ZHARINAHAA990615D04TT3

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 30

29

BAB III

TEKNOLOGI TERKINI DALAM PENGGUNAAN STRUKTUR PERANCAH


DI TAPAK BINA

3.1

Pengenalan
Struktur perancah merupakan elemen yang penting dalam sesuatu proses

pembinaan. Boleh dikatakan struktur perancah terlibat dari awal hingga akhir sesuatu
proses pembinaan. Selaras dengan dengan perkembangan teknologi masa kini, struktur
perancah juga mengalami perubahan daripada penggunaan bahan dan juga sistem.
Contohnya PERI yang merupakan sebuah syarikat gergasi yang bertapak di German
telah menghasilkan satu teknologi dalam penggunaan struktur perancah yang mana
bahannya lebih kukuh, selamat, dan ekonomi.

3.2

Kualiti bahan
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Perubahan teknologi terkini dari masa

ke semasa turut telah merubah kemajuan teknologi dalam penggunaan struktur perancah.
Jika suatu masa dulu kita menggunakan bambu dan kayu sebagai bahan binaan struktur
perancah, kini keluli telah mengambil alih hampir keseluruhan bahan binaan struktur
perancah. Ini tidak bermaksud bahawa bambu dan kayu tidak lagi sesuai untuk
digunakan struktur peranah tetapi sifat-sifat keluli keluli yang jauh lebih baik daripada
kayu dan bambu menyebabkan bahan ini lebih popular bersesuaian dengan pembinaan
masa kini. Antara sifat-sifat keluli, ianya tahan karat, dapat bertahan untuk satu jangka

30
masa yang panjang, sesuai untuk semua dedahan kerja, mampu menanggung beban yang
lebih tinggi dan lain-lain lagi.

3.3

Jenis-jenis perancah
Terdapat beberapa jenis struktur perancah yang dibina daripada gabungan unsur

yang tersebut diatas. Perbezaan yang wujud disebabkan oleh cara menyusun dan
memasang unsur-unsur itu. Bentuk-bentuk struktur perancah yang berbeza diperlukan
bagi memenuhi keperluan kerja yang berbeza.

3.3.1

Perancah terikat tak bersandar


Struktur perancah ini adalah yang paling kerap digunakan yang mana terdiri

daripada dua baris tiang yang selari dengan bangunan. Barisan tiang tersebut
digabungkan oleh rasuk yang dipasang dengan menggunakan pengganding bersudut
tepat. Pepat utama diikat kan kepada belebas dengan dengan pengganding putlog atau
diikat kepada tiang dengan pengganding bersudut tepat. Struktur ini mesti dirembat
dengan rembatan rasuk pada setiap pasang tiang secara bersilang. Selain itu, ia juga
perlu diikat kepada permukaan tingkap dengan menggunakan pengikat yang telah
disebutkan. Pada kebiasaaannya, perancah jenis ini menggunakan lima keeping papan
tetapi untuk kerja-kerja pemeriksaan, dua atau tiga keeping untuk lebar yang kecil telah
memadai.

Pelantar kerja bagi perancah tak bersandar mungkin mencapai 30 40 meter


tinggi daripada aras tanah. Oleh demikian, laluan bagi pekerja dan bahan perlu
dipertimbangkan dengan teliti. Bahan biasanya diangkat menggunakan pesawat angkut
tetapi pekerja biasanya biasanya menggunakan tangga (lihat Rajah 3.1)

31

Rajah 3.1 Perancah terikat tak bersandar

32
3.3.2

Perancah Putlog
Perancah putlog ini biasanya dikenali juga sebagai penerap bata tembok luar dan

pemasangannya mengikut tinggi aras bata yang sedang diterap. Perancah jenis ini terdiri
daripada satu baris tiang dengan jarak 1.2 m 1.3 m yang didirikan selari dengan
permukaan bangunan. Pelantar kerja diletakkan yang terdiri daripada empat atau lima
keping papan dan pada hujung sebelah dalam pelantar kerja mestilah serapat mungkin
dengan dinding bangunan.

