AG 10403 - Full

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

1.

PENGENALAN

Sistem maklumat geografi (GIS) ialah sistem maklumat yang dikendalikan dengan
menggunakan satu gabungan operasi yang melibatkan perancangan, pemerhatian,
pengumpulan,

penyimpanan,

pengurusan

serta

penganalisisan

data

bagi

menghasilkan maklumat yang boleh digunakan dalam proses membuat keputusan.


Oleh itu, sistem maklumat adalah berasaskan satu pengubahan data bagi
menyediakan

bantuan

kepada

penganalisis

dan

pembuat

keputusan.

Bagi

maklumat geografi, sistem maklumat yang digunakan ialah sistem maklumat


geografi. Terdapat banyak tanggapan tentang sistem maklumat geografi sama ada
dari segi definisi, komponen, keupayaan serta aplikasinya.

Rajah 1: Sistem maklumat secara ringkas


Sumber : www.google.com

Sistem maklumat geografi boleh didefinisikan dengan pelbagai cara kerana


terdapat pendekatan yang berlainan dan pengguna yang terdiri daripada pelbagai
bidang. Clarke (1997) telah mencadangkan definisi yang umum GIS sebagai data
ruangan yang unik yang boleh dihubungkan kepada peta geografi. Secara

ringkasnya GIS boleh dikatakan sebagai sebuah pangkalan data, sebuah maklumat,
dan cara menghubungkan kedua-dua pangkalan data dan maklumat.
Di dalam pangkalan data yang ada, terdapat dua pendekatan yang
merupakan model konseptual tentang fenomena geografi tetapi ianya tidak
menyelesaikan masalah perwakilan berdigit dalam fenomena tersebut. Secara
praktikalnya, fenomena geografi dapat disimplifikasikan supaya ia boleh dikodkan
dalam pangkalan data komputer dengan cara vektor dan raster. Vektor dan raster
adalah primitif data geografi untuk pendekatan pandangan entiti dan kawasan
masing-masing bagi mewakili setiap fenomena geografi secara berdigit (Mui How,
2008).
Data Vektor dan Raster merupakan data asas dalam aplikasi data GIS dan
remote sensing. Data vektor mewakili fenomena geografi sama ada titik, garis atau
polygon manakala data raster pula terhasil daripada teselasi iaitu suatu permukaan
dibahagikan kepada unit-unit seragam ataupun piksel (Wise S, 2002). Namun
begitu, terdapat perbezaan yang nyata bagi kedua-dua bentuk data ini khususnya
dalam aplikasi GIS pada masa kini.

2.0

MODEL DATA SPATIAL

Model data adalah cara penyusunan data dalam kegunaan sistem maklumat. Model
data boleh didefinisikan sebagai suatu model keperluan data pengguna yang
dihuraikan dari segi model hubungan entiti atau model objek semantik dan suatu
bahasa yang menjelaskan struktur dan pemprosesan pangkalan data seperti model
hierarki, model rangkaian dan model data hubungan. Pangkalan data GIS hanya
dapat mengendalikan dua jenis data iaitu ruangan dan atribut. Kedua-dua jenis data
ini adalah diasingkan dan boleh diproses sama ada individu atau bersepadu. Model
data ruangan dan model data atribut membentuk sebuah sistem maklumat geografi
dengan model data ruangan menyimpan dan mengendalikan data perletakan dan
sifat-sifat geografi lain, manakala model data atribut menyimpan data berkaitan
dengan objek geografi yang diwakilkan.
Model data ruangan merupakan suatu model data yang diolah dengan
menggunakan computer (data spatial digital) iaitu dengan menggunakan model
sebagai pendekatannya. Model data ruangan juga boleh didefinisikan sebagai suatu
set logic dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Model data merupakan alat untuk
menerangkan saling hubung kait diantara dunia nyata dengan data ruangan. Dalam
data spatial terdapat dua model data iaitu data raster dan juga dan vector. Keduadua data ini mempunyai karakteristik yang berbeza namun kedua-duanya
mempunyai saling kebergantungan antara satu sama lain.

