Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Pantang larang antara kaum India, Cina dan Melayu

Perbincangan
Pada zaman moden kini, terdapat wanita-wanita yang tidak mempedulikan
amalan berpantang selepas bersalin. Namun, bagi seorang wanita yang
mementingkan kesegaran dan kecantikan diri, amalan berpantang dikatakan dapat
mengembalikan mereka seperti anak dara. Kesan positif rawatan tradisional dalam
penjagaan selepas bersalin sangat dihargai manakala terbukti bahawa ibu-ibu
bersungguh-sungguh mengikuti amalan berpantang akan kembali pulih sepenuhnya,
sihat, lansing dan bertenaga seperti semasa sebelum mengandung
Terdapat perbezaan antara pelbagai kaum, misalnya, tempoh berpantang
bagi kaum India ialah 30 -40 hari, sekurangnya 30 hari bagi kaum Cina, 40 60 hari
bagi kaum Melayu. Makanan yang dilarang selepas bersalin bagi kaum Indiadan
Melayu ialah

sayuran, buah-buahan atau tumbuhan yang sejuk dan berangin

terutamanya makanan laut manakala kaum Cina mencadangkan makanan yang


dapat memanaskan badan seperti lada hitam.
Pantang larang kaum india
Tempoh amalan berpantang
Sama seperti orang Melayu dan Cina, orang India beryakinan bahawa amalan
berpantang yang betul membolehkn mereka mencegah masalah kesihatan apabila
meningkat tua manakala masa amalan berpantang ini bertempoh antara 30 hingga
40 hari.
Makanan dan minumam selepas kelahiran
Jikalau ibu menyusukan anak, makanan laut akan tidak dibenarkan kerana
makanan tersebut akan menyebabkan muntah dan bintil-bintil merah pada kulit bayi.
Selain itu, sayuran, buah-buahan atau tumbuhan yang sejuk dan berangin seperti
kubis, terung dan anggur adalah dilarang untuk dimakan. Peminuman dengan terlalu
banyak tidak dibenarkan tetapi hanya air susu panas atau air suam boleh diminum.
Sebahagian banyak diet berpantang orang India bertujuan untuk
meningkatkan pengeluaran susu ibu. Antara makanan yang dyakini dapat membantu
menghasilkan banyak susu badan termasuk sayuran berdaun hijau, daging ikan yu,
bawang putih, puding kacang dal hitam dan biji halba rebus (halba)
Amalan berpantang selepas kelahiran
Selepas bayi dibawa pulang ke rumah, upacara aalati akan diadakan.
Lazimnya, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan,
arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan akan diangkat dan diputar tiga kali
mengikut arah jam dan juga lawan jam. Selanjutnya, dulang dilambai sebanyak tiga

