Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

PENILAIAN 1: LAPORAN PENYELIDIKAN

CTU-551 TAMADUN ISLAM DAN ASIA


SEMESTER 1 2016 / 2017
TAJUK :
KAJIAN MENGENAI KONSEP JIHAD DALAM MEMPERTAHANKAN KEAMANAN DAN
KEHARMONIAN MASYARAKAT DI NEGARA KITA
AHLI KUMPULAN
NAMA
1. AZIZUL HAIRIL SYUKRI BIN SABRI (KETUA
BERWIBAWA)
2. HAFIZUL ZUHRI BIN ABDULLAH
3. SYUKRAN NAIM BIN SAHILLAH
4. AHMAD RAHIMI BIN RAMLI
5. AHMAD IKMAL BIN OMAR
PROGRAM / KUMPULAN TUTORIAL

NO PELAJAR
2016679104
2016676726
2016678968
2016679026
2016676784

PEMARKAHAN LAPORAN PENYELIDIKAN


ISI

GAYA / FORMAT

MINGGU PENGHANTARAN

BAHASA

JUMLAH

MINGGU 8

PEMARKAHAN PEMBENTANGAN
NAMA

ISI

GAYA

JUMLA
H

JUMLAH
KESELURUHAN
(LAPORAN +
PEMBENTANGAN)

1.
2.
3.
4.
5.

TARIKH PEMBENTANGAN
PENSYARAH
:

: NAMA

All students works submitted for assessment must be attached with the Coursework
Declaration in the form and contents as follows:

Semester
:
Course Code & Title :

1 2016/2017

CTU-551 TAMADUN ISLAM DAN ASIA

Declaration
I/We confirm that I/we have read and shall comply with all
the terms and condition of Universiti Teknologi Mara(UITM)
plagiarism policy.
I/We declare that this assignment is free from all forms of
plagiarism and for all intents and purposes is my/our own
properly derived work.
I/We further confirm that the same work, where appropriate,
has been verified by antiplagiarism software
________________________ (please insert).

1.

2.

3.

4.

Signature

__________________________

Name

__________________________

Date

__________________________

Signature

__________________________

Name

__________________________

Date

__________________________

Signature

__________________________

Name

__________________________

Date

__________________________

Signature
Name

__________________________
:

__________________________

Date

5.

Signature

__________________________

__________________________

Name

__________________________

Date

__________________________

(Pada bahagian ini, sila masukkan laporan/report safeassign muka surat pertama sahaja
yang dicatatkan peratusan plagiarism)

ISI KANDUNGAN
Kandungan
1. Pendahuluan
2. Objektif kajian
3. Kaedah kajian
4. Hasil Kajian
5. Kesimpulan
6. Bibliografi
7. Lampiran

Muka Surat

PENDAHULUAN
Pihak barat sering menonjolkam pandangan yang salah tentang Islam. Antara perkara yang
menjadi sasaran utama dalam kritikan Malaysia
OBJEKTIF KAJIAN
Dewasa ini remaja semakin kurang mengenali kesenian tradisional masyarakat mereka yang
sepatutnya perlu diwarisi. Maka kajian ini dijalankan untuk menilai persepsi golongan muda
terhadap kesenian tradisional masyarakat Cina di Malaysia iaitu seni lukisan berus. Objektif
pertama kajian ini adalah untuk meninjau sejauh manakah tahap pengetahuan masyarakat tentang
seni lukisan berus. Selain itu kajian ini juga cuba untuk mendapatkan pendapat mereka tentang
kepentingan memelihara kesenian ini dan dalam masa yang sama boleh meningkatkan kesedaran
generasi muda hari ini terhadap seni lukisan ini. Melalui kajian ini juga beberapa pendapat yang
telah dibaca daripada laman-laman sesawang dan artikel mengenai kesan jika seni ini sudah mula
dilupakan diajukan sekali lagi kepada responden untuk mengetahu ketepatan pendapat tersebut.
Matlamat utama kajian ini adalah berharap agar kesenian lukisan berus ini terus diwarisi dan
dihargai sebagai salah satu cara untuk memastikan jati diri masyarakat Malaysia terus terpelihara
sekaligus menanam perasaan cinta terhadap negara.

