Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 46

ISI KANDUNGAN

BIL.

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.

ISI KANDUNGAN

2.

PENGHARGAAN

3.

PENGENALAN

4.

ISI-ISI
FUNGSI PAPAN UTAMA
JENIS-JENIS PAPAN SUIS UTAMA (MAIN
SWITCH BOARD)
KELAS MSB
PERALATAN / KOMPONEN UMUM DAN ALAT
YANG TERDAPAT PADA PAPAN SUIS UTAMA
BAHAGIAN-BAHAGIAN MCCB
FORMULA
CIRI-CIRI PELANTIKAN
PEMUTUS LITAR UDARA (ACB)
GEGANTI (RELAY)

4 42

5.

RUMUSAN

43

6.

RUJUKAN

44

PENGHARGAAN
BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM
Bersyukur ke hadrat illahi dengan limpah dan kurniaNya dapat saya
menyiapkan tugasan ini dalam masa yang telah ditetapkan. Tugasan ini
merupakan tugasan ketiga saya dalam tahun 2016 berkaitan dengan
PAPAN SUIS UTAMA ( MSB ) yang telah diajar oleh pensyarah saya iaitu EN.
MOHD NOOR BIN SADAN. Skop tugasan ini merangkumi definisi Papan
suis utama. Selain itu, jenis-jenis papan suis utama, komponen-komponen
yang terdapat pada papan suis utama, spesifikasi pepasangan dan
sebagainya. Tujuan utama tugasan ini adalah untuk pemarkahan
pentaksiran di samping meningkatkan ilmu pengetahuan saya dalam
mengadaptasi subjek ini di masa yang akan datang. Jutaan terima kasih
saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing saya iaitu EN. MOHD NOOR
BIN SADAN kerana tidak jemu memberi tunjuk ajar serta nasihat. Terima
kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya iaitu NOR ZIANA BT.
ABU BAKAR dan LOKMAN BIN MEMBAR atas sokongan dan semangat
dalam menjayakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
seperjuangan saya 1 DVM ETE atas kerjasama dan maklumat yang telah
dikongsikan bersama.

PENGENALAN
Papan Suis Utama merupakan satu rangkuman perkakas elektrik yang
digunakan untuk pensuisan, perlindungan dan pengukuran untuk
keseluruhan beban agihan dipasang pada punca masuk bekalan utama.
Saiz PSU adalah bergantung kepada sejumlah pemasangan alat
pengukuran, alat perlindungan dan jenis beban di bawah kawalannya.

PAPAN SUIS UTAMA (MSB)

RAJAH BAHAGIAN DALAM PAPAN SUIS UTAMA ( MSB )

FUNGSI PAPAN SUIS UTAMA ( MSB )


i.
ii.
iii.
iv.

Menerima bekalan.
Mengagih bekalan.
Mengawal bekalan.
Memberi perlindungan.

KESELAMATAN
Dalam menjalankan tugas terutama mengendali Papan Suis Utama bagi sesuatu
bangunan atau komplek, perkara yang penting sekali perlu diingat adalah
tentang keselamatan nyawa dan harta-benda, oleh sebab itu beberapa undangundang telah dikuatkuasa seperti ST (Suruhanjaya Tenaga), IEE dan lain-lain lagi.
Kesemua undang-undang tersebut mementingkan satu perkara iaitu
KESELAMATAN NYAWA DAN HARTABENDA .
Beberapa perkara yang mustahak yang perlu diberikan penekanan adalah :2.1. Bilik Suis hendaklah terletak di tempat yang sesuai dari segi keselamatan
dan kedudukkan beban-beban elektrik yang akan dipasangkan kepada Papan
Suis Utama.
2.2. Saiz-saiz Papan Suis Utama dan kabel-kabel masuk dan keluar adalah
mencukupi untuk membawa beban elektrik yang telah dirancang dan juga
pemasangan jangka-jangka berkaitan yang disediakan untuk menunjukkan
penggunaan beban, voltan dan sebagainya.
2.3. Alat-alat perlindungan tersedia untuk menjaga keselamatan pepasangan
dan juga keselamatan pengendalian pepasangan semasa kerosakan.
2.4. Litar-litar akhir perlu disusun dan dibahagikan di papan-papan agihan
supaya bahagian yang rosak ataupun yang memerlukan penyenggaraan, boleh
diasingkan daripada sistem elektrik dengan mudah dan senang hendak
disenggarakan.
2.5. Peralatan-peralatan elektrik yang digunakan adalah dari jenis yang bermutu
dan telah diluluskan penggunaannya oleh Pejabat Ketua Pengarah Suruhanjaya
Tenaga. Penempatan pepasangan-pepasangan elektrik perlulah dirancang dari
segi keselamatan pepasangan dan pengguna dengan mengambil perhatian
tentang kelegaan tempat kerja untuk menjalankan kerja-kerja penyenggaraan
dengan mudah dan selamat.

JENIS-JENIS PAPAN SUIS UTAMA (MAIN SWITCH BOARD)


Open Type Switch Board
Switch Board Open Type mempunyai bahagian pembawa arus terdedah
dibahagian hadapannya.Oleh itu ianya tidak digunakan bagi pemasangan voltan
rendah,Cuma ia tertumpu bagi pepasangan voltan lampau rendah. Namun begitu
ianya mestilah dipasang di bilik suis khas atau tertutup dan hanya orang yang
bertanggungjawab sahaja boleh mengendalikan suis board ini. Ruang bahagian
hadapan dan belakang suis board,juga lantai tidak mempunyai sebarang
halangan supaya mudah dikendalikan.Semua bahagian yang hendak
dikendalikan mestilah mudah dimasuki.Semua konduktor yang terdedah perlu
dilindungi untuk mengelakkan kemalangan litar pintas.
Protected Type Switch Board
Iaitu dimana semua konduktor dilindungi dengan logam atau penutup lain sama
ada dari metalcubical panel atau dari rangka besi yang dipasang dengan suis
gear metal clad.Lazimnya ia mengandungi suis utama,pemutus litar dan busbar
atau fius untuk mengawal litar keluar,kadar fius atau pemutus litar diselaraskan
untuk mengawal kabel yang disambungkan,Jika kabel sub main berkadar 100
amp,maka kadar alat pelindung lebihan arus mestilah tidak melebihi 100 amp
Setiap litar mestilah dilindungi dari kuasa berlebihan dengan menggunakan alat
pemutus yang sesuai atau pemutus litar automatik.ia mestilah berkeupayaan
beban berlebihan pada litar automatik.ia mestilah berkeupayaan beban
berlebihan pada litar dan boleh memutuskan litar berkenaan kerap kali tanpa
bahaya apabila berlaku litar pintas.walaupun alat perlindung berkeupayaan
memutuskan litar dengan cepat semasa berlaku litar pintas,ianya mestilah
mempunyai ciri-ciri keupayaan supaya tidak berfungsi semasa berlakunya beban
lebihan sementara.
Umumnya, ada tiga ( 3 ) jenis Papan Suis Utama yang biasa digunakan
iaitu :
a) Jenis Wall Mounted
(melekat di dinding)
b) Jenis pedestal
( mempunyai kaki ).
c) Jenis cubicle
Jenis wall mounted

= untuk pemasangan yang kecil sehingga 100 A.