Data Spatial

Model Data
Vektor

Non-Topologi

Model Data
Raster

Topologi

Data Tingkat Tinggi

Data
Sederhana

Region

TIN

Rajah 2 : Klasifikasi Model Data Spasial


Sumber: www.google.com

Dynamic
Segmentation

3.0

MODEL DATA VEKTOR

Model data vektor merupakan model data yang paling banyak digunakan. Vektor
sebagai satu kuantiti yang mempunyai koordinat permulaan, anjakan dan arah.
Data vektor mewakili fenomena geografi sebagai suatu siri diskret iaitu sama ada
titik, garis atau poligon yang mempunyai perletakan geografi dalam sesuatu sistem
koordinat. Oleh itu, data vektor membolehkan perletakan sesuatu fenomena
ditentukan secara tepat dengan merujuk sistem kartesian (x,y). Entiti titik, garis dan
poligon merupakan perwakilan statik untuk suatu fenomena geografi sebagai siri
(x,y). Fenomena tersebut diandaikan tidak berubah dan tidak mengandungi
maklumat tentang perubahan masa atau ruangan. Contohnya sungai hanya
diwakilkan sebagai garis tetapi air sungai yang sentiasa mengalir dan berubah-ubah
keadaannya tidak diwakilkan. Model data vektor membenarkan pengguna untuk
menentukan lokasi ruangan yang spesifik dan beranggapan ruang geografi itu
bersambungan, bukan dipecahkan kepada sel-sel yang diskret.
Selain itu juga, model data vektor dapat digunakan untuk

menampilkan,

menempatkan, dan menyimpan data reruang dengan menggunakan titik-titik, garisgaris atau polygon beserta atribut-atributnya. Bentuk-bentuk dasar representasi
data spasial ini, di dalam sistem model data vektor didefinisikan oleh sistem
koordinat kartesian dua dimensi (x, y). Dalam model data reruang vektor dan
garisan merupakan sekumpulan titik-titik yang saling terhubung. Sedangkan poligon
juga disimpan sebagai sekumpulan titik-titik tetapi dengan catatan bahawa titik
awal dan titik akhir geometri poligon memiliki nilai koordinat yang sama.
Dalam model data vektor, entiti titik mempunyai lingkungan yang terhad
kepada satu lokasi sebagai sepasang koordinat XY. Entiti garis diwakili oleh satu siri
pasangan koordinat XY yang mendefiniskan satu laluan bersambungan dalam
ruang. Ia adalah perwakilan satu dimensi kerana unsur panjangnya tetapi tidak
mempunyai dimensi lebar kecuali terkandung dalam atributnya. Entiti poligon pula
adalah perwakilan homogenous dalam suatu ruang dua dimensi Entiti poligon boleh
mengandungi lubang di dalamnya dan mempunyai jiran bersebelahan. Di samping
itu, terdapat juga poligon-poligon yang mempunyai atribut atau ciri yang sama
tetapi di lokasi yang berlainan.
5

Model data Vektor boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu :


1) Model Sphagetti
2) Model Topologikal

3.1 Model Sphagetti


Data spaghetti merupakan koleksi titik dan segmen garis yang tidak mempunyai
hubungan yang nyata. Ia juga dipanggil spaghetti & meatball ataupun nontopologikal dan merupakan model vektor pertama (diperkenalkan 1960an). Ia
melihat objek geografi sebagai bebas antara satu sama lain. Perhubungan antara
setiap objek (titik, garisan atau poligon) tidak dibentuk atau disimpan. Ia
mempunyai satu set kordinat tanpa ada struktur lanjutan. Hanya objek-objek
geometrik sahaja disimpan dalam fail. Fail yang disimpan meliputi atribut jenis (titik,
garis, piligon), ID dan kordinat (x,y) yang membina objek tersebut. Objek sempadan
disimpan 2 kali dan tiada maklumat jiran disimpan. Mudah berlakunya silver dan
gap di sempadan. Kamus titik yang digunakan untuk mengelakkan ralat.

