat Melayu

25

vii

2.5

Kesimpulan

30

BAB 3: PEMBUDAYAAN PERAUK TAMBANG SEMASA


REJIM BROOKE
3.1

Pengenalan

31

3.2

Pembudayaan Perauk Tambang Semasa


Pentadbiran James Brooke (1841-1868)

32

3.3

Pembudayaan Perauk Tambang Semasa


Pentadbiran Charles Brooke (1868-1917)

38

3.4

Pembudayaan Perauk Tambang Semasa


Pentadbiran Charles Vyner Brooke (1917-1941)

43

3.5

Kesimpulan

45

BAB 4: TRADISI PEMBUATAN DAN PEMBUDAYAAN


PERAUK TAMBANG PADA MASA KINI
4.1

Pengenalan

47

4.2

Jenis-Jenis Perahu Tambang

47

4.3

Tradisi Pembuatan Perahu Tambang

51

4.4

Pembudayaan Perahu Tambang

56

4.5

Kesimpulan

59

BAB 5: PENUTUP

61

BIBLIOGRAFI

65

LAMPIRAN
Lampiran A

67

viii

SENARAI JADUAL
Jadual

Halaman

2.1

Penduduk Sarawak Mengikut Banci 1980

15

3.1

Pendaftaran Pelajar Sekolah Melayu 1883-1921

40

ix

SENARAI FOTO

Foto

Halaman

2.1

Pemandangan di Kuching pada Tahun 1839

17

2.2

Perahu Barong

27

2.3

Perahu Heng Hua Kotak

28

3.1

Pengangkutan di Sungai Sarawak pada Tahun 1800

33

3.2

Ketibaan James Brooke dengan Menggunakan Kapal


H. M. S Dido

34

3.3

Permandangan Astana pada Tahun 1880

42

3.4

Suasana di Sungai Sarawak semasa Pemerintahan Charles


Vyner Brooke

44

4.1

Perauk Tambang Melayu

48

4.2

Perauk Tambang Orang Ulu Boat

49

4.3

Perauk Tambang Iban Long Boat

50

4.4

Proses Pemuliharaan Perauk Tambang Warisan

52

4.5

Pemilihan Papan Dinding Perauk Tambang

52

4.6

Proses Pembuatan bahagian Haluan Perauk Tambang

53

4.7

Penggunaan Teknik Pasak dalam Perauk Tambang

53

4.8

Proses Pembuatan bahagian dalam Perauk Tambang

54

4.9

Penggunaan Gergaji dalam Proses Pembuatan Dinding


Perauk Tambang

54

4.10

Proses Pemeliharaan dan Pemuliharaan Perauk Tambang


Warisan yang telap Siap di Waterfront Kuching

55

4.11

Perkembangan Waterfront di Kuching pada Masa Kini

57

4.12

Warisan Perauk Tambang Tradisional di Muzium Sarawak

58

4.13

Pengkalan Perauk Tambang di Pengkalan Panjang

59

SENARAI LAMPIRAN
Lampiran A

Halaman

Foto A1: Bahagian Bahagian Hadapan Perauk Tambang

68

Foto A2: Bahagian Bahagian Belakang Perauk Tambang

68

Foto A3: Suasana Sungai Sarawak pada Waktu Pagi

69

Foto A4: Suasana Sungai Sarawak pada Waktu Senja

69

Foto A5: Replika Perauk Tambang

70

Foto A6: Perauk Tambang Menjadi Lambang Sungai Sarawak

70

Foto A7: Pengkaji Bersama Perauk Tambang Tradisional

71

Foto A8: Gebenor Terakhir Sarawak Menaiki Perauk Tambang

71

xi

SENARAI SINGKATAN
Bil.

Bilangan

hlm.

Halaman

Ibid.

In the work cites

No.

Nombor

op. cit.

opere citato

Vol.

Volume

xii

BAB 1
PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Sarawak terletak di bahagian barat laut Kepulauan Borneo. Sarawak berada di


kedudukan kira-kira di antara 00 50' hingga ke 50 0' di utara garisan lintang dan di
antara 1,000 5' hingga 1,1150 50' pada garisan bujur. Sarawak adalah
bersempadanan dengan Kalimantan, iaitu Selatan Indonesia, sementara di sebelah
utara bersempadanan dengan negara Brunei dan negeri Sabah. Berdasarkan
kepada Madzlan Abdullah, Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia
dengan keluasan iaitu kira-kira 123, 985 kilometer persegi iaitu hampir menyamai
keluasan keseluruhan negeri di Semenanjung Malaysia. Sarawak mempunyai
penduduk seramai 977, 013 orang dengan kepadatannya kira-kira 20 orang satu
batu persegi.1
Sarawak juga mempunyai sebelas bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Sri
Aman, Sarikei, Betong, Mukah, Limbang, Sibu, Bintulu, Kapit dan Miri yang mana
ibu negeri Sarawak adalah berada di Kuching. Masyarakat di Sarawak adalah
cenderung untuk menggunakan sungai sebagai sumber harian dan sebagai laluan
perhubungan. Antara sungai yang terdapat di Sarawak ialah seperti Sungai
Sarawak, Sungai Rejang, Sungai Batang Lupar. Batang Rajang atau Sungai Rajang
yang terdapat di Sarawak merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia dengan
panjangnya 563 Kilometer yang bermula dari Banjaran Iran di tengah Pulau Borneo
hingga ke Laut China Selatan di Barat. Hal ini telah menyebabkan kewujudan
pembudayaan pembuatan perahu sebagai alat pengangkutan air yang utama di
Sarawak sejak zaman dahulu lagi.

Madzlan Abdullah, Sejarah Malaysia Timur, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 1978,
hlm. 8.

1.2

Permasalahan Kajian

Pengangkutan air iaitu perahu tambang atau lebih disebut sebagai perauk
tambang dalam masyarakat Melayu di Sarawak adalah sangat penting di Kuching
pada masa dahulu iaitu semasa pemerintahan rejim Brooke. Namun, kebanyakan
kajian berkaitan pengangkutan air di sarawak pada masa kini adalah lebih
memfokuskan tentang pengangkutan masa kini dan mengetepikan kepentingan
pengangkutan perauk tambang yang banyak memiliki nilai sejarahnya yang
tersendiri. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan peranan perauk
tambang sebagai pengangkutan air yang utama di Kuching pada suatu ketika
dahulu semakin dilupakan oleh masyarakat masa kini.
Oleh hal yang demikian, hal ini telah mendorong pengkaji untuk mengkaji
dengan lebih teliti berkaitan dengan sejarah pembudayaan perauk tambang di
Kuching pada zaman Brooke. Permasalah kajian yang cuba dirungkai oleh pengkaji
ialah mengapakah pada zaman rejim Brooke pembuatan dan pembudayaan perauk
tambang di Kuching berkembang pesat berbanding dengan zaman sebelum rejim
Brooke. Justeru, pengkaji akan meneliti konsep dan perubahan-perubahan
berkaitan dengan pembudayaan perauk tambang dalam kehidupan masyarakat
Melayu yang tinggal di Kuching pada masa dahulu. Selain itu, apakah pula
sebenarnya perauk tambang dengan mengkaji kaedah pembuatan perahu tambang
dalam kalangan masyarakat Melayu Sarawak yang berperanan sebagai pembuat
perahu tambang tersebut.

1.3

Objektif Kajian

Kajian ini adalah mengkaji perkara pokok yang ingin difahami secara mendalam
oleh pengkaji iaitu berkaitan dengan pembudayaan perauk tambang di Kuching
pada zaman rejim Brooke. Antara objektif kajian yang terkandung dalam kajian ini
ialah bagi mengkaji faktor yang menyebabkan perkembangan perauk tambang
pada zaman rejim Brooke. Dalam hal ini, pengkaji juaga akan mengkaji siapakah
yang membawa kepada pembudayaan perauk tambang tersebut. Selain itu, objektif
2

kajian yang seterusnya adalah bagi mengkaji apakah sebenarnya perauk tambang
dengan mengkaji kepada reka bentuk dan cara pembuatan perauk tambang di
samping untuk mengkaji apakah modus operandi yang telah dijalankan bagi
mengekalkan warisan perauk tambang sebagai pengangkutan air tradisional di
Kuching.

1.4

Skop dan Batasan Kajian

Skop kajian ini adalah hanya memfokuskan perauk tambang yang merupakan salah
satu pengangkutan air yang sangat penting semasa Kuching berada di bawah
pemerintahan rejim Brooke. Dalam hal yang demikian, batasan tempat kajian ini
pula ialah tertumpu di kawasan Kuching sahaja yang merupakan bahagian
pentadbiran Sarawak yang utama sejak zaman Brooke. Selain itu, batasan masa
kajian ialah semasa Kuching berada di bawah pemerintahan rejim Brooke iaitu dari
skop tahun 1841 dan tamat pada tahun 1941. Justeru, kajian ini akan menyentuh
peranan yang dimainkan oleh ketiga-tiga Rajah Brooke ketika itu iaitu bermula dari
zaman pemerintahan James Brooke, Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke. Di
samping itu, latar masyarakat yang akan dikaji ialah masyarakat Melayu yang
tinggal di Kuching yang berperanan dalam membudayakan perauk tambang
semasa zaman pemerintahan rejim Brooke dan masih menjalankan aktiviti
pengangkutan perauk tambang di sekitar Kuching Kuching sehingga kini.

1.5

Kepentingan Kajian

Dalam penulisan ini, kepentingan kajian adalah amat dititikberatkan kerana ianya
adalah perkara utama yang mendorong pengkaji untuk membuat kajian berkaitan
perkembangan pengangkutan air pada masa dahulu. Penulisan latihan ilmiah ini
adalah bertujuan untuk mengkaji tentang sejarah pembudayaan perauk tambang
atau perauk tambang yang merupakan salah sebuah pengangkutan air yang
terpenting di Kuching pada masa dahulu yang mana kajian ini adalah lebih melihat
kepada sejarah pembudayaan perauk tambang pada masa pemerintahan rejim
3

Brooke. Kajian ini adalah penting bagi menambahkan sumber penulisan disebabkan
peranan perauk tambang sebagai sebuah pengangkutan sungai yang utama di
Kuching kurang diberikan penekanan oleh sesetengah penulis sebelum ini.
Selain itu, kajian ini juga penting menjelaskan kepada masyarakat pembaca
pada masa kini untuk memahami sejarah pengangkutan perauk tambang di
Kuching pada masa zaman pemerintahan rejim Brooke. Hal ini demikian kerana
penulisan latihan ilmiah ini memberikan penekanan kepada sejarah pembudayaan

perauk tambang dan hasil penulisan ini diharapkan dapat memberikan ilmu yang
sangat berguna kepada masyarakat khususnya kepada masyarakat yang tinggal di
Sarawak secara amnya bagi mengenali sejarah pembudayaan perauk tambang di
Kuching pada zaman pemerintahan rejim Brooke.
Seterusnya,

kajian

ini

juga

bertujuan

untuk

mengisi

kekosongan,

menambahkan fakta dan membuat kajian baharu yang sebelum ini jarang disentuh
oleh para pengkaji. Oleh itu, dengan terhasilnya penulisan latihan ilmiah, adalah
amat diharapkan agar ia dapat membantu pengkaji daripada generasi baharu untuk
membuat kajian dan juga untuk membuat rujukan dan panduan daripada hasil
penulisan ini.

1.6

Metodologi kajian

Dalam menjalankan kajian yang bertajuk "Sejarah Pembudayaan Perauk Tambang


Masyarakat Melayu di Kuching Semasa Rejim Brooke (1841-1941)," pengkaji akan
menggunakan disiplin sejarah dalam melakukan kajian ini. Dalam hal ini, pengkaji
menggunakan kaedah pendekatan sejarah dari bawah dengan melihat kepada
peranan yang dimainkan oleh masyarakat Melayu di Kuching dalam membudayakan

perauk tambang sebagai pengangkutan air yang utama pada masa pemerintahan
rejim Brooke.
Selain itu, kaedah kajian yang digunakan dalam melakukan kutipan data
kajian ini ialah dengan menggunakan kaedah kajian arkib untuk mendapatkan
sumber primer yang berkaitan dengan kajian ini yang mana kajian arkib ini akan
4

dijalankan di arkib dan Muzium Negeri Sarawak yang terdapat di Kuching, Sarawak.
Di samping itu, pengkaji juga akan menggunakan kaedah kajian perpusatakaan

(library research) bagi mendapatkan sumber bertulis yang lain khususnya iaitu
sumber sekunder yang akan diperolehi daripada perpustakaan Tun Jugah
Foundation, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak, Yayasan Sabah
dan Perpustakaan Kota Kinabalu sama ada dalam bentuk dokumen, laporan, tesis,
majalah, jurnal, akhbar, buku dan juga sumber daripada internet.
Selain itu, kajian ini juga turut akan menggunakan kaedah temubual atau
kaedah lisan. Ini adalah bertujuan untuk memperolehi maklumat yang tidak ada
ditulis di dalam buku mahupun dalam dokumen bercetak yang tidak diterbitkan.
Justeru, hal ini dipercayai dapat membantu pengkaji untuk memperolehi maklumat
yang lebih tepat kerana kesemua sumber untuk memperolehi maklumat digunakan
dalam penyelidikan ini sama ada sumber primer, sumber sekunder dan sumber
lisan. Individu yang akan ditemubual adalah terdiri daripada masyarakat Melayu
Sarawak yang menjalankan aktiviti pengangkutan perauk tambang sebagai
kehidupan seharian mereka dan juga mereka yang turut mengetahui sejarah
pembudayaan

perahu

tambang

di

Kuching,

Sarawak

pada

masa

dahulu

terutamanya semasa era pemerintahan rejim Brooke.

1.7

Sorotan Literatur

Penulisan latihan ini adalah berkaitan dengan sejarah pembudayaan perauk


tambang di Kuching, Sarawak pada zaman pemerintahan rejim Brooke di Sarawak
(1841-1941) yang mana pengangkutan perauk tambang telah dijalankan oleh
masyarakat Melayu Sarawak pada masa tersebut. Dalam melakukan sorotan
literatur ini, pengkaji telah menyedari bahawa hasil penulisan berkaitan sejarah
pembudayaan perahu tradisional seperti perauk tambang adalah kurang disentuh
oleh para penulis yang lain. Dalam hal ini terdapat beberapa buku yang telah
disorot oleh pengkaji bagi menambahkan fakta dan maklumat dalam penulisan ini.

Dalam hal ini, antara hasil penulisan yang disorot dalam melakukan kajian
sejarah pembudayaan perauk tambang di Kuching, Sarawak ialah buku yang ditulis
oleh Ahmad Jelani Halimi.2 Penulis telah menyatakan bahawa terdapat beberapa
jenis perahu yang terdapat di Nusantara yang ada dalam kalangan masyarakat
Melayu pada masa dahulu iaitu seperti perahu, sampan dan balang. Namun,
penulis tidak menyatakan jenis perahu yang lain seperti perauk tambang
disebabkan penulisannya adalah lebih memfokuskan tentang kehidupan masyarakat
Melayu feudal pada zaman Kesultanan Melayu Melaka sahaja. Dalam hal ini juga,
penulis juga telah memberikan maklumat secara terperinci berkenaan peranan
perahu di alam Melayu yang banyak digunakan oleh para pelayar Melayu pada
sekitar abad ke-18. Di samping itu, penulis juga turut menyatakan bahawa peranan
perahu pada masa itu adalah lebih kepada untuk tujuan perdagangan dan ini dilihat
lebih menyerupai peranan perauk tambang yang ada di Kuching, Sarawak pada
masa dahulu.
Selain itu, hasil penulisan lain yang telah disorot oleh pengkaji ialah buku
yang dihasilkan oleh Semuel Kurni.3 Dalam penulisan tersebut, penulis telah
menjelaskan dengan lebih terperinci berkaitan dengan peranan perahu dalam
masyarakat Rayori yang mendiami kepulauan Indonesia. Menurut penulis,
masyarakat Rayori adalah merupakan antara pembuat perahu tradisional yang
terdapat di Indonesia yang mana mereka mempunyai corak dan teknik pembuatan
yang tersendiri dalam proses pembuatan perahu. Kelebihan yang terdapat dalam
penulisan ini ialah penulis ada menyebut tentang proses pembuatan perahu dalam
kalangan masyarakat Rayori dengan menjelaskan tentang konsep perahu dan cara
pembuatan serta kayu yang digunakan dalam proses pembuatan perahu tradisional
tersebut dan ini telah memberikan gambaran awal kepada pengkaji untuk mengkaji
corak pembudayaan perahu tradisional yang lain seperti perauk tambang yang
terdapat di Kuching, Sarawak.