= untuk pemasangan yang sederhana
= untuk pemasangan pemasangan yang besar.
/ melekat di dinding

1. Jenis Wall Mounted

2. Jenis Pedestal

3. Jenis Cubicle

Jenis Wall Mounted biasanya untuk pemasangan kecil.


Jenis Pedestal adalah untuk MSB bagi pepasangan beban yang sederhana
manakala MSB yang besar biasanya menggunakan Cubicle.
Kebanyakan jenis cubicle dibuat dalam bentuk truck yang boleh
memuatkan suis gear secara disorong masuk dan mudah ditarik keluar
bagi kemudahan penyelenggaraan dan pembaikan. Bahagian-bahagian
suis board terdiri daripada kabel bekalan masuk dari sub pencawang atau
generator,pemutus litar udara (Air Circuit Breaker),alat pelindung utama
(protective device),meter- meter dan busbar kuprum atau aluminium yang
dikenali sebagai MSB. Daripada MSB agihan dibuat untuk menghantar
bekalan melalui suis gear atau Circuit Breaker sama ada kepada Sub Suis
Board,Distribution Fius Board atau terus kepada final circuit. Pengagihan
keluar daripada busbar biasanya menggunakan kabel berperisai atau
armoured kabel dan ditamatkan menggunakan cable box dan cable gland
dan juga menggunakan kabel pvc melalui kondiut,trunking,ducting atau
kabel tray.

Kabel Sub Main yang keluar dari Papan Suis Utama dengan menggunakan kabel
tray dan armoured kabel.

KELAS MSB
Terdapat 3 kelas dalam pemasangan biasa

Tiada Compartment
bahagian-bahagian dalam MSB
Sebahagian Compartment
yang lain
Sepenuhnya compartment
lain

-Tiada dinding pemisah di antara


-Sebahagian sahaja dipisahkan daripada
-Semua bahagian diasingkan dari yang

Kepingan keluli yang digunakan membuat P.S.U. mestilah berukuran tidak kurang
daripada 2.6 mm (ketebalan) ianya disalut zink bagi melawan karat.
Saiz Papan Suis Utama yang hendak direka biasanya mempunyai 20% simpanan
untuk melakukan kerja-kerja penambahan dikemudian hari, yakni tambahan
suisgear/pengasing, kabel, kapasitor bank dan peralatan lain.
9

Papan Suis Utama juga mestilah dibumikan mengikut peraturan TNBD/IEE


dengan menggunakan pita tembaga (cooper strip) berukuran 1 x 1/8 dan
batang teras tembaga keluli digunakan sebagai elektrod bumi (copper rode).

Rangka ( Frame )

Lokasi dan keperluan Papan Suis Utama


Lokasi Papan Suis Utama :

10

Di tempatkan dimana terdapat penggunaan beban yang tinggi, bagi


mengurangkan perbelanjaan sub-mains dan penggunaan kabel.
Bilik Papan Suis Utama hendaklah ditempatkan di suatu tempat yang
terhindar daripada berlakunya banjir.
Saluran-saluran yang mencukupi bagi tujuan untuk kemasukan dan juga
keluaran kabel.
Ditempatkan di dalam kawasan khas dan mempunyai pintu yang terkunci.
Panjang, lebar dan tinggi Papan Suis Utama perlulah diambil-kira sebelum
kerja-kerja meraka- bentuk ruang bagi Papan Suis Utama.

Di antara keperluan bilik suis adalah :

Berhampiran dengan penempatan beban yang tinggi bagi


mengurangkan perbelanjaan submains dan kabel.
Terhindar daripada banjir atau dekat dengan punca-punca air.
Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja-kerja
operasi dan senggaraan mudah dijalankan.
Ditempatkan didalam bilik khas dan mempunyai pintu yang berkunci.
Bilik suis hendaklah menerima pengedaran udara yang baik.
Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan anti vermin proff
netting supaya serangga tidak dapat masuk.
Ruang kosong berukuran minima 2.5kaki dibahagian belakang dan
minima 4.5 kaki dibahagian hadapan PSU untuk kerja-kerja
senggaraan

Mempunyai saluran-saluran yang mencukupi untuk kemasukan dan


keluar kabel.
Bilik suis hendaklah dilengkapkan dengan alat pemadam api jenis gas
yang dibenarkan seperti CO2.

11

Lampu biasa,lampu kecemasan dan soket alir keluar dengan jumlah


yang mencukupi hendaklah disediakan di dalam bilik suis.
Rajah skema dan tikar getah dengan saiz yang sesuai hendaklah
dipaparkan didalam bilik PSU.

12

PERALATAN / KOMPONEN UMUM DAN ALAT


YANG TERDAPAT PADA PAPAN SUIS UTAMA
KABEL BEKALAN MASUK DAN KELUAR
Bekalan masuk selalunya melalui kabel bawah tanah. Kalau PSU berada ditingkat
bawah, tempat dimana ianya selalu ditempatkan, kabel bawah tanah masuk
melalui parit kabel (cable trench) dan ditamatkan menggunakan kotak kabel
(cable box) atau cable gland. Hujung kabel dipasang telinga kabel (cable lug),
melalui telinga kabel inilah kabel disambungkan menggunakan skrew dan nut
kepada pemutus litar. Kabel keluar disambungkan dari palang bas melalui
pemutus litar.
Saiznya selalunya lebih kecil dari kabel masuk. ia keluar melalui parit kabel atau
melalui trunking atau dulang kabel (cable tray), bergantung kepada kemana
kabel tersebut pergi, samada ke dalam bangunan atau keluar bangunan.
Cable-box termination digunakan untuk penamatan kabel jenis PILCDSTAR dan
bagi penggunaan kabel dari jenis PVC/SWA/PVC adalah menggunakan
penamatan jenis cable-gland. Kabel-kabel tersebut biasanya diamalkan untuk
pemasangan kabel bawah tanah.
13

Kabel yang biasa digunakan di dalam pepasangan PSU ialah dari jenis yang
berikut:a.
b.
c.
d.

