Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

Unit 1: Sejarah Palang Merah

Latar Belakang Pengasas

Jean Henry Dunant dilahirkan pada 8 Mei 1828, Geneva,


Switzerland. Dunant merupakan pengasas Persatuan Palang
Merah, maka beliau juga digelar sebagai bapa palang merah.
Beliau seorang yang suka berpakaian putih dan merupakan
seorang ahli perniagaan, aktivis sosial dan agamawan Kristian
aliran Calvinisme yang kuat. Ayahnya, Jean-Jacques Dunant
seorang peniaga yang terkenal dan berharta. Ibunya pula
bernama Antoinette Dunant-Colladon iaitu, seorang penyayang
dan patuh kepada arahan agama . Ibu bapanya juga merupakan aktivis social yang
sering

meluangkan masa untuk membantu anak-anak yatim dan anak mangsa

perceraian. Selain itu, ibunya juga bekerja di rumah sakit di samping membantu mereka
yang miskin untuk menghadapi kekangan hidup.
Dunant begitu aktif dalam pelbagai kegiatan amal dan agama seperti bergerak aktif
dalam usaha untuk menyatukan hubungan yang renggang di antara orang
Kristian dan Yahudi. Beliau menjadi ahli LEAGUE OF ALMS di Geneva dengan
tujuan memberi keselesaan rohani dan jasmani serta membantu penduduk
miskin,sakit dan serba kekurangan. Beliau juga sering melawat penjara dengan
usaha untuk memulihkan banduan melalui menukarkan sikap dan perangai
banduan-banduan.
Pada tahun 1846, Henry Dunant melihat sendiri pemberontakan dan menyertai
Persatuan Geneva untuk Alm. Kemudian bersama rakan-rakannya telah menubuhkan

sebuah organisasi iaitu 'Thursday Association' iaitu satu pasukan muzik untuk mengkaji
kitab Bible dan membantu mereka yang menderita serta pelbagai kerja sukarela.
Pada tahun 1849 , Dunant berkerja sebagai perantis dalam sebuah syarikat bank di
Geneva, untuk mempelajari perniagaan bank. Ketekunannya itu menyebabkan beliau
telah diberikan tugas sementara sebagai pengurus besar di sebuah cawangan di Algeria
yang dikenali sebagai Colonies Suieses de Setif. Kemudiannya, beliau berhenti berkerja
dan memulakan perniagaannya sendiri dan akhirnya berjaya dalam perniagaan beliau.
Pada usia 30 tahun, Jean Henry Dunant tertarik minat oleh sekumpulan organisasi
di Switzerland , France ,& Belgium yang terkenal dengan nama Young Mens Christian
Union dan di England dikenali sebagai Young Mens Christian Assosiation . Satu
pergerakan untuk menyatukan beberapa kumpulan di Eropah dimulakan pada tahun
1853. Dunant menentang pergerakan tersebut dan mencadangkan satu gagasan
sedunia termasuk YMCA di England patut diwujudkan dan tidak terhad di Eropah sahaja
Pada tahun 1855, atas desakan Dunant, satu persidangan YMCA sedunia telah
diadakan di Paris.
Pada tahun 1853, Henry Dunant melawat negara Algeria, Tunisia, dan Sicily di
Afrika Utara dan terbitlah buku "An Account of the Regency in Tunis" pada tahun 1858.
Pada 1856 beliau menubuhkan syarikat di Algeria setelah mendapat tanah ladang
percuma daripada penjajah Perancis. Ladang jagung dan syarikatnya dinamakan
"Financial and Industrial Company of Mons-Djmila Mills". Akan tetapi, beliau tidak
mendapat kerjasama dari segi hak tanah dan air berikutan dengan peperangan yang
sedang berlangsung. Bagi menyelesaikan masalah itu, Henry Dunant ingin menemui
Maharaja Napoleon di Perancis sedangkan Perancis terlibat dengan peperangan di
Lombardy dengan menyokong Piedmont,Sardinia menentang Austria,Itali dan pejabat
induk

Napoleon

III

terletak

di

Solferino,

Switzerland.