Rajah 3 : Model Sphagetti


Sumber : www.google.com

3.2 Model Topologikal


Dalam konteks GIS, topologi merujuk kepada pertalian ruangan iaitu perhubungan,
orientasi, perdampingan dan kandungan. Perhubungan dan orientasi adalah
pertalian ruangan khas pada entiti garis dan bergantung pada cara garis-garis dan
nod-nod didigitkan. Garis adalah garis yang bermula dan berakhir dengan nod dan
bentuknya ditentukan oleh susunan pasangan-pasangan XY di sepanjang garis
tersebut. Nod menjadi pula mengandungi perdampingan dan kandungan sebagai
pertalian ruangannya.
Model ini menyimpan semua maklumat topologi ini secara expilicit. Explicit
bermaksud maklumat itu boleh dicapai dengan mudah tanpa perlu dikira semula.
Perhubungan diwakilkan dalam jadual garis-nod (line-node table or arc-node table),
iaitu setiap garis mempunyai satu rekod yang mengandungi kolum titik mula dan
akhir garis tersebut. Disebabkan titik mula dan akhir direkodkan, arah atau orientasi
garis tersebut dapat diketahui. Poligon kiri atau kanan juga dapat ditentukan.
Poligon-poligon yang berkongsi garis adalah bersebelahan. Perdampingan pula
7

disimpan dalam jadual poligon kiri kanan iaitu setiap garis mempunyai satu rekod
dalam jadual itu yang mengandungi kolum poligon kiri dan kanan. Poligon dibina
dengan garis. Jadual poligon-garis menyimpan senarai garis yang membentuknya.
Jika terdapat poligon yang mempunyai satu garis sahaja dan turut terdapat rekod
poligon lain, maka secara automatik ia dapat diketahui sebagai poligon kandungan.

Rajah 4 : Model Topologikal


Sumber : www.google.com

Model topologi terbahagi kepada tiga iaitu :


3.2.1 Topologi Saling Hubungan
Topologi jenis merupakan gabungan arka yang menyambung antara
satu sama lain pada satu nod. Sifatnya adalah nod digunakan bagi
menghubungkan antara satu arka dengan arka yang lain dan bilangan dan
kedudukan nod atau verteks disimpan dalam jadual.

Rajah 5 : Topologi Saling Hubungan


Sumber : www.google.com

3.2.2 Topologi Penentuan Kawasan


Topologi jenis ini merupakan gabungan arka-arka yang mengelilingi
sesuatu kawasan bagi menetukan sesuatu bentuk poligon. Sifatnya adalah
apabila arka-Arka yang bersambungan berdasrkan nod akan membentuk
poligon. Manakala setiap poligon ditentukan berdasrkan arah dan magnitud
arka-arka. Arka terbentuk berdasarkan bilangan nod atau verteks yang

membinanya.

Rajah 6 : Topologi Penentuan Kawasan


Sumber : www.google.com

3.3.3 Topologi Contiguity


Topologi jenis ini merupakan arka yang mempunyai arah serta
mempunyai maklumat di kiri dan kanan laluannya. Sifatnya adalah apabila
arah arka ditentukan berdasarkan titik mula (nod) dan setersunya penentuan
arah arka akan memberi maklumat setiap poligon yang wujud di kiri dan
kanan.