PVC.
PVC/PVC.
PVC/SWA/PVC.
PILCDSTAR.

PENGASING (Isolator)
Pengasing (Isolator) digunakan untuk pengasingan tempatan sahaja. Ianya tidak
digunakan untuk mengawal kabel. Pengasing (Isolator) adalah berlainan
daripada suis dimana ianya dikehendaki di OFF apabila litar berkenaan tidak
membawa arus. Tujuannya untuk memastikan bekalan tidak boleh dipulihkan
sekiranya suis kawalan di ON yang boleh mendatangkan bahaya sekiranya
pada ketika itu pengendali tidak menyangka bahawa litarlitar kawalan
dihidupkan semula atau pun pada ketika itu pengendali sedang melakukan kerjakerja penyenggaraan mekanikal sedang dijalankan.

SESENTUH (Contactor)
Sesentuh atau contactor terdiri daripada banyak jenis. Ianya selalu digunakan
bersama-sama dengan alat-alat seperti suis masa (timeswitch), kapasitor bank,
motor-motor dan lain-lain peralatan memandangkan sesentuh mempunyai
keupayaan memutus beban tersambung. Sesentuh mempunyai relay coil yang
membuka dan menutup suis. Ianya boleh didapati dalam berbagai-bagai sukatan
arus bergantung kepada peralatan yang digunakan.

14

Sesentuh/contactor yang terdapat pada MSB

ALATUBAH ARUS (Current Transfomer)


Alatubah arus (Current Transfomer) digunakan di dalam sesuatu pemasangan
adalah bagi mengelakkan penempatan ammeter, faktor kuasa meter dan geganti
terus kepada talian. Pemasangan permeteran dan geganti dengan menggunakan
CT adalah mempunyai kebaikan seperti berikut:- a. Terminal alatubah telah
dikeluarkan daripada talian dan satu terminal lagi telah dibumikan, dengan itu
Pengguna dan peralatan yang digunakan boleh dijauhkan daripada apa-apa
punca bahaya. b. Nisbah 1 : K arus di dalam meter akan menjadi 1/K kali arus
dan dengan pergerakan meter sebanyak 5A boleh digunakan bagi mengukur
arus yang lebih besar.

BUSBAR
15

Palang bas merupakan kepingan pengalir yang selalunya diperbuat dari


campuran tembaga dan bersalut timah. Ia mengalirkan dan mengagihkan
bekalan elektrik daripada pemutus litar utama ke pemutus-pemutus litar yang
lain. Ianya digunakan menggantikan kabel disebabkan mudah membuat
sambungan dan kemas serta mudah melaksanakan kerja pemasangan.
Kedudukan palang bas biasanya mendatar, tetapi ada yang menegak dan ada
juga yang mengabungkan kedua-duanya. Palang bas hendaklah mempunyai
ketumpatan arus tidak melebihi 1.5A/mm persegi.

Palang bas hendaklah diasingkan dari bahagian-bahagian logam PSU


menggunakan non-hygroscopic insulators untuk menahan tekanan mekanikal
apabila berlaku kerosakan ditahap maksima. Busbar yang digunakan adalah dari
jenis hard drawn high conductivity copper yang boleh tahan dalam keadaan
kerosakan maksima 31 MVA. Andaian maksima ketumpatan arus bagi busbar
tembaga mestilah 155 A bagi 1 cm atau 1000 A bagi 1 inci. Basbar hendaklah
dicat dengan warna merah, kuning, biru dan hitam untuk mengenal antara fasa
dengan neutral. Neutral basbar mestilah mempunyai saiz yang sama dengan
saiz basbar fasa.

16

Keupayaan membawa arus palang bas adalah bergantung kepada saiznya,


bahan yang digunakan iaitu tembaga atau tembaga campuran. Sila rujuk jadual.

JADUAL 1
SAIZ BUSBAR VOLTAN RENDAH DAN KEUPAYAAN MEMBAWA ARUS

BIL
.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

SAIZ BUSBAR VOLTAN RENDAH


6.3 mm x 10 mm
6.3 mm x 25 mm
6.3 mm x 31.5 mm
6.3 mm x 40 mm
6.3 mm x 50 mm
6.3 mm x 63 mm
6.3 mm x 80 mm
6.3 mm x 100 mm
6.3 mm x 125 mm
2 x 6.3 mm x 63 mm
2 x 6.3 mm x 80 mm
2 x 6.3 mm x 100 mm

KEUPAYAAN MEMBAWA
ARUS
100 amp
250 amp
300 amp
400 amp
500 amp
600 amp
800 amp
1000 amp
1250 amp
1200 amp
1600 amp
2000 amp

Formula
Contoh : 6.3 mm x 10 mm x 1.6 = 100.08 amp @ 100 amp
25 mm x 25 mm = 625 mm = 1000 amp
1mm = 1.6 amp

JADUAL 2
17

I Max = A (Area) X N ( Neutral )/ Phase X 1.55 ( Bagi palang busbar


Kuprum ).
I Max = A (Area) X N ( Neutral )/ Phase X 1.16 ( Bagi palang busbar
Aluminium ).
I Max = Arus maksimum melalui
palang busbar
A = Keratan rentas palang busbar
N / Phase = Bilangan palang
busbar 1 ( Fasa )
1.55 = Faktor pendarab palang
busbar kuprum
1.16 = Faktor pendarab palang
busbar Alumunium
Contoh : 1
1 Palang busbar 1 X 1 yang diperbuat daripada kuprum dipasang pada
fasa merah, berapakah kadaran arus maksima boleh melalui palang
busbar tersebut.
Jawapan :
I max = A X N/Phase X 1.55
= 25.4 X( 25.4 X 1) X 1.55
= 1000 Ampere
Contoh : 2
1 Palang busbar 1 X 1 yang diperbuat daripada Aluminium dipasang
pada fasa merah, berapakah kadaran arus maksima boleh melalui palang
busbar tersebut.
Jawapan :
I max = A X N/Phase X 1.16
= 25.4 X (25.4 X 1) X 1.16
= 750 Ampere