Dalam struktur perancah putlog, belebas dipasang pada tiang dengan


menggunakan pengganding bersudut tepat. Putlog pula dipasang pada belebas dengan
menggunakan pengganding putlog atau pengganding bersudut tepat Putlog sebenarnya
ialah pepat yang telah diratakan dihujungnya supaya menjadi pipih. Hujung putlog yang
pipih dimasukkan sepenuhnya ke dalam sambungan antara lapisan bata. Sekiranya
putlog digunakan pada dinding bata yang sedia ada, lubang putlog yang lama dapat
digunakan semula. Jika tidak, lubang baru perlu dikeruk dan hujung pipih putlog
mungkin dimasukkan secara menegak.

Plat tapak dan papan tapak selalunya digunakan dibawah setiap tiang. Dari segi
pengikat pula ia adalah sama seperti dalam perancah terikat tak bersandar. Rembat
hujung juga diperlukan pada selang tak melebihi 30 meter (lihat Rajah 3.2 (a dan b)).

33

Rajah 3.2 (a) Perancah putlog

Rajah 3.2 (b) Pemasangan putlog pada dinding

34
3.3.3 Perancah sarang burung capaian
Perancah sarang burung dinamai sedemikian kerana ia kelihatan seperti sangkar
burung. Biasanya ia digunakan di dalam bangunan untuk menyediakan kerja bagi kerjakerja siling, tampang bawah, pencahayaan dan seumpamanya. Kerja-kerja kecil dapat
dilaksanakan dengan perancah menara, tetapi bagi projek yang lebih besar yang
melibatkan jangka masa yang lebih panjang, perancah sarang burung adalah diperlukan.

Perancah ini dibina menggunakan tiang yang disusun pada sela yang sama dalam
barisan yang selari. Tiang-tiang diikat pada grid belebas dan pepat pada setiap tingkat.
Pada lif paling atas kepingan papan diletakkan sebagai pelantar kerja. (lihat Rajah 3.3)

35

Rajah 3.3 Perancah sarang burung capaian

3.3.4

Perancah menara
Perancah menara dapat dibuat sama ada bergerak atau tidak bergerak. Perancah

yang tidak bergerak mempunyai roda di bawah tiang. Struktur perancah seperti ini dapat
menyokong satu pelantar kerja yang keluasan tidak melebihi keluasan dasarnya. Pelantar
kerja ini dilengkapkan dengan sel adang dan papan adang bawah. Tangga digunakan
sebagai laluan untuk sampai ke pelantar kerja. (lihat Rajah 3.4)

Struktur perancah menara dapat dibahagikan seperti berikut:


a) Menara capaian tugas
Perancah jenis ini digunakan terutamanya bagi kerja yang ringan seperti
pengecatan, penyerenggaraan mudah dan lain-lain. Ia tidak akan menyokong

36
beban yang lebih berat daripada 1.5 kN/m2. Ini bersamaan dengan beban dua
orang pekerja yang berdiri pada keluasan satu meter persegi. Beban kerja
yang selamat perlu dinyatakan jelas pada pelantar kerja.
b) Menara tak bergerak
Menara jenis ini berbeza daripada menara bergerak dari segi pergerakan.
Ia tidak dapat bergerak dan lebih stabil. Biasanya, ia lebih tinggi daripada
menara bergerak dan diikat supaya lebih stabil.

Rajah 3.4 Perancah menara

37
3.3.5

Perancah sistem (pasang siap)


Perancah sistem dapat diperihalkan sebagai perancah yang mudah digunakan dan

dapat dipasang oleh buruh yang tidak mahir. Terdapat berbagai-bagai jenis sistem dalam
pasaran yang dapat memenuhi fungsi tugas ringan sehinggalah fungsi tugas berat. Setiap
jenis sistem mempunyai peralatan pemasangan tersendiri seperti baji dan pin kunci. Oleh
yang demikian, setiap sistem hanya dapat di pasang mengunakan unsur-unsur sistem
tersebut sahaja dan tidak boleh bertukar dengan sistem lain.

Oleh itu, arahan khusus, latihan atau buku panduan pemasangan sangat penting
dibekalkan bersama-sama. Pengguna perlu memberi perhatian berat terhadap kaedah
pemasangan yang dibekalkan oleh pengeluar. Ini kerana tidak ada penentuan yang selari
dalam perancah sistem.

Kebanyakan perancah sistem terdiri daripada tiang-tiang yang penyambung


tersedia dikimpal pada sela yang sama di sepanjang ketinggiannya. Belebas di pasang
dengan proprietary clamping atau penggunaan baji seperti dalam Rajah.3.5.

