Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Forum Malaysia Abad Ke-20

Forum 1
KEBANGKITAN RAKYAT
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada abad ke-20, kebangkitan rakyat bukan sahaja berlaku di Tanah Melayu malah turut terjadi di Asia Tenggara dan
Asia Timur. Kebangkitan ini disebabkan oleh semangat memperjuangkan kedaulatan bangsa, agama dan negara
daripada penjajah. Salah satu faktor yang menyumbang kepada kebangkitan rakyat adalah melalui golongan agama.
Golongan agama yang terlibat pada masa ini dikenali sebagai Kaum Muda. Kaum Muda merupakan gelaran yang
diberikan kepada golongan pemuda yang mendapat pendidikan di Timur Tengah dan terdidik dengan perjuangan
Syeikh Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh di bawah gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Gerakan
ini bertujuan untuk menentang pihak imperialis Barat. Mereka berusaha mengajak penuntut-penuntut Melayu Islam
agar sama-sama bangkit menentang penindasan penjajah Barat serta berusaha membebaskan diri dari cengkaman
penjajah. Apabila Kaum Muda ini pulang ke Tanah Melayu, mereka bukan sahaja berusaha menentang penjajah Barat
malah turut berjuang menghapuskan amalan-amalan khurafat yang berleluasa dalam kalangan masyarakat Melayu.
Antara tokoh awal yang terlibat ialah Syeikh Muhammad Tahir Jalaludin, Syeikh Muhammad Salim al-Kalili, Syed
Syeikh Muhammad Aqil dan Haji Abbas Muhammad Taha. Perjuangan golongan ini bukan mudah kerana mendapat
tentangan daripada pelbagai pihak terutamanya daripada pihak Barat dan Kaum Tua iaitu golongan agama yang lebih
mementingkan adat dan kurang berasaskan Islam yang sebenar. Apabila golongan ini dinafikan peluang untuk
menyebarkan pemikiran mereka melalui institusi agama rasmi, mereka bangkit bertindak mendirikan madrasahmadrasah moden bagi menggantikan peranan institusi pondok. Hal ini menyebabkan pendidikan lebih meluas dan
terbuka. Madrasah ini menjalankan sistem pendidikan Islam yang meliputi pendidikan untuk dunia dan akhirat seperti
pendidikan fardhu ain, Ilmu Hisab dan Bahasa Inggeris. Madrasah ini juga membuka peluang kepada pelajar
perempuan untuk mendapatkan pendidikan.
Selain itu, Kaum muda menjadikan akhbar dan majalah sebagai medan perjuangan mereka. Antara majalah yang
terlibat ialah Al-Imam. Majalah Al imam telah diterbitkan di Singapura pada bulan Julai 1909. Al-Imam merupakan
suatu penyimpangan yang radikal dalam lapangan penerbitan di alam Melayu yang bukan sahaja berintelektual malah
cuba menyemaikan suatu falsafah tindakan kepada masyarakat tentang perlunya perubahan sosial dan ekonomi yang
cepat agar masyarakat Melayu mampu menggerakkan sendiri ekonomi dan politik tanpa dipengaruhi oleh Barat.
Sebenarnya Kaum Muda memperjuangkan Siasah Islamiah yang sudah mula dilupakan oleh masyarakat Melayu Islam
di Tanah Melayu hasil daripada Orientalisme Barat. Aliran pemikiran golongan ini kemudiannya diperjuangkan pula
oleh Ustaz Abu bakar Al-Baqir dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy melalui institusi Maahad Il Ihya As Sharif dan
pertubuhan politik Hizbul Muslimin yang cuba mengajak orang Melayu agar bersatu kembali kepada ajaran Islam
sebenar dan tidak terus terleka dengan agenda Barat.
Kesimpulannya, Kaum Muda memainkan peranan penting dalam mencetuskan kesedaran sosial serta menyumbang
kepada kebangkitan rakyat di Tanah Melayu. Namun, setiap idea dan seruan Kaum Muda dalam membangkitkan
semangat nasioanalisme di Tanah Melayu sering kali dikritik oleh golongan Kaum Tua dan penjajah Barat. Walau
bagaimanapun, kedua-dua golongan agama ini sebenarnya memberi sumbangan besar terhadap kebangkitan rakyat
ketika itu.
Sekian, Terima Kasih.