10

Rajah 7 : Topologi Contiguity


Sumber : www.google.com

4.0

MODEL DATA RASTER

Dalam pengaplikasian Sistem Maklumat Geografi ( GIS ) terdapat dua model data
ruangan iaitu model vektor dan model raster. Model raster boleh didefinisikan
sebagai satu set susunan sel atau unit yang berstruktur dalam bentuk imbasan
garisan iaitu satu baris diikuti oleh baris-baris lain yang sama ( Phua Mui How,
2008 ). Model ini juga dipanggil model data pembahagian teselasi. Pembahagian
teselasi ialah suatu permukaan yang dibahagikan kepada unit-unit seragam atau
piksel. Piksel adalah unit yang paling kecil dan tidak boleh dibahagikan lagi.
Perletakan setiap piksel adalah dirujuk sebagai nombor baris dan lajurnya. Hal ini
bermaksud setiap piksel hanya boleh mengandungi satu nilai sebagai atributnya.
Model data raster menggunakan grid tetap untuk menutup ruang. Setiap
nilai yang terdapat di dalam sel membawa maksud bahawa lokasi sel tersebut
mewakili ciri-ciri atau sifat yang terdapat dalam fenomena ruangan sebenar dibumi
11

( Kang Tsung Chang, 2010 ). Data raster ini terdiri daripada piksel ataupun lebih
dikenali sebagai sel. Setiap piksel mempunyai nilai yang berkaitan. Untuk
memudahkan lagi pemahaman tentang model raster ini, gambar digital merupakan
satu contoh yang dataset raster yang nilai pikselnya sepadan dengan warna
tertentu. Dalam Sistem Maklumat Geografi, ( GIS ), nilai piksel boleh mewakili
ketinggian di atas paras laut, kepekatan kimia, hujan dan lain-lain. Perkara penting
yang perlu diketahui untuk memahami model data raster ini adalah bahawa semua
data ini boleh digambarkan sebagai grid. Perbezaan antara model digital ketinggian
(DEM) dalam GIS dan gambar digital ialah DEM mempunyai maklumat tambahan
yang menjelaskan tepi imej terletak dalam dunia sebenar, bersama-sama dengan
berapa besar setiap sel adalah di atas tanah. Hal ini bermaksud bahawa GIS adalah
berkebolehan meletakkan imej-imej raster seperti model data ketinggian, disebalik
naungan bukit ( hillshade ), peta cerun dan lain-lain dengan betul relatif antara satu
sama lain.
Walaupun jenis data raster ini pada asasnya mempunyai perbezaan dengan
model data vektor, model ini boleh boleh mewakili tiga entiti. Hal ini bermaksud
bahawa setiap satu entiti titik ( point ) diwakili dengan satu piksel yang mempunyai
identiti terasing ataupun tersendiri daripada piksel sekitar yang lain. Satu entiti
garisan ( polyline ) pula merupakan satu siri piksel mempunyai nilai sama yang
bersambungan antara piksel-piksel yang lain. Bagi entiti kawasan pula ( polygon ),
setiap siri piksel ini adalah bersambung dan bersentuhan

antara satu piksel

dengan piksel-piksel yang terdapat di sekitarnya ( Steven M. Manson, 2001 ).


Gambar rajah dibawah ini dapat memudahkan lagi pemahaman terhadap model
data raster dalam yang terdapat dalam model data ruangan.
Model Vektor

Aspek

Titik ( Point )

Garisan ( Polyline )

12

Model Raster

Kawasan ( Polygon )

Rajah 1 : Perwakilan antara data Raster dan data Vektor


Sumber : www.google.com

Tidak seperti model data vektor, model data raster langsung tidak
menunjukakn sebarang perubahan dari segi konsep model data itu sendiri atau pun
mana-mana format data sejak tiga dekad yang lalu. Penyelidikan mengenai model
data raster ini kini bukan sahaja tertumpu kepada struktur data dan pemampatan
data. Pelbagai jenis data yang digunakan dalam Sistem Maklumat Geografi

kini

telah dikodkan dalam format data raster . Antaranya ialah model digital data
ketinggian ( DEM ), imej satelit, orthofoto digital, peta uang diimbas dan fail grafik.
Data raster amat berkebolehan untuk memerlukan jumlah memori yang besar
dalam komputer. Oleh hal yang demikian,

aspek-aspek penyimpanan data dan

retrievel adalah penting kepada pengguna data raster.