KAEDAH KAJIAN

Dalam pelaksanaan

kajian

ini, empat kaedah kajian telah digunakan iaitu kaedah

penyelidikan sejarah, soal selidik, temu ramah dan lawatan. Sebelum memulakan kaji selidik dan
temu ramah, melalui kajian ilmiah atau kaedah penyelidikan sejarah, beberapa maklumat dan data
dikumpulkan berkaitan sejarah asal usul tajuk kajian iaitu lukisan berus Cina. Maklumat diperolehi
melalui buku, artikel, jurnal, keratan akhbar, majalah dan bahan ilmiah lain di Perpustakan Kolej
Universiti Tunku Abdul Rahman dan Perpustakaan Negara. Sumber internet turut digunakan untuk
mendapatkan maklumat-maklumat dan isu terkini berkaitan tajuk melalui beberapa laman sesawang
dan blog-blog yang bersesuaian.
Dalam kaedah soal selidik pula, borang soal selidik yang merangkumi 6 soalan berkaitan
tajuk diagihkan kepada 30 responden yang dipilih secara rawak. Mereka terdiri daripada jantina,
umur, bangsa dan pekerjaan yang berbeza. Borang soal selidik mengandungi empat soalan tertutup
iaitu soalan 1 hingga 4 berkaitan dengan pengetahuan responden secara umum mengenai tajuk
kajian. Mereka dikehendaki untuk memilih jawapan sama ada ya atau pun tidak.Terdapat satu
soalan di mana responden perlu memilih salah satu alternatif sebagai jawapan tentang impak jika
seni lukisan berus tidak diamalkan dalam kalangan masyarakat. Maklumat yang ingin dikaji ialah
daripada empat pilihan jawapan tersebut yang manakah paling banyak dipersetujui oleh responden.
Terdapat satu soalan tentang pendapat responden terhadap langkah-langkah yang boleh
dilaksanakan untuk menyemai minat remaja kini terhadap seni lukisan Cina.
Kaedah yang seterusnya ialah temu ramah. Kaedah ini membabitkan individu dalam
kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Sesi temu ramah dijalankan dengan responden
secara spontan untuk mengetahui pendapat responden mengenai tahap penerimaan masyarakat hari
ini terhadap ilmu seni lukisan tradisional Cina. Pandangan masyarakat terhadap seni lukisan Cina
dan pengaruhnya ke atas generasi muda cuba dirungkaikan. Antara individu yang ditemuramah
termasuklah pensyarah Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman dari Fakuti Sains Sosial dan

Kemanusiaan, Encik...................., Pelukis di Pasar Seni iaitu.................................. dan seorang


Pegawai di Balai Seni Lukis negara iaitu...........................
Melalui kaedah terakhir iaitu lawatan, Balai Seni Lukis dan Pasar Seni telah dipilih sebagai
tempat kaijian. Pelbagai hasil kerja tangan masyarakat Malaysia telah dirakamkan. Beberapa
gambar lukisan turut dilampirkan dalam kajian ini berserta dengan rakaman bagaimana lukisan
tradisional Cina dihasilkan. Sedikit sebanyak bahan-bahan bukti untuk kajian ini dapat
dikumpulkan.

Hasil Kajian
Soalan 1
Adakah anda menyedari bahawa seni lukisan berus Cina masih wujud dalam kalangan
masyarakat Malaysia?

Ya

Tidak

(21/30)
(9/30)

30%

Ya

Tidak

70%

Berdasarkan carta pai di atas, didapati sebanyak 70% atau 21 responden menyatakan ya
menunjukkan kesedaran tentang seni lukisan Cina masih wujud dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Manakala, 30% iaitu 9 responden sahaja tidak menyedari seni lukisan ini masih wujud

sehingga kini. Seni lukisan Cina mempunyai keistimewaan lukisannya yang unik diwarisi sejak 5
ribu tahun dahulu. Ciri-ciri tradisionalnya yang artistik dan simbolik menarik perhatian masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum. Walaupun masyarakat Cina lebih menguasainya, namun, mereka
yang bukan berbangsa Cina juga sudah mula menerima dan berkebolehan untuk menonjolkan bakat
dan kemahiran mereka dalam seni ini. Ini menunjukkan sikap keterbukaan dan berani mencuba
dalam kalangan masyarakat kita. Manakala, responden yang tidak menyedari kewujudan lukisan
cina disebabkan oleh mereka kurang berminat tentang bidang kesenian. Teknologi moden grafik dan
multimedia pula membatasi pengetahuan mereka. Tambahan lagi, lukisan Cina agak kurang popular
di Malaysia disebabkan kekurangan pelukis yang melibatkan diri dalam bidang ini.
Soalan 2
Pernahkah anda membaca, mendengar atau melihat sendiri seni lukisan berus tamadun Cina
di negara kita?

Ya

Tidak

(23/30). Sumber? ___________________________________________________


(7/30). Sumber?__________________________________________________

24%
Ya

Tidak

76%

Carta pai di atas menunjukkan sebanyak 76% iaitu 23 responden pernah membaca,
mendengar atau melihat sendiri seni lukisan tamadun Cina di negara kita, manakala hanya 24%
bersamaan 7 responden tidak pernah membaca, mendengar atau melihat sendiri seni tersebut.