Forum 2

BINCANGKAN FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERANG DUNIA KEDUA TERCETUS


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Perang Dunia Kedua meletus pada tahun 1939 dan berlarutan sehingga tahun 1945 merupakan
peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden.
Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara di dunia dengan pertempuran di beberapa medan
utama berlaku secara serentak dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa. Perang Dunia Kedua ini
melibatkan dua belah pihak iaitu Kuasa Bersekutu (perikatan negara-negara Komanwel, Perancis,
Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China) dengan Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman,
Itali, dan Jepun). Perang Dunia Kedua mencatatkan sejarah penting apabila kuasa udara memainkan
peranan utama buat pertama kalinya. Malah, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia Kedua
merupakan serangan bom Jerman terhadap Poland, sementara operasi pertempuran terakhir adalah
serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki. Peperangan ini juga mempelihatkan Amerika Syarikat
keluar daripada dasar mengasingkan diri dan kebangkitan semula Jerman dan Jepun sebagai kuasa
industri utama dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia.
Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
yang ditubuhkan oleh Kuasa Bersekutu yang menang agar pertelingkahan yang sebegitu besar dan
menjahanamkan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.
Antara faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua adalah disebabkan oleh Perjanjian Versailles. Jerman yang
kalah dalam Perang Dunia Pertama menganggap syarat Perjanjian Versailles berat sebelah. Jerman
menganggap perjanjian tersebut merupakan satu hinaan kepada mereka. Oleh itu, setelah memerintah
Jerman, Adolf Hitler telah mencabuli syarat Perjanjian Versailles. Beliau telah bertindak dengan
menubuhkan Tentera Udara Jerman, menghidupkan semula dasar kerahan tenaga bagi membentuk
pasukan tentera, menawan wilayah Rhineland dan Saar yang diserahkan kepada Perancis, memasukkan
Austria ke dalam penguasaan Jerman, menyerang dan berjaya menakluki Czechoslovakia serta
menyerang Poland. Tindakan Jerman menyerang Poland mendorong Perancis dan Britain
mengisytiharkan perang ke atas Jerman sekaligus mencetuskan Perang Dunia Kedua.
Selain itu, dasar Pemodenan Meiji yang berjaya memacu ekonomi Jepun sehingga menjadi negara
industri yang kuat turut menjadi penyumbang kepada tercetusnya Perang Dunia Kedua. Hal ini kerana
dalam mendapatkan bekalan bahan mentah dan pasaran, Jepun telah melaksanakan dasar imperialisme.
China dan Manchuria menjadi sasaran Jepun. Pihak Belanda, Britain, Amerika Syarikat dan Perancis
berasa bimbang terhadap dasar imperialisme Jepun ke kawasan lain seperti Indo-China dan Asia
Tenggara akan menjejaskan kepentingan mereka. Oleh itu, berlakulah Perang Dunia Kedua demi menjaga
kepentingan masing-masing.
Faktor lain ialah perubahan politik di Russia di mana berlakunya perang saudara yang menyebabkan
komunis berjaya mengalahkan pihak yang dibantu Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Jepun.
Vladimir Lenin mengukuhkan ideologi komunis dan membentuk USSR - Union of Soviet Socialist
Republics (Kesatuan Republik Sosialis Soviet) pada 1922 dan digantikan oleh Lenin pada 1924. Selain
itu, Jepun menguasai Asia Timur dan Asia Tenggara kerana mendakwa mereka bertanggungjawab
membebaskan asia daripada cengkaman barat. Masalah kemelesetan ekonomi 1929 di Amerika Syarikat
yang merebak ke seluruh dunia juga menjadi faktor berlakunya Perang Dunia Kedua.
Sebagai kesimpulan, faktor tercetusnya perang ini terbahagi kepada aspek politik, ekonomi dan sosial.