SAIZ BUSBAR DAN KADARAN ARUS

18

Kadaran berdasarkan:
1 X 1 = 1000A untuk tembaga
1 X 1 = 750A untuk aluminium
METRIK INCI
1 X 1/8
1 X 3/16
1 X 1/4
1 X 1/4
2 X 1/4
2 X 3/8
4 X 1/4
2 X 3/8
3 X 3/8
4 X 3/8

METRIK MM

ARUS
TEMBAGA
125
188
250
375
500
750
1000
937.5
1125
1500

25.4 X 3.175
25.4 X 4.763
25.4 X 6.36
38.1 X 6.35
50.8 X 6.35
50.8 X 9.525
101.6 X 6.35
63.5 X 9.35
76.2 X 9.525
101.6 X 9.525

ALUMINIUM
94
141
187
281
375
562
750
702
844
1125

BUS-BAR COUPLER / BUS-TIE


Basbar coupler / bus - tie juga merupakan pengasing, biasanya ia
digunakan untuk menyambung dua basbar dari berlainan kemasukan
dengan kadaran yang sama. Untuk mengelakkan basbar coupler / bus - tie
( pengasing ) dari dua kemasukan bekalan yang berlainan di ON kan
serentak, ianya mestilah dijalinkan/digunakan dengan kekunci kait-punca (
interlock ).

19

Alat ini merupakan sebuah pengasing yang boleh menghubungkan dua


kumpulan palang bas yang berasingan. Satu kumpulan palang bas mengawal
sebahagian beban manakala yang satu lagi mengawal sekumpulan beban yang
lain pula. Saiz palang bas kedua-dua kumpulan tersebut hendaklah sama.

20

Penggunaan bus tie selalunya apabila terdapat dua atau lebih punca
bekalan walaupun dari pihak yang sama (TNB atau sebagainya). Apabila
salah satu punca bekalan terganggu, bekalan boleh disalurkan dari punca
yang satu lagi melalui bus-bar coupler / bus tie tersebut.
Apabila semua punca bekalan dalam keadaan normal bus-bar coupler /
bus tie selalunya dalam keadaan OFF. Apabila berlaku gangguan dari
mana-mana satu punca bekalan dan jika perlu baru lah bus-bar coupler /
bus tie di ON kan.
Tiada komponen perlindungan diperlukan oleh bus-bar coupler / bus tie. Ia
lazimnya dikendalikan secara manual. Sebagai langkah keselamatan
tambahan ia selalunya dikunci dengan menggunakan kunci khas (castle
key).

SESENTUH TUKAR ALIH (Change Over Contactor)


21

Sesentuh tukar alih secara asasnya adalah sejenis pengasing,


mengandungi dua set sesentuh tetapi dalam satu-satu masa hanya satu
sahaja boleh ditutup. Setiap sesentuh menerima bekalan dari punca yang
berlainan, lazaimnya satu bekalan dari TNB dan yang satu lagi dari
janakuasa tunggusedia. Pada satu-satu masa hanya satu sahaja bekalan
boleh disambungkan ke palang bas PSU. Ia mempunyai ciri- ciri interlock
elektrikal dan mekanikal.

Sesentuh tukar alih mestilah mempunyai empat kutub, seperti yang


dikehendaki oleh peraturan elektrik 1994. Ini bermakna sambungan
neutral hendaklah melaluinya. Kadaran arusnya hendaklah sama dengan
kadaran arus ACB, boleh mencapai beberapa ribu ampiar. Tiada apa-apa
komponen perlindungan dipasang pada sesentuh tukar alih sebab ia tidak
berfungsi sebagai pemutus litar. Namun begitu ia dilengkapkan dengan
dua gelong kawalan untuk membuka dan menutup sesentuh secara
otomatik dan sebagai electrical interlock. Terdapat juga sesentuh kecil
tambahan untuk tujuan kawalan dan indication.

22

GAMBARAJAH SKEMATIK CHANGE OVER CONTACTOR

KOMPONEN-KOMPONEN UMUM UNTUK


PERLINDUNGAN YANG TERDAPAT PADA PSU
Suis Fius ( low current )
Suis Fius adalah sesuatu unit tunggal terdiri daripada pengasing bersiri
dengan fius HRC. Ianya tidak terasing dari litar apabila suis di OFF kan, ia
berbentuk SP & N dan TP & N dengan ukuran piawai 15 A, 20 A, 30 A, 45 A
dan 60 A.

Fius Suis (high current)


Fius Suis merupakan Pengasing dan juga sebagai alat perlindungan di
mana fius HRC ditumpangkan di dalam pengasing membentuk sebagai
daripada jalan pengalir pengasing. Apabila di OFF kan fius terpisah dari
palang basbar. Keutamaannya digunakan bagi mengawal beban yang
berbentuk TP & N dengan ukuran piawai 60 A, 100 A, 160 A, 200 A, 300A,
400 A, 500 A, 600 A, 800 A dan 1200 A.

23

Fius
Fius merupakan perlindungan arus berlebihan yang paling senang
digunakan. Fius - fius yang biasa digunakan adalah:

Fius Rewireable iaitu sejenis fius yang paling ringkas dan murah yang
masih digunakan secara meluas di samping banyak keburukannya.
Fius cartridge adalah lebih berkemajuan dimana sukatan bagi
penukaran elemen fius yang telah ditetapkan oleh pihak Pengeluar.
Dengan itu sukatan fius boleh diketahui dengan tepat dan elemen fius
susah luntur.
Fius H.R.C. merupakan fius yang berkebolehan menghindar arus-arus
kerosakan yang berat dengan selamat. Sifat-sifatnya boleh direka
untuk disesuaikan dengan keadaan beban yang digunakan. Fius-fius
jenis ini biasanya digunakan bagi melindungi beban-beban industri
yang besar, kabel-kabel utama dan keadaan lain dimana kerosakankerosakan arus yang besar berlaku.

Residual Current Circuit Breaker / Earth Leakage Circuit


Breaker (ELCB)
Residual Circuit Breaker membawa maksud perbezaan di dalam arus. Ini
bermakna alat ini bergantung terus kepada keadaan dimana terdapat
perbezaan di antara arus (ketidak-seimbangan) yang masuk melalui
sesuatu beban dan arus yang keluar dari beban yang sama. Di dalam
ertikata yang lain alat ini hanya akan bertindak apabila mengalami
keadaan yang tersebut di atas.
Sebelum alat dikenali dengan nama Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB)
dan sekarang ianya telah dikenali dengan nama Residual Current Device
(RCD).
Contoh:
24

Sekiranya kita bekalkan arus sebanyak 5 A kepada sesuatu litar elektrik


yang mempunyai beban (gelung) dan didapati arus yang mengalir keluar
ke bumi melalui bingkai alat (earth leakage) keadaan ini dapat dikesan
(detect) dengan menggunakan satu gelung barpandukan prinsip dimana
arus yang masuk ke dalam sesuatu system elektrik adalah sama dengan
arus yang keluar dari sistem yang sama FIUS DAWAI SEMULA FIUS KATRIJ
FIUS HRC
Gelung ini dinamakan gelung pengesan (search coil) dimana sekiranya
arus yang masuk adalah tidak sama dengan arus yang keluar, gelung
pengesan ini akan dapat mengesan arus beza (Residual Current) untuk
membuka sambungan ke beban.