Ahmad Jelani Halimi, Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Di Selat Melaka Abad Ke-15 Hingga Ke18, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006.

Semuel Kurni, Teknik Pembuatan Perahu Tradisional oleh Masyarakat Kampung Rayori Distrik
Kepulauan Aruri Kabupaten Supiori Provinsi Papua, Manokwari: Universitas Negeri Papua,
2013.

Di samping itu, buku yang ditulis oleh Ismail Ali dan Mohammad Raduan
Mohd Ariff juga turut menjelaskan tentang pembudayaan perahu awal di kepulauan
Nusantara pada masa dahulu iaitu sebelum zaman kedatangan dan pendudukan
kuasa kolonial Eropah.4 Dalam buku ini, para penulis telah menjelaskan bahawa
perahu tradisional yang telah banyak memberikan corak pembudayaan masyarakat
pelayar alam Melayu ialah perahu bercadik (outrigger). Penulisan kedua-dua
penulis ini adalah sangat penting bagi mengkaji perahu yang digunakan oleh
masyarakat di Nusantara dahulu yang digunakan untuk tujuan pelayaran jarak
dekad dan pelayaran jarak jauh di samping untuk tujuan perdagangan. Para penulis
juga turut mengkaji sejarah kedatangan perahu bercadik ke Nusantara sama ada
perahu tersebu adalah berasal dari dalam kepulauan Nusantara sendiri ataupun
dibawa pelayar luar berdasarkan beberapa teori seperti teori J. Hornell, Sean
MacGrail dan juga bukti-bukti arkeologi. Dalam penulisan ini, para penulis juga
turut mengkaji pembudayaan perahu awal di Nusantara cuma berlainan konteksnya
sahaja jika dibandingkan dengan penulisan yang cuba dilakukan oleh pengkaji yang
lebih melihat kepada corak pembudayaan perauk tambang di Kuching, Sarawak.
Oleh hal yang demikian, buku yang dihasilkan oleh Ismail Ali dan Mohammad
Raduan Mohd Ariff ini adalah sangat penting dalam mengkaji peranan perahu
tradisional dalam mencorakkan pembudayaan pelayaran dan perdagangan di
Nusantara pada masa dahulu seperti zaman keagungan empayar Srivijaya
(Buddha) dan Empayar Majapahit (Hindu).
Di samping itu, hasil penulisan yang dihasilkan oleh Elymart Jastro juga
telah menceritakan secara terperinci tentang pembudayaan perahu awal di
Nusantara seperti hasil penulisan Ismail Ali dan Mohammad Raduan Mohd Ariff
yang bertajuk Pembudayaan Perahu Bercadik (outrigger) di Nusantara. Menurut
Elymart Jastro, terdapat banyak perahu tradisional yang terdapat di Nusantara
seperti yang dinyatakan oleh Ismail Ali dan Mohammad Raduan Mohd Ariff dan
memberikan istilah-istilah yang tertentu oleh masyarakat yang tinggal di Indonesia

Ismail Ali dan Mohammad Raduan Mohd Ariff, Pembudayaan Perahu Bercadik (Outrigger) di
Nusantara, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2009.

pada masa dahulu.5 Hal ini sama juga dengan istilah perahu yang terdapat di
Sarawak yang mempunyai nama-nama yang tertentu seperti perauk tambang yang
disebut sebagai perauk tambang dalam kalangan masyarakat Melayu di Sarawak.
Selain itu, hasil penulisan lain yang turut disorot ialah buku yang ditulis oleh
S. Baring Gould dan C.A. Bampfylde.6 Di sini, para penulis telah menceritakan
tentang peranan perahu yang digunakan di Sarawak semasa zaman pemerintahan
rejim Brooke. Namun, perahu-perahu yang dimaksudkan ialah hanya untuk tujuan
peperangan dan juga ekspedisi perluasan kuasa yang telah dilakukan oleh James
Brooke semasa memerintah Sarawak. Dalam hal ini juga, penulis tidak
menceritakan peranan dan pembudayaan perauk tambang walaupun pembudayaan

perauk tambang turut mengalami kemajuan semasa era pemerintahan James


Brooke tersebut. Hal ini kerana James Brooke dilihat lebih memfokuskan peranan
perahu dalam usaha memerangi lanun di muara Sungai Sarawak di awal
pemerintahannya. Oleh hal yang demikian, buku ini dilihat tidak menjelaskan
secara terperinci tentang keseluruhan pembudayaan perahu pada masa masa
pemerintahan rejim Brooke seperti peranan perauk tambang sebagai alat
pengangkutan tradisional yang sangat penting bagi perhubungan di Kuching pada
masa tersebut.
Menurut Jesinja Bin Ambasing, pembudayaan dan pembuatan perahu dalam
kalangan sesebuah masyarakat adalah bergantung kepada faktor penempatan
masyarakat

di

sesuatu

tempat.7

Hal

ini

menjadikan

sesetengah

corak

pembudayaan perahu adalah berbeza mengikut sesuatu tempat yang berlainan.


Selain itu, penulis juga menyatakan bahawa faktor keagamaan juga penting kepada
budaya pembuatan perahu itu sendiri. Dalam penulisannya, beliau banyak
menyentuh peranan dan warisan perahu kayu dalam komuniti pesisir pantai dan
pulau-pulau yang terdapat di Sandakan. Penulisan beliau ini penting dalam sebagai
5

Elymart Jastro, Kajian Perahu Tradisional Nusantara Di Muzium Bahari, Jakarta Utara. Jakarta:
Universitas Indonesia, 2010.

S. Baring Gould dan C.A. Bampfylde, A History of Sarawak: Under its Two White Rajahs 1839-1908,
London: Sotheran & Co. Bhd, 2007.

Jesinja Bin Ambasing, Warisan Perahu Kayu Komuniti Pesisir Pantai dan Pulau di Sandakan Sabah,
Latihan Ilmiah, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 2009.

gambaran awal tentang bagaimana sesebuah masyarakat itu membudayakan


sesebuah perahu dalam kehidupan seharian mereka seperti yang terdapat di
sekitarnya seperti pembudayaan perauk tambang dalam komuniti masyarakat
Melayu Sarawak yang tinggal di lembah Sungai Sarawak, Kuching.
Menurut P. Sivarajan dan S. Malar Arasi pula, perkembangan sistem
pengangkutan dan perhubungan di Sarawak pada zaman pemerintahan Rejim
Brooke adalah berada pada tahap yang rendah. Hal ini demikian hanya terdapat
terdapat beberapa sahaja jalan raya yang pendek dan tidak berturap di Kuching
dan Miri dan kawasan yang berhampirannya. Penulis menyatakan bahawa terdapat
kesukaran untuk membina jalan raya sekaligus telah menyebabkan Sarawak
mengambil masa yang panjang dalam proses pembinaan jalan raya. Selepas
pembentukan Malaysia, barulah pembinaan jalan raya telah berkembang pesat di
Sarawak. Selain itu, para penulis turut menyatakan bahawa perkembangan bandar
di Sarawak adalah tertumpu di kawasan yang mempunyai aktiviti ekonomi yang
dapat menarik ramai penduduk. Bandar Kuching telah dijadikan sebagai ibu negeri
Sarawak pada tahun 1841 oleh James Brooke dan kebanyakan penduduk pada
ketika itu adalah terdiri daripada orang Melayu Borneo dan sebilangan kecil
pedagang Cina. Namun penulisan ini kurang memberikan maklumat secara
terperinci tentang perkembangan pengangkutan darat dan juga tidak memberikan
maklumat tentang perkembangan pengangkutan air di Sarawak.8
Selain daripada menyorot buku yang berkaitan dengan pembudayaan
perahu, pengkaji juga turut menyorot penulisan yang berkaitan dengan masyarakat
Melayu Sarawak dari sudut sosioekonomi mereka yang akhirnya mewujudkan
pembudayaan perahu tambang pada zaman pemerintahan rejim Brooke. Menurut
L. W Jones dalam penulisannya yang bertajuk The Population of Borneo: A study of

the people of Sarawak, Sabah and Brunei, beliau berpendapat bahawa selepas
Perang Dunia Kedua, ketiga-tiga buah kawasan ini iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei

P. Sivarajan dan S. Malar Arasi, Sejarah Sosioekonomi Malaysia sehingga Tahun 1970, Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, 2012.

mengalami peningkatan yang cepat dari segi ekonomi dan perkhidmatan sosial.9 Di
samping itu, pertambahan penduduk juga meningkat dengan mendadak pada
ketika itu. Namun, buku ini tidak menyatakan secara terperinci tentang
perkembangan sosioekonomi masyarakat Melayu di Sarawak pada masa itu
menyebabkan peranan mereka dalam bidang tertentu seperti bidang pengangkutan

perauk tambang adalah menjadi kabur.


Hasil penulisan lain yang turut disorot ialah penulisan Amarjit Kaur.10
Menurutnya, kaum Melayu Sarawak yang datang telah mendiami kawasan pantai
dan mengambil alih kawasan pendalaman untuk membangunkan tanaman padi
sawah di sepanjang tebing sungai.

Di samping itu juga, semasa pemerintahan

Brunei di Sarawak, kaum Melayu telah berevolusi dalam konteks aristokrasi yang
mana kekurangan kuasa dalam menjalankan perdagangan dengan pedagang
China. Pada tahun 1850, ekonomi masyarakat Melayu telah berkembang dimana
mereka telah menjalankan perdagangan sagu antara masyarakat Melayu Kuching
dengan masyarakat Melayu di Mukah dan Oya.

Sagu yang telah diproses itu

kemudiannya telah dihantar ke Kilang yang hanya terdapat di bahagian Kuching


sahaja. Hal ini memperlihatkan masyarakat Melayu telah mengalami perkembangan
dari segi ekonomi dimana pada mulanya mereka mengamalkan ekonomi sara diri
dan kemudiannya telah diambil bekerja oleh pemerintah Brooke untuk menjadi
orang tengah dalam perniagaan. Penulisan beliau ini telah memberikan maklumat
yang penting dalam mengkaji perkembangan sosioekonomi masyarakat di Kuching
terutamanya semasa pemerintahan rejim Brooke yang kemudiannya telah
mencorakkan

perkembangan

pembudayaan

perauk tambang dalam aspek

perhubungan dan perdagangan di Kuching.

. L. W Jones, The Population of Borneo: A Study of the Peoples of Sarawak, Sabah and Brunei,
Journal The Australian Quaterly. Vol. 39, 1967.

10

Amarjit Kaur, The Babbling Brookes: Economic Change in Sarawak 1841-1941, Journal Modern
Asian Studies. Vol. 29, No. 1, 1995.

10

Menurut Wan Kamal Mujani dan Noranizah Yusuf, mereka telah menjelaskan
tentang perubahan keadaan kehidupan orang Melayu setelah memerintah Sarawak
dan mula campur tangan dalam urusan adat resam orang Melayu.11 Sebagai
contohnya, beliau telah menubuhkan Probate and Divorce Court bagi menguruskan
hal-hal perkahwinan, perceraian dan kematian di kalangan masyarakat Islam
Sarawak. Hal ini memperlihatkan Brooke telah mula melibatkan diri dalam adat
masyarakat Melayu. Selain itu juga, Charles Brooke juga telah menggubal satu
undang-undang, iaitu Ordinan Wasiat Islam pada tahun 1896, yang mana dilihat
untuk mengawal segala urusan wasiat yang dibuat oleh orang Islam. Menurut Wan
Kamal juga, beliau menyatakan perubahan dalam cara berpakaian orang Melayu
yang mana telah memakai kot dan sebagainya. Perubahan ini berlaku adalah
disebabkan pembaharuan yang dibawa oleh keluarga Brooke ke Sarawak dilihat
bertentangan dengan adat resam masyarakat Melayu yang sebenarnya. Fenomena
ini menyebabkan golongan ulama tempatan bertindak balas dengan mewujudkan
sistem pendidikan Islam di Sarawak yang lebih formal kepada masyarakat Islam.
Penulisan ini penting bagi menjelaskan tentang perubahan kehidupan orang-orang
Melayu di Sarawak semasa pemerintahan rejim Brooke. Namun, perubahan dan
perkembangan pengangkutan perauk tambang dalam kalangan masyarakat Melayu
pada ketika itu tidak dijelaskan oleh penulis.
Menurut Ooi Keat Gin pula, perkembangan taraf hidup orang Melayu
khususnya dalam aspek pendidikan Melayu Sarawak pada zaman pemerintahan
Brooke masih berada pada tahap mundur dan tidak menunjukkan perubahan.12
Lagipun, kepentingan pendidikan pada masa itu adalah belum jelas dan dilihat tidak
diambil berat oleh masyarakat bawahan. Menurutnya lagi, masyarakat Melayu
bawahan yang merupakan majoriti di Sarawak bekerja sebagai petani, ada juga
nelayan, buruh dan sebagainya. Golongan tersebut tinggal di kawasan pendalaman
Sarawak, khususnya di luar bahagian Kuching. Berbanding di bahagian Kuching,
golongan ini memerlukan anak-anak mereka, khususnya golongan bawahan untuk
11

Wan Kamal Mujani & Noranizah Yusuf, Islam dan Missionari di Sarawak: Kesan terhadap Pendidikan
pada Zaman Crown Colony, 1841-1941, Jurnal Sosiohumanika, Vol. 3, No. 2, 2010.

12

Ooi Keat Gin, Sarawak Malay Attitudes Towards Education during the Period of Brooke Rule, 18411946, Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 21, No. 2, 1990.

11

membantu mereka untuk menjadi buruh ketika musim menuai. Sekiranya mereka
pergi ke sekolah, perkara ini akan menyebabkan ibu bapa kekurangan buruh untuk
membantu mereka. Hal ini menyebabkan mereka berpendapat disebabkan oleh
kekurangan pendidikan peringkat rendah yang tidak membolehkan mereka
melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Hal ini menyebabkan mereka
terpaksa balik ke kampung dan menjalankan pekerjaan tradisional mereka dan hal
ini berbeza dengan kepentingan pendidikan dalam masyarakat Melayu yang tinggal
di bandar Kuching pada masa itu.

