Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1.

0 PENGENALAN
Pada 7.3 2013 kami pelajar PISMP prasekolah telah melaksanakan satu tugasan muzik iaitu
PRM 3103. Tugasan pada kali ini ialah

memerlukan kami membuat satu persembahan

powerpoint muzik yang mana didalamnya ada beberapa tajuk lagu muzik iaitu, muzik kanakkanak, muzik tradisional, muzik asli dan sebagainya serta mempersembahkannya di
hadapan pelajar yang lain. Bagi memudahkan segala tugasan ini, kami dibahagikan kepada
beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mendapat satu tajuk tugasan lagu. Pada kali,
kumpulan saya, Syazlin, Chia dan Rabiatul telah mendapat tajuk lagu kanak-kanak. Bagi
melengkapkan dan memastikan persembahan powerpoint

lagu yang diberi iaitu kanak-

kanak tersebut betul-betul mencapai objektif dikehendaki, kami membuat rujukan di internet,
perpustakaan serta melakukan kolobrasi bersama rakan-rakan serta mendapatkan
bimbingan daripada pensyarah iaitu Puan Marini dan Encik Wahi. Selepas mendapat
pendedahan, kami terus membahagikan tugas mengikut objektif yang dikehendaki dan
mencari maklumat yang berkaitan seterusnya menghasilkan persembahan powerpoint yang
digariskan.
Setelah selesainya pembahagian tugas dan mencari maklumat kami terus
mengumpul data-data dan bahan-bahan yang diperlukan untuk tajuk lagu kanak-kanak.
Pada kali ini, saya dan rakan-rakan telah bersetuju untuk memfokuskan kepada lima pekara
daripada lagu kanak-kanak iaitu ciri-ciri Lagu kanak-kanak, fungsi lagu kanak-kanak, kriteria
skor dan contoh lagu kanak-kanak. Seperti yang diketahui lagu kanak-kanak tidak akan
dilupakan seseorang itu walaupun mereka sudah menjadi tua. Kebiasaanya lagu kanakkanak ini dipelajari daripada sekolah, kawan atau dari bahan bacaan serta irama lagu kanakkanak ini adalah irama genre mudah diingat dan berulang-rulang serta mempunyai rentak
yang pantas dan meriah. Kebanyakkan lagu kanak-kanak mempunyai maksud dan fungsinya
yang tersendiri. Antara lagu kanak-kanak yang terdahulu ialah rasa sayang, burung kakak
tua, tanya sama pokok dan banyak lagi.

2.0 CIRI-CIRI LAGU KANAK-KANAK


Lagu kanak-kanak adalah merupakan salah satu lagu yang dapat menghiburkan
kanak-kanak. Sebagai seorang bakal guru muzik, kita mestilah mengetahui ciri-ciri sebuah
lagu. Antara ciri-ciri lagu kanak-kanak yang telah kami kaji ialah pertama senikata lagu
haruslah mudah difahami dan banyak pengulangan. Hal ini dapat dijelaskan dimana lagu
kanak-kanak tersebut mestilah sesuai dengan aras ataupun tahap pemikiran seseorang
kanak-kanak kerana ini memudahkan kanak-kanak menyanyi sambil memahami maksudnya.
Selain itu ciri- ciri yang ada pada lagu kanak-kanak ialah setiap rangkai lagu haruslah

mengandungi suku kata yang seimbang hal ini kerana dapat memudahkan kanak-kanak
untuk menyanyi lagu tersebut. Ciri yang seterusnya untuk lagu kanak-kanak ialah lirik yang
sesuai, hal ini dapat dijelaskan dimana kebanyakkan lagu kanak-kanak berkaitan dengan
kehidupan seharian mereka sebagai contoh lagu kanak-kanak rasa sayang. Seterusnya
ciri-ciri

lagu kanak-kanak ialah senikata haruslah sesuai untuk dilakukan gerakan serta

rentak dan irama iringan tidaklah terlalu berat. Akhir sekali ciri-ciri lagu kanak-kanak ialah
tema lagu kanak-kanak mestilah berkaitan dengan pemgalaman dan persekitaran kanakkanak.
Sesebuah lagu yang menarik mestilah mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Antara
fungsi lagu kanak-kanak ialah dapat memantapkan bahasa, hal ini dapat dijelaskan dimana
melalui lagu kanak-kanak ini, seseorang kanak-kanak itu dapat meningkatkan bahasa
mereka melalui kosa kata lagu serta ayat yang digunakan sewaktu nyanyian. Selain itu
fungsi lagu kanak-kanak juga ialah keupayaan matematik dimana didalam aktiviti nyanyian
terdapat penggunaan keupayaan matemetik sebagai contoh lagu sepuluh budak hitam.
Disamping itu, fungsi lagu kanak-kanak juga ialah sebagai bahan bantu pengenalan sesuatu
topik dalam sesuatu tema sebagai contoh set induksi bagi tema haiwan, guru boleh
menggunakan lagu kanak-kanak bagi mengenalkan topik pembelajaran pada hari itu. Akhir
sekali, fungsi lagu kanak-kanak ialah dapat mengenali sesuatu lagu atau bunyi yang
digemari sebagai contoh lagu papaku pulang dari kota dimana di dalam lagu tersebut terdpat
bunyi pon!! pon yang melambangkan bunyi kenderaan.