Pada bulan Jun 1859, semasa dalam perjalanan untuk menguruskan perniagaan di
Itali. Dunant sampai di Castiglione della Piere iaitu, ketika pertempuran di
Solferino. Dalam peristiwa itu, beliau mendapati banyak mangsa peperangan
yang mati dan sakit. Beliau cuba membantu orang yang sakit dengan sedayaupaya. Pengalaman tersebut telah menyebabkan beliau meninggalkan hal
perniagaan. Beliau cuba menumpukan pemikirannya tentang cara untuk

meringankan

penderitaan

dan

peperangan.

"Kenangan di Solfarino" buku yang ditulis oleh Dunant adalah permulaan bagi
kejayaan kerjayanya. Buku tersebut menyarankan agar pasukan sukarelawan
terlatih patut ditubuhkan untuk menolong anggota yang tercedera di semua
negara. Idea itu telah mendapat sambutan yang luar biasa. Konsep "trinity"
antarabangsa di antara negara untuk menentukan penjagaan orang sakit telah
menarik minat ramai.
Cadangan daripada Henry Dunant mendapat perhatian daripada pakar undangundang Gustave Moynier dan menjadikan isu itu sebagai agenda utama dalam
mesyuarat Persatuan Kebajikan Geneva ''Geneva Society for Public Welfare'' pada 9
Februari 1963. Mereka mengkaji cadangan Dunant dan mencadangkan lima ahli
jawatankuasa khas dan Henry Dunant salah seorang daripadanya. Ahli lain ialah
Gustave Moynier, Ketua tentera Switzerland Jeneral Henri Dufour, Doktor Louis Appia
dan Theodore Maunoir. Mesyuarat pertama mereka pada 17 Februari 1863 dan tarikh ini
dianggap

sebagai

tarikh

penubuhan

Persatuan

Palang

Merah

Antarabangsa

(ICRC).Pada permulaanya lima ahli majlis ini bercanggah pendapat kerana berbeza visi,
perancangan, kepentingan peribadi dan menuduh Henry Dunant terlalu idealis.Tertapi
Henry Dunant meneruskan pengembaraan dan terus dengan idea-ideanya 'organisasi
sukarela'.
Pada Oktober 1863, 14 negara mengambil bahagian dalam mesyuarat di Geneva
bagi membincangkan isu 'membantu tentera yang cedera semasa peperangan'.
Peranan Henry Dunant cuba diperkecilkan oleh Gustave Moynier.Pada 1864 Parlimen
Switzerland telah mengatur pertemuan diplomatik dari 12 negara bagi menandatangani
Konvensyen Geneva.
Pada tahun 1863 & 1864 kejayaan Dunnat meningkat kemudian menurun semula
pada selepas itu, Orang ramai memberi sokongan, sebuah Jawatankuasa tertubuh, dan
persidangan-persidangan diadakan. Tetapi dalam transformasi impiannya kepada
reality, Dunnat menyepikan diri dan tempatnya itu digantikan oleh orang lebih praktikal
pada 1865 & 1866. Pernyataannya semakin merosot, ini kerana perasaan malu dan
kurang keyakinan terhadap diri sendiri.

Pada 1867 merupakan tahun yang amat malang bagi Dunant kerana urusan
perniagaan

yang

diabaikannya

juga

turut

merosot

sehingga

beliau

terpaksa

menggunakan hartanya untuk membayar hutang-piutang. Syarikat-syarikat Henry


Dunant di Algeria telah bankrap seperti, firma kewangan Cridit Genevois akibat satu
skandal. Pada 17 Ogos 1868 beliau diisytihar muflis oleh Mahkamah Perdagangan
Geneva. Oleh itu masyarakat Calvinist mahu beliau dipinggirkan. Beliau meletakkan
jawatan setiausaha pada 25 Ogos 1867 dan pada 8 September 1867 meletakkan
jawatan dari ICRC. Sejak itu,Gustave Moynier telah menjadi Presiden dan memainkan
peranan utama dalam ICRC.
Pada tahun 1868, Henry Dunant turut disingkir dari YMCA kerana muflis. Gustave
Moynier pula merancang agar semua wang insuran tidak diserahkan kepada Henry
Dunant. Malah cenderahati 'Sciences Morales' dari Festival Paris Sedunia tidak diberi
kepada Dunnat, sebaliknya diserahkan kepada Gustave Moynier dan Dufour agar wang
diserahkan kepada Majlis. Napoleon III bersetuju untuk membayar separuh hutanghutang Henry Dunant jika kawan-kawan Dunant membayar yang lain. Tetapi usaha ini
juga dihalang oleh Moynier.
Dunant berpindah ke Paris dan meneruskan misi kemanusiaan dan organisasi
sukarela. Sepanjang peperangan Perancis-Prusia (1870-1871) beliau mengasaskan
Persatuan Bantuan Bersama (''Common Relief Society'') dan 'Perikatan Bersama untuk
Tamadun dan Pemerintahan'. Beliau juga mencadangkan rundingan pelucutan senjata
dan