Majoriti responden yang pernah membaca, mendengar atau melihat sendiri berkaitan seni lukisan
Cina di Malaysia adalah melalui buku-buku, suratkhabar, majalah, sumber internet, lawatan ke
tempat-tempat kesenian lukisan dan lain-lain. Responden dalam kalangan pelajar mengetahui
lukisan Cina melalui kelas seni, bengkel, latihan dan pertandingan di sekolah. Di samping itu,
pameran lukisan Cina membawa rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang mengenalinya
sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Pada masa kini penggunaan internet juga membolehkan
mereka mencari dan mendapatkan apa sahaja maklumat berkaitan seni ini dengan cepat.
Bagi responden yang berpendapat sebaliknya, mereka kurang menceburkan diri dalam seni
lukisan Cina dan apabila membaca maklumat tentang seni tersebut, mereka masih kabur dan kurang
memahami. Di samping itu, pada zaman teknologi kini pengaruh gajet moden menyebabkan mereka
lebih meminati bidang lain yang lebih canggih, seperti permainan internet, permainan video,
komputer dan lain-lain. Keadaan ini disokong kenyataan yang ditulis oleh Zalina Yahya dalam
Utusan Malaysia pada 15 hb. Mei 1999, bahawa komputer dan internet telah menjadi pusat
perjumpaan budaya dan sosial dari seluruh dunia yang mewujudkan globalisasi. 1 Responden juga
ada yang lebih mementingkan kesenian sendiri berbanding kesenian kaum lain menyebabkan
mereka tidak mengenali seni lukisan tamadun Cina di negara kita.
Soalan 3
Adakah anda bersetuju bahawa seni lukisan Cina akan memberi persediaan kepada generasi
muda dengan ilmu dan nilai?

Ya

Tidak

(28/30). Mengapa? _____________________________________________________


(2/30). Mengapa? ___________________________________________________

1 Zalina Yahya. (1999, Mei 15). Guru Abad 21 Peranan Lebih Kompleks dan Mencabar. Utusan
Malaysia.

7%

Ya
Tidak
93%

Carta pai di atas menunjukkan sebanyak majoriti 93% atau 28 responden bersetuju bahawa
seni lukisan Cina akan memberi persediaan kepada generasi muda dengan ilmu dan nilai, manakala
selebihnya hanya 7% iaitu 2 responden berpendapat sebaliknya. Ilmu yang ditimba dapat menjamin
survival seni lukisan Cina ini agar tidak hilang ditelan zaman dan menjadi lambang jati diri yang
utuh. Teknik tradisional lukisan ini juga tidak akan terhakis keasliannya dengan saingan teknik
moden kerana pemahaman yang dalam tentang ilmu kesenian ini menjadikan mereka
menghargainya sebagai satu penemuan yang unik dengan nilai estetika yang tinggi tiada tolok
bandingnya. Kebanyakan maklumat berkenaan dengan seni lukisan Cina dipaparkan melalui media
masa pada masa kini menonjolkan peri pentingnya mengekalkan budaya bangsa dalam
menghidupkan semula citra bangsa yang berakarumbi sejak sekian lamanya. Ungkapan, budaya
cerminan bangsa merupakan suatu asas yang meletakkan budaya dan tradisi tetap unggul untuk kita
mengenali sesuatu bangsa itu.2 Dengan hal yang demikian, rakyat Malaysia amat berpegang kuat
kepada aspek budaya kerana persediaan ini akan membangunkan perwatakan generasi muda.
Apabila budaya sendiri diberikan nafas baharu, justeru generasi muda yang berilmu dan berhemah
tinggi akan dapat dilahirkan.

2 Gebang Bahasa - Susastera BM (2011, October 30). Langkah-langkah yang perlu diambil oleh
pelbagai pihak untuk menarik minat orang membaca karya sastera, diakses pada Oktober 26, 2014,
sumber dari: http://chaimestm.blogspot.com/2011_10_01_archive.html/

Nilai ketelitian yang ditunjukkan dalam teknik melukis melambangkan sikap ketekunan
dalam usaha atau pekerjaan. Teknik penghasilan bukanlah mudah, memerlukan masa, tenaga dan
semangat yang tinggi. Seni ini mendidik generasi kini agar tidak berputus asa dan memotivasi diri
untuk sentiasa menjadi yang terbaik melalui maksud lukisan-lukisan yang simbolik. Menghargai
nilai dalaman atau kebaikan yang mampu menzahirkan tindakan yang baik. Generasi kini juga
diajar agar melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Bagi yang bukan berbangsa Cina pula,
mempelajari ilmu ini menunjukkan sikap keterbukaan dan kehalusan nilai budi pekerti dalam
penyesuaian diri dengan masyarakat dan penemuan baharu.
Bagi responden yang berpendapat sebaliknya di mana tiada nilai yang wujud melalui lukisan
berus kerana apabila berdepan dengan seni tersebut, mereka tidak mempunyai apa-apa perasaan dan
sebilangannya bukanlah berjiwa seni. Mereka lebih praktikal dalam menilai sesuatu dan lebih
menjurus kepada hal-hal luaran berbanding dalaman.