3.0 KATEGORI LAGU KANAK-KANAK


Seterusnya di dalam lagu kanak-kanak juga boleh diklasfikasikan kepada beberapa
kategori. Antara kategori lagu kanak-kanak tersebut ialah lagu permainan jari. Melalui lagu
ini, kanak-kanak menyanyi disampaikan melalui permainan jari. Pergerakan ini ditumpukan
kepada pergerakan jari dekat dengan paras mata. Pergerakan permainan ini disukai oleh
kanak-kanak dan ia boleh diiringi dengan nyanyian ataupun secara pertuturan

seperti

nyanyian berulang-ulang atau dikenali sebagai ratib contoh lagu kanak-kanak untuk
permainan jari ini ialah lagu labah-labah. Kategori lagu kanak-kanak yang seterusnya ialah
lagu beraksi. Lagu beraksi ialah dimana aktiviti nyanyian diiikuti dengan pergerakan atau
aksi mengikut lirik lagu yang dinyanyikan. Aksi ini membantu memudahkan kanak-kanak
mengingati lirik lagu yang dinyanyikan. Selain itu, ia juga memberi peluang kanak-kanak
meluahkan perasaan mereka secara lebih aktif sebagai contoh lagu sebuah pondok dan
saya teko comel.

Rajah 1 : Sewaktu membentangkan lagu


pondok kecil
Kategori lagu kanak-kanak yang seterusnya ialah lagu permainan. Lagu jenis ini
membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sepermainan secara langsung. Dalam
permainan ini mereka akan menyanyi, bermain dan bergembira, ini secara tidak langsung
akan mengeratkan lagi hubungan sesama mereka. Contoh lagu permainan ialah ini ialah
Enjit-enjit semut. Selain itu di dalam lagu kanak-kanak juga terdapat lagu unsur nasihat.
Lagu ucapan adalah lagu yang mengandungi frasa ucapan seperti selamat datang, selamat
pagi ataupun selamat pulang. Selain itu lagu yang berunsur nasihat juga mengandungi
peringatan yang boleh dijadikan panduan hidup. Kebiasaanynya lagu-lagu ini mengandungi
nilai-nilai murni, moral dan nasihat sebagai contoh lagu mari bersolat. Seterusnya ialah
kategori lagu rakyat. Hal ini dapat dijelaskan dimana lagu-lagu ini dinyanyikan oleh kanakkanak tanpa disedari kerana mempunyai ilmu untuk diperkenalkan sesuatu tempat, budaya
dan masyarakt sesuatu negara atau tempat. Kebiasaan lagu ini jenis dinyanyikan dalam
bahasa ataupun loghat bahasa tempat asalnya. Contoh lagu rakyat ialah wau bulan. Akhir
sekali kategori lagu kanak-kanak ialah lagu bertema. Lagu kanak-kanak yang kategori
bertema ini selalunya dicipta untuk memenuhi tema-tema dalam pengajaran dan
pembelajaran contohnya tema haiwan, tumbuh-tumbuhan, cuaca dan sebagainya. Contoh
lagu bertema ialah kucing saya, sayang semua dan banyak lagi.

Rajah 2 : Sesi soal jawab

Rajah 3 : Sesi penerangan

4.0 RUMUSAN
Kesimpulannya muzik kanak-kanak adalah merupakan muzik dimana seseorang
kanak-kanak itu dapat meluahkan perasaan gembira, seronok, takut, marah dan sebagainya
apabila terlibat dalam aktiviti nyanyian dan pergerakan lagu kanak-kanak. Selain itu muzik
kanak-kanak juga,merupakan salah medium untuk menyampaikan mesej pengajaran kepada
kanak-kanak yang mendengar muzik tersebut. AKtiviti seperti nyanyian juga dapat
membantu menggalakkan perkembangan sosioemosi, kognitif, fizikal dan kreativiti kanakkanak. Perkembangan sosioemosi kanak-kanak dapat dibentuk melalui pernyertaannya di
dalam kumpulan seperti menyanyi dan menari bersama rakan-rakan mereka yang lain.

Rajah 4: Membuat rumusan keseluruhan lagu

You might also like