Cakap Ajuk Dan Cakap Pindah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

1. Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau
tulisan tanpa mengubah maksudnya.
Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah
maksud asalnya.
2. Dalam penulisan, tanda petik ("...") digunakan untuk cakap ajuk.
3. Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan
bahasa tanpa mengubah maksudnya.
4. Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah.
5. Perhatikan perbezaan antara cakap ajuk dengan cakap pindah di bawah ini.
Cakap Ajuk

Cakap Pindah

1. Cakap Ajuk ialah percakapan yang


dilaporkan semula sebagaimana asalnya
dituturkan.
2. Tidak ada sebarang pindaan yang
dilakukan.
3. Cakap ajuk dimulai dengan tanda
pembuka kata dan diakhiri dengan tanda
penutup kata ( .. )

1. Cakap Pindah ialah perkataan atau


percakapan yang dilaporkan semula tetapi
tidak sebagaimana yang dituturkan.
2. Terdapat perbezaan stuktur atau susunan
perkataan-perkataan dalam ayat.
3. Walaubagaimanapun , maksud atau
susunan perkataan sama.

1. "Cuci baju kamu," kata ibu kepada

1. Ibu menyuruh Ani mencuci bajunya.

Ani.

2. Cikgu berkata, "Mengapa tidak


hadir semalam, Hafizi?"

3. "Datanglah ke rumah saya malam

2. Cikgu bertanya kepada Hafizi sebab


dia tidak hadir semalam.

3. Encik Lim mempersilakan Encik Azman


ke rumahnya pada malam nanti.

ini, Encik Azman," kata Encik Lim.

4. Di manakah awak letakkan beg


itu ? tanya Cikgu Azmi kepada
Sunita.

5. Kata nenek kepada Siti, Begini


cara membuat kuih Bahulu.

6. Kata Hassan kepada Faizal , Ini


buku awak.

7. Ayam itu lapar, kata Asmah.

4. Cikgu Azmi bertanya kepada Sunita di


mana dia meletakkan beg itu.

5. Nenek berkata kepada Siti bahawa


begitu cara membuat Kuih Bahulu.

6. Hassan menyatakan kepada Faizal


bahawa itu buku dia.

7. Asmah menyatakan bahawa ayam itu


lapar.

8. Berikan bola ini kepada Zainal


Abidin, kata Dollah Salleh.

8. Dollah Salleh menyuruh agar bola itu


diberikan kepada Zainal Abidin.

6. Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, perkara berikut perlu
diubah atau diberi perhatian.
Cakap Ajuk

Cakap Pindah

saya, aku, hamba


beta
kami, kita
anda, awak, kamu, engkau
dia
beliau
mereka
ini
itu
sini
begini
demikian ini
sekarang
malam tadi
semalam
hari
ini
esok

dia, ia, nya, beliau


baginda
mereka
saya, dia, nya
dia
beliau
mereka
itu
itu
situ, sana, tempat itu
begitu
demikian itu
masa itu, ketika itu
malam semalamnya
semalamnya
hari itu
esoknya, keesokan harinya, hari
itu

Thursday, 2 April 2015


SINTAKSIS : CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

Tajuk : Menukarkan Cakap Ajuk atau Dialog kepada Cakap Pindah


Kaedah Menukarkan Cakap Ajuk atau Dialog kepada Cakap Pindah
Menurut pendapat Mohd Azam Bin Ahmad (Guru Cemerlang Bahasa Melayu) mengatakan
bahawa selalunya murid didapati berusaha menukarkan cakap ajuk atau
dialog kepada cakap pindah secara wewenang atau "trial and error". Mereka
tidak mempunyai suatu kaedah yang kukuh untuk menukarkan cakap ajuk
atau dialog kepada cakap pindah. Oleh hal demikian, murid berasa sukar
untuk melakukan usaha tersebut. Sehubungan dengan ini, saya ingin
mengemukakan satu kaedah yang telah saya bentangkan untuk kali
pertama di Kursus Profesionalisme Guru-Guru Bahasa Melayu Negeri Melaka
di GoldCoast, Klang pada tahun 2007 lalu.
Perhatikan cakap ajuk di bawah :
"Kamu makanlah segera. Kamu jangan lupa basuh pinggan," pesan ibu kepada Aini.

