Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Pengenalan

Filariasis atau di panggil filariasis limfatik atau kaki gajah telah menjadi masalah
besar di Negara Malaysia dan di Negara lain. Selain Malaysia, mengikut
penyiasatan yang telah dilakukan lebih 80 negara lain juga menghadapi dengan
masalah ini. Dianggarkan seramai 120 juta orang kini menderita akibat penyakit
bawaan nyamuk ini. Kira-kira enam peratus penduduk negara ini dijangkiti
penyakit ini dengan majoritinya adalah mereka yang tinggal di luar bandar.

Di Malaysia, terdapat 8 buah negeri yang mempunyai kawasan-kawasan


endemik filariasis iaitu Kedah, Perak, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan,
Sabah dan Sarawak. Semua negeri tersebut diberi tumpuan khusus dalam
Program Eliminasi Filariasis Limfatik Kebangsaan di bawah kelolaan
Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) dan adalah untuk menghentikan transmisi jangkitan filariasis dan
mengawal morbiditi pesakit filariasis limfatik. Kajian pihak bertanggungjawab
pada tahun 2002 mendapati, kira-kira 200 kes jangkitan dikesan di negara ini
dan 10 daripada pesakit disahkan menghidap filariasis limfatik. Jumlah mereka
yang mengidapinya dijangkakan lebih ramai kerana mungkin ada yang tidak
melaporkannya kepada pihak berkuasa. Tahun berikutnya, kerajaan negeri Perak
mengeluarkan kenyataan bahawa empat daerah di negeri berkenaan iaitu Hulu
Perak, Hilir Perak, Perak Tengah dan Kuala Kangsar dikenal pasti sebagai
kawasan berisiko tinggi penyakit filariasis limfatik kerana kewujudan beberapa
kawasan berpaya yang menjadi habitat nyamuk Mansonia. Pemberian ubat skala
besar dijalankan melibatkan penduduk di kawasan endemik yang dijalankan
setiap tahun untuk 5 pusingan.

Objektif pembelajaran tentang penyakit filariasis ini agar dapat menambahkan


dan memantapkan ilmu pengetahuan tentang penyakit filariasis. Ataranya agar
dapat mengurangkan kejadian kes berkaitan penyakit ini supaya ianya tidak lagi
menjadi masalah kesihatan umum di Malaysia, mencegah kejadian penyakit
filariasis di kawasan di mana tiada kes pada masa ini. Seterusnya, demi
mencapai tahap sehingga penularan Filariasis Limfatik tidak lagi berlaku di

Malaysia. Justeru dapat meringankan penderitaan dan ketidakupayaan individu


yang dijangkiti penyakit Filariasis.

Definisi

Filariasis limfatik atau kaki gajah adalah di sebabkan oleh parasit spesis
nematod yang di bawa oleh nyamuk mansonia yang terinfeksi. Antara nama
parasit penyakit filariasis limfatik ialah cacing parasit mikrofilia Wuchereria
Bancrofti, Brugia Malayi dan Brugia Timori. Spesis ini amat sesuai hidup dalam
persekitaran panas lembap seperti negara Malaysia ini. Cara transmisi ia melalui
gigitan nyamuk mansonia kepada badan manusia dan melepaskan parasitparasit tersebut masuk ke dalam badan manusia. Cacing-cacing berkenaan akan
bergerak melalui salur darah dan seterusya akan menjangkiti sistem limpa dan
membiak hingga membentuk satu koloni besar dalam badan manusia, biasanya
tanpa disedari perumahnya. Kitaran hidup cacing parasit ini bermula apabila ia
memasuki badan manusia, bertelur dan menghasilkan larva.

Selain manusia, haiwan seperti monyet juga antara perumah yang dikenal pasti
boleh menjadi tempat pembiakan cacing ini. Cacing-cacing yang kelihatan
seperti benang jahit ini tidak membawa kesan buruk kepada manusia semasa ia
hidup kerana jangkitannya bersifat Asimptomatik dan tidak berjangkit. Namun
begitu, kesan buruknya mula timbul apabila cacing ini mati dan sisa badannya
terkumpul di badan perumahnya.

Larva mikrofilaria mengambil masa kira-kira sembilan bulan untuk menjadi


cacing matang. Selepas setahun, cacing dewasa boleh membiak dan
menghasilkan beribu-ribu mikrofilaria lain. Dalam tempoh ini, mikrofilaria akan
tersebar jika individu itu digigit nyamuk mansonia. Dalam badan nyamuk,
mikrofilaria mengambil masa antara tujuh hingga 21 hari untuk membesar ke
peringkat paling berjangkit sebelum dipindahkan ke perumah baru apabila
nyamuk menghisap darah mangsa lain. Apabila sampai ke badan perumah baru,
mikrofilaria ini akan masuk ke dalam sistem limfa untuk membiak. Haiwan ini

boleh hidup antara enam hingga 10 tahun dalam badan manusia. Justeru, kesan
jangkitan hanya dirasai apabila cacing dewasa mati.