4.1 Elemen dalam model data raster
Data raster juga lebih dikenali sebagai susunan grid ataupun imej-imej
dalam Sistem Maklumat Geografi ( GIS ). Raster mewakili permukaan yang
berterusan , tetapi untuk simpanan data dan analisis, model data raster terbahagi
kepada baris, lajur dan sel-sel. Sel juga dipanggil sebagai piksel disertai imej. Baris
dan lajur kebiasaannya terletak di sudut kiri atas model data raster. Perletakan
sesuatu fenomena (x,y) di mukabumi dirujuk kepada kedudukan baris dan lajur.
Setiap baris berfungsi untuk mewakili sebagai koordinat y dan lajur pula sebagai
koordinat x. Setiap data raster ini mempunyai beberapa elemen seperti nilai
sesuatu sel, saiz sel, band raster dan rujukan spasial ( ruangan ).

13

Rajah

Kedudukan
koordinat X dan Y diwakili oleh baris dan lajur
Sumber : www.google.com

4.1.1 Nilai sel


Setiap sel dalam raster membawa nilainya yang tersendiri iaitu nilai ini
mewakili sifat-sifat dan ciri-ciri sebuah fenomena ruangan di sesuatu lokasi yang
ditandakan oleh baris dan lajur . Hal ini adalah bergantung kepada pengekodan nilai
sel itu yang mana data raster boleh menjadi sama ada integer ataupun titik
terapung (floating-point). Nilai integer tidak mempunyai digit perpuluhan, manakala
titik terapung (floating-point) adalah sebaliknya. Nilai sel-sel integer kebiasaannya
mewakili data yang berkategori. Floating point mempunyai nilai sel mewakili titik
yang berterusan

serta mempunyai data numerik . Sebagai contoh, data raster

mewakili sebagai fenomena hujan mungkin mempunyai nilai-nilai pemendakan data


20.15 , 12.23 dan sebagainya . Satu titik terapung raster memerlukan memori
komputer yang lebih besar daripada raster nilai integer . Perbezaan ini boleh
menjadi satu faktor penting untuk projek Sistem Maklumat Geografi ( GIS), meliputi
kawasan ( polygon ) yang besar.
Selain itu juga terdapat beberapa perbezaan yang lain. Perbezaan yang
pertama ialah raster integer mempunyai jadual nilai atribut untuk mengakses
kepada nilai sel manakala titik raster terapung kebiasaannya tidak mempunyai
jadual nilai atribut

kerana bilangan yang terdapat pada jadual nilai atribut

berpotensi besar daripada nilai sel yang boleh digunakan untuk pertanyaan dan
14

memaparkan model data raster integer tetapi nilai julat seperti 12.0 untuk 19.9
hendaklah digunakan dalam terapung titik raster .
4.1.2 Saiz sel
Saiz sel kebiasaannya adalah berfungsi untuk menghitung resolusi model data
raster. Sebagai contohnya, saiz sel 10 meter membawa maksud bahawa setiap sel
mempunyai ukuran sepanjang 100 meter persegi ( 10 x 10 meter ). Saiz sel 30
meter misalnya membawa maksud setiap sel mempunyai ukuran sepanjang 900
meter persegi ( 30 x 30 meter ). Oleh hal yang demikian, dapatlah disimpulkan
disini bahawa ukuan 10 meter model data raster adalah

lebih baik resolusinya

berbanding dengan ukuran 30 meter model raster.


Saiz sel yang besar tidak dapat menunjukkan ketepatan sesuatu lokasi
sesuatu ciri-ciri spasial ( ruangan ) . Hal ini sekali gus meningkatkan peluang untuk
mempunyai ciri-ciri campuran seperti hutan, padang rumput dan air di dalam sel .
Masalah ini dapat dikurangkan apabila data raster yang menggunakan saiz sel yang
lebih kecil. Tetapi saiz sel yang kecil dapat meningkatkan jumlah data dan masa
pemprosesan data.

