Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN


Bism...
Alhamd...
Assalammualaikum w.b.t
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Yang berusaha Pn Hashimah bt Hashim, Guru besar sek kebangsaan ladang yong
peng.
Yang berbahagia Tuan Imam Shamsul Rizalaris bin Abd Hamid, Imam besar Masjid
Laksamana Tunku Abdul Jalil Yong Peng.
Yang dihormati, Encik Rohani bin Payakon, Yang dipertua PIBG Sekolah Keb ladang
yong peng
Yang dihormati guru-guru penolong kanan
Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdullillah. bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin limpah kurnia Nya
pada hari ini, kita sekali lagi bersama-sama berhimpun di Surau ini bagi mengadakan
majlis solat hajat dan bacaan yassin bagi calon2 UPSR sek kebangsaan ladang yong
peng .Terlebih dahulu bagi pihak majlis , kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan
kehadiran hadirin dan hadirat sekalian ke majlis yang penuh barakah ini.
Semoga dengan kesudian tuan puan meluangkan masa pada majlis kali ini,
membolehkan kita duduk berkumpul dalam ikatan kekeluargaan di samping
mendoakan kejayaan anak-anak kita yang akan menduduki peperiksaan UPSR yang
bakal menjelang.
Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,
Sebelum memulakan majlis, izinkan saya untuk menerangkan objektif majlis solat
hajat dan bacaan yassin ini. Antara tujuannya ialah, pertama bagi meningkatkan
amalan ibadat solat dalam kalangan murid sek keb ladang yong peng, kedua,
membimbing murid menjalani kehidupan yang seimbang dunia dan akhirat dan
ketiga, membudayakan solat hajat sebagai pemangkin usaha dan kejayaan.

Seterusnya suka untuk dibacakan perjalanan aturcara majlis pada hari ini. Majlis akan
dimulakan dengan solat sunat dhuha, solat sunat taubat, solat sunat hajat dan
bacaan yassin. kemudian ucapan dan motivasi daripada Puan hashimah binti hashim,
Guru Besar Sek Keb Ladang Yong Peng dan di akhiri dengan jamuan makan.
Sehubungan dengan itu majlis dengan segala hormatnya menjemput sohibus
samahah Tuan Imam Shamsul Rizalaris bin Abd Hamid, Imam besar Masjid Laksamana
Tunku Abdul Jalil Yong Peng untuk mengetuai perjalanan majlis seterusnya. Dengan
segala hormatnya dipersilakan...

Alhamdulillah, ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Imam Shamsul Rizalaris bin
Abd Hamid, Imam besar Masjid Laksamana Tunku Abdul Jalil Yong Peng yang
mengetuai majlis solat sunat dan bacaan yassin sebentar tadi.
Hadirin yang dirahmati sekalian,
majlis kita akan diteruskan lagi dengan mendengar ucapan dan motivasi daripada
guru besar sek keb ladang yong peng, puan hashimah binti hashim. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan...
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan dan motivasi telah disampaikan
oleh guru besar sek keb ladang yong peng, puan hashimah binti hashim sebentar
tadi. Semoga segala yang disampaikan tadi dapat membuatkan calon2 bersemangat
dan bersedia untuk menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi.
Hadirin yang dihormati sekelian,
*****Kini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Guru besar Sek Keb Ladang
Yong peng, Puan hashimah binti hashim untuk menyampaikan sedikit saguhati kepada
Imam besar Masjid Laksamana Tunku Abdul Jalil Yong Peng, Tuan Imam Shamsul
Rizalaris bin Abd Hamid, Majlis mempersilakan...
Ribuan Terima kasih kepada Guru besar Sek Keb Ladang Yong peng, Puan hashimah
binti hashim atas kesudian menyampaikan sedikit saguhati sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian,
**Dengan berakhirnya majlis penyampaian itu tadi, maka majlis sudah sampai
kepenghujungnya. Saya selaku wakil kerja jawatankuasa majlis, memohon maaf atas
segala kekurangan dan tidak keselesaan sepanjang majlis ini berlangsung.
Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan para tetamu, ibu bapa
dan murid2 untuk menikmati juadah yang telah disediakan di kantin sekolah. Dengan
itu saya sudahi dengan wabillah hitaufik wal hidayahwassalammualaikum w. b.t dan
terima kasih.

You might also like