Soalan 4
Pada pendapat anda, wajarkah seni lukisan Cina diterangkan dalam silibus pembelajaran
seni visual di sekolah/universiti supaya boleh dipelajari semua kaum?

Ya

Tidak

(26/30). Mengapa? ________________________________________________


(4/30). Mengapa?_______________________________________________

13%
Ya
87%

Tidak

Melalui carta pai di atas, seramai 87% iaitu 26 responden berfikiran wajar seni lukisan Cina
diterangkan dalam silibus pembelajaran seni visual supaya boleh dipelajari oleh semua kaum,
manakala seramai 40% bersamaan 4 responden tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. Sebanyak
87% responden berpendapat seni lukisan Cina haruslah diterangkan dalam silibus pembelajaran seni
visual agar dapat memberi kebaikan kepada semua kaum serta meningkatkan kecerdasan dan nilai
kerohanian. Bukan sahaja seni lukisan cina boleh dipelajari dari rumah, tetapi ia wajar diajar di
sekolah dan universiti agar dapat memupuk minat dalam jiwa generasi muda kini. Hal in demikian
kerana jiwa pelajar yang sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru akan tertarik untuk mempelajari
tentang seni lukisan ini dek kerana mereka kurang terdedah dengan ciri tradisional seni tersebut.
Dengan ini, generasi muda akan dapat lebih mengenali seni lukisan Cina. Seni lukisan Cina wajar
diserapkan dalam silibus pembelajaran seni visual sama ada di sekolah atau universiti agar dapat
dipelajari semua kaum dan menjamin kelangsungan seni ini.
Minoriti responden kurang bersetuju kerana mereka berpendapat hal tersebut sudah tidak
relevan lagi dan pada hari ini alat-alat lukisan tradisional dahulu agak sukar didapati. Ledakan
teknologi multimedia dalam pendidikan seni visual juga mendapat tempat dalam kalangan generasi
hari ini. Bahkan dalam era globalisasi ini, ledakan teknologi yang pesat berkembang ini telah
muncul sebagai medium utama kepada agenda globalisasi. Hal ini selaras dengan pendapat Alvin
Toffler yang mengatakan bahawa, gelombang ketiga (third wave) dalam perkembangan tamadun

dunia ialah zaman teknologi maklumat.3 Dengan ini, bidang seni tradisional tidak kira seni lukisan
Melayu, Cina atau India telah menerima impak dalam pelbagai bentuk sama ada secara langsung
atau tidak langsung.

Soalan 5
Pada pendapat anda, apakah kesan jika seni lukisan Cina tidak diamalkan dan diteruskan
dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa yang akan datang? Anda hanya boleh
tandakan SATU jawapan sahaja. Pilih yang mana paling terkesan.
A. Teknik seni lukisan Cina akan digantikan oleh teknologi moden maka nilai ketekunan sudah tidak
relevan.

(6/30)

B. Seni lukisan Cina akan dilupakan oleh masyarakat Malaysia pada masa yang akan datang.
(11/30)
C. Budaya seni lukisan Cina akan merosot dan mengalami kepupusan pada generasi yang akan datang.
(12/30)
D. Tidak akan memberi sebarang kesan memandangkan masyarakat Cina kini sudah tidak
mementingkan seni lukisan Cina.

(1/30)

3 Hassan Mohd Ghazali. (2000). Pembangunan Multimedia Interaktif Pendidikan Seni:


Kepentingan P&P Menuju Alaf Baru. Konvensyen Pendidikan Seni Visual.