1.8

Pembahagian Bab

Kajian dan penulisan latihan ilmiah yang bertajuk Sejarah Pembudayaan Perauk

Tambang Masyarakat Melayu di Kuching Semasa Rejim Brooke (1841-1941) adalah


terbahagi kepada lima bab kesemuanya. Bab pertama akan memberikan gambaran
awal kepada pengkaji tentang kajian yang ingin dijalankan iaitu berkaitan dengan
sejarah pembudayaan perauk tambang di Kuching pada zaman pemerintahan rejim
Brooke. Dalam bab ini, ia mengenai kerangka kajian iaitu seperti pengenalan,
permasalahan kajian, objektif kajian, skop kajian, kepentingan dan kaedah kajian
yang akan digunakan semasa penyelidikan dilaksanakan serta sorotan literatur.
Bab dua adalah bertajuk Latar Belakang Kuching dan Masyarakat Melayu

Sarawak. Bab ini akan membincangkan latar belakang secara umum keadaan
geografi negeri Sarawak dan turut menyentuh asal usul Kuching. Selain itu, bab ini
juga akan menjelaskan asal usul masyarakat Melayu di Kuching dengan mengkaji
corak migrasi masyarakat tersebut ke Kuching. Bab ini juga turut menceritakan
tentang keadaan taraf hidup dan perkembangan sosioekonomi masyarakat Melayu
sebelum dan semasa pemerintahan rejim Brooke di Sarawak serta menyentuh
sedikit perkembangan sosioekonomi masyarakat Melayu selepas era kemerdekaan.
Bab tiga pula adalah bertajuk Pembudayaan Perauk Tambang pada Zaman

Rejim Brooke. Dalam bab ini, pengkaji akan mengkaji secara menyeluruh tentang
perkembangan pembudayaan perahu tambang dari tahun 1841-1941 iaitu semasa
pemerintahan

rejim

Brooke

di

Sarawak.
12

Dalam

hal

ini,

pengkaji

akan

membincangkan secara kronologi perkembangan pembudayaan perauk tambang


iaitu bermula dari zaman pemerintahan James Brooke, Charles Brooke dan Charles
Vyner Brooke.
Bab empat adalah bertajukl Tradisi Pembuatan dan Pembudayaan Perauk

Tambang pada Masa Kini. Bab ini akan menjelaskan jenis-jenis perauk tambang
yang terdapat di Kuching yang menjadi warisan di Kuching pada masa kini serta
proses pembuatan perauk tambang tersebut. Selain itu, bab ini juga akan
menjelaskan tentang pembudayaan perauk tambang dalam kalangan masyarakat
Melayu yang tinggal di Kuching yang mana penulis akan mengkaji bentuk
pembudayaan perauk tambang yang masih kekal dalam kalangan masyarakat
tersebut. Bab lima pula merupakan bab yang terakhir yang menjadi penutup dan
rumusan kepada keseluruhan bab yang ada dalam kajian ini.

1.9

Kesimpulan

Kesimpulannya, kajian yang akan dilakukan adalah penting bagi mengkaji sejarah
pembudayaan perahu tambang atau perauk tambang yang ada di Kuching,
Sarawak pada masa pemerintahan rejim Brooke. Oleh hal yang demikian, cadangan
penyelidikan ini adalah sangat penting bagi memberikan gambaran terlebih dahulu
dan berperanan sebagai asas kepada penyelidikan yang dilakukan. Melalui hasil
kajian ini nanti, semoga dapat membantu memberikan maklumat yang berguna
kepada khalayak pembaca dalam usaha mengkaji sejarah dan pembudayaan
pengangkutan air di Sarawak secara umumnya dan di Kuching secara khususnya.

13

BAB 2
ASAL USUL KUCHING DAN MASYARAKAT MELAYU
SARAWAK

2.1

Pengenalan

Negeri Sarawak atau lebih dikenali sebagai gelaran Sarawak Bumi Kenyalang
merupakan sebuah negeri yang terbesar di Malaysia jika dibandingkan dengan
semua negeri di Malaysia dengan keluasan kira-kira 123 985 kilometer persegi. Ia
terletak di antara 0' 50' di garisan lintang dan 109' 5' di garisan bujur bumi.

Sarawak adalah terpisah dengan bahagian Semenanjung Malaysia dan terletak di


Borneo bersempadanan dengan Kalimantan, Brunei dan Sabah. Sarawak adalah
berada di bawah satu pemerintahan Rejim Brooke hampir 100 tahun sebelum
Sarawak menyertai Sabah dan Semananjung Malaysia bagi sama-sama membentuk
Malaysia pada tahun 1963.
Sarawak merupakan sebuah negeri yang sangat unik kerana memiliki
masyarakat berbilang kaum yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Iban,
Melayu Sarawak, Kayan, Kenyah, Kelabit, Melanau dan sebagainya yang mana
suku-suku etnik tersebut dibahagikan kepada Dayak Darat dan Dayak Laut yang
memiliki budaya yang berbeza. Jadual 2.1 akan menerangkan struktur demografi
masyarakat di Sarawak pada tahun 1980 berdasarkan kepada kumpulan etnik-etnik
yang tertentu. Antaranya ialah kumpulan etnik Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh,
Cina, India dan etnik-etnik yang lain. Ia adalah berdasarkan kepada jumlah dan
peratusan bilangan penduduk yang merangkumi semua bahagian yang terdapat di
Sarawak.

Syed Idrus Syed Ahmad dan R. Santhriam, Perkembangan Pendidikan di Sarawak, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 1.

Jadual 2.1: Penduduk Sarawak Mengikut Banci 1980


Kumpulan Etnik

Jumlah (ribu)

Peratus

Melayu

257.8

19.7

Melanau

75.1

5.7

Iban

396.3

30.3

Bidayuh

107.5

8.2

Cina

385.2

29.5

India

3.3

0.2

Suku-suku kaum lain

69.1

5.3

Lain-lain

13.3

1.0

Jumlah

1307.6

100.0

Sumber: Syed Idrus Syed Ahmad dan R. Santhriam, Perkembangan Pendidikan di Sarawak, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm 2.

Berdasarkan kepada jadual 2.1, masyarakat yang majoriti di Sarawak ialah kaum
Iban, Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau, dan diikuti oleh etnik-etnik yang lain.
Kumpulan etnik Iban terdiri daripada 30% iaitu sebanyak 396, 300 bilangan
penduduk dan diikuti oleh kaum Cina (385, 200), kaum Melayu (257, 000), dan
etnik-etnik yang lain berdasarkan kepada semua bahagian yang terdapat di
Sarawak pada masa tersebut.
Dari segi sejarah, Sarawak juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri
seperti mana tempat-tempat lain yang ada di Malaysia. Boleh dikatakan bahawa
sejarah Sarawak adalah terbahagi kepada tiga zaman yang berbeza iaitu era
Kesultanan Brunei, era pentadbiran rejim Brooke dan juga semasa Sarawak berada
dalam penjajahan Jepun. Sebelum kedatangan kedatangan kuasa Barat iaitu James
Brooke, nama Sarawak adalah kurang jelas dan Sarawak lebih dikenali sebagai
Borneo sahaja pada masa itu. Nama Sarawak hanya diketahui ramai setelah
penyerahan Sarawak oleh Sultan Brunei kepada James Brooke yang mana Sarawak
pada masa itu hanyalah merujuk kepada kawasan dari Tanjung Datu hingga ke
Sungai Sadong termasuk Lundu, Sungai Sarawak dan Samarahan sehinggalah
15

James Brooke meluaskan lagi kawasan Sarawak menerusi beberapa edisi perluasan
kuasa. Kejayaan-kejayaan dasar perluasan kawasan jajahan Brooke dapat dilihat
setelah berjaya mendapatkan Miri dan bahagian-bahagian yang lain seperti Mukah,
Sibu dan Bintulu daripada Kesultanan Brunei.

2.2

Asal Usul Kuching

Kuching merupakan bahagian Pertama di Sarawak yang mana ia merupakan


bahagian pentadbiran Sarawak yang utama. Seperti tempat-tempat lain, Kuching
juga mempunyai asal usulnya yang tersendiri sepertimana berdasarkan pendapatpendapat tertentu. Versi pertama asal usul nama Kuching ialah ia berasal daripada
nama haiwan iaitu Kucing. Semasa James Brooke mula mengembara di Sungai
Sarawak pada tahun 1841, beliau telah ditemani oleh seorang pemuda yang
berbangsa Melayu. Mereka tiba-tiba ternampak seekor haiwan yang sedang
melompat-lompat di tebing Sungai Sarawak dan James Brooke telah bertanya
kepada pemuda tersebut akan apakah nama haiwan tersebut. Pemuda tersebut
telah memberitahu kepada James Brooke bahawa haiwan tersebut adalah Kucing
yang kemudiannya memberikan nama kawasan tersebut sebagai Kuching. namun,
terdapat sedikit kekeliruan kerana masyarakat Melayu adalah lebih biasa menyebut
kucing sebagai pusa.2
Versi yang kedua pula ialah James Brooke merujuk Kuching sebagai sebuah
pelabuhan "Cochin" yang terdapat di Indo china dan berpusat di India. Manakala
versi asal usul nama Kuching yang seterusnya ialah Kuching berasal daripada nama
sebuah sungai kecil yang mengalir di hadapan Kuil Pek Kong di Jalan Tunku Abdul
Rahman dan Jalan Padungan. Versi yang seterusnya ialah Kuching diberi nama
berdasarkan kepada sejenis buah-buahan iaitu buah mata kucing iaitu Nephelium
Malarense dalam nama saintifiknya.3 Namun, kesemua versi yang menerangkan
2

Chang Pat Foh, Heroes of the Land and Hornbill, Kuching: Lee Ming Press Co, 1997, hlm. 54.

Ibid., hlm. 55.

16

asal usul nama Kuching tersebut adalah masih kabur kerana masing-masing
mempunyai tafsiran yang berbeza.
Foto 2.1: Pemandangan di Kuching pada Tahun 1839

Sumber: Pejabat Daerah Kuching

17

2.3

Asal Usul Masyarakat Melayu Sarawak

Banyak pendapat yang menyatakan bahawa masyarakat Melayu Sarawak yang


tinggal di Kuching adalah bukan masyarakat asal di Kuching dan bukan berasal dari
Sarawak itu sendiri yang mana ia adalah berdasarkan kepada beberapa teori
migrasi yang mengatakan bahawa masyarakat tersebut adalah bermigrasi daripada
beberapa tempat yang berada di sekitarnya.4 Hal ini disebabkan telah berlakunya
proses migrasi ataupun penghijrahan secara beramai-ramai masyarakat Melayu
Sarawak yang telah berlaku pada era Sarawak berada di bawah pemerintahan
Kesultanan Brunei. Mengikut catatan sejarah, masyarakat Melayu Sarawak pada
asalnya adalah berada di bawah pengaruh Kesultanan Brunei yang mana ia adalah
merupakan Kesultanan yang terkuat di Kalimantan pada masa itu sebelum Sarawak
diserahkan kepada James Brooke.5
Menurut Sulaiman Husaini pula, masyarakat Melayu Sarawak adalah
sebenarnya berasal daripada Kesultanan Brunei.6 Mereka telah bergerak ke arah
selatan Borneo dan mula menetap di kawasan yang memiliki bentuk muka bumi
yang sesuai untuk menjalankan kehidupan mereka. Berdasarkan kepada teori yang
diutarakan oleh penulis tersebut, ianya adalah kelihatan benar-benar berlaku
memandangkan terdapatnya beberapa bukti-bukti yang tertentu bagi menyokong
kepada hujah beliau tersebut melalui penemuan makam Pengiran Kesuma Yuda di
Kuching yang merupakan yang merupakan bapa Pengiran Indera Mahkota yang
pernah berkuasa di Kuching pada abad ke-19. 7

Masyarakat Melayu Sarawak adalah merujuk kepada masyarakat Melayu yang tinggal di Sarawak.
Selain daripada masyarakat Melayu, terdapat juga banyak etnik lain yang mendiami Sarawak
iaitu seperti Iban, Kayan, Penan, Kelabit, dan sebagainya.

Zainal Kling, Kebudayaan Melayu Sarawak, The Sarawak Museum Journal, vol. XL, No.661,1989,
hlm 6.

Sulaiman Husaini, Latar Belakang Samarahan dalam SAMARAHAN: Dari Kampung Terpencil ke Desa
Ilmu, Pejabat Residen Bahagian Samarahan, Sarawak Press Sdn Bhd, 2008, hlm. 7.

Ibid.

18

Selain itu, terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa terdapat


migrasi masyarakat Melayu Sarawak dari Kepulauan Sumatera iaitu berasal dari
Minangkabau. Selain itu, ada juga pendapat yang mengatakan bahawa masyarakat
Melayu Sarawak juga adalah berasal dari Jawa dan Johor. Pada masa yang sama,
terdapat juga teori yang mengatakan bahawa masyarakat Melayu Sarawak adalah
berasal dari Yunan yang terletak di China. Setelah tiba di Nusantara, mereka mula
menyebar di merata-rata tempat yang berada di sekitarnya8
Selain itu, J.H Walker turut menyatakan bahawa penggunaan Melayu telah
dibawa oleh James Brooke ke Sarawak daripada Singapura.9 Masyarakat Melayu di
Brunei juga dipercayai muncul daripada sub kumpulan Malaynie yang termasuk
dalam kumpulan etnik yang lain seperti Bajau, Suluk dan Brunei. Namun, Zainal
King

telah

menyatakan

bahawa

kewujudan

masyarakat

Melayu

Sarawak

sebenarnya berasal daripada kawasan Sarawak sendiri melalui konsep Islamisasi.10


Menurutnya, sesiapa yang telah menukar agamanya kepada agama Islam, maka
seseorang itu adalah secara automatik telah "masuk" Melayu dan sekaligus
menyebabkan mereka dikenali sebagai masyarakat Melayu.11
Semasa

penghijrahan

masyarakat

Melayu

Sarawak

ke

Kuching,

sememangnya terdapat berlaku pertembungan di antara masyarakat Melayu


dengan masyarat asalnya seperti masyarat Iban tetapi pertembungan yang lebih
bercorak positif. Hal ini disebabkan masyarakat Iban pada masa itu lebih giat untuk
mencari kawasan baru untuk dijadikan tempat tinggal dan sentiasa berhijrah dari
satu wilayah ke wilayah yang lain sehingga menyebar ke kawasan pedalaman iaitu
ke kawasan Kapit. Perkara yang paling unik sekali ialah kedua-dua kumpulan etnik
8

Foh Hon Kah, Native in Rejang Basin dalam A History of the Development of Rajang Basin in
Sarawak, Sibu: The Cultural Heritage Committee, 1996, hlm. 95.

J.H Walker, Notes on the use of Malay and Abang in Sarawak, The Sarawak Museum Journal,
vol. XLVIII, No. 69, Dec 1995, hlm 83.

10

Ibid.

11

Ibid., hlm 84.

19

ini mampu bekerjasama antara satu sama lain demi untuk menjamin kesejahteraan
hidup masing-masing terutamanya dalam menuntut hak keadilan. Sebagai
contohnya, ketika berlaku pemberontakan di Kuching yang diketuai oleh Datu
Patinggi Abdul Gapor pada tahun 1841.12 Dalam pemberontakan tersebut, keduadua kumpulan masyarakat ini telah bekerjasama antara satu sama lain untuk
melancarkan pemberontakan disebabkan oleh tekanan daripada pembesar Brunei
terhadap kehidupan kedua-dua masyarakat tersebut.
Sebelum kedatangan keluarga Brooke sebagai pemerintah Rajah Putih di
Sarawak, telahpun terdapat dua jenis sistem pemerintahan di Sarawak dengan
berlandaskan sistem pembesar dan juga sistem pemerintahan Kesultananan
Brunei.13 Dalam sistem pemerintahan Brunei, Sarawak telah dijadikan kawasan
"milik tulen" Kesultanan Brunei dengan dibantu oleh pembesar dalam menguruskan
hal ehwal di kawasan "milik tulen" tersebut. Semasa pemerintahan James Brooke di
Sarawak pada tahun 1841, barulah "milik tulen" Kesultanan Brunei yang meliputi
kawasan Tanjung Datu sehingga ke Samarahan telah dilepaskan oleh Sultan Brunei
sebagai hadiah kepada James Brooke. Tetapi, pada masa sebelum itu, Kawasankawasan tersebut atau lebih dikenali sebagai Kuching adalah berada dalam
pengaruh Kesultanan Brunei.14 Pada masa tersebut, seluruh tempat di bahagian
Kuching adalah diperintah oleh pembesar dan merupakan kawasan milik tulen
mereka dan termasuklah kawasan Skrang, Suai, Niah, Sibuti, Miri dan Baram.
Pembesar yang menguasai kawasan ini mempunyai hak dan kuasa sepenuhnya
untuk mengutip cukai dan hasil daripada penduduk sebagai hasil pendapatannya.
Cukai-cukai yang dipungut oleh para pembesar tersebut akan diserahkan kepada
Sultan Brunei yang mana hanya sedikit sahaja yang dimiliki oleh pembesar. Antara
bentuk cukai yang dibayar ialah hasil-hasil perikanan dan juga hasil pertanian
12

James C Jackson, Population and Settlement dalam Sarawak a Geographical Survey of Developing
State, London: University of London Press, 1968, hlm. 47.