4.1.3 Jalur lengkung raster ( Raster Bands )


Data raster mungkin mempunyai satu jalur lengkung raster ( single-band )
ataupun pelbagai jalur lengkung ( multiple band ). Setiap sel dalam satu jalur
lengkung raster hanya mempunyai satu nilai sel. Ketinggian data raster merupakan
contoh satu jalur lengkung raster yang mana nilai ketinggian data raster pada
setiap lokasinya. Setiap sel dalam pelbagai jalur lengkung raster adalah berkaitan
dengan lebih daripada satu nilai sel. Imej satelit adalah salah satu contoh pelbagai
jalur lengkung raster ( multiband ) yang mana setiap lokasi sel mempunyai lima
atau tujuh jalur lengkung.
4.1.4 Rujukan spasial
Raster data mesti mempunyai maklumat rujukan terhadap ruang supaya
model data raster dapat menyelaraskan spasial dengan set data yang lain dalam

15

GIS . Sebagai contoh, untuk menindih ( superimpose )satu raster ketinggian pada
lapisan tanah model vektor. Hal ini perlu untuk memastikan bahawa kedua-dua set
data adalah berdasarkan kepada sistem yang sama untuk diselaraskan . Model data
raster yang telah diproses untuk dipadankan dengan unjuran sistem koordinat akan
dipanggil sebagai data raster georeferens.

5.0

PERBANDINGAN DATA RASTER DAN DATA VEKTOR

Aplikasi GIS bermula pada akhir tahun 1950an atau awal tahun 1960an di University
Of Washington sehinggalah perkembangannya yang pesat bermula pada tahun
1980an di negara-negara Eropah dan Jepun yang fokusnya pada pembinaan
pangkalan data dengan peta topografi dan rekod tanah berskala besar (Mui How,
2009. 9-12). Pada skala global, masalah yang wujud telah menimbulkan kesedaran
16

tentang keperluan pangkalan data global untuk menyelesaikan masalah seperti


pencemaran udara global dan masalah sumber air dari sungai yang merentasi
beberapa buah negara di dunia ini (Akiyama, 1996). Trend perkembangan GIS
adalah apabila kosnya semakin menurun dan fungsinya yang semakin meningkat.
Hali ini didorong oleh penurunan harga computer yang mendadak dalam masa yang
singkat. Konsep GIS internet muncul pada pertengahan tahun 1990an dipandang
sebagai faktor penggalak terhadap perkembangan GIS yang lebih pesat pada masa
kini.

Pendekatan

dalam

model

konseptual

tentang

fenomena

geografi

disimplifikasikan supaya ia boleh dikodkan dalam pangkalan data komputer dengan


cara vector dan raster. Data ini mempunyai ciri-ciri dan kelebihan tersendiri dalam
data geografi untuk pendekatan pandangan entiti dan kawasan masing-masing bagi
mewakili setiap fenomena geografi yang berlaku (Mui How, 2009. 23).

4.1 Struktur Data


Data raster mempunyai struktur data yang lebih ringkas jika dibandingkan
dengan data vector. Hal ini kerana data raster adalah data yang dicerap
berdasarkan fenomena dunia sebenar yang ada. Data yang dicerap digunakan
secara menyeluruh ataupun originality. Contohnya, jenis data yang perlu ada pada
data atribut bagi data vector adalah point attribute, polygon attribute, line
attribute, node attribute, text attribute, CAD attribute dan route dan event.
Manakala data yang diperlukan bagi data raster hanyalah value attribute table.
Komponen data yang ada menunjukkan bahawa struktur data yang berbeza dan
data vector adalah lebih kompleks berbanding struktur data raster.