Miniature Circuit
Breaker (MCB)
Pemutus litar kenit atau
miniature circuit breaker, MCB
adalah
sejenis alat atau fius yang
digunakan dalam litar kawalan
motor.
Ianya berfungsi untuk
menyambung atau memutuskan bekalan secara automatik apabila
berlaku lebihan arus. MCB selalunya adalah untuk kegunaan satu fasa dan
tiga fasa dan ianya mempunyai kadar arus yang berbeza-beza contohnya
6A, 16A,20A, 32A dan sebagainya. Fius menggunakan prinsip haba
manakala MCB menggunakan prinsipmedan magnet, di mana terdapat
gelong bersiri dengan litar utama yang menarik bahagian pelantik untuk
memutuskan litar apabila arus melebihi tahap tertentu yang telah
dihadkan untuk sesebuah MCB.
MCB digunakan sebagai gantian fius, bagi mengawal pemasangan
domestic dan beban-beban kecil.
Sifat-sifat MCB ialah: Nilai terpelantik beban lebih di tetapkan oleh pihak pengeluar
dan tidak boleh ditukar.
Ia akan terpelantik bila berlaku beban lebih (overload). Tidak
perlu ditukar, hanya perlu di ON kan semula.
Litar-litar yang rosak senang dikesan.
Bekalan boleh dipulihkan dengan cepat dan mudah.

25

Pemutus Litar Kotak Teracu (MCCB Moulded Case


Circuit Breaker)
Dengan perubahan teknologi MCCB direka untuk pengguna dengan
kadaran arus sehingga 400 A, dan dimasa akan datang kemungkinan
ianya mampu membawa arus yang lebih tinggi lagi.
Dari segi penggunaan MCCB adalah pengganti kepada fius, mempunyai
beberapa kebaikan jika dibandingkan dengan fius, seperti MCCB hanya
perlu di ON kan sahaja sekiranya ia memutus. Ketiga- tiga fasa akan
memutus apabila berlaku beban lebih pada salah satu fasa maka masalah
single phasing tidak berlaku. MCCB boleh melindungi arus bocor ke bumi
dengan disambungkan pada CT dan geganti E/F (bergantung kepada
binaan sesuatu MCCB), dengan itu masa senggaraan dapat dikurangkan
dan kos dapat dijimatkan.
Gelung ini bersiri serta sebahagian dari litar utama. Medan magnet akan
bertambah kuat apabila arus masuk pada MCCB sehingga melebihi had
yang tertentu dan menyebabkan MCCB trip. MCCB juga menggunakan
kaedah bimetal strip yang akan membengkok apabila panas berlebihan
disebabkan arus lebih yang masuk ke MCCB. Kaedah ini adalah untuk
perlindungan beban lebih dimana tindakannya agak perlahan dan
terkandung unsur lewat masa. Namun begitu ada juga MCCB yang
menggunakan prinsip tekanan arcing gas. Tekanan yang berlebihan akan
menyebabkan mekanisma tertentu bergerak dan menyebabkan MCCB
terpelantik. Keadaan sebegitu sesuai untuk perlindungan arus lebih.
Bahagian Bingkai MCCB diperbuat dari bahan bukan logam (polyester
resin) dan ia dipasang tetap serta tidak boleh ditarik keluar dengan
mudah seperti ACB.
MCCB menggunakan prinsip yang sama dengan MCB tetapi terdapat
juga MCCB yang menggunakan prinsip magnet dan haba secara
gabungan. Ia lazim berkadar melebihi 60A dan untuk kegunaan tiga
fasa. Ia mengambil alih peranan fuse switch
Sama seperti pemutus litar udara, MCCB yang asas adalah satu alat
untuk memutuskan dan menyambungkan bekalan tetapi tidak
sebagai pengasing, ini kerana ianya dilengkapkan dengan
perlindungan arus lebih dan beban lebih yang telah terbina
didalamnya.
Untuk perlindungan bocor ke bumi MCCB memerlukan alatubah
arus, geganti dan gelung shunt trip sama seperti ACB. Ia tidak
terbina di dalam MCCB.
26

Dari segi penggunaan MCCB adalah sebagai pengganti kepada fius.


Apabila berlaku arus lebih atau beban lebih daripada kadaran arus
sesuatu fius ia akan terbakar dan terpaksa diganti dengan yang
baru
Apabila MCCB digunakan dalam ke sini ia hanya akan terpelantik.
Apabila kerosakan telah dibaiki MCCB hanya perlu dihidupkan ( ON )
kan sahaja, tiada apa-apa yang perlu digantikan. Dengan itu kos
senggaraan dapat dijimatkan dan masa gangguan bekalandapat
dikurangkan
Kebanyakan MCCB menggunakan prinsip medan magnet pada
sebuah gelung. Gelung ini bersiri serta sebahagian dari litar utama.
Medan magnet akan bertambah kuat dengan bertambahnya arus
yang mengalir dalam MCCB. Apabila tahap tertentu seperti yang
ianya telah direkabentuk tercapai maka ia akan terpelantik
Ada juga MCCB menggunakan kaedah bimetal strip yang akan
membengkok apabila panas yang disebabkan arus lebih dan
seterusnya memutuskan bekalan. Ada juga MCCB yang
menggunakan gabungan kedua-dua prinsip ini.