45

37%

40

40%

35
30
25

20%

20
15
10

3%

5
0
A

Carta bar di atas menunjukkan kesan-kesan jika seni lukisan Cina tidak diamalkan dan
diteruskan dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa yang akan datang. Kebanyakan
responden bersetuju dengan penyataan budaya seni lukisan Cina akan merosot dan mengalami
kepupusan pada generasi yang akan datang, iaitu 40%. Pendapat paling sedikit bagi penyataan
ketidakamalan seni lukisan Cina tidak akan memberi sebarang kesan memandangkan masyarakat
Cina kini sudah tidak mementingkan seni lukisan Cina , iaitu 4% sahaja.
Majoriti responden berpendapat budaya seni lukisan Cina akan merosot dan mengalami
kepupusan pada generasi yang akan datang adalah kesan utama jika seni lukisan Cina tidak
diamalkan dan diteruskan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini mungkin kerana globalisasi
telah menjadikan segala maklumat boleh dipelajari dan diakses dengan mudah menerusi teknologi
komputer mahupun internet walau di mana jua kita berada. Ini menyebabkan seni lukisan Cina
bersaing dengan teknologi moden yang akhirnya membawa kemerosotan seni ini di mana
kurangnya penerimaan masyarakat apatah lagi generasi akan datang. Pendapat ini disokong dengan
penyataan Durkheim iaitu, proses modenisasi menyebabkan runtuhnya nilai-nilai tradisi.4

4 Syed Mahadzir Syed Ibrahim (2010, November 6). Kajian Budaya V, diakses pada Oktober 26, 2014, sumber dari:
http://syedmahadzirsyedibrahim.blogspot.com/2010/11/kajian-budaya-iv_06.html

Hanya sebilangan responden berpendapat seni lukisan Cina tidak akan memberi sebarang
kesan memandangkan masyarakat Cina kini sudah tidak menitikberatkan isu seni lukisan Cina.
Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pernah menyebut dalam ucapannya ketika merasmikan Majlis
Anugerah Kebudayaan 1 Malaysia pada 19 November 2011, bahawa pesta ini boleh terdiri
daripada pertunjukkan hasil kerja seni, muzik, makanan, tarian, pertunjukkan kebudayaan malah
mainan tradisional yang diwarisi turun temurun yang kini sebenarnya sudah mula dilupakan oleh
generasi muda kaum Cina.5

Soalan 6
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk memupuk minat
remaja kini terhadap seni lukisan Cina?
Ya

Tidak

i)

Pertandingan seni lukisan Cina

25/30

5/30

ii)

Festival seni lukisan Cina

27/30

3/30

iii)

Pembelajaran seni lukisan Cina melalui internet


13/30

17/30

iv)

Skim latihan kemahiran seni lukisan Cina25/30

5/30

5 Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek ( 2011, November 19). Ucapan yang disampaikan dalam Majlis
Anugerah

Kebudayaan

Malaysia,

diakses

pada

Oktober

26,

2014,

sumber

http://www.mca.org.my/en/teks-ucapan-presiden-mcadatuk-seri-dr-chua-soi-lek-pada-majlisanugerah-kebudayaan-1malaysia-sabtu-19-nov-2011/

dari:

100
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0

90%

83%

83%
57%
43%

17%
10%

Ya
17%

Tidak

Pertandingan Festival seni Pembelajaran Skim latihan


seni lukisan Cinalukisan Cina seni lukisan Cina
kemahiran seni
melalui internet lukisan Cina

Carta bar di atas menunjukkan sebanyak 83% responden berpendapat remaja yang menyertai
pertandingan seni lukisan Cina dapat memupuk minat mereka terhadap seni lukisan Cina, manakala
17% responden tidak bersetujui dengan pendapat tersebut. Di samping itu, 83% responden bersetuju
melalui skim latihan kemahiran seni lukisan Cina akan meningkatkan perhatian dan minat remaja
terhadap seni lukisan Cina. Hanya 17% responden berpendapat sebaliknya. Pandangan di mana seni
lukisan Cina boleh diajar melalui internet dipersetujui oleh 43% responden dan 57% mereka tidak
bersetuju dengan teknik pembelajaran tersebut.
Kebanyakan responden iaitu seramai 90% menyatakan remaja kini lebih rela meluangkan
masa untuk membabitkan diri dalam Festival lukisan Cina. Hal ini kerana pembabitan ini bukan
sahaja boleh menambahkan pengetahuan mereka terhadap seni lukisan Cina yang tidak pernah
dijumpai sebelum ini, malahan boleh meluangkan masa dalam kegiatan yang sihat dan berilmu serta
menambah kenalan dari pelbagai kaum. Sebaliknya, 10% responden berpendapat sebaliknya kerana
mereka menganggap Festival lukisan Cina hanya mampu menarik perhatian golongan veteran dan
mungkin membazirkan wang kerana sudah stereotaip dengan pendapat seni ini sudah ketinggalan.
Namun sebenarnya daripada langakah-langkah yang dicadangkan ini melalui festival, dijangkakan
generasi muda akan mula mendekatkan diri dengan kesenian ini.

