Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

NAMA

: NURSHAIDATUL AFINA BINTI YUSOF

No.KP

: 900430135340

No Matrik

: 2013021340113
Refleksi Program Randau Budaya

Setelah mengikuti Program Randau Budaya yang bertemakan Kenali Buah Dari
Putiknya, Kenali Bangsa Dari Budayanya yang diadakan di Pustaka Miri pada 8 April 2016,
banyak input ilmiah yang telah saya peroleh dan amat berguna kepada diri saya. Saya telah
mengetahui dengan terperinci mengenai budaya masyarakat pluralistik di Malaysia yang
merupakan satu daripada kepelbagaian kaum dan etnik yang terdapat di negara Malaysia.
Kebudayaan Masyarakat Pluralistik ini telah lama wujud di negara kita. Kewujudan
masyarakat ini telah membawa pelbagai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri.
Budaya tidak semestinya merujuk kepada budaya Melayu, malah membawa konsep yang
luas yang mencakupi satu rumpun yang sangat luas. Perbezaan geopolitik telah membawa
kepelbagaian budaya dalam masyarakat Malaysia khususnya.
Selain itu juga, saya turut mendapat ilmu baharu yang berkaitan dengan cabaran
yang dihadapi dalam masyarakat pluralistik di Malaysia. Misalnya, kini penggunaan bahasa
Melayu dalam kalangan masyarakat semakin dipinggirkan. Malah, cara hidup, pakaian serta
adat resam yang telah diamalkan sejak dahulu lagi kian terhakis. Menurut ahli panel yang
membahaskan isu tersebut, beliau mengatakan bahawa masyarakat Melayu khususnya kini
lebih tertarik dengan budaya barat. Mereka lebih mengagungkan corak hidup serta sering
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan. Dalam majlis perkahwinan
misalnya, pemakaian, lagu-lagu Inggeris kerap kali dimainkan.
Selain itu, pembentukan jati diri bangsa juga merupakan satu daripada topik yang
dibincangkan. Sebagai rakyat Malaysia yang pelbagai etnik, kita perlu mengekalkan jati diri
atau identiti diri setiap masa. Kita perlu berbangga mempunyai budaya yang unik dan wajar
mengetengahkan dan menonjolkan kebudayaan tersebut untuk dijadikan contoh oleh
negara-negara yang lain. Penceramah turut menekankan bahawa betapa pentingnya
peranan pemimpin untuk mencorakkan budaya yang pelbagai serta menerapkan budaya
dalam kalangan murid melalui dasar-dasar yang telah dirangka. Misalnya, pihak GAPENA
telah mengusulkan untuk melancarkan program Satu Murid, Satu Budaya di sekolah bagi
menyemai perasaan cinta akan kebudayaan Malaysia dalam kalangan generasi muda.
Penggunaan bahasa Melayu dalam semua bidang harus dikekalkan selaras dengan Akta
152 iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi. Tidak dinafikan, penggunaan bahasa lain
juga bebas digunakan.

You might also like