kali, para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan
mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Sellepas ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi
dulang aalatidi akan dibuangkan dengan ketujuan untuk mengelakkan bala atau
sebarang malapetaka dari pada berlaku.
Setelah bayi dan ibu balik ke rumah, mereka akan diasingkan dari ahli
keluarga yang lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. Orang
luar tidak dibenarkan untuk menziarahi mereka kecuali untuk tujuan perubatan
dalam dua minggu pertama. Sekiranya seseorang ibu bersalin secara pembedahan,
dia tidak dibenarkan mandi selama dua minggu atas alasan kesihatan akibat fizikal
ibu yang lemah selepas pembedahan dan kesan kelahiran. Sebaliknya, si ibu akan
mandi selang sehari selepas bersalin jika dia bersalin secara natural.
Kebiasaanya bayi akan dimandikan pada waktu tengah hari oleh seorang
wanita yang berpengalaman manakala mandian ini dilakukan dengan menyiram ke
seluruh badan bayi dengan menggunakan air suam. Ada kalanya air tersebut akan
dicampur dengan bahan-bahan herba bertujuan untuk mengelak penyakit sawan
atau kuning. Selain daripada bayi, ibu akan mengamalkan mandi herba dengan
menggunakan pelbagai jenis daun untuk meningkatkan peredaran darah dan
mengurangkan keletihan. Biasanya, susu akan dijadika bahan utama untuk
melembutkan kulit bayi. Omam, yang merupakan sejenis bumbu, disapu di seluruh
badan untuk membersihkan dan melembutkan kulit dan juga melegakan sakit. Orang
India juga mempunyai cara urutan badan mereka sendiri yang dipercayai untuk
membantu ibu-ibu yang baru melahirkan mendapat semula bentuk badan yang
langsing.
Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat dua belah
kakinya sambil menepuk bahagian pinggul untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu
bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat
dari tepung beras supaya tidak ditimpai ruam. Akhir sekali bayi akan dibedung
dengan kain bagi meluruskan anggota badan bayi.
Bukan itu sahaja, amalan mendodoi bayi ialah upacara yang selalu diamalkan
oleh masyarakat India sedangkan upacara mendodoi ini dikenali sebagai taalaattu
bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro
aariraro atau cerita-cerita nasihat hendaknya bayi menjadi seorang yang berguna.
Tetapi amalan ini semakin kurang untuk dilakukan dan hanya diamalkan oleh
generasi yang lebih tua sahaja.
Amalan berpantang cara orang Cina
Tempoh amalan berpantang
Satu daripada prinsip-prinsip utama amalan tradisional orang China selepas
bersalin ialah menghalang badan dimasuki angin yang dipercayai menjadi punca
segala masalah sendi dan otot apabila umur meningkat tua. Satu amalan yang
diketahui ramai dan diikuti ialah ibu-ibu yang bersalin tidak dibenarkan mandi atau
mencuci rambut sepanjang waktu berpantang, iaitu sekurang- kurangnya 30 hari.
Makanan dan minumam selepas kelahiran

Kebiasaannya, azam pantang larang dalam penjagaan makanan adalah


untuk memperbaiki peredaran darah, menyuburkan dan memanaskan badan,
membuang toksin dan memulihkan saiz rahim.
Makan hidangan yang kecil tetapi kerap dipercayai dapat mengelakkan
kelaparan supaya angin tidak masuk ketubuh ibu-ibu manakala makan secara
kerap juga memastikan perlanjutan bekalan susu ibu untuk bayi. Untuk tujuan
memanaskan badan ibu-ibu, mereka digalakkan untuk makanan seperti, lada hitam,
halia tua, minyak bijan, wain dan cuka hitam yang digunakan secara meluas dalam
nyaris setiap hidangan dalam pantang. Kebanyakan makanan akan dikukus atau
digoreng dengan menggunakan minyak yang sedikit.
Bahan-bahan yang diguna biasanya dipilih dengan berhati-hati, dengan
penekanan pada makanan segar, semula jadi, dan organik. Ibu-ibu digalakkan untuk
menjauhi makanan sejuk misalnya buah-buahan tembikai, betik, nanas, dan sayursayuran seperti kubis, kangkong, timun dan tauge. Sup herba dan tonik ialah
minuman utama yang dipercayai dapat menyuburkan dan meyegarkan badan.
Herba cina penting untuk membantu badan sembuh seperti ginseng dan
dong quai merupakan herba. Peminuman air sejuk tidak digalakkan supaya tidak
menjadi sembab, sebaliknya minuman yang panas seperti teh halia dibenarkan.
Wain seperti DOM dan wain halia amat penting namun hal ini menyebabkan
perbahasan bahawa ibu-ibu yang menyusu badan tidak harus minum wain kerana
kesan sampingan keatas susu ibu. Selain daripada itu, arak yang dibuat daripada
beras akan diperam dalam masakan seharian mereka sedangkan arak tersebut
dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng.
Pemakanan masakan panas dan pedas ini bertujuan untuk mengeluarkan angin
daripada badan wanita yang bersalin di samping menguatkan semula tenaga.