27

Bahagian bahagian MCCB


1. Terminal Untuk sambungan masuk dan keluar.
2. Cover Case Bahagian badan dan penutup MCCB. Diperbuat dari polyester
resin. Mempunyai kekuatan mekanikal dan rintangan kepada arka yang tinggi.
3. Arc Quencer Untuk menyerap dan melepaskan gas dan arka. Diperbuat
daripada bahan penyerap haba dan metal gridplate.
4. Sesentuh Diperbuat daripada special alloy dan dibentukkan supaya
mempunyai kehausan sesentuh yang rendah. Ia mempunyai rintangan yang baik
terhadap sticking dan welding. MCCB MCB Contoh : MCCB dan MCB yang
dipasang di MSB
5. Mekanisma Pensuisan ( switching mechanism) Ia merupakan mekanikal
lingkage dan spring untuk tujuan menutup dan membuka sesentuh yang berada
di bawah tekanan spring.
6. Operating Handle Tiga kegunaan, atas ON, bawah OFF, dan tengah TRIP.
Jika trip handle hendaklah dioffkan (resetting) dahulu sebelum diONkan.
7. Commom trip bar semua kutup berkendali serrentak bila berlaku beban
lebih atau litar pintas walaupun masalah berpunca dari satu fasa;.
8. Current Setting Dial Untuk meninggikan atau merendahkan setting arus
yang perlu dibawa oleh MCCB.
9. Thermal Trip Mechanism Akan melenkung apabila arus yang melebihi had
melaluinya dengan menggunakan prinsip bimetal.
10. Trip Button Butang kecil ini apabila di tekan akan menyebabkan MCCB
terpelantik dan memutuskan bekalan.
11. Gelung Shunt Trip / Undervoltage Coil mengelakkan peralatan elektrik
dihidupkan apabila bekalan diputuskan. Perlu di set semula.

28

29

Ciri-Ciri Pelantikan
Dua jenis pelantikan ialah pelantikan jangka masa lama dan pelantikan
jangka masa sertamerta.
Piawaian British menghendaki MCCB dari jenis B.S 4725 seharusnya tidak
berkendali ketika membawa arus kadarannya secara berterusan. Bagi
MCCB yang mempunyai arus kadaran tidak melebihi 63A seharusnya tidak
terpelantik dalam masa 1 jam (masa lazim) bila membawa arus 1.05 kali
arus kadaran, tetapi mesti terpelantik dalam tempoh jam berikutnya, jika
arus meningkat ke 1.35 kali ganda arus kadarannya. Bagi arus kadaran
yang melebihi 63A, masa lazimnya menjadi 2 jam.
Shunt Trip coil

Salah satu dari beberapa assessori pilihan yang boleh dipasang didalam
MCCB ialah shunt trip coil untuk tujuan perlindungan rosak ke bumi dan
juga untuk pelantikan kawalan jauh (remote tripping).

30

Untuk pelantikan rosak ke bumi, shunt trip coil hendaklah disambungkan


kepada sesentuh pelantikan (tripping contact) sebuah geganti bocor ke
bumi (earth leackage relay (ELR) atau Earth Fault Relay (E/F).
Mekanisma Pensuisan, Kendalian (ON, OFF, RESET):
Kendalian ON dan OFF boleh dilakukan dengan tangan. Bila pemutus litar
telah terpelantik, asingkan kerosakan daripada litar, kemudian alihkan
pemegang (handle) ke arah OFF untuk menempatkan semula (to reset)
pemutus litar tersebut. Selepas kendalian RESET pemutus litar sekarang
sudah bersedia untuk disuiskan ON. Rujuk rajah dibawah.

Penunjuk Terpelantik (Trip Indication)


Sekiranya pemutus litar terpelantik secara otomatik, pemegang akan berada
ditengah-tengah antara kedudukan ON dan OFF TRIP ON OFF.
Butiran
Keselamatan

Perlindungan selepas
setiap kerosakan berlaku

Pengganti selepas setiap


kerosakan berlaku

MCCB
Terdapat ruang
pemadam arka (acr
chamber)
Kesemua fasa terputus
walaupun arus lampau
berlaku didalam satu
fasa sahaja, kerana itu
kemungkinan motor tiga
fasa berkendali pada
dua fasa tidak wujud

Tidak perlu
31

Fius Suis
Tiada ruang pemadam
arka
Arus lampau yang
berlaku didalam satu
fasa menyebabkan fius
yang melindungi fasafasa tertentu terputus,
kerana itu wujud
kemungkinan motor tiga
fasa berkendali pada
dua fasa
Fius terbakar perlu
diganti baru

Pemberian semula
bekalan selepas setiap
kerosakan berlaku

Senang diberikan
semula bekalan, dengan
membuat RESET

Alat-alat tambahan

Pelantikan dibawah
kadaran voltan yang
dikawal secara jauh,
pelantikan pirau,
sesentuh tambahan
boleh diperolehi

Penggantian fius terlalu


rumit
( troublesome) dan
memakan masa

Ujian pada MCCB

1. Ujian Operasi ON dan OFF MCCB bagi mempastikan ia boleh


dikendalikan dengan sempurna. Sekiranya under voltage coil ia perlu
mempunyai bekalan yang mencukupi sebelum ianya boleh dikendalikan.
Ini merupakan ujian mekanikal sahaja.
2. Ujian Suntikan secondary untuk memastikan ianya terpelantik apabila
berlakunya kerosakan tahap yang ditentukan atau tercatat pada alat itu
sendiri.
3. Ujian Penebatan untuk menetukan penebatan di antara fasa dengan
fasa dan diantara fasa dengan bumi adalah baik. ( tidak kurang dari 1
Mega Ohm )
4. Ujian sesentuh untuk menentukan nilai rintangan sesentuh tidak
melebihi dari yang disyorkan oleh pihak pembuat.
Senggaran Pada MCCB
MCCB tidak perlu di senggara, sekiranya rosak ianya perlu diganti baru.

CAPASITOR BANK (Simpanan Kapasitor)


Capasitor bank adalah satu alat yang boleh membaiki faktor kuasa bagi
satu Pengulang Alik.Ia amat penting bagi Sistem janakuasa kerana tugas
Capasitor ini adalah menyimpan Reaktif Power (Power yang tidak aktif)
yang dihasilkan bila Janakuasa disambung pada beban.
Seperti mana yang kita tahu Reaktif Power ini wujud bila kita memasang
beban Induktif seperti coil yang terdapat pada motor-motor,choke dan
janakuasa itu sendiri.Jika berlakunya Reaktif Power yang tinggi dan tidak
32

dikawal,ini akan mengakibatkan Faktor Kuasa menjadi Rendah,kita


mengalami kerugian dari segi menjanakan kuasa,maksudnya kita
terpaksa menjanakan kuasa yang tinggi tetapi kuasa yang diperlukan
adalah rendah.Semakin rendah faktor kuasa maka semakin tinggi kuasa
yang kita janakan.Ini akan mengakibatkan kerugian.
Akibat lain yang wujud dari Faktor Kuasa rendah ialah arus yang tinggi
diperlukan untuk Sistem Pepasangan maka Voltej Drop dalam kabel
adalah tinggi
ACB juga akan mendapat kesan daripada penurunan Faktor Kuasa,akan
mengakibatkan ACB trip bila arus tinggi.Winding janakuasa juga akan
panas dan rosak akibat Over Heat.