13

Zainal Kling, op. cit., hlm. 47.

14

Ibid.

20

seperti tanaman padi dan sebagainya. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa di
Kuching pada masa sebelum pemeritahan rejim Brooke adalah merupakan kawasan
"milik tulen" Sultan Brunei.15
Selain itu, melalui kewujudan sistem Pembesar Berempat, Kuching telah
diperintah oleh empat pembesar yang utama yang diketuai oleh Datu Patinggi,
Datu Bandar, Datu Temenggung dan seterusnya ialah Laksamana.16 Konsep ini
adalah merujuk kepada sistem pembesar yang sememangnya sedia ada di Kuching
pada masa itu dan bebas daripada campur tangan daripada wakil Sultan Brunei
terutamanya dalam hak dan kuasa pungutan cukai di Kuching. namun, larangan
dan syarat-syarat pungutan cukai oleh pembesar-pembesar tempatan seringkali
dilanggar oleh wakil Kesultanan Brunei seperti di Sungai Sarawak berikutan
penemuan lombong antimoni yang penting kepada Kesultanan Brunei.17
Menurut Nicholas Tarling, perkembangan perdagangan sekitar abad ke 19
telah memberi peluang kepada kerajaan Kesultanan Brunei untuk memonopoli hasil
mineral seperti antimoni dieksport ke pelabuhan entrepot di Singapura.18 Hal ini
telah memberikan tekanan dari sudut kerahan tenaga buruh dan juga cukai yang
terlalu tinggi oleh wakil Kesultanan Brunei pada masa itu. Penduduk Melayu
Sarawak yang tinggal di kawasan Kuching berasa sangat tertekan dengan tindakan
daripada Pengiran Mahkota.19 Selain itu, kawasan di sekitar Kuching iaitu
Samarahan juga turut merasai keadaan yang sama. Hal ini kerana jarak di antara
Kuching dan Samarahan tidak begitu jauh iaitu sekitar 36 km. Tekanan tersebut
akhirnya telah menyebabkan segolongan besar penduduk Kuching bangkit untuk
15

Ibid.

16

Sulaiman Husaini, op. cit.

17

James C Jackson, op. cit., hlm. 47.

18

Nicholas Tarling, Sir James Brooke and Brunei. The Sarawak Museum Journal, vol. XI, No. 21-22
(New Series), 1963, hlm. 1-11.

19

James C Jackson, op. cit.

21

melakukan pemberontakan yang mana pemberontakan tersebut telah diketuai oleh


pembesar tempatan Kuching, iaitu Datu Patinggi Abdul Gapor di Lidah Tanah.20 Hal
ini menyebabkan Sultan Omar Ali Shaifuddin telah menghantar bapa saudaranya,
iaitu Pengiran Muda Hashim untuk mematahkan pemberontakan yang berlaku di
Kuching namun gagal. Pemberontakan tersebut akhirnya dapat dipatahkan hanya
setelah kedatangan Brooke ke Kuching pada bulan Ogos 1941.21 Kemenangan
Brooke dalam menangani pemberontakan pada tahun 1841 tersebut menyebabkan
bermulanya penjajahan kuasa Eropah ke Sarawak dan telah menjadi Rajah Putih
yang pertama yang mengusai Sarawak.
Kedatangan dan pemerintahan rejim Brooke pada tahun 1841 telah
mengubah sejarah Sarawak kepada satu bentuk pentadbiran yang baru setelah
penyerahan bahagian Kuching kepada James Brooke. Kehadiran James Brooke ke
Sarawak pada mulanya adalah untuk menghantar hadiah yang diberikan oleh
Gabenor di Singapura diatas bantuan yang diberikan oleh Pengiran Muda Hasyim.
Menurut Nicholas Tarling, misi utama Brooke datang ke Sarawak bukanlah hanya
untuk menghapuskan kegiatan perlanunan yang berleluasa di Sarawak tetapi juga
untuk menyelesaikan masalah perdagangan bersifat tradisional dan amalan
percukaian.22 Di samping itu, James Brooke sendiri, dalam tulisan beliau mengakui
keperibadian Pengiran Mahkota merupakan seorang kerabat raja yang bijak dan
terdidik.23 Hal ini terbukti apabila James Brooke dan Pengiran Indera Mahkota
mempunyai sepasang lawan yang sama kuat dan sama bijak dalam menewaskan
musuh. Perkara ini dapat dilihat melalui tekanan yang diberikan oleh Brooke
kepada kegiatan perlanunan, malahan memaksa pembesar untuk mengundurkan
diri dalam pemungutan hasil cukai. Hal ini kerana Brooke mahu memperkenalkan

20

Ibid., hlm. 48.

21

Ibid.

22

Nicholas Tarling, op. cit.

23

Ibid.

22

sistem baru dalam memungut cukai yang berasaskan kepada sistem dari Eropah.
Pembaharuan dalam sistem tersebut telah dimulakan oleh Brooke semasa ketika
beliau menjadi Gabenor Sarawak pada tahun 1842, yang mana meliputi kawasan
dari Tanjung Datu ke Sungai Samarahan di yang terkandung dalam Bahagian
Kuching pada masa itu.24
Semasa pemerintahan James Brooke, tidak banyak pembangunan yang
dijalankan oleh beliau kerana lebih menumpukan kepada menghapuskan kegiatan
perlanunan. Kegiatan perlanunan yang berlaku adalah perkara biasa bagi
masyarakat di Sarawak. Hal ini kerana kegiatan perlanunan ini biasanya diketuai
oleh golongan pembesar Melayu. Perkara ini bagi menambahkan hasil pendapatan
mereka selain daripada mengutip cukai dan memungut hasil tempatan. Hal ini
sudah pasti membimbangkan James Brooke pada ketika itu kerana kegiatan
perlanunan ini pasti menggugat keamanan di kawasan yang dikuasai oleh beliau
iaitu dari Tanjung Datu sehingga ke Sungai Samarahan yang termasuk dalam
pentadbirannya ketika itu. Selain itu, James Brooke juga lebih menumpukan kepada
ekspedisi peperangan bagi meluaskan lagi kawasan tanah jajahannya di Sarawak
seperti "Kadang Expedition" bagi menguasai kawasan Sungai Lemanak dan Sungai
Skrang.25
Dalam aspek keharmonian kehidupan masyarakat yang tinggal di Sarawak
pada masa itu, sebenarnya masyarakat Melayu Sarawak boleh menyesuaikan diri
dengan keadaan status etnik-etnik lain menyebabkan mereka boleh hidup bersama
walaupun mempunyai budaya hidup yang berbeza. Contohnya, jika dibandingkan
dengan etnik yang lain khususnya kaum Iban, corak hidup masyarakat Melayu
Sarawak adalah lebih harmoni kerana tiada konsep "mengayau" seperti yang ada
dalam masyarakat Iban.26 Bagi masyarakat Iban, mereka memburu kepala
24

Ibid.

25

Sarawak Gazette, Kadang Expedition, vol. XVI, No. 240, 1886, hlm. 55.

26

Mengayau adalah tradisi pemburuan kepada dalam kalangan masyarakat Iban yang tinggal di
Sarawak. Tradisi ini dilakukan bagi menunjukkan kegagahan lelaki kaum Iban.

23

disebabkan untuk menunjukan kegagahan mereka sebagai seorang pahlawan dan


juga syarat untuk menjadi seorang lelaki. Selain itu, pemburuan kepala ini adalah
untuk dijadikan hantaran perkahwinan kaum lelaki kepada kaum wanita di rumah
panjang. James Brooke juga bimbang kegiatan ini akan menyebabkan Sarawak
menjadi tempat yang merbahaya bagi pelabur luar. Namun jika dilihat dari
pandangan masyarakat Iban, mereka hanya menjalankan kegiatan memburu
kepala atau mengayau sebagai tujuan untuk mencari kawasan petempatan baharu
di kawasan pedalaman Sarawak dan untuk membalas dendam. Masyarakat ini tidak
menyasarkan masyarakat Melayu dan golongan pemerintah. Hal ini kerana mereka
melihat masyarakat Melayu tinggal di kawasan pinggir pantai dan sungai tidak
menganggu kegiatan mereka.
Dapat dilihat bahawa, pertembungan masyarakat Melayu dan Iban di
Sarawak adalah agak kurang disebabkan perbezaan tempat tinggal. Di samping itu,
masyarakat Iban yang suka berpindah randah juga menjadi faktor mengapa tidak
berlaku pemburuan kepala terhadap masyarakat Melayu. Sungguhpun begitu,
kedua-dua masyarakat ini juga dilihat dapat berkerjasama antara satu sama lain.
Sebagai contohnya, ketika berlaku pemberontakan di Kuching yang diketuai oleh
Datu Patinggi Abdul Gapor pada tahun 1841.27 Dalam pemberontakan tersebut,
kedua-dua masyarakat ini telah bekerjasama untuk melancarkan pemberontakan
disebabkan oleh tekanan daripada Pengiran Indera Mahkota terhadap mereka
melalui kenaikan cukai dan rampasan hasil tempatan.
Semasa pemerintahan Brooke di Sarawak, hak keistimewaan telah diberikan
kepada golongan masyarakat Melayu dengan memberikan jawatan-jawatan yang
penting dalam bidang kerajaan. Hal ini dapat dilihat melalui tulisan Harriette
McDougall, beliau ada menyatakan bahawa masyarakat Melayu dan Dayak
bergabung dibawah satu pemerintahan, iaitu pemerintahan James Brooke.28 Dalam
27

Nicholas Tarling., op. cit.

28

Harriette McDougall, Introductory dalam Sketches of Our Life in Sarawak, 2007, hlm. 4.

24

hal ini, dapat dilihat bahawa masyarakat Melayu Sarawak terpaksa menyokong
pemerintahan James Brooke. Sungguhpun masyarakat Melayu dan Dayak terpaksa
mengakui keberadaan Brooke sebagai Rajah Sarawak, namun mereka telah
diberikan beberapa keistimewaan. Hal ini dapat dilihat melalui pengekalan jawatan
mereka dalam perkhidmatan awam seperti Ketua Kampung, Datu Bandar, Datu
Patinggi dan sebagainya.29 Rajah Brooke berpendapat sekiranya jawatan tersebut
dikekalkan, perkara ini sudah pasti akan meningkatkan sokongan masyarakat
tempatan, khususnya masyarakat Melayu terhadap beliau. Situasi ini sudah pastilah
akan mengurangkan lagi pengaruh Kesultanan Brunei terhadap Sarawak pada
ketika itu.

2.4

Sosioekonomi Masyarakat Melayu Sarawak

Melalui sejarah penjajahan kuasa Eropah di Sarawak, ia sebenarnya telah bermula


setelah penglibatan Keluarga Brooke dalam membantu Kesultanan Brunei
menyelesaikan pemberontakan di Kuching pada Ogos 1841 sekaligus menjadi Rajah
Putih yang pertama. Namun, kegiatan ekonomi masyarakat Melayu yang mendiami
Kuching semasa pemerintahan Rejim Brooke adalah berada pada tahap yang
sangat mundur dan tidak banyak yang berubah ke arah kemajuan. Hal ini dapat
dilihat melalui penulisan Margaret Brooke dalam bukunya The Three White Rajahs
menyatakan bahawa James Brooke melihat masyarakat Melayu amat berbeza
dengan kaum lain yang terdapat di Sarawak.30
Menurut Margaret Broke, masyarakat Melayu pada ketika itu amat daif dan
tiada cita-cita yang tetap. Tidak banyak penjelasan dan catatan mengenai kegiatan
ekonomi masyarakat Melayu Sarawak semasa era James Brooke. Di samping itu,
James Brooke hanya memperakui seorang yang dilihat oleh beliau mempunyai

29

Ibid.

30

Margaret Brooke, The Renee Of Sarawak, Chapter One: James Brooke dalam The Three White
Rajahs, Kota Kinabalu:Natural History Publications, 2004, hlm. 36.

25

peningkatan yang lebih ke hadapan hanyalah adik kepada Pangiran Muda Hashim,
iaitu Badaruddin.31 Namun, James Brooke masih tidak berpuas hati dengan segala
kemewahan yang dimilikinya di Sarawak pada ketika itu dan hal ini telah
menyebabkan masyarakat Melayu di Kuching telah mulai memberontak akibat
tekanan yang menimpa mereka, khususnya daripada aspek ekonomi.32
Selain itu, James Brooke lebih menumpukan perhatiannya kepada perluasan
tanah jajahan daripada melihat kegiatan ekonomi masyarakat Melayu pada ketika
itu. Pada masa yang sama, James Brooke telah mencuba untuk mendapatkan
pengiktirafan

daripada

kerajaan

British

tentang

kedaulatan

Sarawak

dan

pembentukan syarikat yang boleh memberikan bekalan untuk sumber kewangan


beliau sendiri.33 Misalnya, menurut Henry Wise pada September 1841,34

For the country, what shall I say? I could not wish a richer; Its soil
its fine, and admirably calculated for the culture of rice, coffee,
nutmegs, or cotton.
Hal ini telah menunjukkan kehidupan dan status quo masyarakat Melayu di
Kuching pada masa pemerintahan James Brooke adalah berada pada tahap yang
sangat rendah. Hal ini berlaku sebaliknya dengan masyarakat Cina kerana James
Brooke lebih berminat untuk memajukan kehidupan orang Cina menyebabkan
peranan orang Cina telah mengatasi kepentingan orang Melayu pada ketika itu.
Sistem buruh digunakan oleh James Brooke bertujuan untuk mengekploitasikan
sumber yang ada di Sarawak dengan sebanyak mungkin. Sumber tersebut
kemudiannya akan di eksport ke British dan negara Eropah yang lain. Sebagai

31

Ibid.

32

Ibid.

33

34

R. H. W. Reece, Chapter Two: Economic Development Under Brooke dalam Development in


Sarawak, Victoria: Morphet Press Pty Ltd, 1988, hlm. 22.

Ibid.

26

contoh, migrasi beramai-ramai buruh China ke Sarawak untuk memonopoli hasil


emas di Bau pada tahun 1880an.35
Oleh yang demikian, kegiatan ekonomi masyarakat Melayu sekitar tahun
1841 hingga kematian James Brooke pada tahun 1868, masih lagi mengamalkan
ekonomi sara diri. Sebaliknya, corak ekonomi masyarakat Cina adalah jauh lebih
maju daripada corak ekonomi masyarakat Melayu pada ketika itu terutamanya
dalam bidang perikanan. Hal ini disebabkan oleh faktor kemudahan untuk
menjalankan aktiviti perikanan dalam masyarakat Cina adalah lebih maju seperti
penggunaan perahu Barong dan Heng Hua Kotak. Pada tahun 1924, terdapat 240
buah perahu Heng Hua yang berdartar di Sarawak. Pada masa yang sama, para
pemilik perahu tersebut juga telah bertindak untuk menyewakannya dan menjadi
orang tengah kepada masyarakat Melayu dalam pasaran ikan di Kuching.36
Foto 2.2: Perahu Barong

Sumber: G.R Elliston, The Marine Fishing Industry of Sarawak, Hull: University of Hull, 1967, hlm. 17.
35

Ibid., hlm. 24.

36

G.R Elliston, The Marine Fishing Industry of Sarawak, Hull: University of Hull, 1967, hlm. 2.

27

Foto 2.3: Perahu Heng Hua Kotak

Sumber: G.R Elliston, The Marine Fishing Industry of Sarawak, Hull: University of Hull, 1967, hlm. 18.