Forum 3
BINCANGKAN PERANAN PARTI-PARTI POLITIK DALAM PERJUANGAN KEMERDEKAAN
Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat yang mana ia merupakan tarikh kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu seperti yang dijanjikan oleh kerajaan British dalam Perjanjian London 1956. Namun, dalam
mencapai kemerdekaan ini, pelbagai usaha telah dilakukan oleh setiap parti politik yang terdapat di Tanah
Melayu. Peranan parti politik dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu :
UMNO (United Malays National Organisation)
UMNO secara rasminya ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Matlamat awal penubuhan UMNO adalah untuk
menentang gagasan Malayan Union dan menyatupadukan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Pemimpin
pertamanya ialah Dato Onn Jaafar. Cadangan Dato Onn untuk membuka keahlian parti kepada semua
bangsa untuk memupuk perpaduan kaum tidak dipersetujui oleh ahli-ahli UMNO. Penentangan ahli parti
menyebabkan Dato Onn meletak jawatan pada tahun 1951. Kepimpinan UMNO kemudiannya diambil alih
oleh Tunku Abdul Rahman dan menukar konsep perjuangan UMNO dari Hidup Melayu kepada Merdeka.
Di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman, beliau cuba menggerakkan segala usaha untuk mencapai
kemerdekaan dengan menggabungkan parti-parti politik yang ada sehingga terbentuknya Parti PERIKATAN
yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC pada tahun 1954. Sejak itu, UMNO menjadi teras utama
pergerakan ke arah mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.
PAS (Parti Agama Se-Malaya)
Kemunculan PAS dalam sejarah politik Tanah Melayu bermula sejak 23 Ogos 1951 apabila para ulama yang
bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulama SeMalaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) 24 November
1951. Ini merupakan permulaan sejarah PAS yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah organisasi
politik-dakwah yang penting di Malaya. Kemunculan PAS dikaitkan dengan pengaruh beberapa gerakan
Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di
Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini masuk ke Tanah Melayu melalui para ulama yang belajar di Mesir, Mekah,
India dan Indonesia. Perkara asas yang diperlukan dalam perjuangan para ulama atau golongan agama ini
ialah sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama
dalam mengembalikan kedaulatan Tanah Melayu yang sedang dijajah oleh Inggeris. Kesedaran ini
kemudiannya mewujudkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin
pada 1948. PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui
landasan demokrasi. Para ulama menolak bentuk-bentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi
ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah. Sejak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan
politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk
menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan
Islam sejak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS
berbicara soal kemerdekaan yang menegakkan hukum Islam. PAS juga menolak kerakyatan jus soli yang
merugikan peribumi dan mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka.
MIC (Malaysian Indian Congress)
MIC ditubuhkan pada Ogos 1946. Yang Dipertua Kongres pertama ialah John A. Thivy. Beliau pernah
terlibat dalam Persatuan Pusat India di Tanah Melayu dan gerakan kemerdekaan India. MIC bermula dengan
penggabungan persatuan-persatuan India yang terdapat di Tanah Melayu. Hasil daripada penggabungan ini,