KESIMPULAN
Melalui hasil kajian ini, adalah didapati bahawa seni lukisan Cina masih diterima dan disedari
kewujudannya oleh generasi muda Malaysia pada hari ini. Majoriti mereka masih berminat dan ada
di kalangan mereka yang sedang berjinak-jinak untuk cuba mendalami bidang lukisan Cina. Mereka
juga mengharapkan seni lukisan Cina ini boleh diterapkan dalam pembelajaran seni agar seni ini
terus dipelajari dan diwarisi. Seni lukisan tradisional ini adalah salah satu lambang jati diri
masyarakat Malaysia yang meraikan kesatuan dalam kepelbagaian. Mereka amat mengharapkan
agar seni budaya ini tidak akan menghadapi kemerosotan dan kepupusan.
Walaubagaimanapun, masih terdapat juga segelintir masyarakat yang minoriti jumlahnya
kurang menyedari atau tidak memahami langsung tentang seni lukisan Cina. Hal ini
berkemungkinan kekurangan pelukis yang melibatkan diri dalam bidang lukisan ini serta kehadiran
gajet-gajet canggih yang menutupi minat mereka untuk menceburi bidang ini. Disebabkan itu kadar
minat generasi hari ini terhadap seni lukisan Cina semakin berkurangan.
Adalah didapati juga bahawa seni lukisan Cina ini amat penting demi kelangsungan tamadun Cina
mahupun tamadun Malaysia khususnya. Hal ini kerana, walaupun Malaysia masyarakatnya pelbagai
kaum tetapi mereka mempunyai sikap keterbukaan terhadap penemuan baharu dari mana-mana
tamadun. Penyerapan budaya yang berlaku di Malaysia adalah sesuatu yang unik dan wajar
dihargai. Malaysia adalah dalam kelompok negara Asia. Sama ada nenek moyang kita datang dari
Tanah Melayu, China mahupun India kita adalah sama. Wajarlah kita menjaga kesenian yang
pelbagai ini. Dengan itu akan kukuhlah lagi benteng jati diri masyarakat Timur dan Asia. Dalam
masa yang sama dapatlah kita menangkis kesan negatif globalisasi dari Barat. Bagi masyarakat
Cina, lukisan Cina memainkan peranan yang penting bagi melambangkan identiti dan jati diri
masyarakat Cina dan turut memberi persediaan kepada generasi muda dengan ilmu dan nilai yang
berkaitan.

Selain itu beberapa langkah turut mendapat perhatian untuk diambil kira dalam proses
memupuk minat remaja kini terhadap seni lukisan Cina seperti pertandingan, festival dan skim
latihan kemahiran seni lukisan Cina. Maka dapat dilihat di sini daripada keseluruhan analisis
dapatlah disimpulkan bahawa kebanyakan responden memandang positif terhadap perkembangan
seni lukisan Cina di Malaysia sebagai keunikan negara yang dikagumi. Keadaan ini turut
melambangkan bahawa masyarakat Malaysia adalah bersifat terbuka, tidak lupa asal usul dan masih
menghargai nilai-nilai estetika lama.
Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh sebab itu, generasi kini haruslah
menyemai minat terhadap lukisan Cina serta belajar sejak kecil lagi. Golongan muda kini haruslah
mempelajari bagaimana menikmati seni lukisan Cina dan memahami maksud dan nilai lukisan
tersebut. Ketelitian proses lukisan tersebut wajar dicontohi agak kita tidak melakukan sesuatu itu
seperti acuh tidak acuh sahaja. Nilai ketekunan dan semangat jitu juga boleh diperolehi daripada
kemahiran seni lukis ini.
Dengan ini, seni lukisan Cina akan dapat diwarisi secara dan tidak akan pupus ditelan
zaman. Akhir sekali, adalah diharapkan agar generasi hari ini akan memberi penghormatan yang
tinggi, menghargai serta menyayangi seni lukisan Cina supaya keunikan dan keindahan tamadun
Asia dapat diwarisi serta diperkembangkan kepada persada dunia dengan gemilangnya.
(Bilangan patah perkataan:________)

BIBLIOGRAFI
Cheu Hock Tong. 2000. Confucianism In Chinese Culture. Selangor: Pelanduk Publications

Hassan Mohd Ghazali. (2000). Pembangunan Multimedia Interaktif Pendidikan Seni: Kepentingan
P&P Menuju Alaf Baru. Konvensyen Pendidikan Seni Visual.