Semasa pemerintahan Rajah Brooke yang seterusnya iaitu Charles Brooke


dan Charles Vnyer Brooke, barulah kehidupan orang Melayu di Sarawak telah
berubah sedikit-demi sedikit ke arah kemajuan. Hal ini adalah kerana zaman
pemerintahan Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke telah menyaksikan
perkembangan bidang pendidikan dan pengangkutan dalam kalangan masyarakat
Melayu yang tinggal di Kuching Sarawak.37
Namun, keadaan sosioekonomi masyarakat Melayu adalah tergugat semasa
pendudukan Jepun di Kuching pada tahun 1941. Dalam bidang pendidikan
misalnya, selama pendudukan Jepun di Sarawak bermula Disember 1941 hingga
September 1945, perkembangan bidang pendidikan adalah terhenti. Sebanyak 17
buah sekolah telah musnah sama sekali, manakala 35 buah lagi telah mengalami

37

Syed Idrus Syed Ahmad & R. Santhiram, op. cit., hlm. 46.

28

kerosakan yang amat teruk di samping beberapa buah lagi yang telah mengalami
kecurian perabot dan sebagainya.38
Selepas Jepun meninggalkan Sarawak dan sehingga dan selepas merdeka,
kegiatan sosioekonomi masyarakat Melayu di Kuching telah kembali pulih seperti
biasa dan telah menunjukkan kemajuan dan keadaan sedemikian terus berlaku
sehingga kini. Selepas tahun 1963, peluang masyarakat Melayu dalam bidang
pendidikan

dilihat

semakin

pendidikan yang lebih maju.


2.5

cerah

dengan

bantuan

kemudahan-kemudahan

39

Kesimpulan

Kesimpulannya, bab ini telah membincangkan berkenaan dengan asal usul Kuching
dan latar belakang masyarakat Melayu Sarawak. Berdasarkan kepada aliran migrasi
masyarakat Melayu ke Sarawak, mereka bermigrasi daripada beberapa kawasan
yang berada di sekitarnya seperti Brunei, Kalimantan, Minangkabau dan juga dari
Jawa serta Yunan dan akhirnya menetap di beberapa tempat di Sarawak seperti
Kuching.
Pada zaman rejim Brooke, tahap perkembangan sosioekonomi masyarakat
Melayu adalah bercorak sederhana kerana tiada penumpuan terhadap aspek
pembangunan orang Melayu terutamanya semasa pemerintahan James Brooke.
Beliau lebih menumpukan akan usaha penghapusan lanun dan perluasan tanah
jajahannya di Sarawak. Kebanyakan masyarakat Melayu mengamalkan aktiviti
ekonomi sara diri seperti menjalankan aktiviti perikanan sebagai aktiviti yang
utama.
Namun,

perkembangan

tahap

sosioekonomi

masyarakat

Cina

telah

menyebabkan tahap keseimbangan pembangunan antara semua kumpulan etnik di


Sarawak adalah tidak menjadi tidak seimbang. Selepas pengambilalihan pucuk
38

Sarawak Annual Report 1948, Kuching: Government Printers, hlm. 32.

39

Syed Idrus Syed Ahmad & R. Santhiram, op. cit., hlm. 213.

29

pemerintahan Sarawak oleh Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke, barulah
masyarakat Melayu di Kuching telah mula memperlihatkan kemajuan mereka dalam
aspek sosioekonomi mereka. Bab ini juga turut membincangkan serba sedikit
tentang keadaan sosioekonomi masyarakat Melayu semasa Sarawak berada di
bawah pemerintahan Jepun dan selepas penyertaan Sarawak dalam sama-sama
membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

30

BAB 3
PEMBUDAYAAN PERAUK TAMBANG SEMASA REJIM
BROOKE
3.1

Pengenalan

Kepentingan dan kebergantungan kepada sungai adalah amat ketara di Sarawak


sejak zaman dahulu lagi yang mana kebanyakan masyarakat di negeri ini adalah
menggunakan sungai sama ada untuk tujuan pengangkutan mahupun untuk
keperluan harian. Sejarah pengangkutan sebenarnya telah lama bermula iaitu kirakira 1, 200 tahun dahulu yang mana bukti telah diperolehi melalui penemuan
arkeologi yang menemui lukisan-lukisan dinding gua yang terkenal di Gua Niah,
Sarawak. Lukisan-lukisan tersebut telah menggambarkan bahawa pengangkutan air
adalah merupakan kepentingan yang utama dan telahpun digunakan sejak
beberapa ratus tahun lamanya.
Sejak pemerintahan Rajah Brooke yang terawal, perahu telahpun digunakan
untuk

tujuan

pengangkutan

terutamanya bagi

tujuan

pengangkutan

bala

tenteranya dalam ekspedisi menumpaskan lanun yang pada masa itu adalah
merujuk kepada orang Iban. Pada masa yang sama, keistimewaan Sarawak adalah
melalui fungsi utama sungai di Sarawak digunakan sekaligus mewujudkan
pembudayaan pengangkutan oleh masyarakat di negeri ini.
Di Kuching, perahu tambang atau lebih dikenali sebagai perauk tambang
dalam bahasa Melayu Sarawak adalah sejenis pengangkutan sungai yang sangat
penting bagi masyarakat yang tinggal di Kuching pada masa dahulu dan ia
diusahakan oleh masyarakat Melayu Sarawak sendiri.

3.2

Pembudayaan Perauk Tambang Semasa Pentadbiran James Brooke


(1841-1868)

Perahu tambang atau lebih dikenali sebagai perauk tambang dalam bahasa Melayu
Sarawak adalah sejenis pengangkutan sungai yang sangat penting bagi masyarakat
yang tinggal di Kuching pada masa. Pada masa dahulu, sebelum kedatangan James
Brooke, Kuching telah mempunyai hubungan perdagangan awal dengan kerajaan
China melalui jumpaan duit syiling China yang bertarikh 600 S.M, 112M dan 588M
yang mana kebanyakannya telah dijumpai di sekitar muara Sungai Sarawak iaitu di
Santubong, Kuching.

Nama Santubong sendiri juga adalah berkaitan dengan

bahasa Cina seperti dalam dialek Kheh "Santubong" yang bermaksud "Raja Bukit".
Dalam dialek Hokkien pula, Santubong pula bermaksud "Babi Hutan Belantara".1
Namun, hubungan perdagangan awal tersebut adalah sering mengalami
gangguan disebabkan terdapat faktor dalaman di negara China sendiri iaitu faktor
kestabilan politik, dasar kerajaan China dan sifat-sifat masyarakat Cina yang
tertutup dan kesukaran pelayaran pada ketika itu. Lagipun, keadaan di Sarawak
yang terkenal dengan amalan perburuan kepala pada masa itu telah menjadi
halangan kepada proses hubungan perdagangan tersebut yang mana hanya
golongan pedagang Cina yang berani sahaja yang akan berlayar ke Laut China
Selatan terutamanya ke Sarawak.Selain itu, dalam buku Pigafett, The First Voyage

Round the World by Magellan ada menyatakan bahawa kehadiran orang Cina ke
Sarawak melalui jumpaan kain sutera, duit syiling Perak dan lain-lain barangan
China. Tetapi sebelum abad ke-19, kebanyakan orang Cina adalah belum bersedia
sepenuhnya untuk menetap di Sarawak kerana tujuan asal mereka datang ke
Sarawak adalah untuk memonopoli perdagangan di Sarawak dan setelah selesai,
mereka akan kembali semula ke negara asal mereka.2

S. Baring-Gould and C.A. Bampfylde, A History of Sarawak under Its Two White Rajah:1839-1908,
Singapore:Oxford University Press, 1989, hlm. 37.

Tian Nong, Pembentukan Persatuan Masyarakat China di Sarawak dalam Majalah Khas Ulang
Tahun ke-108 Kuching, Kuching: Hainan Association, 1993, hlm. 148.

32

Mengikut catatan yang ditulis oleh James Brooke, semasa pertama kali
sampai di Kuching, Kuching pada masa itu hanyalah merupakan sebuah
perkampungan nelayan yang kecil dan tidak begitu maju. Penduduk pada masa
tersebut hanyalah terdiri daripada kira-kira sekitar 600 hingga 800 orang sahaja
dan mereka yang berkuasa di situ adalah orang-orang besar dari Brunei yang
diketuai oleh Pangiran Muda Hashim dan juga Pengiran Mahkota. Gambar 3.1
menunjukkan bahawa perahu adalah sebuah pengangkutan air yang terpenting di
Kuching pada masa dahulu sebelum kedatangan James Brooke lagi.
Foto 3.1: Pengangkutan di Sungai Sarawak pada Tahun 1800

Sumber: Muzium Sarawak

33

Foto 3.2: Ketibaan James Brooke Menggunakan Kapal H. M. S Dido

Sumber: Muzium Sarawak

Foto 3.2 menunjukkan keadaan di Sungai Sarawak semasa James Brooke


berlabuh di Kuching dengan menggunakan Kapal H. M. S Dido. Sehubungan
dengan itu, semasa pentadbiran Rajah Putih Sarawak yang pertama iaitu James
Brooke, barulah Kuching telah mengalami kemajuan melalui peranan yang
dilakukan oleh orang-orang Cina seperti munculnya bazar atau pasar yang menjadi
tumpuan masyarakat di Kuching pada masa itu. Pada masa ini, kemunculan perauk
tambang telah menjadi salah satu pengangkutan air yang terpenting yang mana ia
adalah berfungsi sebagai alat pengangkutan yang penting yang menghubungkan
masyarakat kampung dengan pasar ataupun lebih dikenali sebagai bazar pada

34

masa pemerintahan James Brooke.3 Penduduk Cina yang tinggal di luar bazar
adalah bekerja sebagai buruh, penanam atau pekebun manakala penduduk bazar
adalah terdiri daripada ahli perniagaan. Mereka adalah saling bergantungan di
antara satu sama lain dari segi aspek ekonomi.
Kawasan pedalaman bergantung kepada kawasan bazar untuk pengagihan
barangan import manakala kawasan bazar bergantung kepada kawasan pedalaman
untuk kerja pengumpulan hasil pertanian. Selain itu, kerajaan Booke telah
menggalakkan kemasukan imigran Cina ke Bandar Kuching dan tempat-tempat lain
di Sarawak telah memperbaiki ekonomi di bandar Kuching. Melalui hubungan baik
ini secara tidak langsung telah menjadikan Kuching sebagai sebuah bandar yang
pesat membangun kerana hasil pertanian dan juga emas dieksport ke Kuching
seterusnya menyebabkan Kuching telah berkembang sebagai pusat perdagangan
dan

pentadbiran.

Tetapi

pada

masa

tersebut

belum

mempunyai

sistem

perhubungan yang lengkap kerana belum wujudnya jaringan jalanraya yang


menghubungkan kawasan kampung-kampung dengan pasar Kuching. Pada masa
ini, peranan perauk tambang adalah sebagai alat perhubungan bagi penduduk
tempatan dengan pasar yang terdapat di seberang Sungai Sarawak iaitu bandar
Kuching pada masa kini.4
Selain itu, pembudayaan perauk tambang juga kelihatan sedikit berubah
pada masa pemerintahan James Brooke semasa tercetusnya pemberontakan
buruh-buruh Cina di Bau pada masa itu. Hal ini adalah telah menunjukkan bahawa
peranan perahu tambang di Sungai Sarawak telah mengahadapi ancaman yang
hebat daripada peristiwa itu. Pemberontakan tersebut adalah disebabkan oleh
perasaan tidak puas hati dalam kalangan buruh-buruh Cina terhadap corak
pemerintahan dan layanan yang diberikan oleh James Brooke kepada mereka.
Walaupun terdapat hubungan erat yang terjalin di antara James Brooke dan juga
para imigran Cina, namun hubungan baik antara James Brooke dan migran Cina
3

Jabatan Muzium Sarawak.

Ibid.

35

tidak kekal lama kerana selepas enam belas tahun pemerintahan James Brooke di
Kuching iaitu pada 18 Februari 1857, telah berlaku peristiwa pemberontakan orangorang Cina yang mana sebanyak enam ratus orang anggota kongsi Cina dari Bau
telah menyerang Kuching dengan bertujuan untuk membunuh James Brooke dan
mengambil semua senjata yang ada dalam gudang senjata.5
Pemberontakan ini juga turut bertujuan untuk membunuh orang-orang
Inggeris yang bekerja dengan James Brooke tetapi mereka tidak menyerang orangorang Melayu ataupun orang-orang Cina yang ada di Kuching pada masa itu.
Namun, James Brooke telah berjaya melarikan diri daripada peristiwa penyerangan
tersebut. Setelah itu, kumpulan pemberontak tersebut memutuskan untuk kembali
semula ke Bau tetapi mereka telah bertembung dengan orang-orang Melayu di
pertengahan jalan dari Kuching ke Bau yang berusaha untuk menyerang mereka
sekaligus menyebabkan mereka bertindak untuk membalas serangan yang
dilakukan oleh orang-orang Melayu tersebut. Para pemberontak Cina telah kembali
semula ke Kuching dan sasaran serangan mereka pada kali ini adalah untuk
membunuh orang-orang Melayu.6
Dalam peristiwa ini, banyak harta benda orang-orang Melayu telah
dimusnahkan dan antaranya ialah mereka telah bertindak untuk membakar rumah
dan

membunuh

orang-orang

Melayu.7

Dalam

peristiwa

ini,

kumpulan

pemberontakan Cina yang datang dari Bau tersebut telah berjaya menduduki Kota
Kuching selama empat hari menyebabkan urusan pengangkutan perahu tambang
tergendala. Namun, kekacauan tersebut tidak dapat bertahan lama setelah James
Brooke berjaya mendapatkan semula Kota Kuching melalui bantuan tentera Iban.
Lebih kurang 3500 orang yang terdiri daripada orang-orang Cina yang ada di Bau

Kongsi merupakan suatu bentuk pemerintahan sendiri dan bertujuan melindungi kepentingan
ekonomi dan sosial anggotanya. Kata kongsi berasal daripada dialek Hokkein dan dalam
dialek Hakka, kongsi disebut sebagai kung-sze.

Ibid.

Steven Runciman, The White Rajahs: A History of Sarawak from 1841-1941, 1960, hlm. 127.

36

telah berjaya dibunuh oleh orang Iban dan sebahagiannya telah melarikan diri ke
Sambas sekaligus kejatuhan Wilayah Bau ke tangan James Brooke. Setelah
keadaan kembali aman, barulah masyarakat Melayu boleh menjalankan aktiviti
harian seperti biasa dan membaiki harta benda seperti rumah dan perauk tambang
yang telah dimusnahkan dan dibakar oleh kumpulan orang-orang Cina pada masa
pemberontakan berlaku.8 Lagipun pada masa pemberontakan tersebut, keadaan di
Sungai Sarawak adalah sangat terancam kerana kumpulan pemberontak turut
menyasarkan kediaman James Brooke yang terdapat di seberang Sungai Sarawak
menyebabkan segala urusan pengangkutan perauk tambang adalah tergendala
sehinggalah tamatnya pemberontakan tersebut.
Dalam pentadbiran di Sarawak, James Brooke dilihat tidak banyak
menumpukan kepada usaha untuk membangunkan taraf sosial kehidupan
masyarakat terutamanya masyarakat Melayu yang tinggal di Kuching. Hal ini
disebabkan kegiatan pelanunan yang rancak berlaku di sekitar Sungai Sarawak
telah menyebabkan James Brooke tidak dapat menumpukan sepenuhnya berkaitan
usaha untuk membangunkan Kuching. James Brooke lebih menumpukan kepada
usaha penghapusan lanun yang pada masa itu bergiat secara aktif di beberapa
tempat di sekitar Sungai Sarawak dan beberapa tempat yang lain iaitu di Tanjung
Datu dan Sungai Samarahan dan sekaligus menjejaskan sumber ekonomi
masyarakat yang berlandaskan kepada aktiviti pengangkutan perauk tambang.
Justeru, fungsi perauk tambang sebagai sumber ekonomi masyarakat
Melayu Sarawak turut jelas setelah pengenalan sistem mata wang pada zaman
Brooke. Sebelum kedatangan Brooke, sebenarnya peranan perahu tambang
sebagai sumber ekonomi kecil-kecilan telah wujud dalam kalangan masyarakat
Melayu Sarawak sehinggalah
oleh Sultan

Bahagian Pertama iaitu Kuching telah diserahkan

Brunei kepada James Brooke. Namun, James Brooke tidak begitu

berminat untuk membangunkan sosioekonomi masyarakat di Kuching pada masa


itu terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu. Hal ini dapat dilihat melalui
8

Ibid.

