Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Tokoh di Malaysia

Terdapat ramai tokoh di Malaysia yang telah banyak menyumbang jasa


dan bakti kepada masyarakat, agama dan bangsa. Tokoh yang dipilih oleh
saya untuk tugasan yang telah diberikan ialah Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri merupakan mufti Wilayah
Persekutuan yang ke-7 yang dilantik pada 23 Jun 2014 dan masih
memegang

jawatan

mufti

sehingga

sekarang.

Beliau

juga

adalah

pengasas kepada Pondok Moden al-Abaqirah, Masjid Agama Islam


Wilayah Persekutuan.
Sedikit latar belakang dan juga pendidikan Dr. Zulkifli ialah beliau
dilahirkan di Kampung Gong Pauh yang terletak di Daerah Kemaman
Negeri Terengganu. Beliau dilahirkan pada 16 Januari 1969. Beliau mula
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah, Kuala Terengganu pada
tahun

1976

pelajarannya

sehingga
di

tahun

Sekolah

1981

Menengah

dan

kemudian

Agama

Sultan

menyambung
Zainal

Abidin

(SMAASZA) di Ladang, Kuala Terengganu pada 1982 sehingga 1984 dan


menyambung pengajian dalam peringkat thanawi di Sekolah Menengah
Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu pada
1985 sehingga 1988. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi di Universti Islam Madinah selama 5 tahun dari
tahun 1989 sehingga 1993 dan berjaya mendapat Ijazah dalam Sarjana
Muda Syariah di universiti tersebut. Beliau kemudiannya meneruskan lagi
pengajian di peringkat Sarjana Syariah di Universiti al-Ulum al-Islamiah wa
al-Arabiah di Damsyik Syria pada tahun 1994 sehingga 1997 di bawah
seliaan Syeikh Prof. Dr. Mustafa al-Khin. Tidak berhenti hanya setakat itu,
beliau menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsasah (Ph.D) di
Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2002-2004 dan tajuk kajian
yang beliau telah hasilkan adalah Institusi Mufti Dan Fatwa: Satu Analisa
Terhadap Enakmen Dan Beberapa Fatwa Pilihan Negeri Sembilan. Beliau
juga pernah menadah ilmu dengan ulama yang tersohor dengan cara
bertalaqqi. Antaranya gurunya ialah Prof. Dr. Muhammad Said Ramadhan

al-Bouti dan Prof. Dr. Wahbah Mustafa al-Zuhayli dan mempelajari pebagai
kitab dalam bidang ilmu yang berbeza seperti Akidah, Fiqh, Usul Fiqh,
Ulum Hadith dan juga Tasawwuf.
Dr. Zulkifli al-Bakri telah banyak memegang jawatan dan banyak
menyumbangkan jasa kepada agama, bangsa, dan negara. Beliau pernah
memegang jawatan di peringkat yang rendah mahupun yang tinggi dalam
negeri dan juga negara ini. Antara beliau pernah menyumbang bakti
menjadi pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), pakar rujuk
dalam bidang keagamaan, menjadi ahli panel forum perdana, dan banyak
lagi. Selain memegang jawatan sebagai mufti, beliau juga memegang
jawatan-jawatan yang lain seperti Felo Dakwah YADIM dan Penasihat
berkenaan dengan Hukum-Hukum Syarak kepada kerajaan, badan-badan
berkanun dan juga badan-badan bukan kerajaan (NGO). Oleh kerana
sumbangan yang banyak kepada masyarakat, agama dan juga negara,
beliau telah mendapat dan diberikan pelbagai anugerah sama ada di
peringkat negeri mahupun negara. Antara anugerah yang diterima oleh
beliau ialah Anugerah Tokoh Penulis Islam: Sempena Pesta Buku
Antarabangsa Kelantan Kali Kedua (2010), Tokoh Maulidur Rasul peringat
Wilayah Persekutuan 1433H/2012M,

dan

anugerah Pingat Mahkota

Wilayah (PMW) pada 1 Februari 2015 sempena Hari Wilayah Persekutuan


yang membawa gelaran Datuk kepada beliau.
Beliau juga telah menyumbang dalam pembentangan Kertas Kerja
Seminar Peringkat Kebangsaan dan juga Antarabangsa. Hal ini sedikit
sebanyak menaikkan dan

mengharumkan nama Malaysia di persada

dunia. Antara perbentangan kertas kerja seminar dibentangkan oleh


beliau ialah Seminar Rabithah al-Alami al-Islami, sejarah Jemaah Haji di
Nusantara dan Asia, Rabithah al-Alami al-Islami, Jeddah, dan Seminar AlQuran dan Isu-isu Semasa Peringkat Kebangsaan, UKM, September 2005.
Di samping itu, beliau bukan sahaja menyumbang kepada aktiviti
keagamaan dan kemasyarakatan tetapi beliau juga menyumbang dalam
bidang

penulisan.

Beliau

telah

banyak

menghasilkan

penulisan,

penterjemahan serta aktif dalam membentangkan kertas kerja sama ada


di peringkat negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa. Buktinya, beliau
telah menghasilkan lebih 200 kertas kerja di pelbagai seminar dan forum.
Beliau mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 2005
dan aktif sehingga sekarang. Antara karya penulisan yang beliau telah
hasilkan

ialah

Hukum

Jampi

Dan

Pakai

Tangkal:

Darul

Fuqaha

(2005),Solat Sunat Pilihan 2 (2010), Al-Fiqh Manhaji Ibadat Dalam Fiqh


Al Syafie (2011),Fiqh al-Hijrah (2013), Biografi Abu Hassan al-Asyari
(2014-2016), dan Selamat Tinggal Ulama (2014-2016). Karya-karya
yang beliau hasilkan telah dijual di pasaran dan serba sedikit membantu
masyarakat dalam memahami dengan lebih baik tentang agama Islam
dan kemasyaratan Islam. Itulah serba sedikit biodata tentang seorang
tokoh di Malaysia serta sumbangannya kepada masyarakat, agama,
bangsa dan negara.

Rujukan
1. http://www.muftiwp.gov.my/index.php/pengenalan-s/sejarah
2. http://eprints.usm.my/3566/1/Institusi_mufti_dan_fatwa_satu_analisa
_terhadap_enakmen_dan_beberapa_fatwa_pilihan_Negeri_SembilanZulkifli_Mohamad-Kemanusiaan.pdf
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Zulkifli_Mohamad_Al-Bakri#cite_note-2
4. http://alabaqirah-maiwp.edu.my/my/pengenalan/sejarahpenubuhan-pondok-moden-al-abaqirah

You might also like