Pemutus Litar Udara (ACB)


Air circuit breaker asasnya adalah hanya sebuah pengasing sahaja
dan tidak boleh beroperasi secara automatik.
Untuk membolehkan ianya bertindak secara automatik ACB
hendaklah dilengkapkan dengan shunt trip coil, geganti dan alat ubah
arus. Ia boleh memberikan perlindungan arus lebih, beban lebih,
33

bocor kebumi dan rosak kebumi ia itu bergantung kepada geganti


yang disambungkan kepada shunt trip coil nya.
ACB lebih kukuh kerana diperbuat keseluruhannya dari logam.
Kadaran arusnya adalah dari 600A hingga 8000A
Sekiranya Pemutus Litar Udara digunakan bersendirian tidak boleh
memberi apa-apa perlindungan kerana pemutus litar akan berfungsi
sebagai pengasing sahaja. Ia hendaklah dilengkapkan dengan geganti
beban lampau (O/C) dan geganti kerosakan bumi (E/F) dan dibantu oleh
alatubah arus (Current Transfomer (C.T). Saiz Pemutus Litar Udara yang
paling kecil adalah berkadar 630 A., biarpun saiznya 630 A tetapi ia boleh
ditatah untuk 300 A asalkan alatubah arus ( C.T ) yang digunakan ialah
300/5 A atau penatahan dilakukan pada geganti beban lampau.

Pemutus Litar Udara hendaklah berfungsi apabila berlakunya arus lebih


seperti yang telah ditetapkan seperti berikut:

100 % terus menerus. (to carry ).


120 % Selama lima (5) minit. ( to trip with in 5 minit )
150 % terpelantik serta merta. (to trip in 1 second ).

BINAAN ACB
Komponen-komponen asas sesebuah ACB ialah:
Terminal-terminal
Tapak tetap
Sesentuh-sesentuh pengasing bagi pegun
34

Sesentuh-sesentuh pengasing roller (bergerak)


Sesentuh-sesentuh utama tetap, berhujung perak (silver)
Sesentuh-sesentuh utama bergerak, berhujung perak
Sesentuh-sesentuh arka tetap, berhujung rintangan aloi/logam
campuran
Sesentuh-sesentuh bergerak, berhujung rintangan aloi/logam
campuran
Magnetic de-ionization arc-chutes
Pelepas beban lampau (overload release)
Pelepas bawah kadaran voltan (undervoltage release)
Bar pelantik
Tuil (lever) pelantik untuk pelepas bawah kadaran voltan dan
pelantik pirau
Himpunan mekanisma penutup
Punatekan-punatekan, buka (O), tutup (1)
Penunjuk-penunjuk mekanikal: spring berbeban, spring tanpa
beban, buka-tutup
Tuil spring berbeban secara manual
Gear pengurang kelajuan bagi motor yang diputar, untuk spring
berbeban otomatik
Alat pengunci mekanikal yang menghalang pemutus litar
daripada dikeluarkan ketika
keadaan tertutup untuk pemutus litar yang boleh ditarik keluar
sahaja
Rel peluncur (untuk ACB yang boleh ditarik keluar sahaja)
Pelepas penutup
Pelantik pirau
Sesentuh-sesentuh tambahan (alat bantu)
Sesentuh-sesentuh peluncur tambahan/alat bantu (bagi pemutus
litar jenis boleh ditarik
keluar)

ALAT UKUR (METERING) MSB


35

Alat ukur di Papan suis utama yang dimaksudkan adalah alat untuk
mengukur arus, voltan, faktor kuasa dan KWH meter. Ianya adalah
berguna dalam kerja-kerja penyenggaraan. Semua yang dinyatakan
adalah panduan dalam kerja-kerja seharian.
LAMPU PENUNJUK (INDICATOR LAMP)
Pemasangan lampu penunjuk digunakan untuk memudahkan bagi
mengetahui terdapatnya bekalan bagi setiap fasa. Ia biasanya disambung
bersama fius kawalan / MCB dan volt meter

JANGKA VOLTAN (VOLT METER)


Penting untuk mengetahui sama ada bekalan ada atau tidak.Volt meter
yang biasa boleh memberi bacaan sehingga 500 volt dan disambung terus
dengan menggunakan fius kawalan atau MCB 6 amp kepada busbar.Untuk
mengurangkan kos, satu volt meter dipasang ditambah dengan volt
meter selector suis untuk mengetahui bacaan pada setiap fasa ke neutral
dan di antara fasa ke fasa. Penyambungan secara terus biasanya bagi
voltan sehingga 620 volt.Untuk voltan yang lebih tinggi transformer
digunakan dimana bahagian secondary transformer tersebut 100 volt

36

Bersambung terus pada bus bar melalui suis pemilih ( V/S/S )


Fius yang digunakan berkadar 6 A bagi mengawal arus yang masuk
pada meter.
Memberi bacaan sehingga 500 V.
Lampu penunjuk Fasa (Merah,kuning dan biru) dipasang selari
dengan meter voltan.

37

Bacaan 1 Fasa
i.
ii.
iii.

Fasa Red dan neutral = 240 volt


Fasa Yellow dan neutral = 240 volt
Fasa Blue dan neutral = 240 volt

Bacaan 3 Fasa
i.
ii.
iii.

Fasa Red dan Yellow


= 415 volt
Fasa Red dan Blue = 415 volt
Fasa Yellow dan Blue
= 415 volt

JANGKA AMP (AMP METER)


Sambungan ampere meter adalah secara siri dengan beban. Pemasangan
tersebut adalah untuk mengetahui arus semasa yang mengalir dalam
pepasangan.Untuk sambungan terus meter sehingga 60 amp
digunakan.Untuk arus yang lebih tinggi dari 60 amp, meter tidak boleh
disambung terus ke busbar kerana gelung dalam meter adalah kecil dan
hanya boleh menerima arus 5 amp maksima.Alat ubah arus (Current
Transformer @ CT) jenis pengukuran (measurement) dengan kadar yang
sesuai mesti digunakan.Contoh sekiranya busbar bersaiz 500 amp maka
nisbah CT 500/5 amp hendaklah digunakan,Arus secondary adalah
standard 5 amp walaupun arus primary berbeza-beza.Untuk menjimatkan

38

kos hanya satu amp meter digunakan besertaAmp Selector untuk


mengetahui arus pada tiap-tiap fasa.