37

penulisan The Renee Of Sarawak dalam bukunya The Three White Rajahs
menyatakan bahawa James Brooke melihat masyarakat Melayu amat berbeza
dengan kaum lain yang terdapat di Sarawak.9
Pada zaman pemerintahan James Brooke, tidak banyak perubahan yang
ketera berlaku dari sudut pembangunan ekonomi dan masyarakat Melayu yang
tinggal di Kuching. Oleh yang demikian, kegiatan ekonomi masyarakat Melayu
sekitar tahun 1841 dan sehinggalah kepada kematian James Brooke pada tahun
1868, mereka masih lagi mengamalkan bercorak ekonomi sara diri dan bersifat
tradisional dan hal ini telah menjadikan perauk tambang sebagai alat untuk
menjana sumber ekonomi secara kecil-kecilan dalam masyarakat Melayu.

3.2

Pembudayaan Perauk Tambang Semasa Pentadbiran Charles


Brooke (1868-1917)

Setelah James Brooke meninggal dunia pada 1868, pucuk pimpinan dan
pentadbiran Sarawak kemudiannya diambil alih oleh Rajah Putih yang kedua iaitu
Charles Brooke. Perkembangan sistem pendidikan di Kuching pada zaman
pemerintahan Charles Brooke telah memberi gambaran yang jelas mengenai
peranan perauk tambang yang semakin penting sebagai alat pengangkutan yang
menghubungkan kampung-kampung Melayu yang terdapat di sekitar lembah
sungai Sarawak dengan sekolah-sekolah Melayu yang berdekatan. Sebelum
pemerintahan rejim Brooke di Sarawak, sebenarnya masyarakat Melayu pada ketika
itu adalah sudah memiliki pendidikan namun corak pendidikan pada masa itu
adalah lebih kepada pendidikan tradisional. Ia juga lebih bercorak keagamaan yang
meliputi kaedah penulisan jawi dan pembacaan al-Quran yang mana pengajian ilmu
agama tersebut adalah dijalankan di rumah-rumah Tok Guru, surau dan masjid
yang terdapat di sekitar kampung-kampung Melayu pada ketika itu.

Margaret Brooke, op. cit., hlm. 36.

38

Bagi masyarakat Melayu tradisional, pengajian al-Quran adalah merupakan


pelajaran yang sangat penting. Hal ini turut disokong oleh Hugh Low dalam tulisan
berkaitan dengan kewujudan sekolah-sekolah (madrasah) pada ketika itu yang
menitikberatkan pembelajaran hal-ehwal agama Islam. Pada peringkat kanakkanak, mereka telah diajarkan cara membaca al-Quran. Menurut Hugh Low;

"The children are not supposed to understand a single word of the


book, nor could their teachers translate it; and as it cannot be
translated into any language and remain pure, according to the
instruction of the prophet, the form of the religion and preserved by
the oral precepts of the hadjis who has visited the holy city. The
children in the schools are only tought to give it in a proper
intonation, and to repeat it precepts in the singing, chanting
method supposed to be practised in the temple of Mecca. The great
use of their learning to read the Koran at all is, that by using a
chapter of it they pretend to be able to drive away the spirit which
is supposed to possess an insane person, or one in a fit."10
Perkembangan pendidikan Melayu ini turut didorong oleh perkembangan
pendidikan Inggeris oleh para pendakwah kristian telah mendorong golongan
tertentu untuk mewujudkan institusi pendidikan untuk masyarakat Melayu dan
pada masa yang sama, jumlah penduduk Melayu semakin bertambah di Kuching
dan telah menyebabkan usaha untuk menubuhkan sebuah lagi sekolah formal yang
diberi nama Sekolah Abang Kasim telah didirikan oleh masyarakat Islam di Kuching
yang mana tenaga pengajar yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar di
sekolah tersebut ialah Encik Sawal yang berasal dari Minangkabau dan menetap di
Sarawak.11 Sehubungan dengan itu, mata pelajaran bahasa Inggeris telah dijadikan
sebagai mata pelajaran tambahan yang mana ia telah diajar sebanyak tiga kali

10

Low H, Sarawak: Notes During a Residence in that Country with H.H. The Rajah Brooke, Singapore:
Oxford University Press, 1988, hlm. 138 & 139.

11

Syed Idrus Syed Ahmad & R. Santhiram, op. cit., hlm. 46.

39

seminggu oleh seorang guru yang bernama John Lewis iaitu guru dari sekolah
"Society for the Propagation of Gospel".12
Jadual 3.1: Pendaftaran Pelajar Sekolah Melayu 1883-1921
Tahun
1883
1889
1894
1906
1908
1910
1915
1921

Sek. Kg. Jawa


70
117
112
80
67
43
103
61

Sek. Kg.
Gersik
56
31
57
52
60
32

Government Lay
School
60
51
50
63
64

Jumlah
70
117
168
171
175
145
226
157

Sumber: Dipetik daripada Sabihah Osman, Perkembangan Pelajaran Bumiputera Sarawak, 1841-1941,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 57.

Sehubungan dengan itu, peranan perauk tambang telah memudahkan


urusan menghantar dan mengambil anak dari sekolah menjadi lebih mudah
terutamanya bagi masyarakat Melayu yang tinggal di seberang dan kawasan hulu
Sungai Sarawak. Jarak perhubungan dari sekolah ke kawasan kampung-kampung
yang berada jauh tidak menjadi masalah yang utama kepada masyarakat Melayu
pada ketika itu kerana perauk tambang dilengkapi dengan bumbung dan dinding
perahu yang tinggi

bagi tujuan menampan ombak sungai. Adalakanya mereka

terpaksa bermalam di dalam perahu tambang sehingga sampai ke destinasi yang


ingin dituju. Peranan Pak Tambang sangat penting dalam menjaga kebajikan dan
keselamatan anak perahunya supaya selamat sampai ke destinasi.13

12

Sabihah Osman, Perkembangan Pelajaran Bumiputera Sarawak 1841-1941, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1990, hlm. 48.

13

Gelaran Pak Tambang telah diberikan kepada pengemudi perahu tambang oleh masyarakat Melayu
pada zaman dahulu.

40

Namun, terdapat beberapa halangan bagi masyarakat Melayu pada ketika


itu dalam menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah Melayu pada ketika
zaman pemerintahan Charles Brooke. Hal ini kerana ibu bapa berasa curiga akan
pendidikan sekular yang diajarkan di sekolah-sekolah teresebut. Antara faktor
utama yang menjadi batu penghalang ialah mereka bimbang akan keselamatan dan
berpendapat bahawa anak-anak mereka pasti akan kembali bekerja di kampung
sebagai petani dan nelayan.14 Dalam Blue Report 1935, Ketua Setiausaha Kerajaan
telah menganggap orang Melayu sebagai "kurang berminatdalam sekolah
kerajaan".15

Manakala

Syed

Idrus

dan

R.

Santhiram

berpendapat,

ketidakseimbangan bilangan pelajar luar bandar dengan bandar Kuching kerana


"sekolah-sekolah di Kuching memainkan peranan yang penting dalam menyediakan
orang-orang Melayu untuk memegang jawatan dalam perkhidmatan kerajaan."
Dalam masyarakat Melayu pada ketika itu, seseorang yang memegang jawatan
dalam kerajaan seolah-olah berada pada lapisan lain dalam kalangan masyarakat.16
Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu yang tiada pendidikan pada masa
itu

cenderung

untuk

meneruskan

kehidupan

tradisional

mereka

seperti

menjalankan perkhidmatan sebagai Pak Tambang, menangkap ikan dan bercucuk


tanam.
Rajah Putih yang kedua Charles Brooke, beliau telah membina Astana yang
mana peranan Astana sebagai kediaman James Brooke telah menggalakkan
penggunaan perauk tambang bagi membolehkan masyarakat menyeberangi Sungai
Sarawak untuk menemui Charles Brooke bagi membincangkan segala masalah
mereka dan juga urusan yang lain disebabkan fungsi Astana adalah berperanan
sebagai pusat pentadbiran bagi membincangkan segala masalah dan hal ehwal
masyarakat yang tinggal di Kuching. Pada awal pembinaan Astana, ia juga turut
14

Sabihah Osman, op. cit., hlm. 48.

15

Clark & C.D. Le Gros, Sarawak: 1935 Blue Report, Kuching, Sarawak Museum, 1935, hlm. 9. Petikan
ini juga ada dalam Ooi Keat Gin, Dunia di Seberang Sungai, hlm. 51.

16

Syed Idrus Syed Ahmad & R. Santhiram, op. cit., hlm. 9.

41

digunakan oleh isterinya untuk mengajarkan pelajar-pelajar perempuan Melayu


Sarawak yang tinggal berhampiran iaitu di seberang Sungai Sarawak. Mereka boleh
menemui isterinya iaitu Margaret Brooke dengan menggunakan kemudahan
pengangkutan perauk tambang yang satu-satunya pengangkutan yang ada pada
masa tersebut untuk menyeberangi sungai Sarawak.17
Foto 3.3: Pemandangan Astana pada Tahun 1880

Sumber: Malaysia, A Pictorial History 1400-2004

17

Keterangan lanjut mengenai perkara ini, sila sujuk buku Margaret Brooke, My Life in Sarawak,
Selangor: Oxford University Press, 1913, hlm. 157-158.

42

3.3

Pembudayaan Perauk Tambang Semasa Pentadbiran Charles Vyner


Brooke (1917-1941)

Semasa Sarawak berada di bawah pemerintahan Charles Vyner Brooke, Kuching


semakin berkembang maju terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan
pengangkutan air. Melalui perkembangan dan peningkatan populasi penduduk di
Kuching pada dekad 1920-an, aktiviti pengangkutan perahu tambang bukan lagi
tertumpu sepenuhnya dalam kalangan masyarakat Melayu Sarawak sahaja malah ia
turut digunakan oleh semua lapisan masyarakat di Kuching. Malah, ia menjadi
sumber ekonomi yang sangat penting kepada keluarga Melayu Sarawak yang
menjadikan pekerjaan sebagai pengemudi perauk tambang secara turun temurun
dari zaman James Brooke lagi.
Menurut seorang pengusaha perahu tambang, iaitu Rahman bin Abong yang
berasal dari Kampung Nuip Samarahan, mereka menjalankan aktiviti pengangkutan

perauk tambang dalam tujuh kali dalam sebulan. Pada setiap pagi, hampir 15 buah
perauk tambang akan menunggu penumpang daripada kedua-dua belah Sungai
Sarawak yang mana kadar tambang adalah berbeza mengikut destinasi yang dituju.
Sebelum Jambatan Satok dibina pada tahun 1926, penduduk di sekitar Petra Jaya
dan warga sekolah adalah sangat bergantung kepada pengangkutan perauk
tambang bagi menyeberangi Sungai Sarawak yang mana pada masa tersebut
tambang adalah sekitar 20 sen seorang.18
Pada masa yang sama, perauk tambang turut menjadi alat pengangkutan
sungai yang penting bagi menghubungkan masyarakat yang ingin pergi membeli
belah di Market Kuching dan Gambier Street. Pada sekitar tahun 1920-an, perauk
tambang adalah sangat popular digunakan oleh masyarakat di Kuching bagi
melawat Astana terutamanya menjelang Hari Raya Puasa yang menjadi lambang
Sejarah Kuching. Di samping itu, masyarakat juga menggunakan perauk tambang
untuk melawat Kubu Mergherita yang dibina pada tahun 1879 bagi tujuan

18

Ibid., hlm. 17.

43

keselamatan menghadapi ancaman lanun pada masa tersebut dan juga turut
dijadikan kawasan tahanan atau penjara.19

Foto 3.4: Suasana di Sungai Sarawak semasa Pemerintahan Charles


Vyner Brooke

Sumber: Muzium Sarawak

Perkembangan jaringan jalan raya juga turut membolehkan migrasi


penduduk luar bandar ke bandar dengan lebih mudah pada era Charles Vyner
Brooke. hal ini dapat dilihat dengan kemunculan bandar Kuching pada awal era
James Brooke yang mana penduduk di Kuching pada masa itu adalah terdiri
daripada orang Melayu dan sebilangan kecil pedagang Cina sahaja.20 Pada
pertengahan kedua kurun ke-19, ramai orang Cina dan India telah berpindah ke
19

R.K Bhattacharyya, River Crossing by Sampan dalam Sarawak: Beautiful and Captivating, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, hlm. 17.

20

P. Sivarajan & S. Malar Arasi, op. cit., hlm. 35.

44

Kuching. Bandar Kuching yang kemudiannya telah mengalami kemodenan melalui


pembinaan jalan raya dan juga pembinaan bangunan-bangunan kerajaan. Hal ini
sekaligus telah menyebabkan berlakunya peningkatan populasi penduduk Kuching
secara mendadak iaitu seramai 34, 500 orang pada tahun 1939 iaitu hampir tiba di
akhir pemerintahan rejim Brooke di Sarawak.21
Namun, perkembangan jalan raya di Kuching adalah sangat perlahan yang
mana hanya terdapat jalan raya yang pendek dan tidak berturap sahaja yang ada
dibina pada masa itu. Kesukaran untuk membina jalan raya menyebabkan Sarawak
telah mengambil masa yang panjang dalam proses pembinaan jalan raya. Selepas
pembentukan Malaysia, barulah pembinaan jalan raya telah mulai berkembang
pesat di Sarawak.22 Hal ini sekaligus telah menyebabkan peranan perauk tambang
menjadi semakin penting kepada masyarakat Melayu yang mendiami kawasan
Kuching.

3.4

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, bab ini telah membincangkan berkenaan dengan sejarah


pembudayaan perahu atau perauk tambang dalam kalangan masyarakat Melayu
pada zaman Brooke mengikut kronologi pemerintahan rejim Brooke dari tahun
1841 sehingga 1941. Pada zaman James Brooke, telah menyaksikan bahawa
peranan perauk tambang adalah masih bersifat tradisional dan diusahakan oleh
masyarakat

Melayu

pada

ketika

itu.

James

Brooke

tidak

mementingkan

pembangunan sosioekonomi masyarakat Melayu kerana lebih mementingkan akan


usaha untuk menghapuskan pemberontakan dan juga lanun serta menumpukan
kepada ekspedisi meluaskan tanah jajahannya. Setelah tampuk pemerintahan telah
diambil oleh oleh Charles Vyner Brooke, barulah pembudayaan perauk tambang

21

Ibid.

22

Ibid., hlm. 33.

45

sebagai pengangkutan air mula dilihat sangat penting berikutan perkembangan


bidang pendidikan masyarakat Melayu yang tinggal di Kuching pada masa itu.
Pembinaan Astana turut menggiatkan pembudayaan perauk tambang bagi
membolehkan wanita-wanita Melayu untuk menemui Margaret Brooke bagi urusan
pembelajaran pendidikan Melayu. Pada masa pemerintahan Charles Vyner Brooke,
masyarakat pelancong pada masa itu telah menggunakan perkhidmatan perauk
tambang

untuk

menyeberangi

Sungai

Sarawak

untuk

melawat

bangunan

bersejarah seperti Astana dan Kubu Margaretta di Kuching. Di sini, peranan perauk
tambang mulai menjadi sangat penting berikutan kemajuan dan peningkatan
populasi penduduk di Kuching pada akhir dekad 1930-an yang mana ia mulai
digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat yang muncul di Kuching pada masa itu
seperti Cina dan India. Walaupun terdapat perkembangan jalan raya, namun
masyarakat yang tinggal di Kuching masih mengekalkan tradisi pembudayaan

perauk tambang sebagai pengangkutan air yang utama.