Untuk menukarkan cakap ajuk atau dialog di atas kepada cakap pindah, murid hendaklah
berpegang pada tiga elemen komunikasi, iaitu :
a. Kenali Topik Perbincangan
b. Kenali Persona
c. Kenali Konteks Komunikasi
Berdasarkan tiga elemen dalam komunikasi itu, murid akan mendapati:
a. Kenali Topik Perbincangan :
makanlah segera.
jangan lupa basuh pinggan.
b. Kenali persona :
Ibu
Aini
c. Kenali Konteks :
pesan
Berdasarkan unsur dalam elemen komunikasi itu, murid boleh membina ayat sendiri dalam
ragam cakap pindah. Misalnya,
i. Ibu berpesan kepada Aini supaya makanlah segera tetapi jangan lupa membasuh pinggan.
ii.Ibu memberikan pesanan kepada Aini supaya Aini makanlah segera dan jangan lupa
membasuh pinggan.
iii. Ibu berpesan supaya Aini makanlah segera dan jangan lupa membasuh pinggan.
Berdasarkan tiga ayat di atas, semua unsur dalam elemen komunikasi dalam cakap ajuk atau
dialog itu tidak tertinggal dalam proses menukarkannya kepada cakap pindah. Oleh hal
demikian, wacana dalam cakap ajuk atau dialog itu tetap terpelihara dalam cakap pindah.
Kaedah ini juga membolehkan murid menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk atau dialog.
Apabila murid mengenali unsur dalam elemen komunikasi tersebut, murid hanya perlu
menggunakan unsur tersebut dalam membina cakap ajuk atau dialog sendiri. Proses membina
cakap ajuk atau dialog ini adalah lebih mudah.

Cakap Ajuk dikenali juga sebagai dialog


Latihan Intensif:
Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah ini kepada ayat cakap pindah.
1. Semasa berjoging petang tadi saya terserempak dengan seorang gelandangan yang
sedang tidur di tengah jalan, kata Yusri kepada Salleh.
2. Kata Normah kepada Sarah, Jangan makan makanan yang banyak lemak nanti awak
akan mendapat sakit.
3. Saya tidak dapat sampai tepat pada masanya kerana jalan raya ditenggelami air, kata
Erra.
4. Kata Azan, Pokok kelapa di belakang rumah Aliff tumbang dan menimpa rumahnya.
5. Saya berjanji tidak akan buat jahat lagi, kata Muiz. Saya akan mematuhi semua
peraturan projek ini, sambungnya lagi.
6. Ular! Ular! Mak Minah menjerit. Ada ular dekat pasu bunga besar itu,katanya lagi.
7. Kata Julia, Kami akan bertolak ke Kuala Lumpur sebentar lagi.
8. Kalau tak tahu jangan buat, kata Cikgu Siti. Biar orang yang tahu saja yang
membuatnya,sambungnya lagi.
9. Kata Erik, Rumah yang cantik memang menjadi idaman semua orang.
10. Jangan lupa membeli tepung apabila awak ke kedai nanti, kata emak Rosyam. Emak
hendak buat karipap, sambungnya lagi.
11. Kata Farid, Banjir teruk di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati lemas.
12. Kata Perdana Menteri, Semua kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan
semua orang.
Jawab latihan dahulu kemudian barulah rujuk jawaban anda.....

Jawapan:

1. Yusri memberitahu Salleh bahawa ketika dia sedang berjoging, dia terserempak dengan
seorang gelandangan yang sedang tidur di tengah jalan.
2. Normah menasihati Sarah supaya jangan makan makanan yang mengandungi banyak
lemak untuk mengelakkan penyakit.
3. Erra mengatakan bahawa dia tidak sempat sampai pada waktunya keranan jalan raya
ditengelami air.
4. Azan memberitahu bahawa pokok kelapa di belakang rumah Alif telah tumbang dan
menimpa rumahnya.
5. Muis memberitahu bahawa dia berjanji tidak akan berbuat jahat dan akan mematuhi
peraturan projek tersebut.
6. Mak Minah menjerit-jerit apabila melihat ular sambil memberitahu bahawa terdapat ular
berhampiran pasu bunga yang besar itu.
7. Julia mengatakan bahawa dia akan bertolak ke Kuala Lumpur selepas itu.
8. Cikgu Siti mengatakan bahawa jangan melakukan perkara yang tidak diketahui tetapi
mintalah orang yang tahu sahaja melakukannya.
9. Erik mengatakan bahawa rumah yang cantik menjadi idaman semua orang.
10. Emak Rosyam mengingatkan Rosyam supaya membeli tepung apabila dia ke kedai
kerana emaknya hendak membuat kuih karipap.
11. Farid melaporkan bahawa banjir besar di Filipina mengakibatkan lima belas orang mati
lemas.
12. Perdana Menteri menerangkan bahawa kemudahan yang disediakan adalah untuk
kegunaan semua orang.

