Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

10/27/2016

Polis:10,000hilang,659kanakkanakmasihgagalditemui|Berita|ProjekMMO|MalayMailOnline

ProjekMMO

Polis: 10,000 hilang, 659 kanak-kanak masih


gagal ditemui
JANUARY 04, 2016

KUALA LUMPUR, Jan 4 Hampir 10,000


kanak-kanak hilang direkodkan sejak
lima tahun lalu, majoritinya remaja
perempuan dan mahu hidup bebas.
Statistik kehilangan kanak-kanak bawah
18 tahun yang direkodkan oleh polis
menunjukkan 9,781 kes dilaporkan di
seluruh negara, melibatkan 7,501
perempuan dan 2,280 lelaki.

Menurut rekod polis, 9,122 kanak-kanak yang hilang, atau 93 peratus kes, berjaya ditemukan semula.
Namun nasib 659 orang lagi masih belum ketahui. Foto oleh Yap Tzu Ging

Daripada jumlah tersebut, 9,122 kes


atau 93 peratus berjaya ditemukan
semula, namun nasib 659 atau tujuh
peratus lagi kanak-kanak pula masih
belum ketahui, lapor Utusan Online.

Statistik antara 2011 hingga November


2015, kanak-kanak Melayu mencatatkan jumlah tertinggi dengan 6,713 kes, atau melebihi 60 peratus diikuti lain-lain
(1,378), India (1,059) dan Cina (641).
Menurut polis, punca utama masalah ini kerana mereka mahu bebas daripada keluarga dengan (sebanyak 4,112
kes). Alasan menghilangkan diri kerana mengikut kawan dan kekasih masing-masing mencatatkan 2,370 dan 1,699
kes.
Punca lain, tidak minat belajar (223 kes), mencari kerja (151), salah faham keluarga (963), kurang perhatian keluarga
(69), bersama ibu atau bapa yang sudah berpisah (73) dan tidak diketahui (121).
Kehilangan melibatkan remaja berumur 16 hingga 18 tahun merekodkan jumlah tertinggi dengan 5,235 kes.

http://www.themalaymailonline.com/print/projekmmo/berita/polis10000hilang659kanakkanakmasihgagalditemui

1/2

10/27/2016

Polis:10,000hilang,659kanakkanakmasihgagalditemui|Berita|ProjekMMO|MalayMailOnline

Kehilangan melibatkan remaja berumur 16 hingga 18 tahun merekodkan jumlah tertinggi dengan 5,235 kes.
Remaja berusia 13 hingga 15 tahun mencatatkan jumlah 4,193 kes. Namun trend tiga tahun kebelakangan ini
menunjukkan peningkatan kumpulan usia ini sehingga mengatasi kes-kes kehilangan peringkat 16 hingga 18 tahun
dalam tempoh tersebut, lapor portal itu lagi.
Sementara 296 kes dicatatkan bagi peringkat umur 7 hingga 12 tahun, manakala umur baru lahir hingga enam
tahun pula merekodkan hanya 57 kes.
Johor mencatatkan jumlah kanak-kanak hilang tertinggi, sebanyak 1,727 kes, sepanjang lima tahun lalu mengatasi
Selangor, ,215 kes dan Kedah, 968 kes.
Copyright 2016 | Malay Mail Online

http://www.themalaymailonline.com/print/projekmmo/berita/polis10000hilang659kanakkanakmasihgagalditemui

2/2

You might also like