4.2 Jenis Grafik


Jenis garfik adalah sangat penting dalam aplikasi GIS kerana ianya
bersangkut paut dengan data yang akan diperolehi dan proses penganalisisan data.
Paparan grafik bagi data vector adalah lebih baik jika dibandingkan dengan paparan
grafik data raster walaupun hakikatnya data raster adalah lebih tepat. Data raster
17

yang ada dalam bentuk grid ataupun piksel bergantung kepada resolusi dan saiz
piksel yang ada. Contohnya, semakin tinggi piksel sesebuah gambaran data maka
semakin jelas paparan yang dihasilkan. Hasil cerapan data 100x100 adalah lebih
baik jika dibandingkan dengan resolusi rendah 20x20. Semakin difokuskan kepada
imej grafik yang ada, maka bentuk grid yang ada akan semakin jelas dan akan
mengurangkan kejelasan imej. Hal ini berbeza dengan grafik model data vector
yang lebih tepat dan jelas. Imej model data vector tidak menggunakan grid, tetapi
hanyalah titik, garis dan polygon. Oleh itu, walaupun difokuskan pada tahap yang
maksimum, kualiti imej tetap berada pada keadaan yang baik.
4.3 Harga Bayaran
Disebabkan data yang lebih tepat dan gambaran grafik yang lebih baik
bagi mendapatkan maklumat data vector, bayaran yang dikenakan adalah lebih
mahal berbanding data raster yang datanya juga lebih mudah untuk diperolehi.
Data vector menggunakan teknologi yang lebih maju dan moden berbanding data
raster yang telah wujud lebih awal lagi.
4.4 Penggunaan
Penggunaan data spasial mempunyai perbandingan dari segi
penggunaan mengikut fungsinya yang tersendiri. Hal ini bermaksud penggunaan
data raster yang lebih kepada grid atau kotak kecik lebih menumpukan kepada
kedudukan tempat seperti jalan raya, lot-lot tanah, kawasan perumahan dan
pertanian.

Berbanding

pula

dengan

penggunaan

data

vector

dimana

penggunaannya lebih kepada mengesan kepelbagaian fenomena yang berlaku


seperti pencemaran udara, kebakaran dan pencemaran air.
4.5 Penggunaan dalam SIG
Dari segi SIG, jika peranti SIG berdasarkan model data vector, maka
analisis data spasial juga berdasarkan vector dimana layer Raster atau citra yang
digunakan oleh perati sistem ini hanya dipakai sebagai image pelengkap sebagai
penambahan penampilan untuk kelihatan lebih semulajadi. Penampilan semulajadi
ini dimaksudkan dengan batas-batas kawasan dan unsur-unsur spasial permukaan
bumi kelihatan mirip dengan dunia sebenar. Berbanding pula dengan peranti SIG

18

yang bersandarkan Raster, algoritma-algoritma yang digunakan beserta semmua


fungsi dan prosedur analisis akan bersandar algoritma matriks atau raster. Data
spasial vector yang digunakan hanya akan dipakai sebagai layer tambahan untuk
memperkuatkan

representasi

batas-batas

sesuatu

kawasan

(biasanya

batas

administrasi).

Model Data Vektor


Kelebihan Model Data Vektor :

Model Data Raster


Kelebihan Model Data Raster:

Struktur datanya lebih sukar

Struktur datanya lebih sederhana

Lebih sukar untuk dianalisis

Lebih

Mempunyai persembahan grafik yang

melakukan overlay dan analisis data

baik dan menarik

Boleh memaparkan data atau imej

Perubahan projeksi yang lebih baik

langsung daripada satelit

Lebih teliti dan tepat

Dapat melakukan analisa DTM (Digital

Relasi atribut langsung dgn DBMS

Terrain Model, utk memaparkan info

(Database)

kawasan permukaan bumi

mudah

dan

efisien

dalam

Dapat melakukan simulasi


Teknologi

yang

mudah

untuk

dikembangkan
Mudah utk membuat program sendiri
Efektif dalam menampilkan banyak
data sosial
Kekurangan Model Data Vektor :

Kekurangan Model Data Raster:

Sukar dan memerlukan masa yang

Tidak efektif dalam penyimpanan data

lama untuk melakukan proses overlay

dan maklumat

Tidak

Kualiti

dapat

memaparkan

imej

paparan

grafik

yang

tidak

langsung daripada satelit

berapa baik

Harga yang mahal

Sukar untuk melakukan proses analisis

Struktur

data

yang

terlalu

banyak

Ketepatan yang bergantung kepada

tidak efektif dlm menampilkan banyak

ketepatan saiz grid ataupun piksel

data spatial

Grid atau piksel

Volume bergantung pada kepadatan

atribut relasi dengan DBMS secara tidak

19

mempersembahkan

dan jumlah verteks

langsung

Kualiti hasil yang bergantung kepada

Output bergantung terhadap output

plotter/ printer dan kartografi.

printer/plotter

Sukar

untuk

melakukan

simulasi

proses

Volume bergantung pada ukuran Grid


atapun piksel

Jadual 2 : Perbezaan Data Vektor dan Data Raster


Sumber : Steven M . Manson et.al, (2001).

Rajah 9 : Perbandingan Model Data Vektor dan Raster


Sumber : www.google.com
6.0 KESIMPULAN
Secara umumnya, sistem maklumat geografi (GIS) adalah satu bentuk aplikasi yang
berorganisasi dari peringkat atas sehingga ke peringkat bawah yang mampu
menyimpan, menaiktaraf atau memperbaiki dan menganalisis semua bentuk
maklumat yang berbentuk geografi. Tidak ada satu skim perwakilan data khusus
untuk memenuhi kehendak semua pengurusan maklumat dan tugas penganalisaan
ruang dalam satu sistem maklumat geografi dalam satu sistem maklumat geografi.
Kedua dua perwakilan vektor dan raster adalah berguna dalam GIS bergantung
kepada tugas analisa tertentu. Struktur data terorientasi secara objek iaitu
20

cantuman format raster dan vektor , ada menunjukkan bukti yang berkesan dan
cekap dalam pemprosesan data yang banyak didalam GIS.
Kesimpulannya, GIS menjadi alat yang penting dalam perspektif komputer
pada masa kini kerana GIS mempunyai keupayaan aplikasi dalam pelbagai bidang,
misalnya perancangan bandar dan kartografi, penilaian kesan alam sekitar dan
pengurusan sumber asli. Data raster dan data vektor mempunyai perbezaan yang
tersendiri daripada pelbagai aspek contohnya dari segi harga, kualiti dan fungsi di
dalam aplikasi GIS. Kedua-dua jenis data ini mempunyai kelebihan dan kekurangan
yang mempengaruhi penggunaan data tersebut. Selain itu, GPS atau Sistem
Kedudukan Global menjadi alat untuk memberi maklumat tentang sesuatu lokasi
pelancongan dan manfaat dalam mengesan sesuatu bahan tertentu. GIS juga
memainkan peranan dalam perspektif perniagaan, dimana alat ini adalah sangat
berkesan dalam pengiklanan dan pemasaran, jualan, dan logistik dimana ianya
digunakan untuk mencari dan memulakan perniagaan seperti tapak perniagaan
yang strategik.
Secara generalisasinya, pengguna GIS boleh melibatkan dengan polis dan
agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang, strategi perancangan, perhutanan,
industri, jurutera alam sekitar, profesional hartanah, professional telekomunikasi,
organisasi tindak balas kecemasan, jabatan kerajaan (daerah dan persekutuan),
kesihatan, pengangkutan, geografi, dan pembangunan pemasaran. ini menyediakan
platform untuk memahami lebih lanjut tentang komponen, kaedah, dan aplikasi GIS,
terutama bagi pengguna baru yang mempunyai minat untuk mempelajari tentang
alat GIS. Walaupun terdapat beberapa kelemahan di dalam GIS, tetapi kelemahan
tersebut

tidak

akan

menghalang

dan

menghentikan

mengaplikasikan di dalam kehidupan seharian yang sebenar.

21

pengguna

GIS

untuk

You might also like