Selasa, 27 Julai 2010


Menukar Cakap Pindah Kepada Cakap Ajuk
Cakap ajuk boleh ditulis dalam dua cara:
(a) Ayat bentuk dialog dengan pengunaan tanda pengikat kata ("...").
(b) Ayat bentuk dialog yang tersusun mengikut turutan penutur. Nama penutur ditulis pada
sebelah kiri sahaja. Tidak perlu tanda pengikat kata.
1 Anda perlu menukarkan kata ganti diri, masa dan tempat kepada bentuk kata diri ganti yang
sesuai dalam ayat. Kata ganti diti "dia" ditukar menjadi "saya", "aku" menjadi nama seseorang,
"mereka" menjadi "kami", "disana,disitu" menjadi "disini", "masa itu" menjadi "masa ini".
2 Pastikan tidak ada isi yang ditambah atau yang ditinggalkan ketika menukarkan dialog.
3 Anda perlu menulis tanda soal (?), dan tanda seru (!) dalam ayat yang ditukar. Frasa kata seru
hendaklah ditukar dengan kata seru yang sesuai seperti "wah", "memuji ", "Aduh", "menyatakan
sakit atau mengaduh" dan sebagainya.
4 Pengunaan kata singkatan boleh digunakan seperti "nak" untuk "hendak", "mak" untuk "emak",
"dah" untuk "sudah", "mau" untuk "mahu".
5 Perkataan bahasa Arab seperti alhamdulillah, astaufirrullah, lahaulawala kuwataila dan
sebagainya boleh digunakan. Sebagai contoh, "alhamdulillah" bagi "mengucap syukur",
lahaulawala kuwatailla" bagi "mengucap panjang".
6 Unsur-unsur slanga dan dialek boleh digunakan. Sebagai contoh "jom" untuk "mengajak",
"satsat" untuk "sebentar", "bergebang" untuk "berbual kosong".
7 Anda boleh menambah imbuhan pada kata-kata yang sesuai agar menjadi ayat yang lengkap.
8 Jangan mencampuradukkan bentuk cakap pindah dan cakap ajuk sekali gus. Elakkan kesalahan
tatabahasa, tanda baca, ejaan dan penggunaan kata.
9 Jangan mengubah maksud dan struktur ayat asal.
Soalan Latihan
Tukarkan cakap pindah di bawah kepada cakap ajuk dengan mengekalkan maksud asalnya.
Gunakan bahasa yang gramatis.
Amir menerangkan kepada Hazmi bahawa giginya sakit sejak semalamnya. Hazmi menyuruh
Amir bersegera ke klinik gigi. Amir memberitahu bahawa dia takut sekira giginya dicabut.
Hazmi menjelaskan kepada Amir agar tidak takut giginya akan dicabut kerana sekiranya
kerosakan giginya besar sahaja barulah akan dicabut. Amir bertanya kepada Hazmi jika ada cara
lain. Amir memberitahu sekiranya akar gigi Amir masih kuat doktor hanya menampal lubang
pada gigi Amir. Amir berseruju untuk ke klinik gigi pada masa itu juga.
Jawapan
"Gigi aku sakit sejak semalam," terang Amir kepada Hazmi.
"Baik kamu cepat ke klinik gigi," beritahu Hazmi.
"Aku takutlah, nanti gigi aku kena cabut," balas Amir.
"Alah jangan kamu jangan takut, kalau rosak banyak barulah dicabut," jelas Hazmi.

"Selain kena cabut, ada tak cara lain?" tanya Amir.


"Kalau akar gigi kamu masih kuat doktor tidak cabut tetapi dia hanya tampal lubang pada gigi
kamu sahaja," beritahu Hazmi,
"Jika begitu, biarlah aku ke klinik gigi sekarang," jawab Amir.

You might also like