Amalan berpantang selepas kelahiran


Selaras dengan tujuan mengelakkan tubuh dimasuki angin, ibu-ibu dilarang
daripada keluar rumah, tidur di bawah kipas dan dalam hawa dingin serta mandi
menggunakan air sejuk. Kelazimnya, ibu-ibu dibalut dengan lapisan pakaian tebal
dan sarung kaki agar tidak mendedahkan badan dimasuki angin semasa tempoh
berpantang. Ibu-ibu diransangkan untuk tidak membuat kerja-kerja rumah,
mengangkat barangan berat, kerana hal-hal ini dapat mengakibatkan kekenduran
rahim (prolaps). Terlalu banyak pembacaan, penontonan televisyen dan penangisan
tidak dibenarkan langsung kerana bimbang bahawa penglihatan mata akan lemah
dengan ketara. Hubungan seks dengan suami juga dilarang selama 100 hari selepas
bersalin.

Pantang larang kaum Melayu


Tempoh amalan berpantang
Masyarakat Melayu biasanya mengamalkan tempoh berpantang antara 40
hingga 44 hari berdasarkan ajaran Islam bahawa tempoh nifas sehingga 40 hari dan
maksimum 60 hari. Malah, ada juga yang sampai 100 hari terutama bagi mereka
yang berasal daripada keturunan Jawa. Sama ada 44 hari atau 100 hari adalah
berlandaskan kebudayaan masing-masing ataupun kawasan geografi.
Makanan dan minumam selepas kelahiran
Setelah kelahiran anak, majoriti masyarakat melayu tidak akan menyentuh
makanan laut yang dipercayai dapat menyebabkan alergi dan kegatalan. Di samping
itu, makanan sejuk seperti timun, kelapa muda, kangkung dan tebu juga dipercayai
dapat menyebabkan sakit lemah sendi, artristis dan reumatisme. Jikalau keguguran
terjadi, seseorang ibu boleh juga makan yang sama seperti orang berpantang.
Dalam jangka masa berpantang, ibu-ibu tidak dibenarkan minum air dengan
banyak . Ini dipercayai untuk mengelakkan perut daripada menjadi buncit. Air batu
(ais) diharamkan atas kepercaan bahawa ais akan mengendurkan otot perut dan
menyebabkan perut terkelepai. Makanan pula perlu diambil dalam kuantiti yang kecil
tetapi ibu-ibu boleh makan beberapa kali sehari untuk mengelakkan dari lapar. Ini
juga mempunyai kesan untuk meleperkan perut. Lazimnya, makanan cair atau berair
dan berlemak atau berminyak juga tidak dibenarkan kerana makanan berair
dipercayai dapat melambatkan pengeluaran lebihan air di dalam badan. Bukan itu
sahaja, makanan yang berlemak dan berminyak akan mencegah proses
mengurangkan lemak untuk langsing semula. Pengambilan makanan panas dan
herba dipercayai dapat meningkatkan peluh dan peredaran darah. Peluh yang
berlebihan adalah cara yang baik untuk mengeluarkan semua air yang terkumpul
dalam badan sepanjang kehamilan.

Amalan berpantang selepas kelahiran


Tradisionalnya, penjagaan orang Melayu semasa berpantang dilakukan untuk
membantu memulihkan keadaan seseorang ibu yang letih dan lemah selepas
melahirkan bayi. Hal ini menyebabkan diri wanita itu menjadi sejuk. Justeru, tradisi
turun-menurun seperti berurut, bertungku, berbengkung, mandian herba, bertangas
dan memakan jamu masih diamalkan masyarakat melayu sampai hari ini.
Tujuan amalan berurut selepas bersalin adalah untuk melancarkan perjalanan
darah dan membetulkan urat yang tegang, putus selepas melahirkan bayi serta
membuang angin dan mencairkan lemak yang terkumpul. Dengan tujuan untuk
mengangkat salur peranakan ke tempatnya dan dapat menyingkirkan darah kotor
yang masih ada dalam rahim, proses sengkak semasa berurut akan dilaksanakan.