mengadakan

mahkamah

antarabangsa

bagi

menyelesaikan

konflik-konflik

antarabangsa. Selain itu, Dunnat juga menyokong pertubuhan negara Yahudi di


Palestin. Kemudian, beliau bekerja di sebuah perpustakaan.
Henry Dunant masih hidup bankrap dan terhutang akibat mengabaikan kehidupan
peribadnya yang tidak mempunyai sumber pendapatan. Walaupun beliau dilantik
sebagai ahli kehormat Persatuan Palang Merah Austria, Belanda, Sweden, Prusia dan
Sepanyol tetapi beliau semakin dilupakan. Beliau berpindah-randah dari Stuttgart, Rome
Corfu, Basel dan Karlsruhe. Semasa di Stuttgart beliau bertemu dengan Rudolf Muller di
Universiti Tubingen,Jerman. Pada 1881 Dunnat kembali ke kampung halamannya di
Heiden, Geneva dengan bantuan rakannya.

Pada Julai 1887 (dalam usia 59 tahun) beliau kelihatan sangat tua akibat
kekecewaan yang dialami selama 20 tahun. Namun begitu,penduduk di bandar
kecil Heidden, Switzerland masih mengenalinya. Di tempat tinggalnya itu ramai
orang yang menghormatinya sejak beliau menaruh minat dalam pergerakan
yang beliau pelopori. Beliau juga turut dihubungi oleh rakan lama beliau 1892.
Akibat masalah kesihatan beliau telah dimasukkan ke hospital dan hidup di sana
selama

18

tahun.

Pada tahun 1895, seorang wartawan muda dalam pengembaraannya telah


mengenai Dunant dan memohon untuk mewawancara Dunant. Ekoran
wawancara itu, seluruh dunia mengetahui bahawa Dunant masih hidup walaupun
dalam keadaan daif. Pelbagai pihak mahu membantu beliau. Pengiktirafan
terhadap khidmat, beliau dihantar melalui surat oleh pihak atasan dan bawahan
dari jauh dan dekat. Manakala Pope Leo pula menghantar potret yang yang
ditandatangannya yang ditulis dengan tangannya, perkataan First Paz In Virtute
Ma

Deus.

Dunant tenang semasa hari tuanya, beliau menghargai segala pujian yang
dicurahkan terhadap beliau dan mengatakan bahawa beliau tidak perlu dibantu
kerana bagi beliau sudah memadai dengan bantuan pihak hospital dan jiranjirannya

di

Heidden.

Seterusnya pada tahun 1901, Jawatankuasa Nobel menganugerahkan Dunant


dengan Hadiah Keamanan (Peace Prize) yang pertama dan dikongsi dengan
Frederick Pessy dari Perancis. Beliau tidak dapat pergi ke Christiana untuk
menerima anugerah kerana terlalu lemah tetapi hadiah itu dihantar terus
kepadanya

dari

Geneva.

Akhirnya beliau telah meninggal dunia di pergunungan Heidden pada Ahad,


30 Oktober 1910, di kalangan penduduk. Pada akhir hayatnya beliau dapat
menikmati ketenangan hidup, jalinan persahabatan dan keselamatan hingga hari
tuanya.

SEJARAH
Pendahuluan:
Pertubuhan Persatuan Palang Merah sudah melebihi 136 tahun lamanya. Kini
Persatuan ini wujud hampir dalam semua negara di dunia ini dan telah berdiri
teguh sebagai sebuah organisasi bantuan dalam masa perang atau aman,
meluaskan aktivitinya dalam pelbagai bidang serta menyatukan berjuta-juta
manusia.