38

Rajah 3.5 Penggunaan baji dalam perancah sistem

3.3.6

Trestle & Ladder


Perancah jenis ini biasanya dibina daripada kayu. Ianya sesuai untuk kerja-kerja

dedahan ringan dan sederhana seperti kerja mengecat, memasang siling dan kerja
mengikat dinding bata tidak lebih dari 4.0 meter tinggi serta digunakan apabila
ketinggian platform kerja tidak melebihi 4.5 meter. Tangga yang digunakan sebagai
penyokong untuk perancah ini perlu tidak lebih dari 1.5 meter antara dua penyokong dan
bukaan tangga mestilah tidak kurang dari 35 darjah.

Platform yang digunakan adalah dari kayu dengan lebarnya tidak kurang dari 225
mm (9 inci) untuk kerja mengecat dan tidak kurang 450 mm untuk kerja lain. Rajah 3.6
(a, b dan c)menunjukkan binaan perancah jenis ini. Sistem ini boleh juga digunakan

39
secara berasingan iaitu perancah jenis terstle dan juga perancah jenis ladder. Namun
ianya kurang digunakan kerana kurang kukuh.

Rajah 3.6 (a) Trestle and ladder

Rajah 3.6 (b) Trestle

40

Rajah 3.6(c ) Ladder

3.3.7

Perancah tiub keluli bulat.


Perancah jenis ini amat sesuai untuk tempat yang sempit, yang tidak

membolehkan penggunaan perancah atau sistem lain digunakan. Komponen utama


untuk perancah ini adalah tiub keluli bulat dan pengganding. Perancah ini memerlukan
pengalas tapak, platform dan tangga. Selain itu, pada setiap 4 meter ketinggian struktur
yang dibina ia perlu diikat pada struktur bangunan menggunakan tali gai (guy ropes)
atau pengikat dinding.

3.3.8

Perancah Rangka Tiub Keluli


Sistem perancah rangka keluli adalah menggunakan tiub keluli yang telah

mengalami proses pemotongan dan pateri bagi membentuk satu rangka (frame). Rangka-

41
rangka ini kemudiaannya disambung dan dipasang untuk membentuk struktur perancah.
Oleh kerana pengeluaran rangka dibuat di kilang maka mutu penghasilan dan
keseragaman serta ketepatan ukuran adalah tinggi.

Sistem perancah rangka keluli ini boleh digunakan untuk semua jenis dedahan
kerja. Kelebihan kepada sistem ini adalah kerana ianya mudah dipasang dan
memerlukan masa yang singkat tetapi penggunaannya terhad kepada struktur berbentuk
empat segi sahaja. Komponen utama untuk sistem ini adalah rangka utama, pin
penyambung, handrail post, cross brace dan beberapa komponen lain lagi.

3.3.9

Perancah sistem modular

Sistem perancah jenis ini adalah berlainan daripada sistem rangka, ini kerana tiang
perancah jenis ini perlu satu persatu. Ia tidak seperti sistem rangka dimana tiangnya
adalah termasuk rangka tersebut. Sistem ini sesuai untuk digunakan dalam pembinaan
struktur berbentuk bulat atau melengkung seperti tangki minyak dan ia adalah sistem
perancah yang fleksibel yang boleh mencapai pelbagai bentuk struktur.

3.4

Teknologi terkini dalam penggunaan struktur perancah

3.4.1

Perancah rangka tiub keluli

3.4.1.1 Perbandingan
Perancah jenis ini adalah merupakan perancah yang paling banyak digunakan
dalam pembinaan di Malaysia berbanding perancah jenis lain. Kelebihan perancah jenis
ini berbanding perancah jenis lain ialah ianya memerlukan masa yang singkat untuk
pembinaan dan pemasangan. Selain itu ianya lebih kukuh kerana ia menggunakan bahan

42
binaan daripada keluli, berbanding bahan binaan lain, contohnya aluminium yang mudah
lentur dan tidak mampu menangggung beban yang tinggi.

Ia juga tahan lama dan boleh digunakan berulang kali kerana ia menggunakan
bahan binaan keluli berbanding perancah daripada bahan binaan bambu dan kayu yang
tidak tahan lama.