Etiologi Filariasis

Cacing filaria merupakan nematoda yang hidup di dalam jaringan subkutan dan
sistem limfatik. Tiga kategori spesies filariasis yang menimbulkan infeksi pada
manusia ialah Filariasis Limpatik yang terdiri daripada spesis Wuchereria
bancrofti, Brugia malayi, dan Brugia timori, Filariasis Subkutan pula terdiri
daripada Onchocerca Volvolus, Loa-loa dan Mansonella Stretocerna. Manakala
kategori spesis filariasis yang menjangkiti ruang serous ialah Mansonella
Ozzardi. Tiga kategori ini merupakan penyebab infeksi filaria yang serius.

Secara amnya, parasit filaria ini ditukarkan melalui spesies nyamuk khusus
seperti nyamuk mansonia atau artropoda lainnya dan memiliki stadium larva
serta kitaran hidup hidup yang kompleks. Anak dari cacing dewasa berupa
mikrofilaria bersarung, terdapat di dalam darah dan sering ditemui di aliran darah
tepi. Mikrofilaria ini muncul di peredaran darah enam bulan sampai satu tahun
kemudian dan dapat bertahan hidup hingga 5 10 tahun. Setiap sepsis
nematode ini mempunyai saiz yang berbeza-beza seperti cacing Wuchereria
bancrofti, mikrofilaria berukuran 250 300x7 8 mikron. Sedangkan pada
Brugia malayi dan Brugia timori, mikrofilaria berukuran 177 230 mikron..

Cara Transmisi Filariasis

Penyebaran Filariasis bermula daripada spesis nyamuk yang dikenali sebagai


nyamuk Mansonia yang menggigit individu yang telah dijangkiti. Gigitan ini
menyebabkan mikrofilia yang berada dalam saluran darah tersebut diserap ke
dalam tubuh vektor. Mikrofilia ini akan menggunakan nyamuk ini sebagai hos
pertama untuk berkembang.

Larva mikrofilia yang berada di dalam badan nyamuk ini mengambil masa kirakira sembilan bulan untuk menjadi cacing matang. Selepas setahun, cacing
dewasa boleh membiak dan menghasilkan beribu-ribu mikrofilia yang lain. Dalam
tempoh ini, mikrofilia akan tersebar jika individu itu digigit nyamuk. Dalam badan
nyamuk, mikrofilia mengambil masa dalam tujuh hingga dua puluh satu hari
untuk membesar ke peringkat berjangkit sebelum berhijrah ke perumah baru
apabila nyamuk menghisap darah mangsa lain.

Mikrofila ini akan berhijrah melalui bahagian kepala vector dan ke mulut untuk
bersedia memasuki ke dalam kulit manusia.. Sekiranya nyamuk tersebut mula
menggigit manusia, maka kitaran hidup parasite ini akan menjadi lengkap.
Mikrofilia ini akan masuk ke dalam system limfa untuk membiak di sana. Haiwan
ini boleh hidup antara enam hingga sepuluh tahun dalam badan manusia. Oleh
itu, kesan jangkitan ini dapat dirasai apabila cacing dewasa mati..

Patofisiologi Filariasis

Di dalam tubuh manusia, mikrofilia ini akan tinggal dan sentiasa berkembang
biak di dalam salur limfatik. Pembiakan mikrofili yang sangt aktif ini
menyebabkan berlakunya sekatan dan menghalang pengaliran ke dalam tisu.

Bendalir limfa akan bertambah dan menyebabkan limfedema. Disebabkan


mikrofilia ini mampu menghasilkan telur yang sangat banyak, maka semakin
banyaklah jumlah cacing dewasa di dalam tubuh manusia. Cara untuk
mengetahui jumlah cacing dewasa yang mendiami tubuh manusia ialah dengan
menilai tahap pembesaran dan pembengkakan anggota tubuh badan kita. Jika
kaki semakin bengkak dan besar, semakin banyak cacing dewasa yang mati di
kawasan tersebut.

Bahagian kaki yang membesar itu sebenarnya disebabkan reaksi sel terhadap
sisa badan cacing Filariasis menyebabkan ia membahagi dengan cepat dan
akhirnya membentuk lapisan sel berlebihan. Akibatnya, tisu kulit di anggota yang
dijangkiti akan menjadi hyperplasia, fibrosis dan menjadi berlapis-lapis, tebal,
dan berlipat sehingga anggota tersebut kelihatan hodoh. Kajian mendapati
Filariasis ini bukan sahaja menjangkiti kaki sahaja, tetapi ada juga yang
menjangkiti di bahagian buah dada wanita dan alat sulit lelaki. Keadaan ini
dikenali sebagai elephantiasis atau untut.