46

BAB 4
TRADISI PEMBUATAN DAN PEMBUDAYAAN PERAUK
TAMBANG PADA MASA KINI
4.1

Pengenalan

Perauk tambang adalah sebuah alat pengangkutan sungai yang sangat penting
pada masa

dahulu dan masih kekal hingga kini di Kuching. Walaupun

perkembangan pengangkutan air pada masa kini seperti bot ekspress bagi
menghubungkan perjalanan jarak jauh seperti menghubungkan kawasan Kuching
dengan bahagian yang lain di Sarawak seperti Mukah dan Sibu, namun fungsi

perauk tambang dalam konsep perhubungan jarak dekat melalui sungai dalam
konteks Kuching adalah masih relevan sehinggalah ke hari ini. Justeru, corak
pembuatan perauk tambang turut berubah dengan perkembangan pengangkutan
seperti pengenalan enjin sangkut dan ini telah memudahkan lagi masyarakat
Melayu Sarawak pada masa kini untuk mengemudikan perauk tambang masingmasing sehingga sampai ke destinasi.
Jika dibandingkan dengan konteks pengangkutan perauk tambang pada
zaman Brooke, ia adalah bertujuan untuk menghubungkan masyarakat Melayu
Sarawak dengan pasar ataupun bazar yang terdapat di seberang Sungai Kuching
yang dikenali sebagai bandar Kuching pada masa kini. Pada masa kini, peranan

perauk tambang sebagai pengangkutan air yang utama di Sarawak adalah masih
relevan dalam kalangan masyarakat yang tinggal di Kuching.
4.2

Jenis-Jenis Perauk Tambang

Pada masa kini, banyak perauk tambang yang muncul daripada pembudayaan

perauk tambang masyarakat Melayu yang tinggal di Kuching pada masa dahulu
berkenaan dengan fungsinya sebagai pengangkutan air yang utama bagi
menyeberangi Sungai Sarawak. Di Kuching, antara jenis perahu tambang yang
popular pada masa kini ialah Perauk Tambang Melayu, Perauk Tambang Iban Long

Boat, dan Perauk Tambang Orang Ulu.

Foto 4.1: Perauk Tambang Melayu

Sumber: Sarawak Tradisional Boat Cruise, diakses daripada laman web http://ssoonz.com/iban-longboat/ pada 22 Januari 2014.

Perahu tambang Melayu atau digelar perauk tambang dalam bahasa Melayu
Sarawak

adalah

warisan

masyarakat

Melayu

pada

zaman

dahulu

untuk

menyeberangi Sungai Sarawak. Ia adalah bagi menghubungkan masyarakat Melayu


dari perkampungan Melayu di seberang Sungai Sarawak dengan pasar Kuching
pada ketika itu sebelum ia berkembang menjadi bandar Kuching semasa
pemerintahan rejim Brooke.1
Selain itu, terdapat juga jenis perauk tambang yang telah dibudayakan oleh
masyarakat Orang Ulu yang tinggal di Kuching pada masa kini. Pengangkutan
perauk tambang tersebut ialah perauk tambang Orang Ulu Boat seperti yang boleh
dilihat dalam foto 4.2.

Jabatan Muzium Kuching

48

Foto 4.2: Perauk Tambang Orang Ulu Boat

Sumber: Kajian Lapangan

Berdasarkan kepada corak dan reka bentuk perahu orang ulu boat,
bahagian haluan perahu tersebut adalah dihiasi dengan lambang kepala burung
kenyalang yang dicat dengan warna kuning, merah, hitam dan putih, manakala
bahagian keseluruhan perahu yang lain adalah dicat dengan warna asal bagi
mengekalkan corak dan identiti asal perahu tersebut sebagai perahu tradisional.
Dari segi keselamatan penumpang, perahu orang ulu boat adalah dilengkapi
dengan

kemudahan

keselamatan

iaitu

jaket

keselamatan

bagi

menjamin

keselamatan para penumpang yang menggunakan perahu tambang sebagai


pengangkutan yang utama. Ia juga dilengkapi dengan lampu keselamatan bagi
isyarat keselamatan dan juga untuk menerangi suasana perjalanan di Sungai
Sarawak pada waktu senja dan waktu malam.
Selain itu, terdapat juga perauk tambang yang berdasarkan kepada konsep
pembuatan perauk tambang Iban di Kuching. Ia adalah digunakan oleh masyarakat
Iban pada ketika dahulu untuk memudiki Sungai Sarawak untuk sampai ke

49

Kuching. Dari segi konsep pembuatannya, ia adalah hampir sama dengan corak
pembuatan perahu orang ulu boat, cuma yang membezakannya adalah reka bentuk
di bahagian haluan perahu itu sahaja. Hal ini adalah bahagian haluan perauk
tambang orang Iban atau Iban long boat adalah rata dan tidak mempunyai
lambang burung kenyalang. Menurut Ayob, pada masa kini, ia dicat dengan warna
perang bagi mengekalkan identiti perahu tersebut pada masa dahulu. 2 Namun,
fungsi perauk tambang Iban long boat juga adalah sama dengan peranan yang
dimainkan oleh peranan perahu tambang Melayu iaitu untuk menghubungkan
masyarakat yang tinggal di Kuching dan di bahagian luar dengan dengan kawasan
Kuching.

Foto 4.3: Perauk Tambang Iban Long Boat

Sumber: Sarawak Tradisional Boat Cruise, diakses daripada laman web http://ssoonz.com/iban-longboat/ pada 22 Januari 2014.

Temubual bersama Ayob, 48 tahun, berkaitan "Fungsi Perahu Tambang Iban" pada 28 Januari 2014.

50

4.3

Tradisi Pembuatan Perauk Tambang

Secara umumnya, terdapat banyak perubahan yang ada dalam konteks pembuatan

perauk tambang pada zaman Brooke dengan konteks pembuatan perauk tambang
pada masa kini. Hal ini dapat kita lihat dalam reka bentuk perauk tambang di
Sungai Sarawak. Pada zaman Brooke, perauk tambang adalah tidak menggunakan
paku sehinggalah pengenalan perahu yang berkonsepkan paku pada zaman
moden. Pada zaman Brooke, perauk tambang adalah banyak menggunakan sistem
pasak menggunakan kayu. Tetapi pada masa kini, perahu tambang adalah telah
berubah dan telah menggunakan paku bagi mengukuhkan dan menyenangkan lagi
urusan pembuatan perauk tambang. Pada hal yang sama, perahu di seluruh
sarawak secara amnya telah berubah dengan menggunakan paku dalam konsep
pembuatan bagi mengukuhkan cantuman-cantuman struktur lain yang terdapat
pada perahu.3
Dari segi nilai estetika perauk tambang, ia adalah lebih mengutamakan
kepada fungsi khusus perauk tambang sebagai pengangkutan air di Sungai
Sarawak pada masa pemerintahan rejim Brooke. Selepas merdeka dan sehingga
kini, perauk tambang mulai berubah dari segi warna berdasarkan kepada keinginan
para pemilik perauk tambang tersebut. Pada masa sekarang, pengenalan konsep
warna dalam perahu tambang adalah bagi menarik perhatian para penumpang.
Namun, konsep pembudayaan perauk tambang sebagai pengangkutan air
yang utama di Sungai Sarawak adalah tidak berubah walaupun Kuching telah
berkembang dari sudut pengangkutan air dan juga pengangkutan darat yang lain.
Hal ini telah menunjukkan peranannya sebagai pengangkutan air adalah masih
relevan. Dari sudut pelancongan, perauk tambang adalah menjadi daya tarikan
pelancong tempatan dan juga luar negara untuk datang ke Sarawak untuk merasai
keadaan dan suasana di dalam perauk tambang. Dalam hal ini, langkah
pemuliharaan dan pemeliharaan perauk tambang telah dibuat bagi mengekalkan
identiti perauk tambang di Kuching pada masa kini.

Temubual bersama Harun Abdul Ghani, 54 tahun, berkaitan "Idea dan Konsep Pembuatan Perahu
Tambang" pada 30 Januari 2014.

51

Foto 4.4: Proses Pemuliharaan Perauk Tambang Warisan

Sumber: Foto diambil daripada Mohd Ridzuan

Foto 4.5: Pemilihan Papan Dinding Perauk Tambang

Sumber: Foto diambil daripada Mohd Ridzuan

52

Foto 4.6: Proses Pembuatan Bahagian Haluan Perauk Tambang

Sumber: Foto diambil daripada Mohd Ridzuan

Foto 4.7: Penggunaan Teknik pasak dalam Perauk Tambang

Sumber: Foto diambil daripada Mohd Ridzuan

53

Foto 4.8: Proses Pembuatan Bahagian dalam Perauk Tambang

Sumber: Foto diambil daripada Mohd Ridzuan

Foto 4.9: Penggunaan Gergaji dalam Proses Pembuatan Dinding Perauk


Tambang

Sumber: Foto diambil daripada Mohd Ridzuan

54

Dalam foto 4.4 hingga foto 4.9 adalah keterangan yang melibatkan pelbagai
proses dalam pembinaan perauk tambang. Perauk tambang tersebut adalah salah
satu daripada warisan perauk tambang lama yang masih wujud dan dipelihara
sepenuhnya bagi mengekalkan tradisi pembudayaan perauk tambang dan juga
untuk menarik perhatian pelancong yang berkunjung ke Kuching pada masa kini.
Dalam proses pemilihan papan, ia adalah penting bagi pengukuhan struktur yang
ada dalam perauk tambang. Selain itu, penggunaan gergaji juga penting dalam
alatan yang digunakan untuk membuat perauk tambang bagi memotong papan
yang melibatkan bahagian-bahagian nipis iaitu bahagian dinding perauk tambang.
Dalam hal ini juga, teknik pasak dalam melekatkan dinding perauk tambang
menunjukkan bahawa teknik tersebut adalah masih lagi relevan digunakan dalam
proses pembuatan perauk tambang pada masa kini. Dalam masa yang sama,
proses pembuatan perauk tambang adalah melibatkan amalan gotong-royong
daripada beberapa pihak memandangkan proses pembuatannya yang kelihatan
agak rumit.
Foto 4.10: Proses Pemeliharaan dan Pemuliharaan Perauk Tambang
Warisan yang telah Siap di Waterfront Kuching

Sumber: Kajian Lapangan

55

4.4

Pembudayaan Perauk Tambang

Pada masa kini, peranan perauk tambang sebagai pengangkutan yang penting di
Kuching adalah masih lagi relevan sehingga kini yang mana perauk tambang
hanyalah dijadikan pengangkutan perahu tradisonal pada masa pemerintahan rejim
Brooke. Lagipun, peranan pemerintah terutamanya James Brooke pada masa itu
kurang mementingkan terhadap kemajuan pengangkutan dan kelihatan lebih
berminat dengan sistem pengangkutan perauk tambang tanpa mementingkan
kemajuan sistem pengangkutan yang lain seperti pengangkutan darat dan
pengangkutan udara. Di Kuching, peranan perauk tambang adalah sangat penting
terutamanya dalam sistem perhubungan masyarakat di Kuching. Hal ini semakin
jelas dengan kewujudan waterfront Kuching yang telah memudahkan urusan
pengangkutan perauk tambang.
Dengan kewujudan Waterfront Kuching, ia telah menyediakan pelabuhanpelabuhan kecil kepada perauk tambang yang mana kesibukan para pengemudi

perauk tambang dalam mengemudikan beberapa perauk tambang sama ada


dengan menghantar penumpang menyeberangi Sungai Sarawak ataupun mereka
yang tinggal di kawasan lembah-lembah sungai yang berada di kawasan hulu
sungai. Hal ini menunjukkan perkembangan perauk tambang pada masa selepas
pemerintahan Rejim Brooke yang bersifat tradisional pada masa itu telah
mengalami kemajuan sekaligus semakin menjadi daya tarikan seluruh masyarakat
Kuching yang masih bergantung kepada sungai dalam kehidupan seharian mereka.
Tambahan pula, peningkatan bilangan penduduk di kawasan bandar
Kuching juga menjadi salah satu sebab perkhidmatan perauk tambang telah
menjadi semakin popular. Malah, perkhidmatan penghantaran menggunakan

perauk tambang telah berlarutan sehingga ke senja dan ini menjadi salah satu
bentuk pendapatan yang lumayan kepada para pemilik perauk tambang. Pada
masa kini, tambang perauk tambang adalah sebagai sumber ekonomi yang penting
kepada pengusaha perauk tambang pada masa kini. Menurut seorang pengusaha

perauk tambang iaitu Morshidi, beliau dapat mengumpul RM15 hingga RM45 sehari
iaitu bekerja dari seawal pukul 3 pagi hingga ke malam. Selepas bekerja lebih
kurang seminggu di Sungai Sarawak, dia akan kembali ke kampung halamannya

56

melalui jalan sungai dengan perauk tambangnya sendiri. Menurutnya, pada tahun
2008, terdapat lebih 100 buah perauk tambang yang berkhidmat di sepanjang
Sungai Sarawak.4

Foto 4.11: Perkembangan Waterfront di Kuching pada Masa Kini

Sumber: kajian Lapangan

Foto 4.11 menggambarkan pengangkutan perauk tambang di Waterfront


Kuching yang mana pada masa kini pengangkutan perauk tambang masih lagi
relevan sebagai salah satu pengangkutan air yang penting dalam menghubungkan
masyarakat di Kuching.

Ikon Negeri Sarawak dalam Berita Harian, 10 Julai 2008.

57

Foto 4.12: Warisan Perauk Tambang Tradisional di Muzium Sarawak

Sumber: Muzium Sarawak

Selain itu juga, kemudahan pengangkutan perauk tambang juga turut


mengalami kemajuan pada masa kini yang mana banyak pengkalan perauk
tambang telah dibuat bagi memudahkan urusan pengangkutan perauk tambang di
Kuching khususnya di beberapa tempat di pesisir Sungai Sarawak. Hal ini
memudahkan para penumpang untuk menunggu perauk tambang yang sampai dan
balik ke destinasi masing-masing.
Di Kuching, antara contoh pengkalan perauk tambang yang dapat dilihat
pada masa kini ialah seperti Pengkalan Panjang. Menurut Yunus Abdullah,
disebabkan oleh bilangan populasi masyarakat di Kuching yang semakin meningkat,
maka telah menyebabkan kepadatan dan kesesakan jalan darat dan hal ini telah
menyebabkan masyarakat di Kuching lebih berminat untuk menggunakan
perkhidmatan perauk tambang bagi menyeberangi Sungai Sarawak.5 Misalnya,
pertambahan sekolah di Kuching pada era selepas merdeka telah menggiatkan lagi
usaha pengangkutan perauk tambang di Kuching.

Temubual bersama Yunus Abdullah, 60 tahun, berkaitan "Kepentingan Perahu Tambang di Kuching"
pada 28 Januari 2014.

58

Foto 4.13: Pengkalan Perauk Tambang di Pengkalan Panjang

Sumber: Kajian Lapangan

4.5

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, pembudayaan perauk tambang yang wujud semasa era


pemerintahan rejim Brooke telah mencorak kepada pembinaan kepelbagaian corak
dan reka bentuk yang ada pada perauk tambang tradisi yang telah wujud di
Kuching pada masa kini. Misalnya, telah muncul beberapa perauk tambang yang
lain hasil daripada warisan perauk tambang pada masa dahulu iaitu seperti perauk
tambang Iban long boat dan juga perauk tambang Orang Ulu boat yang
berkonsepkan masyarakat Orang Ulu.
Di samping itu, langkah pemeliharaan dan pemuliharaan perauk tambang
tradisi telah dilaksanakan bagi mengekalkan lambang dan tradisi pembudayaan

perauk tambang pada zaman Brooke. Dalam bab ini juga pengkaji telah
membandingkan konsep pembuatan perauk tambang pada zaman Brooke yang
mana pengekalan konsep pasak sebagai penguat struktur dinding perauk

59

tradisional yang utama masih lagi relevan dalam kalangan pembuat perauk
tambang di Kuching.
Selain itu, pengkaji turut menyedari bahawa tradisi pembudayaan perauk
tambang sebagai alat pengangkutan yang utama di Sungai Sarawak, Kuching pada
era masa kini adalah masih sama dengan peranan perauk tambang yang wujud
semasa rejim Brooke. Walaupun pengangkutan pada era moden telah berubah,
namun peranan perauk tambang masih lagi relevan pada masa kini malah perauk
tambang telah dijadikan lambang dan identiti Sungai Sarawak sehingga kini.