Selain itu, kualiti bagi sistem perancah jenis selalunya terjamin kerana ianya
dihasilkan dikilang. Kawalan mutu yang tinggi di kilang pembuatan akan menjamin
kekuatan yang seragam pada setiap kerangka. Ujian ke atas kerangka utama dan
komponen lain selalunya perlu dan akan dilakukan sebelum model dapat diluluskan.

Dari segi keselamatan, perancah jenis ini mempunyai elemen keselamatan yang
tinggi. Ini kerana pengikat dinding yang merupakan antara komponen utama perancah
telah bertindak sebagai penjamin agar struktur ini tidak runtuh. Oleh itu, rekabentuk
pengikat diniding perlu dilakukan oleh jurutera dan perlu mendapat kelulusan sebelum
digunakan.
Perancah jenis ini juga, kebaikannya ialah ia dapat digunakan untuk aras tanah
yang berbeza-beza atau tanah yang itdak rata kerana ia mempunyai plat tapak yang
boleh ubah (adjustable plate) mengikut keadaan tanah.

Keburukan perancah ini, ia tidak sesuai digunakan untuk binaan yang berbentuk
bulat atau silinder. Selain itu, ia juga tidak sesuai untuk pembinaan dalam ruang yang
sempit.

43
3.4.1.2 Komponen utama

a) Kerangka utama (main frame)


Kerangka utama ini terdiri daripada dua tiang dan anggota melintang rangka
(transom) yang telah dipateri bagi membentuk kerangka. Kerangka utama ini juga
mempunyai pin bagi membolehkan palang (cross brace) diikat dan pengukuh bagi
menambah ketegaran. Jarak antara kedua-dua tiang adalah 1219 mm dan ketinggian
adalah 1700 mm. Lihat rajah 3.7.

b) Kerangka melintang (horizontal frame)


Ia merupakan anggota yang perlu disambungkan pada kedua-dua anggota
menegak bagi menambahkan kekuatan pada arah mendatar. Selain itu, ia dapat
mengelakkan lengkukan kegagalan berlaku pada struktur perancah tinggi.

i) Pin penyambung (joint pin)


Pin penyambung berfungsi untuk menyambung kerangka utama dalam arah
menegak iaitu penaikan struktur perancah. Panjang pin penyambung adalah 225 mm.

ii)

Lengan pengunci (arm lock)


Lengan pengunci berfungsi supaya kerangka utama yang disambung pada setiap

kenaikan perlu dipastikan tidak akan terlucut atau keluar dari pin penyambung.

44

Rajah 3.7 Binaan asas perancah rangka tiub keluli dan komponen pemasangan.

iii)

Plat tapak (base plat)

Komponen ini amat penting kerana ia berfungsi sebagai tapak untuk


memindahkan beban kepada pelapik tanah (soleplate). Terdapat dua jenis tapak iaitu :

45

Rajah 3.8 (a) Plat tapak tetap

Rajah 3.8. (b) Plat tapak boleh ubah

46

1. Tapak kekal atau tetap (fixed baseplate)

2. Tapak boleh ubah (adjustable baseplate)

Tapak yang paling banyak dan selalu digunakan adalah tapak boleh ubah kerana ia boleh
dilaraskan pada keadaan tanah yang tidak rata. Rajah menunjuk plat tapak tetap dan plat
boleh ubah. Lihat rajah 3.8 (a) dan rajah 3.8 (b).

c)

Pengikat dinding.

Ia adalah elemen keselamatan yang penting dan perlu kerana ia akan menjamin
struktur yang dibina tidak runtuh. Pengikat dinding ini perlu direkabentuk oleh jurutera
dan mendapat kelulusan. Rujuk rajah 3.9.

47

Rajah 3.9 Pengikat dinding

3.4.2

Perancah tiub keluli bulat.

3.4.2.1 Perbandingan
Perbandingan perancah ini berbanding dengan perancah jenis lain ialah ianya
sesuai untuk semua keadaan dedahan kerja. Selain itu, perancah jenis ini amat sesuai
untuk digunakan pada tempat yang sempit. Ia juga sering digunakan apabila perancah
rangka keluli tidak sesuai atau praktik untuk digunakan dalam pembinaan.