Pertempuran
Pada 24 Jun 1859, bala tentera dari Austria dan tentera perikatan PerancisSardina telah bertempur sepanjang hari berhampiran dengan Solferino, sebuah
kampung di Utara Itali. Ramai yang terkorban, tercedera dan hilang dalam
pertempuran tersebut. Pada ketika itu, perkkhidmatan perubatan tentera belum
lagi wujud untuk memberi bantuan. Ramai menderita kerana kecederaan dan
mati akibat tidak mendapat rawatan.
Henry Dunant (yang berpakaian putih) terpegun melihat penderitaan anggotaanggota tentera yang cedera, mula melancarkan pertolongan dengan bantuan
penduduk-penduduk setempat. Bantuan diberikan tanpa mengira pakaian
seragam dan bangsa mereka, hanya menganggap mereka sebagai anggota
yang menderita tanpa senjata yang memerlukan pertolongan.

Satu tanda sejarah


Jean Henry Dunant mendapati bahawa Geneva merupakan sebuah tempat yang
sesuai untuk menjalankan kegiatan kemanusiaan. Saraan yang dikemukakan oleh

Dunant diminati oleh seorang peguam pemuda yang merupakan pengerusi kepada
`THE SOCIETE GENEVOISE DUTILITE. Dunant bekerjasama dengan GuillaumeHenry Dufour, Louis Appia dan Theodore Mounier, Gustave Moynier menubuhkan
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah( International Committee of The Red CrossICRC ) untuk membantu mereka yang tercendera. Jawatankuasa ini bertindak tegas,
walaupun sebagai sebuah pertubuhan persendirian dan pernah mengadakan satu
persidangan wakil-wakil negara.
Mesyuarat di Geneva dari 26 hingga 29 Oktober 1863, telah disertai oleh 16 buah
negara dan bersetuju untuk meluluskan Resolusi Jawatankuasa Geneva dan
mewujudkan pertubuhan-pertubuhan persendirian yang berkenaan untuk membantu
mereka yang tercedera dan memberi rawatan serta mejaga keselamatan mereka,
Pekerja-pekerja yang bertugas akan dilindungi oleh lambang khas iaitu,Palang Merah
yang berlatarbelakangkan putih.
Apabila peperangan meletus di antara Prussia dan Denmark. Jawatankuasa
menghantar Dr. Loius Appia untuk bertugas dengan tentera Prussia. Palang Merah pada
kain pergelangan lengannya telah membantu pergerakannya di medan perang. Walau
bagaimanapun, pertubuhan-pertubuhan yang telah ditubuhkan telah menghadapi
masalah dalam medan perang.
Oleh yang demikian, pada bulan Ogos1864 atas gesaan Jawatankuasa
Antarabangsa Palang Merah, kerajaan Switzerland telah mengadakan `Persidangan
Diplomatik di Geneva yang dihadiri oleh wakil-wakil daripada 12 buah Negara. Demi
memperbaiki keadaan tentera yang cedera di medan perang, Konvensyen Geneva telah
ditandatangani oleh 12 wakil negara masing-masing pada 22 Ogos1864 dan kemudian
disusuli oleh negara lain.
Kemunculan Konvensyen Geneva yang pertama telah membuka satu lembaran
penting dalam sejarah manusia. Konvensyen ini menunjukkan bahawa undang-undang
boleh dikuatkuasakan walaupun dalam masa peperangan dan mengenakan peraturanperaturan kemanusiaan yang tertentu kepada anggota-anggota kombatan. Persidangan
tersebut juga mengesyorkan satu rancangan untuk mendapatkan perlindungan
antarabangsa bagi mereka yang tercedera, tentera hospital dan anggota-anggota

perubatan. Syor-syor tersebut diterima dalam Konvensyen Geneva yang mengandungi


10 artikel dan dikenalkan panggilan `keberkecualian oleh Dunnat.
Konvensyen tahun 1894 ,merupakan asas bagi kerja-kerja kemanusian pada masa
perang di antara Perancis dengan Prussia pada tahun1870-1871, perang SpanyolAmerika pada tahun 1898 dan perang Russia-Jepun pada tahun 1904. Dalam jangka
masa selepas konvensyen Geneva Pertama, Palang Merah sering dijemput untuk
bertugas di medan perang. Pertubuhan tersebut juga mengadakan persidanganpersidangan mengumpul delegasi-delegasi daripada pertubuhan kebangsaan dari JAPM
dan wakil-wakil Negara yang menjadi pihak kepada Konvensyen Geneva. Tujuan
persidangan

ini

adalah

untuk

mencadangkan

menerima-pakai

rukun-rukun

antarabangsa yang berasaskan kepada pengalaman.