Jasman Ahmad & Rosnah Ramli. 1997. Masyarakat Cina: Siri Kebudayaan Masyarakat Malaysia.
Selangor: Associated Educational Distributors

Mohd Johari Ab. Hamid. 2004. Pendidikan seni Visual dan Muzik. Perak: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Suffian Mansor, 2003. Tamdun China, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zalina Yahya. (1999, Mei 15). Guru Abad 21 Peranan Lebih Kompleks dan Mencabar. Utusan
Malaysia.

Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek ( 2011, November 19). Ucapan yang disampaikan dalam Majlis
Anugerah

Kebudayaan

Malaysia,

diakses

pada

Oktober

26,

2014,

sumber

dari:

http://www.mca.org.my/en/teks-ucapan-presiden-mca-datuk-seri-dr-chua-soi-lek-padamajlisanugerah-kebudayaan-1malaysia-sabtu-19-nov-2011/

Gebang Bahasa - Susastera BM (2011, October 30). Langkah-langkah yang perlu diambil oleh
pelbagai pihak untuk menarik minat orang membaca karya sastera, diakses pada Oktober 26, 2014,
sumber dari: http://chaimestm.blogspot.com/2011_10_01_archive.html/

Syed Mahadzir Syed Ibrahim (2010, November 6). Kajian Budaya V, diakses pada Oktober 26,
2014, sumber dari: http://syedmahadzirsyedibrahim.blogspot.com/2010/11/kajian-budayaiv_06.html

LAMPIRAN
1. Contoh-contoh gaya seni catan Cina:

Pai Miao

Gong bi

Xieyi

2. Jenis jenis warna yang biasa terdapat dalan catan Cina:


1. Rouge Tint
Merah pipi

2. Indigo
Biru nila

3. Gamboge Tint
Kuning rotan

4. Carmine
Merah tua / merah gincu

5. Cinnabar Tint
6. Burnt Sienna Coklat
Merah gelap seperti darah yang burung pipit.
hampir kering.

7. Phthalocyanine
Hijau kebiruan

8. Vermilion Tint
Merah tua

9. Black
Hitam

3. Contoh-contoh simbol yang biasa dijumpai dalam seni catan Cina:


Motif Flora

Catatan
i.
Shi liu (Delima)
Buah delima yang mempunyai banyak biji
melambangkan kesuburan dan kemewahan. Dalam
perkataan Cina seed (biji) juga bermaksud anak
lelaki, oleh itu buah delima melambangkan harapan
untuk mendapat banyak anak lelaki. Biasanya sarung
bantal yang disulam dengan motif buah delima yang
disulam dengan motif delima dihadiahkan kepada
pasangan pengantin baru.
ii.

Mei Hua (Plum Blossom)

Pokok plum berbunga dari dahan yang kelihatan


seolah-olah mati, lima kelopak bunga mewakili
kehidupan baru di hujung musim sejuk. Plum blossom
merupakan
keindahan dalam musim sejuk.
Seolaholah mempunyai kuasa yang menakjubkan
kerana berbunga di atas dahan yang kelihatan seolaholah mati. Mesej yang hendak disampaikan ialah
manusia seharusnya tabah dan cekal dalam
mengharungi segala lumrah kehidupan. Kehidupan
baru dan kegembiraan akan tercapai sekiranya
manusia mempunyai sifat seperti bunga plum.
iii.
Song (Pokok Pine)
Melambangkan ketabahan, kesabaran dan umur yang
berpanjangan. Pokok pine yang tua dan berbonggol
tumbuh subur di tepi tebing gunung yang tinggi
melambangkan seseorang yang mempunyai cita-cita
yang mulia dan istimewa. Walaupun ianya ditiup
angin dan ribut ( politik, rasuah). Pokok pine tetap
kekal di situ bertahun-tahun. Oleh itu ia
melambangkan kehidupan yang sejati walaupun
masalah menghadapi disebabkan bencana alam atau
buatan manusia sendiri.

iv.
Mou Tan (Bunga peony)
Digelar sebagai Permaisuri Bunga kerana
kemewahan warnanya dan bauan yang wangi, bunga
peony adalah simbolik kepada musim bunga, juga
cinta dan keindahan sifat kewanitaan. Ia juga
melambangkan maruah dan kegembiraan.
v.
Liu (Pokok Willow)
Pokok ini dikaitkan dengan kecantikan wanita kerana
daunnya yang panjang dan tirus. Kadang-kadang
dikhususkan kepada singsong (penyanyi wanita)
atau pelacur. Pokok ini juga melambangkan
persahabatan dan batang willow dihadiahkan kepada
pengambara semasa hendak bertolak ke destinasi
baru. Daunnya dipercayai mempunyai kuasa
menyucikan (dewi Kuan Yin menggunakan setangkai
dahan willow untuk menyelamatkan manusia yang
hidup dalam kesusahan) digunakan untuk upacara
membersihkan kubur semasa perayaan Ching Ming.
Kayu pokok willow dipercayai digunakan untuk
berinteraksi dengan alam roh. Motif willow ini
terdapat di tembikar biru putih pada abad ke 18. Reka
bentuk motif ini berdasarkan kepada cerita pasangan
kekasih yang menghadapi banyak rintangan untuk
berkahwain.
vi.
Ju (Buluh)
Sebagai rumpun yang sentiasa menghijau, buluh yang
lentuk dan angun mewakili kualiti kekuatan,
ketahanan, kesesuaian dan kegigihan untuk terus
hidup dalam sebarang cuaca. Buluh dikaitkan dengan
nasib yang baik kerana namanya sama dengan
perkataan permintaan.