Mandian herba selepas diurut akan diadakan, badan ibu akan dilulur dengan
campuran rempah ratus untuk menghaluskan kulit dan menanggalkan sel-sel mati.
Lalunya, mandian herba yang dicampur dengan akar-akar kayu dan rempah yang
direbus akan mencergaskan lagi tubuh ibu
Cara amalan bertungku masyarakat melayu hampir sama dengan teknik hot
stone massage yang terdapat di masyarakat barat. Biasanya bertungku akan
dilakukan sebelum memakai bengkung. Selain itu, sebiji batu sungai atau tungku
besi yang telah dihangatkan dan dibalut dengan kain akan dituam ke seluruh
bahagian badan.
Amalan keempat ialah berbengkung, maksudnya sekalian badan ibu akan
disapu dengan herba dan dibalut dengan kain bengkung yang diperbuat daripada
kain kapas dari paras bawah dada hingga bawah bokong setiap hari sepanjang
tempoh berpantang. Terdapat pelbagai jenis bengkung seperti bengkung jawa,
bengkung tali dan korset.
Bertangas ialah sesuatu amalan yang memanaskan badan dengan wap
manakala jenis tangas termasuk tangas basah, tangas duduk, tangas kering, tangas
wangi dan tangas rempah. Setiap satu jenis mempunyai kelebihan dan ramuan
herba yang berlainan akan digunakan.
Berbagai-bagai rempah dan herba akan digabungkan dalam bentuk
jamu.Namun begitu, ibu yang menyusukan bayi digalakkan berhati-hati untuk
mengelakan kesan negatif kepada kualiti susu dan juga bayi. Jadinya, itu adalah
sesuai diamalkan selepas siap tempoh berpantang.
Penggunaan herba adalah ciri utama dalam penjagaan selepas bersalin cara
tradisional Melayu. Berbagai herba boleh dimakan atau disapu dalam bentuk segar
atau kering, bunga, akar kayu, atau ekstrak dijadikan kapsul. Sesetengah campuran
herba ditumbuk dan disapu pada seluruh badan atau pada bahagian tertentu seperti
di abdomen untuk menggalakkan peredaran darah, di dahi (pilis) untuk
menghilangkan angin dan mencegah migrain selepas bersalin kerana kekurangan
tidur. Merendam dan membilas kawasan faraj dengan rebusan herba boleh
membersihkan, menghilangkan bau, menyembuhkan dan paling penting
mengetatkan otot faraj.
Keluar dari rumah atau bersiar-siar di luar rumah semasa dalam pantang
tidak dibenarkan. Penjagaan ditumpu juga kepada cara berjalan dan perhatian
khusus pada ibu jari kaki . Dalam berpantang cara tradisional, ibu jari kaki perlu
dijaga dengan baik agar tidak terlanggar atau tersepak objek keras. Hal seumpama
itu diyakini dapat membawa kepada bentan, yang merupakan satu keadaan di
mana badan menjadi sangat lemah dan menggeletar. Sementara ini berlaku, ia akan
mengambil masa yang lama untuk pulih. Ini mungkin berkaitan dengan hakikat
bahawa dalam rawatan refleksologi kawasan kaki besar mengawal kesihatan rahim.
Akhir sekali, si ibu perlu memastikan tubuh mereka sentiasa panas pada setiap
masa dengan memakai baju tebal yang menutupi tubuh sepenuhnya dan stokin.
Tinggal di bilik berhawa dingin tidak digalakkan.

Rujukan:
(Sumber:http://malaysiana.pnm.my/01/01030101ind_mengandung.htm)
http://fitrahsunnah.blogspot.my/2013/01/pelbagai-cara-penjagaan-selepas.html
http://documents.tips/documents/pantang-larang-orang-india.html
http://dka1as2gegelz.blogspot.my/2014/07/adat-resam-dan-pantang-larang.html
https://siraplimau.com/amalan-berpantang-selepas-bersalin-secara-tradisional/

You might also like