Persidangan pertama diadakan, pada tahun 1867 di Paris seterusnya diadakan di
Berlin pada 1869, Karisruhe pada tahun 1892, Vienna pada tahun 1897,dan Saint
Petersburg 1902. Pengasas-pengasas Palang Merah ini bertanggungjawab untuk
mewujudkan Persatuan-persatuan Kebangsaan yang baru.
Pada tahun 1867, Turki telah memberitahu Kerajaan Swiss bahawa ia akan
menggunakan lambang Bulan Sabit Merah sebagai gantian Palang Merah. Tindakan
Turki ini kemudian diikuti oleh kebanyakan Negara Islam.

Lambang pergerakan
Lambang palang merah dipilih sebagai satu penghargaan kepada Switzerland
telah diwujudkan dengan tujuan untuk menentukan perlindungan bagi mereka yang
tercedera dalam medan perang, anggota penjaga dan merawat mereka. Jadi,
penyalahgunaan lambang palang merah adalah kesalahan serius di sisi undang-undang
Antarabangsa.
Pada bulan November 1867, kerajaan Turki telah mengumumkan kepada Majlis
Persekutuan Swiss bahawa logo palang merah telah menghina kepercayaan agama
mereka, maka mereka akan menukarkan palang merah kepada bulan sabit merah.
Pertukaran lambang tersebut kemudian diikuti oleh kebanyakan negara muslim. Kedua-

dua lambang ini dilindungi di bawah konvensyen Geneva sejak 1929. Walau
bagaimanapun Negara-negara hendak memilik lambang yang digunakan dalam suatu
persidangan diplomatik. Oleh sebab itu, penggunaan kedua-dua lambang ini untuk
tujuan perniagaan dan publisiti adalah tidak dibenarkan.

Penggunaan lambang
Satu sistem bagi melindungi penggunaan lambang palang merah dan bulan sabit
merah sebagai lambang pelindung dan lambang persatuan kepada persatuan
Kebangsaan telah ditetapkan oleh Konvensyen Geneva tahun 1949. .Peraturan ini telah
diperluaskan lagi oleh protokol 1 tahun 1977 adalah berdasarkan perbezaan
penggunaan lambang sebagai tujuan pelindung dan pengenalan.

Penggunaan sebagai Pelindung


Semasa peperangan lambang palang merah dan bulan sabit merah digunakan
untuk melindungi anggota-anggota perubatan, kenderaan, bangunan dan sebagainya.
Selain itu, persatuan kebangsaan yang membantu perkhidmatan perubatan juga berhak
menggunakan lambang tersebut sebagai lambang pelindung. Penggunaan lambang
sebagai alat pelindung juga boleh digunakan oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang
Merah dan Persekutuan (IFRC). Sebagai alat pelindungan, saiz lambang tersebut harus
bersesuaian dengan bangunan atau kenderan supaya jelas dan nampak.

Penggunaan sebagai pengenalan


Sebagai lambang pengenalan, saiz lambang palang merah dan bulan sabit merah
haruslah kecil supaya tidak menimbulkan kekeliruan dengan lambang yang digunakan
sebagai lambang pelindung. Oleh yang demikian, Persatuan Kebangsaan harus
memastikan cara penggunaan lambang pengenalan dan lambang pelindung yang betul
dalam kalangan ahlinya dan juga orang ramai.

Peyalahgunaan lambang

10

Demi kepentingan sendiri terdapat sesetengah pertubuhan dan individu yang tidak
bertanggungjawab sering menyalahguna lambang Palang Merah dan Bulan Sabit
Marah. Sebenarnya, sebarang penggunaan lambang tanpa kebenaran daripada
Persatuan Kebangsaan adalah dianggap salah. Bagi mengelakkan lambang daripada
penyalahgunaannya pelindungan lambang adalah satu perkara yang penting untuk
menentukan penghormatan dan ketinggian Palang Merah dan Bulan Sabit merah.

11

You might also like