Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT CURAI

MESYUARAT PENYELARASAN PERUNTUKAN BAYARAN INSENTIF BAGI


SEKOLAH-SEKOLAH YANG MENAWARKAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS.

Tarikh

: 4 September 2014 (Khamis).

Masa

: 2.00 petang hingga 4.30 petang.

Tempat: Balai Gadang, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.


Edaran

: 1. Helaian agenda mesyuarat.


2. Helaian senarai nama 21 buah sekolah PPKI yang mendapat peruntukan.
3. Buku Panduan Tatacara Pelaksanaan Agihan Peruntukan RM50 Juta Bagi
Sekolah Pendidikan Khas (SPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
dan Program Pendidikan Inklusif (PPI).

Pengisian / Slot :
1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi (Puan Hajah Ipun binti Shamsudin)
- Mengalu-alukan kedatangan semua Guru Besar dan Pengetua Sekolah Program
-

Pendidikan Khas Integrasi.


Terdapat 21 buah sekolah rendah dan sekolah menengah Program Pendidikan Khas
Integrasi akan menerima peruntukan bayaran insentif RM50,000 dalam tempoh tahun

2014/2015.
Peruntukan tersebut hanya digunakan untuk Program Pendidikan Khas Integrasi

sahaja dan akan dipantau.


Peruntukan diagihkan untuk memberi kemudahan guru dan murid menjalani proses

pengajaran dan pembelajaran.


Setiap sekolah perlu membuat senarai semak perbelanjaan.

2. Ucapan Tatacara/SOP Pelaksanaan Pembangunan/Peruntukan/Pembelian


- Unit Pembangunan (Puan Hajah Hasnah)
i- Kerja-kerja pembangunan bagi sekolah bertaraf Pusat Tanggungjawab (PTj) akan
terus ke sekolah. Pihak sekolah perlu menyediakan sebut harga.
ii- Bagi sekolah yang bukan Pusat Tanggungjawab (PTj) akan diuruskan oleh pihak
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

iii- Keseluruhan sekolah rendah bukan Pusat Tanggungjawab (PTj) dan Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) bahagian Unit Pembangunan akan menyediakan sebut
harga.
-

Unit Kewangan (Puan Aisyah dan Encik Azman)


i. Puan Aisyah dan Encik Azman bertanyakan tentang status saluran agihan
peruntukan kepada Puan Hajah Ipun.
ii. Rujuk Lampiran Muka Surat 2 Bahagian 5.2 iaitu BPKhas menyalurkan
peruntukan ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan Sekolah.
iii. Keseluruhan sekolah rendah bukan Pusat Tanggungjawab (PTj) dan akaun terus
ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Unit Aset (Puan Haslitan)


i. Terdapat syarat panel yang telah dilantik dalam perolehan aset dan peralatan
bukan ICT.
ii. Pembelian komputer sahaja tidak dibenarkan.
iii. Berpandukan jadual agihan penggunaan peruntukan bagi perolehan aset dan
peralatan bukan ICT adalah sebanyak RM15,000.
iv. Pemasangan pendingin hawa yang baru tidak dibenarkan dan perlu mendapat
kebenaran bertulis daripada pihak JKR tetapi penyelenggaraan pendingin hawa
yang sedia ada dibenarkan.

3. Taklimat Tatacara Pelaksanaan Agihan Peruntukan Bayaran Insentif (Puan Suhila)


- Terdapat 21 buah sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi di Negeri Sembilan
berada di garisan merah (kritikal) dan agihan peruntukan RM50 Juta telah diagihkan
bagi Sekolah Pendidikan Khas (SPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
-

dan Program Pendidikan Inklusif (PPI) di Malaysia.


Kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan PPKI sebanyak RM35,000 dan perolehan

aset dan peralatan bukan ICT sebanyak RM15,000.


Setiap sekolah perlu melengkapkan borang lampiran B dan menghantar kepada Puan

Suhila Unit Pendidikan Khas,JPN pada 10.9.2014 (Rabu).


Lampiran B bahagian tarikh mula dan tamat tidak perlu diisikan.
Pihak sekolah yang telah menerima peruntukan perlu melengkapkan Lampiran E pada
setiap 20hb setiap bulan setelah perbelanjaan dilaksanakan.

4. Hal-hal lain
- Rujuk Lampiran Muka Surat 2 Bahagian 5.2 iaitu semua peruntukan atau sekurangkurangnya 50% hendaklah dibelanja dalam tahun semasa.
2

Hasil perbincangan bergantung kepada sekolah sama ada menggunakan semua

peruntukan atau 50% dalam tahun 2014/2015 apabila peruntukan diterima.


Peruntukan yang telah diterima perlu melengkapkan Laporan Prestasi Perbelanjaan
untuk diaudit dan habiskan peruntukan dalam tempoh yang ditetapkan sahaja.

5. Tindakan Susulan Yang Telah Atau Perlu Diambil :


- Penghantaran borang Lampiran B kepada Puan Suhila Unit Pendidikan Khas,JPN
pada 10.9.2014 (Rabu).
6. Penutup
- Peng

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(AZIAH BINTI AYUB)


Penyelaras PPKI,
Sekolah Kebangsaan Pasoh Satu (F).

(ABDULLAH BIN ABDUL RAHMAN)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pasoh Satu (F).

You might also like