Manifestasi Klinikal

Pesakit biasanya mengalami demam pada waktu malam dengan suhu badan
antara 38.5 hingga 39 darjah celcius. Selain itu, berlakunya erythema di
sepanjang salur limfatika yang mengalami inflamasi pada lapisan epidermis
pesakit. Pesakit turut mengalami infeksi pada salur sperma, salur epididimitis
dan orkitis pesakit. Pesakit juga akan mengalami Limfagitis. Lapisan kulit pesakit
menjadi urticaria. Kulit pesakit akan menjadi berkedut,tebal dan kasar .
Investigasi

Penyiasatan yang dilaksanakan kepada pesakit untuk mengesahkan penyakit


yang di hidapi oleh pesakit antaranya ialah diagnosa awal secara klinikal
dilakukan ke atas pesakit untuk mengesahkan penyakit yang yang di hadapinya.
Pesakit akan menjalani ujian sensasi pada kulit terlibat yang menunjukkan tandatanda abnormal seperti berkedut, kasar dan tebal. Pemeriksaan darah pesakit
akan di lakukan untuk mengesan kehadiran microfilaria agar dapat
mengesahkan penyakit yang dihadapi oleh pesakit. Pesakit juga akan menjalani
X-ray pada bahagian yang terlibat seperti kaki dan anggota yang disyaki.

Diagnosis Perbezaan

Diagnosa perbezaan akan di jalankan bagi mengelakkan kesilapan dalam


mengesahkan sesuatu penyakit. Diagnosa di lakukan dengan penyakit yang
mempunyai simptom dan gejala yang hampir sama antara sesuatu penyakit.
Antara penyakit yang mempunyai gejala yang hampir sama dengan penyakit
filariasis ialah malaria yang disebabkan oleh parasit plasmodium. Selain penyakit
malaria terdapat penyakit lain yang menpunyai simptom dan gejala yang hamper
sama dengan penyakit filariasis iaitu penyakit demam virus yang disebabkan
oleh jangkitan virus pada manusia, demam denggi yang dibawa oleh nyamauk
Aedes Aegypty dan Albopicyus serta penyakit kulit.

Pengendalian Kes

Pengendalian kes adalah sesuatu cara yang dilakukan oleh perawat bagi
merawat atau mengurangkan simptom yang di hadapi oleh pesakit. Antara
rawatan penyakit Filariasis ialah Rawatan Spesifiks, Rawatan Simptomatik,
Pembedahan dan Penjagaan Kejururawatan.

1) Rawatan Spesifiks
Ubat anti microfilaria:Diethylcarbazasone Citrate (DEC) 9-12
mg/kg setiap hari dengan dos 9-12 mg.
Bandage anggota yang bengkak dengan menggunakan elastic
bandage.

2) Rawatan Simptomatik
Demam: Paracetamol 1000 mg TDS
Infeksi: Cloxacilin 250-500 mg QID

3) Pembedahan
Dilakukan pada kes yang teruk dan komplikasi yang di alami
pesakit adalah serius dan boleh membahayakan nyawa.
Buang tisu-tisu mati dan melakukan pembedahan plastic.

4) Penjagaan Kejururawatan
Kudis: melakukan dressing
Penjagaan kebersihan diri pesakit. Mengamalkan penjagaan
kebersihan diri yang betul.
Diet: pengambilan makanan yang mengandungi kandungan
protein dan vitamin yang tinggi untuk meningkatkn sistem tubuh
badan. Membantu badan melawan penyakit.
Sokongan moral dan emosi kepada pesakit supaya pesakit dapat
meneruskan kehidupan dengan lebih baik walaupun berhadapan
dengan penyakit yang teruk.

5) Rehatkan anggota badan pesakit yang di jangkiti. Pesakit dikehendaki


berehat dan tidak melakukan perkerjaan yang boleh menyebabkan
berlaku komplikasi seperti kecederaan agar pesakit tidak akan di jangkiti
penyakit lain yang akan menyebabkan keadaan pesakit menjadi kronik.

Komplikasi

Pesakit akan menghidapi limfoedema dan kerosakan saluran limfatik membawa


kepada luka, rekahan, celar pada permukaan kulitnya dan di antara ruang kaki
yang dipanggil lubang nanah. Keadaan ini menggalakkan berlakunya jangkitan
sekunder bakteria. Jangkitan ini menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan,
menjadi sangat sakit, panas dan membengkak. Sekiranya tiada rawatan diberi,
bacteria boleh masuk ke dalam sistem darah dan seterusnya boleh
membahayakan nyawa pesakit.