maka lahirlah parti MIC. Pada peringkat awal perjuangannya, parti ini bertujuan menyokong perjuangan
kemerdekaan di India. MIC juga kurang mendapat sambutan dalam kalangan orang India di Tanah Melayu.
Namun, setelah India mencapai kemerdekaan pada tahun 1947, MIC lebih memberikan tumpuan kepada
kegiatan politik di Tanah Melayu. Selain itu, parti MIC juga bermatlamat mengetengahkan isu-isu kerakyatan
yang merupakan salah satu isu utama di Tanah Melayu. Dapatlah dikatakan bahawa matlamat utama
penubuhannya ialah untuk menjaga kepentingan politik, ekonomi, dan sosial kaum India di Tanah Melayu
serta menjadi saluran kerjasama dengan kaum lain bagi memperjuangkan kemajuan bersama.
MCA (Malaysian Chinese Association)
Parti politik ini berfungsi sebagai parti masyarakat Cina yang ditubuhkan oleh Tan Cheng Lock. Dua
matlamat utama parti ini ialah orang Cina mesti menjadikan MCA sebagai sebuah badan yang menyatukan
seluruh masyarakat Cina dari semua peringkat dan yang kedua, perlu bekerjasama dengan semua bangsa di
Tanah Melayu. Beliau juga mendesak supaya masyarakat Cina berusaha memperluaskan semangat
kebangsaan mereka dengan mencurahkan taat setia kepada Tanah Melayu. Penubuhan parti ini dialu-alukan
oleh pihak pemerintahan Inggeris. Di samping itu, MCA juga berperanan sebagai suatu langkah dalam
mengelakkan orang Cina daripada terlibat dengan Parti Komunis Malaya (PKM) dan lebih penting lagi
sebagai wadah politik kepada masyarakat Cina. Keadaan ini berlaku disebabkan pada awalnya orang Cina
dilabelkan sebagai komunis dan bersikap oportunis dan telah dikatakan memberi sokongan penuh kepada
pergerakan komunisme. MCA akhirnya bergabung dengan UMNO dan MIC dan membentuk Parti Perikatan
pada tahun 1955.
Kesimpulannya, dapatlah dibuktikan bahawa parti-parti politik ini menyumbang kepada kemerdekaan negara
pada 31 0gos 1957. Oleh itu, sebagai rakyat yang hidup pada zaman merdeka, janganlah kita lupa akan
peranan parti-parti ini dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air.
Sekian, terima kasih.

Forum 4
PENGISIAN KEMERDEKAAN
MASIH RELEVANKAH WAWASAN 2020. BINCANGKAN.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, Perdana Menteri Malaysia pada
ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "MalaysiaMelangkah ke Hadapan" yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja tentang matlamat Malaysia
menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020". Wawasan 2020
bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan tindak balas kepada perkembangan ekonomi, sosial
dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang memberi cabaran hebat kepada negara.
Wawasan ini diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus
diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh negara. Matlamat terakhir
yang diimpikan ialah pembentukan sebuah negara yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan
yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah merangkumi segala aspek kehidupan
iaitu politik, ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Apa yang dirancangkan, menjelang
tahun 2020, Malaysia menjadi sebuah negara merdeka yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari,
progresif dan makmur. Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang
demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang
tinggi. Namun, persoalannya kini, masih relevenkah Wawasan 2020 ini?
Pada pendapat saya, Wawasan 2020 sudah tidak lagi releven. Saya berkata sedemikian kerana pada
perbentangan Bajet 2017 yang lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan
bahawa Wawasan 2020 akan digantikan dengan Transformasi Nasional 2050 (T50). Transformasi Nasional
2050 (T50) mungkin akan menjadi senjata yang paling ampuh bagi membunuh Wawasan 2020 yang
dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Datuk Seri Najib Tun
Abdul Razak mengatakan bahawa legasi lama itu harus diganti dengan yang baru demi masa depan Malaysia
yang diharapkan dicapai pada tahun 2050. Visi T50 ini yang diumumkan Perdana Menteri pada ucapan Bajet
2017 dilihat sebagai serangan berani dan terbesar terhadap legasi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad. Selain itu, Datuk Seri Najib menganggap T50 sebagai azimat kerajaan dan rakyat untuk masa
depan negara bagi tempoh 30 tahun akan datang. Namun, berbeza pula halnya jika negara ini masih dibawah
pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Hal ini berkemungkinan Malaysia masih tidak terlalu jauh dengan
hasrat Perdana Menteri Malaysia Keempat itu. Namun begitu, atas beberapa faktor seperti faktor kepimpinan
yang berbeza, sukar untuk Malaysia mencapai Wawasan 2020 tersebut pada tempohnya. Oleh itu, bagi hemat
saya, Wawasan 2020 sudah tidak lagi relevan untuk digunapakai pada waktu ini.
Sekian, terima kasih.

You might also like