Mengukur penggunaan arus di PSU.


39

Untuk arus yang besar C.T akan digunakan bagi menukar nilai arus
Kalau palang busbar bersaiz 500A maka alatubah arus 500/5A perlu
digunakan.
Suis pemilih (A/S/S) digunakan bagi mengurangkan penggunaan
meter.

METER FAKTOR KUASA (POWER FACTOR METER)


Ia terdiri dari gelung arus dan gelung voltan. Pemasangan ini bertujuan
mengetahui nilai faktor kuasa dalam pepasangan pengguna.Jika
pepasangan pengguna mengalami faktor kuasa lebih rendah dari 0.85
mengekor (lagging) iaitu pada beban induktif, pihak pemegang lesen
(TNB) akan mengenakan denda (penalty) dengan jumlah tertentu.Semakin
rendah nilai faktor kuasa,semakin tinggi dikenakan denda.Oleh itu faktor
kuasa tersebut hendaklah dinaikkan ke nilai melebihi 0.85 mengekor
hingga ke nilai unity dengan memasang capasitor bank dengan nilai kVar
yang tertentu beserta alat kawalannya (Power Factor Regulator).

Menunjukkan f.k untuk beban semasa.


Biasanya penyambungan dibuat satu fasa diambil pada arus dan
dua fasa lagi diambil dari voltan.
Kuasa ketara (VA) dan kuasa sebenar (Watt). Nisbah Watt (W)
kepada volt- Ampere (VA) dikenali sebagai Faktur kuasa Cos

40

METER KUASA (Watt Meter) DAN METER TENAGA WATT /KWH


METER
Watt meter dan watt hour meter adalah gabungan dari current coil dan
voltage coil.Kedua-dua meter ini dipasang bagi tujuan mengetahui jumlah
kuasa yang sedang digunakan serta tenaga yang telah digunakan di
sesuatu bahagian atau beban.Watt dan watt hour meter ini boleh
disambung secara siri dan beserta dengan ampere meter.Bagi nilai arus
yang melebihi 100 amp,Current Transformer diperlukan bagi tujuan
pepasangan meter tersebut

41

METER KVARH.
Dipasangkan dengan tujuan untuk mengukur dan mendapatkan nilai purata
faktor kuasa, nilai KHW diperlukan bersama bagi tujuan ini.

GEGANTI (RELAY)
Geganti adalah satu komponen perlindungan yang tugasnya menentukan pada
tahap kerosakan bagaimana yang memerlukan pemutus litar bertindak
memutuskan litar. Kerosakan yang kecil mungkin tidak merbahayakan dan boleh
diabaikan seketika, oleh itu geganti tidak perlu memberi signal kepada gelong
shunt trip untuk bertindak.
JENIS-JENIS GEGANTI
42

Time lag fuse


Oil dash pot
Instantenous overcurrent
Instantenous earth fault
IDMT overcurrent
IDMT earth fault
Solid state (Elektronic Relay)
ELR (earth leakage relay)

PRINSIP GEGANTI
Haba (Fius dan thermal overload relay)
Magnetik (MCB, MCCB, RCB)
Haba dan magnetic (MCCB jenis tertentu)
Geganti yang selalu digunakan terdiri dari pelbagai jenis dan tugas. Secara
amnya geganti yang terdapat pada PSU adalah untuk perlindungan arus lebih,
beban lebih dan rosak ke bumi.
Prinsip kerja geganti adalah menggunakan kesan medan magnet
(electromagnet) dan juga haba. Oil dash pot, induction disc dan induction cub
adalah jenis-jenis geganti electromagnet, manakala thermal overload relay
menggunakan kesan haba kepada bi-metal strip.
Terdapat dua (2) jenis geganti utama dalam PSU.
Instantaneous (sertamerta) O/C dan E/F.
- Memutuskan bekalan sebaik sahaja nilai kerosakkan mencapai tahap
yang ditentukan (set value). Oleh itu ia tiada penatah masa.
Geganti Lewat Masa (IDMT) O/C dan E/F.
- Mempunyai penatah masa oleh itu walaupun nilai kerosakkan telah
mencapai tahap tertentu (set value) ia masih boleh berada dalam
keadaan yang tidak memutuskan litar dalam beberapa jangka masa
yang tertentu.

Namun begitu ada geganti yang boleh memberikan kedua-dua ciri di atas.
Geganti tersebut adalah Geganti Bocor Ke bumi (Earth Leakage Relay). ELR
memberikan perlindungan kepada bocor ke bumi untuk nilai yang kecil (maksima
300 miliampiar) dan lewat masa yang terhad (0.1 saat) dan digunakan pada
Papan Suis kecil (Sub-Switchboard) atau Papan Suis Utama bersaiz kecil
(sehingga 300 A)

43

RUMUSAN
Alhamdulillah, saya telah siap tugasan ini dalam masa yang ditetapkan.
Tugasan ini telah menambahkan ilmu pengetahuan saya tentang
pepasangan Papan suis kecil ( SSB ) dengan lebih mendalam.

44

Melalui tugasan ini juga, saya memperoleh ilmu mengenai jenis papan
suis utama, spesifikasi papan suis utama, lokasi dan keperluan papan suis
utama, dan sebagainya.
Seterusnya, kita juga dapat memahami litar dalam pepasangan papan
suis utama sekaligus dapat memahirkan diri dalam meyambung litar pada
papan suis utama.
Akhir sekali, dengan melaksanakan tugasan ini, saya harap saya dapat
menggunakan ilmu yang saya peroleh dengan baik dan saya harap saya
dapat menggunakan ilmu ini untuk terus cemerlang dalam bidang yang
saya pelajari ini.

RUJUKAN
1. INTERNET

45

http://www.slideshare.net/mohdezuanatok/buku-papan-suisutama
http://elektrikaldanaircon.blogspot.ae/2013/06/papan-suispengenalan-kepada-papan-suis.html

2. BAHAN BACAAN

BUKU TEKS APLIKASI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK TERBITAN


DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

BUKU TEKNOLOGI ELEKTRIK TERBITAN SISTEM

3. ORANG SUMBER

EN. MOHD. NOOR BIN SADAN

4. PERPUSTAKAAN KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT

46

You might also like