5.1 Ilmu Pengetahuan Baru Melalui Pemerhatian

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Ilmu Pengetahuan Baharu Melalui Pemerhatian

Sepanjang masa saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di


SJKC Boon Beng, saya telah mendapati bahawa pihak sekolah bukan sahaja
mengutamakan pencapaian akademik pelajar, malah juga menitikberatkan penerapan nilai
murni dan tingkah laku murid-murid. Antara usaha yang dilakukan termasuklah poster
mengenai nilai-nilai murni dan akhlak mulia yang dapat dilihat di sekeliling sekolah.
Sekolah ini mempunyai permintaan yang tinggi terhadap akhlak murid-murid kerana
pihak sekolah mempercayai bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Murid-murid
diingatkan agar berdisiplin dan mempunyai akhlak yang mulia dan berhemah tinggi. Katakata hikmat ditampalkan di dinding sekolah. Ini membolehkan murid mempunyai kesedaran
dalam sanubari mereka tentang cara mereka perlu berakhlak.
Di samping itu, sepanjang pemerhatian saya, saya mendapati bahawa pekerja untuk
pembersihan telah melakukan amanah mereka dengan sepenuh hati. Saya telah berbual
dengan mereka dan mereka berpendapat bahawa jika mereka melaksanakan kerja mereka
dengan baik, murid-murid akan dapat belajar dalam keadaan yang kondusif. Ini merupakan
sikap yang sangat dihormati.
Dalam pemerhatian saya, saya mendapati bahawa sekolah mempunyai prasarana
dan kemudahan yang baik untuk murid-murid. Ini amat baik bagi murid-murid kerana
mereka dapat belajar dengan efektif dengan menggunakan kemudahan-kemudahan
tersebut yang disediakan.
Saya amat bertuah kerana mendapat keizinan daripada pihak sekolah dan seorang
guru

Bahasa

Inggeris,

Puan

Ammu

untuk

menjalankan

pemerhatian

terhadap

pengajarannya supaya saya dapat menjadikannya teladan saya. Sepanjang pemerhatian


tersebut, Puan Ammu yang merupakan seorang guru yang sangat berpengalaman dapat
mengendalikan kelas tersebut secara sempurna. Beliau juga berupaya mencapai objektif
bagi pengajarannya dan semua pelajar kelas tersebut dapat memahami pengetahuan
baharu yang hendak disampaikan. Bukan itu sahaja, saya dapat memerhati bahawa murid
belajar dalam persekitaran yang kondusif dan tidak mengancam kerana Puan Ammu
berupaya membentuk persekitaran yang baik sedemikian. Saya juga dapat memerhati
bahawa Puan Ammu menyampaikan pengetahuan dengan cara yang menyeronokkan
dengan mengadakan aktiviti seperti role play dan sebagainya. Aktiviti ini yang mengizinkan
pelajar untuk berfikir secara kreatif diadakan supaya mereka dapat menghasilkan sesuatu
yang baru dengan menggunakan imaginasi mereka dengan sepenuhnya dan dengan cara
yang menyeronokkan.

Selain itu, saya juga dapat memerhati bahawa sekolah ini amat menitikberatkan
kesedaran tanggungjawab sendiri terhadap alam sekitar yang boleh dilihat melalui program
yang dijalankan dalam sekolah ini, iaitu program Makan Sampai Habis (Waste Not Food).
Program ini dianjurkan oleh pihak Happy Move yang merupakan organisasi bukan kerajaan
datang ke sekolah untuk melaksanakan projek yang matlamatnya adalah untuk mendidik
murid-murid tentang nilai makanan dan kesusahpayaan membesarkan sayur-sayuran dan
menimbulkan kesedaran agar tidak membazirkan makanan melalui aktiviti-aktiviti yang amat
bermakna. Program ini amat bermakna kerana murid-murid akan mempunyai kesedaran
bahawa makanan sebenarnya sangat bernilai dan pembaziran makanan adalah sangat tidak
bermoral melalui penanaman sayur-sayuran di dalam kawasan sekolah. Dengan
mempunyai kesedaran tersebut, murid-murid akan menjadi seorang insan yang lebih
berhemah tinggi. Ini juga menyumbang kepada matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) untuk menghasilkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek.
Saya telah mendapat banyak ilmu pengetahuan melalui pemerhatian dan saya
berharap saya dapat memanfaatkan ilmu tersebut dan menyumbang untuk murid-murid
pada masa yang akan datang.

You might also like