vii.
Lian Hua (Bunga teratai)
Bunga teratai menandakan kesucian. Ia mengandungi
semangat yang tidak dapat dicemari, membesar
dengan akar yang panjang dan dalam, serta kuntuman
yang indah di kawasan paya yang suram. Bunga
teratai mempunyai dua makna dalam bahasa Cina;
satu ialah perkataan yang sama maksudnya dengan
kedamaian dan keharmonian dan yang kedua
bermaksudnasib baik yang berulang.

Motif Fauna

Catatan
i.
Long (Naga)
Naga adalah lambang yang selalu digunakan dan amat mustahak
dalam perlambangan kebudayaan Cina. Orang Cina percaya
naga adalah binatang yang mempunyai kuasa transformasi dan
boleh menurunkan hujan. Naga muncul secara berpasangan
berlingkar di dalam awan atau berenang di dalam ombak. Naga
bertanding untuk mendapatkan disc (simbol matahari) Naga
adalah simbol kekuatan maharaja. Ada sembilan jenis naga yang
dikenali. Simbol sembilan jenis naga diukir
di Beijing
Forbidden City. Menurut mitos lama, Yu, nenek moyang asal
masyarakat Cina, wujud dalam bentuk seekor naga kuning yang
melonjak keluar daripada tubuh ayahnya yang telah meninggal
dunia. Ia membawa lambing keberanian, kekuatan dan
perlindungan.
ii.
Ma (Kuda)
Kuda dikait rapat dengan ketenteraan dan kebangsawanan,
mewakili semua sifat-sifat merujukkekayaan, prestij dan
mobiliti. Kuda putih secara legenda dikait dengan pengangkutan
agama Buddha ke India dan melambangkan penyebaran ilmu
pengetahuan. Digambarkan dalam keadaan berlari pantas
dengan kaki tidak mencecah tanah.

iii.

Feng Huang (Phoenix)

Burung phoenix ialah satu komposisi spiritual dan fizikal, ia


sebagai simbol Maharani. Menurut cerita mitos Feng Huang
adalah burung yang boleh terang terus ke syurga. Ia juga
melambangkan pencapaian yang tinggi. Biasanya ia dilukis
bersama dengan Naga untuk melambangkan perkahwinan yang
bahagia (keseimbangan yin dan yang). Bulu Feng Huang yang
berwarna-warni melambangkan kecantikan, kemewahan dan
baik hati.
iv.
Tie (Rama-rama)
Salalunya dikaitkan dengan roh nenek mayang dan peringatan.
Oleh kerana bunyi rama-rama ini serupa dengan perkataan
seseorang yang telah berumur, ia juga dianggap sebagai simbol
panjang umur.

v.
He (Burung Bangau)
Burung Bangau melambangkan kehidupan yang kekal abadi,
kecantikan dan keanggunan. Dalam cerita dongeng masyarakat
Cina, burung bangau ini dikatakan boleh membawa tuah dari
nan hai sian tau iaitu pulau selatan dalam syurga. Biasanya
burung bangau dikategori bersama dengan rusa, kura-kura dan
ling-zhi (sejenis cendawan) yang melambangkan panjang umur.
Simbol membawa dewa ke syurga melambangan pegawai tinggi
di dalam istana China (politik).
vi.
Li Yu (Ikan Kap)
Melambangkan kekayaan. Li Yu sama bunyi dengan liyu
(keuntungan, berlebihan). Masyarakat Cina biasanya
mendoakan rezeki yang berlebihan semasa menyambut
perayaan Tahun Baru Cina dan ia juga dihadiah dalam bentuk
lukisan kepada sahabat yang berjaya dalam perniagaan agar
mereka murah rezeki. Ikan kap juga adalah simbol usia yang
panjang kerana dipercayai kebal daripada kematian secara
semulajadi.

Masukkan borang soalan kaji selidik yang kosong


5 sampel borang soal selidik yang telah dijawab

You might also like