Rawatan

Melalui Program Eliminasi Limfatik Kebangsaan, ubat diberikan dengan


matlamat untuk membebaskan generasi akan datang daripada elephantiasis,
hydrocele dan lain-lain manifestasi daripada filariasis limfatik dengan
memutuskan kitaran jangkitan antara nyamuk dan manusia. Rawatan pemberian
ubat beramai-ramai dijalankan di kawasan-kawasan yang endemik filariasis
setahun sekali. Rawatan yang diberikan melibatkan dua jenis ubat dalam bentuk
tablet.

Diethylcarbamazine (DEC) - 6mg/kg


Albendazole - 400mg (dos sama bagi semua tahap umur)

Kedua-dua ubat ini diberikan serentak dibawah kawalselian langsung/ D.O.T


(Direct Observation Therapy). Dua jenis ubat digunakan kerana ia lebih berkesan
jika dibandingkan dengan penggunaan hanya satu jenis ubat kerana ia dapat
mengurangkan densiti filaria dalam darah.

Kedua-dua ubat ini adalah selamat dan mudah dihadam. Walaubagaimanapun,


terdapat kesan sampingan am seperti pening, sengal badan, kelesuan, demam,
mual dan muntah. Ianya dikaitkan secara positif dengan tahap dan kepadatan
mikrofilaria dalam darah. Reaksi ini biasanya berlaku semasa awal rawatan dan
kebiasaannya tidak berlanjutan lebih daripada 3 hari. Manakala, kesan
sampingan setempat pula adalah gumpalan kecil pada skrotum atau radang
kemerahan pada kawasan kulit di mana jangkitan berlaku.

Bagi pengidap limfatik filariasis kronik, penjagaan kebersihan adalah penting


untuk mencegah jangkitan sekunder dan peradangan system limfatik.
Pembengkakan kecil yang berlaku terhadap bahagian tertentu badan boleh
dipulihkan dengan rawatan. Namun, pembengkakan yang besar mungkin boleh
diperbaiki melalui pembedahan yang rumit tetapi menghasilkan pembaikan
terhad.

Pencegahan

Bagi penduduk yang tinggal di kawasan endemic filariasis adalah dinasihatkan


untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada gigitan nyamuk kerana
nyamuk merupakan vector bagi transmisi penyakit filariasis ini. Penduduk perlu
memastikan kawasan kediaman bebas dari pembiakan nyamuk dan
mengurangkan aktiviti luar pada waktu malam terutamanya di kawasan luar
bandar atau hutan. Mereka juga perlu memakai pakaian seperti baju berlengan
panjang dan seluar panjang serta elakkan daripada memakai pakaian bewarna
gelap.

Prognosis

Lebih kurang 40 juta tidak berupaya dan cacat oleh penyakit ini. Untut terjadi
kesan daripada filariasis limfatik yang merupakan punca yang paling biasa
kehilangan upaya di dunia. Dalam endemik komuniti, kira-kira 10 peratus wanita
boleh terjejas dengan kaki bengkak dan 50 peratus lelaki dari boleh menghadapi
masalah pembesaran buah zakar.

Peranan Penolong Pegawai Perubatan

Peranan Penolong Pegawai Perubatan memainkan peranan penting dalam


menguruskan kes-kes yang berkaitan penyakit filariasis terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu pada pengurusan pejabat, klinik atau hospital dan komuniti.

Peranan penolong pegawai perubatan yang pertama ialah pejabat. Contohnya


bertanggungjawab dalam mengemaskini data-data dan membuat statistic
mengenai kejadian penyakit, melaporkan kes ke pejabat kesihatan, mengadakan
plan-plan tindakan untuk proses pengawalan penyakit dan mengemaskini peta
tinjauan awasan operasi semasa ke semasa

Selain itu penolong pegawai perubatan juga berperanan pada pengurusan klinik
atau hospital iaitu dalam mengesan kes dan mengenal pasti konteks secara aktif
atau pasif , membuat penyiasatan pendiagnosa yang cepat untuk memudahkan
proses pengawalan, memastikan bekalan ubat-ubatan sentiasa mencukupi di
klinik dan memberi rawatan yang sepatutnya kepada pesakit yang datang ke
klinik.

Seterunya, peranan penolong pegawai perubatan untuk peringkat komuniti.


Contohnya, melibatkan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti kesihatan dengan
mengadakan gotong-royong untuk pembersihan kawasan, memberi pendidikan
kesihatan kepada masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan,
member promosi kesihatan dan mengajar cara-cara pencegahan dan
pengawalan sesuatu penyakit, memberi ceramah kesihatan dan membuat poster
kesihatan.

You might also like