Perancah jenis ini juga mempunyai fungsi dan kelebihan yang sama seperti
perancah rangka keluli dan ia juga tidak sesuai untuk binaan yang berbentuk bulat dan
silinder.

48
3.4.2.2 Komponen

a)

Tiub keluli bulat


Tiub keluli bulat yang digunakan perlulah mengikut piawaian yang telah

diterangkan dalam BS 1139 : 1990. Tiub keluli yang biasa digunakan selalunya daripada
keluli alah ringan bersaiz 2 inci dan 3 inci. Namun begitu, ada juga tiub aluminium
bersaiz 2 inci digunakan sebagai ganti kepada tiub keluli. Jadual 3.1 menunjukkan datadata dan sifat tiub keluli dan aluminium yang digunakan.

Tiub keluli yang digunakan perlu dicat atau perlu melalui proses menghalang
pengaratan supaya terjamin tidak berkarat yang akan menjejaskan kekuatan tiub dan
keselamatan pekerja. BS 1139 : 1990 menerangkan dengan terperinci proses mengecat
atau menghalang pengaratan pada tiub keluli.

b)

Pengganding

Pengganding merupakan alat yang penting dalam perancah itub keluli bulat bagi
menyambung atau menggandingkan dua anggota keluli. Pengganding yang
direkabentuk perlu melalui ujian bagi mengetahui kekuatan pengganding. Ujian ini
termasuklah ujian ketahanan momen, putaran, ujian keupayaan gelinciran (slip test) dan
ubahan bentuk (distortion test) dibawah beban.

49
Jadual 3.1
Spesifikasi tiub keluli saiz 2 inci dan 3 inci dan tiub aluminium saiz 2 inci
Property

2 inci MS welded

3 inci MS welded

2 inci alloy

seamless

seamless

Outside diameter

48.4 mm

76 mm

48.4 mm

Cross section area

576 mm2

1000 mm2

615 mm2

Moment of inertia

140 x 103 mm4

655 x 103 mm4

150 x 103 mm4

Section modulus

5810 mm3

17 300 mm3

6230 mm3

140 N/mm2

140 N/mm2

108.5 N/mm2

0.81 N/mm

2.43 N/mm

0.675 N/mm2

93 N/mm2

93 N/mm2

77.5 N/mm2

25.7 kN

46.5 kN

24 kN

124 N/mm2

124 N/mm2

93 N/mm2

70 kN

124 kN

57.3 kN

Mass per unit length

4.44 kg/m

7.86 kg/m

1.67 kg/m

Ultimate plastic

1.75 kN/m

5.05 kN/m

1.82 kN/m

(elastic)
Max. safe bending
stress
Max safe resistance
moment
Max. safe shear
stress
Max. safe shear
force
Max. safe tensile
stress
Max. safe tensile
strength

moment
(sumber : Ronald E. Brand, 1975)

50
Pengganding yang biasa digunakan dalam pembinaan perancah tiub keluli bulat adalah
right angle coupler, swivel coupler, end to end coupler dan parallel coupler.
Aspek yang perlu ditekankan dalam pemilihan jenis pengganding adalah kekuatan
pengganding, kesesuaian penggunaan, kebolehan pemasangan dalam masa yang
singkat dan kebolehan ditukar ganti dengan menggunakan alat pemasangan seperti
spanar.

i)

Right angle coupler


Pengganding ini digunakan untuk menyambungkan tiub-tiub yang berukuran 48

mm hingga 60 mm diameter. Penggunaannya hanya terhad pada tiub yang bersudut


tepat sahaja. Ia biasanya digunakan untuk menyambungkan tiang perancah (posts)
dengan anggota melintang (transom).

ii)

Swivel coupler
Pengganding jenis swivel ini boleh digunakan bagi mengikat dua tiub pada

semua sudut dan memindahakn beban dari anggota perancah kepada anggota lain.

iii)

End to end coupler


Pengganding jenis ini dikenali juga sebagai sleeve coupler. Ia digunakan untuk

menyambungkan dua hujung tiub anggota perancah. Pengganding ini boleh


mengambil beban tegangan, mampatan, ricih dan momen dan kemudiannya
dipindahkan kepada anggota sambungan.

iv)

Parallel coupler
Penggunaan pengganding jenis ini selalunya digunakan apabila sleeve coupler

tidak dapat menanggung beban yang akan mengakibatkan kegagalan mengagihkan


beban kepada sambungan tiub yang dibuat.