60

BAB 5
PENUTUP

Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa masyarakat Melayu yang


tinggal di tebingan Sungai Sarawak pada masa dahulu dan semasa era
pemerintahan Brooke adalah sangat memerlukan perauk tambang sebagai
pengangkutan sungai yang utama. Dalam hal ini, pengkaji telah mengimbas
kembali semasa Sarawak berada di tangan Kesultanan Brunei yang mana pada
masa tersebut perahu adalah sangat penting dalam menghubungkan masyarakat
yang tinggal di Sarawak. Dalam penulisan ilmiah ini, penulis telah cuba sedaya
untuk membincangkan tentang pembudayaan perauk tambang di Kuching pada
masa era pemerintahan rejim Brooke setelah penyerahan wilayah Kuching oleh
Kesultanan Brunei. Pembudayaan perauk tambang pada zaman Brooke adalah
bermula dari pemerintahan James Brooke pada tahun 1841 sehinggalah kepada
pemerintahan Rajah Brooke yang terakhir iaitu Charles Vyner Brooke pada tahun
1941 iaitu genap 100 tahun pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak.
Dalam penulisan ilmiah ini, penulis telah cuba sedaya upaya untuk
menjawab kepada permasalah kajian yang ada berkaitan dengan pembudayaan

perauk tambang di Kuching pada masa pemerintahan Brooke iaitu mencari jawapan
kepada sebab-sebab mengapa pembuatan dan pembudayaan perauk tambang
pada zaman pemerintahan rejim Brooke telah berkembang pesat berbanding
dengan zaman sebelum Brooke. Di samping itu, pengkaji juga telah sedaya upaya
untuk mengkaji siapakah yang membudayakan perauk tambang pada zaman rejim
Brooke tersebut dengan mengkaji kepada sejarah dan latar belakang masyarakat
Melayu yang tinggal di Kuching.
Penulis telah menyedari hakikat bahawa masyarakat Melayu atau lebih
dikenali sebagai masyarakat Melayu Sarawak yang tinggal di Kuching pada masa
kini adalah bukan berasal daripada Sarawak itu sendiri dengan melihat kepada
pendapat-pendapat

penulis-penulis

terdahulu.

Mereka

menyatakan

bahawa

masyarakat tersebut adalah berasal daripada Kesultanan Brunei dan juga kawasankawasan yang ada di sekitarnya iaitu Kepulauan Sumatera, Jawa, Johor serta teori
migrasi yang terkenal iaitu migrasi masyarakat Melayu dari Tanah Besar China.
Mereka seterusnya bermigrasi Ke Sarawak dan menetap di Kuching dengan
menjalankan kegiatan ekonomi seperti menangkap ikan dengan berteraskan
kepada petempatan mereka di lembah Sungai Sarawak. Pada masa pemerintahan
James Brooke sebagai Rajah Putih Sarawak yang pertama, penulis telah menyedari
bahawa taraf sosioekonomi masyarakat Melayu adalah berada pada tahap yang
mundur. Dalam ekonomi perikanan, kegiatan utama orang Melayu dalam bidang
perikanan telah banyak disaingi oleh orang-orang Cina kerana masyarakat Cina
mempunyai perahu yang lebih moden iaitu perahu barong dan Heng Hua Kotak.
Pada masa pemerintahan James Brooke, penulis telah melihat bahawa
James Brooke tidak begitu berminat untuk memajukan sistem pengangkutan di
Sarawak menyebabkan penduduk Melayu yang tinggal di Kuching pada masa itu
telah bergantung kepada pengangkutan sungai semata-mata. Hal ini adalah kerana
James Brooke pada masa itu adalah lebih berminat dalam usaha penghapusan
lanun, pemberontakan dan juga berminat dalam usaha perluasan kawasan tanah
jajahan melalui beberapa ekspedisi perang dalam melawan orang Iban seperti
Rentap. Hal ini menyebabkan usaha untuk memajukan masyarakat Melayu yang
tinggal di Kuching pada masa itu berada pada tahap yang amat rendah. Hal ini
sekaligus menyebabkan kehidupan dan taraf sosioekonomi masyarakat Melayu
pada masa pemerintahan James Brooke adalah kekal berada dalam struktur
tradisional tanpa kemajuan. Lagipun, pemberontakan para buruh Cina di kawasan
Bau yang telah menyerang Kuching telah menyebabkan seluruh kegiatan ekonomi
masyarakat Melayu terutamanya yang bergiat di Sungai Sarawak adalah terancam.
Pada masa pemerintahan Rajah Brooke yang kedua iaitu Charles Brooke,
barulah penulis telah melihat akan pembudayaan perahu tambang sebagai
pengangkutan utama yang membantu dalam mencorakkan budaya pendidikan
masyarakat Melayu yang tinggal di Kuching. Mereka memerlukan perauk tambang
dalam menghubungkan mereka dengan sekolah-sekolah dari kampung Melayu
Sarawak yang ada di seberang Sungai Sarawak pada masa tersebut. Di samping
itu, pembinaan Astana juga telah mencorak kepada pembudayaan pengangkutan
62

perauk tambang kerana Margaret Brooke iaitu isteri Charles Brooke pada masa itu
telah menggalakkan wanita-wanita Melayu yang tinggal di seberang Sungai
Sarawak pada masa itu untuk menemuinya di Antana bagi memberikan pendidikan
kepada mereka.
Pada masa pemerintahan Rajah Brooke yang terakhir iaitu Charles Vyner
Brooke, penulis juga telah menyedari bahawa sistem pengangkutan di Sarawak
pada masa itu telah berkembang terutamanya daripada aspek pengangkutan darat.
Namun, peranan perauk tambang sebagai pengangkutan air adalah masih terus
relevan. Hal ini kerana peranan perauk tambang pada masa tersebut telah
digunakan bagi melawat Astana dan juga menghubungkan masyarakat tempatan
dengan bandar Kuching. Hal ini juga adalah disebabkan pertumbuhan populasi
penduduk di Kuching yang semakin pesat pada tahun 1939 yang telah membantu
dalam mencorak kepada pembudayaan perauk tambang pada zaman Charles Vyner
Brooke.
Selain itu, penulis juga telah menyedari bahawa pembudayaan perauk
tambang pada masa kini adalah masih menyerupai akan pembudayaan perauk
tambang pada zaman Brooke berkaitan dengan peranannya sebagai pengangkutan
yang utama di Sungai Sarawak. Pada masa kini, penulis telah meneliti bahawa
budaya pengangkutan air yang muncul di Kuching adalah banyak menyerupai
peranan perauk tambang pada masa dahulu yang mana telah melahirkan budaya
pembuatan perahu tradisional yang lain iaitu perauk tambang Iban dan perauk
tambang Orang Ulu. Dalam hal yang sama, penulis telah meneliti akan usaha untuk
memelihara dan memuliharan perauk tambang warisan daripada zaman Brooke
yang ada di Muzium Kuching dan juga Waterfront Kuching pada masa kini. Di sini,
walaupun banyak kemajuan sistem pengangkutan, namun penulis telah menyedari
bahawa peranan perauk tambang masih lagi relevan dalam kalangan masyarakat
Melayu dan masyarakat lain yang ada di Kuching pada masa kini.
Menyedari bahawa hakikat perauk tambang sangat penting dalam
memainkan peranan sebagai sistem pengangkutan air yang penting di Kuching,
diharapkan perauk tambang sebagai warisan budaya tradisonal dalam kalangan
masyarakat Melayu agar terus dikekalkan oleh masyarakat Melayu Sarawak. Pada
63

masa yang sama, ia adalah penting bagi memperkenalkan nama Sarawak di luar
negara dengan menjadikan perauk tambang sebagai sumber utama dalam menarik
lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara untuk datang ke Kuching. Dalam
hal ini, kerajaan perlu memainkan peranan dalam usaha memelihara dan
memelihara perauk tambang sebagai warisan budaya masyarakat Melayu pada
zaman dahulu. Selain itu, generasi baharu juga perlu dididik agar sentiasa
mengekalkan budaya pembuatan perauk tambang agar tidak hilang ditelan zaman.
Hal ini sangat penting bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai budaya
pembuatan pembudayaan perahu tradisional kepada seluruh generasi akan datang.
Kesimpulannya, latihan ilmiah ini telah ditulis bagi merungkai

dan

memperjelaskan perkara-perkara yang ada berkaitan dengan pembudayaan perauk


tambang yang ada pada zaman pemerintahan Brooke dan ia diharapkan agar
mampu mengisi segala kekurangan dan kelompangan yang telah dihasilkan oleh
para penulis pada masa sebelum ini. Sekali lagi, penulis sangat mengharapkan agar
budaya pembuatan perauk tambang dapat terus terpelihara dan terpulihara bagi
membolehkan budaya tersebut terus tersemai dalam jiwa generasi muda pada
masa sekarang dan generasi akan datang. Hal ini adalah kerana ia melambangkan
identiti yang ada pada masyarakat Melayu Sarawak pada masa dahulu yang perlu
dikekalkan sampai bila-bila masa.

64

BIBLIOGRAFI

Akhbar

Berita Harian. Ikon Negeri Sarawak. 10 Julai 2008.


Clark & C.D. Le Gros. 1935. Sarawak: 1935 Blue Report, Kuching. Sarawak
Museum.
Sarawak Gazette. 1886. Kadang Expedition. vol. XVI. No. 240.

Utusan Sarawak. Pengukir Perahu Tambang. 9 Januari 2010.


Laporan

Sarawak Annual Report 1948. Kuching: Government Printers.


Majalah
Tian Nong. 1993. Majalah Khas Ulang Tahun ke-108 Kuching. Kuching: Hainan
Association.
Tesis
Jesinja Bin Ambasing. 2009. Warisan Perahu Kayu Komuniti Pesisir Pantai dan
Pulau di Sandakan Sabah, Latihan Ilmiah, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia
Sabah.
Buku
Ahmad Jelani Halimi. 2006. Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Di Selat Melaka
Abad Ke-15 Hingga Ke- 18. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chang Pat Foh. 1997. Heroes of the Land and Hornbill. Kuching: Lee Ming Press Co.
Elymart Jastro. 2010. Kajian Perahu Tradisional Nusantara Di Muzium Bahari.
Jakarta Utara. Jakarta: Universitas Indonesia.
Foh Hon Kah. 1996. Native in Rejang Basin dalam A History of the Development of
Rajang Basin in Sarawak. Sibu: The Cultural Heritage Committee.
G.R Elliston. 1967. The Marine Fishing Industry of Sarawak. Hull: University of
Hull.Harriette McDougall. 2007. Introductory dalam Sketches of Our Life in

Sarawak.

Ismail Ali dan Mohammad Raduan Mohd Ariff. 2009. Pembudayaan Perahu Bercadik
(Outrigger) di Nusantara. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
James C Jackson. 1968. Sarawak a Geographical Survey of Developing State.
London: University of London Press.

65

Low H. 1988. Sarawak: Notes During a Residence in that Country with H.H. The
Rajah Brooke. Singapore: Oxford University Press.
Madzlan Abdullah. 1978. Sejarah Malaysia Timur. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors.
Magaret Brooke, The Renee Of Sarawak. 2004. The Three White Rajahs. Kota
Kinabalu: Natural History Publications.
P. Sivarajan dan S. Malar Arasi. 2012. Sejarah Sosioekonomi Malaysia sehingga
Tahun 1970. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
R. H. W. Reece. 1988. Development in Sarawak. Victoria: Morphet Press Pty Ltd.
R. K Bhattacharyya. 1994. Sarawak: Beautiful and Captivating. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
S. Baring Gould dan C.A. Bampfylde. 2007. A History of Sarawak: Under its two
White Rajahs 1839-1908. London: Sotheran & Co. Bhd.
Sabihah Osman. 1990. Perkembangan Pelajaran Bumiputera Sarawak 1841-1941.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Semuel Kurni. 2013. Teknik Pembuatan Perahu Tradisional oleh Masyarakat

Kampung Rayori Distrik Kepulauan Aruri Kabupaten Supiori Provinsi Papua,


Manokwari: Universitas Negeri Papua.

Sulaiman Husaini. 2008. SAMARAHAN: Dari Kampung Terpencil ke Desa Ilmu.


Pejabat Residen Bahagian Samarahan. Sarawak Press Sdn Bhd.
Syed Idrus Syed Ahmad dan R. Santhriam. 1990. Perkembangan Pendidikan di
Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jurnal
Amarjit Kaur. 1995. The Babbling Brookes: Economic Change in Sarawak 18411941. Journal Modern Asian Studies. Vol. 29. No. 1.
J.H Walker. 1995. Notes on the use of Malay and Abang in Sarawak. The
Sarawak Museum Journal, vol. XLVIII. No. 69.
L. W Jones. 1967. The Population of Borneo: A Study of the Peoples of Sarawak,
Sabah and Brunei. Journal The Australian Quaterly. Vol. 39.
Nicholas Tarling. 1963. Sir James Brooke and Brunei. The Sarawak Museum
Journal. vol. XI. No. 21-22.
Wan Kamal Mujani & Noranizah Yusuf. 2010. Islam dan Missionari di Sarawak:
Kesan terhadap Pendidikan pada Zaman Crown Colony, 1841-1941. Jurnal
Sosiohumanika. Vol. 3. No. 2.
66

Ooi Keat Gin. 1990. Sarawak Malay Attitudes Towards Education during the Period
of Brooke Rule, 1841-1946. Journal of Southeast Asian Studies. Vol. 21.
No. 2.
Zainal Kling. 1989. Kebudayaan Melayu Sarawak.The Sarawak Museum Journal.
vol. XL. No.661.
Laman web
Sarawak
Tradisional
Boat
Cruise,
diakses
daripada
http://ssoonz.com/iban-long-boat/ pada 22 Januari 2014.

laman

web

Responden
Ayob. 48 tahun. Fungsi Perahu Tambang Iban. 28 Januari 2014.
Harun Abdul Ghani. 54 tahun. Idea dan Konsep Pembuatan Perahu Tambang. 30
Januari 2014.
Yunus Abdullah. 60 tahun. Kepentingan Perahu Tambang di Kuching. 28 Januari
2014.

67

Lampiran A
Foto A1: Pandangan Bahagian Hadapan Perauk Tambang

Sumber: Muzium Sarawak

Foto A2: Pandangan Bahagian Belakang Perauk Tambang

Sumber: Muzium Sarawak

68

Foto A3: Suasana Sungai Sarawak pada Waktu Pagi

Sumber: Kajian Lapangan

Foto A4: Suasana Sungai Sarawak pada Waktu Senja

Sumber: Kajian Lapangan

69

Foto A5: Replika Perauk Tambang

Sumber: Utusan Sarawak, Pengukir Perahu Tambang, 9 Januari 2010.

Foto A6: Perauk Tambang Menjadi Lambang Sungai Sarawak

Sumber: Kajian Lapangan

70

Foto A7: Pengkaji Bersama Perauk Tambang Tradisional

Sumber: Kajian Lapangan

Foto A8: Gabenor British Terakhir Menggunakan Perauk Tambang

Sumber: Jabatan Muzium Sarawak

71

You might also like