51

Rajah 3.10 Right angle coupler

52

Rajah 3.11 Swivel coupler

Rajah 3.12 End to end coupler

53

Rajah 3.13 Parallel coupler

54
3.4.3

Perancah modular

3.4.3.1 Perbandingan
Kebaikan perancah jenis ini berbanding perancah tiub keluli dan perancah rangka
keluli adalah ia amat bersesuaian untuk binaan yang berbentuk bulatan atau silinder
seperti loji-loji petrokimia yang mana binaan seperti memelukan satu sistem perancah
dalam dan luar yang berkesan. Perancah jenis ini dapat membentuk satu struktur
perancah yang berbentuk lingkaran.

Kekuatan perancah ini adalah sama seperti perancah tiub keluli mahupun
perancah rangka keluli kerana bahan binaannya juga menggunakan tiub keluli. Selain
itu, mutunya juga sama seperti perancah yang telah disebutkan sebelum ini kerana
kawalan mutu dari kilang telah menjamin mutu perancah ini. Lihat rajah 3.14.

Rajah 3.14 Binaan perancah modular

55
3.4.3.2 Komponen utama

a) Tiang (post)
Ianya menggunakan tiub keluli yang bersaiz 2 inci. Pada tiang ini terdapat
pengunci mengikut ketinggiannya. Atau penaikan setiap 19.5 inci hingga 221 inci
(49.5 53.3 cm), pengunci ini akan menyambungkan anggota lain bagi membentuk
struktur. Lihat jadual 3.2 dan rajah 3.8.

Jadual 3.2 Spesifikasi tiang perancah modular


No. bahagian

Panjang

Berat

QP 9

9 kaki 9 inci (3.0 m)

36.8 lb (16.7 kg)

QP 6

6 kaki 2 inci (2.0 m)

25.3 lb (11.5 kg)

QP 3

3 kaki 3 inci (1.0 m)

13.8 lb (6.3 kg)

b)Anggota melintang

Anggota ini akan dipasang pada tiang dan dikunci, anggota melintang ini juga
digunakan sebagai penyokong pelantar dan juga penghadang sisi untuk tujuan
keselamatan. Lihat jadual 3.3 dan rajah 3.16.

56

Rajah 3.15 Tiang

Rajah 3.16 Anggota melintang

57
Jadual 3.3 Spesifikasi anggota melintang perancah modular
No. Bahagian

Panjang

Berat

QH 2

2 kaki (0.61m)

5.7 lb (2.6 kg)

QH 3

3 kaki (0.91m)

8.0 lb (3.6 kg)

QH 4

4 kaki (1.22m)

10.3 kg (4.7 kg)

QH 5

5 kaki (1.52m)

12.6 lb (5.7 kg)

QH 6

6 kaki (1.83m)

14.9 kg (6.7 kg)

QH 7

7 kaki (2.13m)

17. 1 lb (7.8 lb)

QH 8

8 kaki (2.44 m)

19.4 lb (8.8 kg)

QH 10

10 kaki (3.05 m)

24.0 lb (10.9 kg)

b) Anggota condong
Anggota condong ini berfungsi sebagai perambat kepada struktur perancah
modular yang dibina. Anggota ini akan dikunci pada tiang bersama . Lihat jadual 3.4 dan
rajah 3.17.

58

Rajah 3.17 Anggota condong

Jadual 3.4. Spesifikasi anggota condong perancah modular


No. Bahagian

Panjang

Berat

QH 2

2 kaki (0.61m)

5.7 lb (2.6 kg)

QH 3

3 kaki (0.91m)

8.0 lb (3.6 kg)

QH 4

4 kaki (1.22m)

10.3 kg (4.7 kg)

QH 5

5 kaki (1.52m)

12.6 lb (5.7 kg)

QH 6

6 kaki (1.83m)

14.9 kg (6.7 kg)

QH 7

7 kaki (2.13m)

17. 1 lb (7.8 lb)

QH 8

8 kaki (2.44 m)

19.4 lb (8.8 kg)

QH 10

10 kaki (3.05 m)

24.0 lb (10.9 kg)

You might also like