Proposal Kajian SPSK Full

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 36

PROPOSAL

HUBUNGAN ANTARA SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI (SPSK)


DENGAN KUALITI DAN PRODUKTIVITI GURU PENDIDIKAN ISLAM DI
SEKOLAH RENDAH DAERAH PETALING PERDANA

SENARAI KANDUNGAN
BAB 1...........................................................................................................................3
PENDAHULUAN...........................................................................................................3
1.0

Pengenalan.....................................................................................................3

1.1

Latar Belakang Kajian.....................................................................................5

1.2

Penyataan Masalah.........................................................................................8

1.3

Objektif Kajian.................................................................................................9

1.4

Persoalan Kajian.............................................................................................9

1.5

Hipotesis Kajian.............................................................................................10

1.6

Kepentingan Kajian.......................................................................................12

1.7

Andaian dan Limitasi Kajian..........................................................................13

1.7.1

Negeri dan sekolah.................................................................................13

1.7.2

Faktor-Faktor Kualiti Dan Produktiviti Guru............................................14

1.8

Definisi Operasional......................................................................................14

1.8.1

Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK)..........................................14

1.8.2

Sekolah Rendah (Primary School)`........................................................15

1.8.3

Kualiti......................................................................................................16

1.8.4

Produktiviti..............................................................................................16

BAB 2.........................................................................................................................17
SOROTAN LITERATUR.............................................................................................17
2.0

Pendahuluan.................................................................................................17

2.1

Sistem Pengurusan Sekolah.........................................................................17

2.2

Pengurusan dan Kepimpinan........................................................................18

2.3

Kualiti dan Produktiviti...................................................................................20

2.4

Peranan Guru Pendidikan Islam...................................................................23

2.5

Kerangka Teoritikal........................................................................................25

2.5.1.1

Teori Naive Psychology.......................................................................26

2.5.1.2

Teori Deming.......................................................................................26

BAB 3.........................................................................................................................27
METODOLOGI...........................................................................................................27
3.0

Pendahuluan.................................................................................................27

3.1.

Reka Bentuk Kajian.......................................................................................27

3.2.

Populasi dan Persampelan...........................................................................28

3.3.

Lokasi Kajian.................................................................................................29
2

3.4.

Instrumen Kajian...........................................................................................29

3.5.

Kebolehpercayaan Instrumen.......................................................................30

3.6.

Kesahan Instrumen.......................................................................................31

3.7.

Prosedur Kajian.............................................................................................31

3.8.

Analisis Data..................................................................................................32

RUJUKAN...................................................................................................................33

BAB 1
PENDAHULUAN
1.0

Pengenalan

Bab ini akan membincangkan beberapa aspek penting berkaitan dengan kajian.
Aspek-aspek tersebut merangkumi latar belakang kajian, penyataan masalah,
objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan dan limitasi kajian, serta definisi
operasional yang digunakan.
Isu kualiti merupakan satu isu global pada masa kini. Tanpa kualiti, pasaran produk
mahupun berkhidmatan tidak akan berkembang dengan jayanya. Perkhidmatan
yang berkualiti menjadi ciri utama untuk sesebuah organisasi itu menjadi kompetitif
dan berdaya saing.
Dalam konteks perkhidmatan awam, kualiti di lihat lebih kepada perkhidmatan yang
dapat memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan termasuklah memberikan
maklumbalas yang cekap kepada kehendak pelanggan, memberikan perkhidmatan
yang cepat dan mesra, kebolehpercayaan yang tinggi dan ketepatan fakta yang
diberikan. Standard pula membawa maksud keseragaman bagi mengeluarkan
sesuatu produk atau perkhidmatan manakala standard kualiti pula membawa
pengertian yang menjurus kepada tahap yang perlu dicapai oleh organisasi bagi
tujuan kepuasan pelanggan. Secara keseluruhannya, sistem standard kualiti
merupakan cara mengendalikan kerja bagi mengeluarkan sesuatu produk atau
perkhidmatan yang tidak tertumpu kepada produk atau perkhidmatan tetapi lebih
menitikberatkan kepada proses bagaimana produk atau perkhidmatan tersebut
dikeluarkan (Abd Rahim dan Khadijah Daud, 2014).
Di Malaysia, Sistem Pengurusan Kualiti mula diperkenalkan secara rasmi di dalam
pentadbiran awam pada 24 Jun 1990 dengan penerbitan buku Panduan Pengurusan
dan Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Awam. Seterusnya beberapa panduan telah
dikeluarkan seperti Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1996
Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan Awam ,
4

Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 1997, Panduan


Tambahan Mengenai Pelaksanaan MS ISO 9000 dan Skim Pensijilan Sistem Kualiti
Oleh Agensi Kerajaan dan Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2
Tahun 2002 Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000:2000 Dalam
Perkhidmatan Awam. Terkini, Surat Panduan Pelaksanaan MS ISO 9001:2008
Dalam Perkhidmatan Awam oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU) bertarikh 1 Januari 2010 telah diedarkan ke semua
agensi awam di mana panduan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan
kefahaman agensi Sektor Awam mengenai keperluan-keperluan standard dan
melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan standard MS ISO 9001:2008.
Standard SPK ini ialah standard ISO 9000 yang ditetapkan oleh International
Organisation For Standardization (ISO) dan diterima pakai oleh Jabatan Standard
Malaysia (MS).
Pendidikan berkualiti merupakan salah satu perkara penting dalam menentukan
perkembangan kemajuan dan kemakmuran negara. Pendidikan yang berkualiti
menjadi peneraju dalam membangunkan modal insan yang berpengetahuan,
berkemahiran dan berkeperibadian mulia. Ini dapat dikukuhkan dengan sejarah telah
membuktikan bahawa dengan pendidikanlah ianya dapat membina tamadun
sesebuah masyarakat. Oleh itu, kualiti pendidikan negara perlulah ditingkatkan
secara menyeluruh dan berterusan supaya selaras dengan misi Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf
dunia. Ini terkandung di dalam Indeks Prestasi Utama atau Key Performance Index
(KPI) satu teras Bidang Keberhasilan Utama Negara atau National Key Result Area
(NKRA) iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di bidang pendidikan pula telah bermula
dengan Sekolah Kebangsaan Indera Kayangan, Kangar sebagai sekolah rendah
pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan persijilan ISO 9002 pada tahun
1996. Manakala bagi sekolah menengah pula, Sekolah Menengah Kebangsaan
Derma, Kangar, Perlis juga menjadi sekolah menengah kebangsaan pertama di
Malaysia yang mendapat pengiktirafan ISO 9002 pada tahun yang sama (Berita
Pengurusan & Kepimpinan,1997)

Objektif utama pelaksanaan sistem pengurusan kualiti adalah untuk memastikan


kepuasan pelanggan luaran dan dalaman serta mempertingkatkan lagi prestasi,
produktiviti dan kualiti kerja organisasi bagi jangka panjang, Waldman (1994).
Kejayaan pelaksanaan sistem kualiti akan dapat dilihat melalui output berkualiti
kepada pelanggan. Kajian oleh Tan, Kannan, Hanfield dan Ghosh (2000)
menunjukkan bahawa kualiti merupakan satu faktor yang kritikal dalam menjana
kejayaan sesuatu organisasi menerusi peningkatan produktiviti. Begitu juga kajian
oleh John Troth yang dipetik oleh Sargent (1993) ke atas Dennis Ruaborn Ltd
berkaitan kesan pelaksanaan TQM menunjukkan produktiviti syarikat meningkat
sepanjang 10 tahun, dari 1978 hingga 1988. Sebelum ini tidak ada bukti yang boleh
dirujuk tentang kesan melaksanakan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) di
sekolah. Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor sebagai penyelaras
program SPSK memerlukan fakta dan bukti kepada semua pihak tentang kesan
yang boleh dicapai jika sesebuah sekolah itu melaksanakan SPSK secara
menyeluruh dan patuh.
1.1

Latar Belakang Kajian

Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam, guru


pendidikan Islam dilihat dalam masyarakat sebagai contoh terbaik atau role model
yang membentuk insan yang berakhlak dan bertakwa. Peranan Pendidikan Islam
membentuk personaliti pelajar yang mencakupi aspek emosi, intelek, rohani dan
jasmani seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Pembangunan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia ialah agenda utama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Berdasarkan agenda penting ini, guru Pendidikan Islam merupakan golongan
terpenting yang secara langsung untuk melaksanakan daya usaha dan pendekatan
sistem pengurusan dan pengajaran untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan
memastikan hasil-hasil pembelajaran yang maksimum diperoleh pelajar di sekolah.
Oleh itu, guru perlu lebih kreatif dan inovatif untuk memastikan sistem pemgurusan
sekolah dan produktiviti guru dalam pengurusan sekolah dan amalan pengajaran
menjadi lebih efektif, menarik, menyeronokkan dan dapat merangsang minat pelajar
untuk belajar. Faktor guru adalah signifikan dalam mempengaruhi minat dan
6

komitmen pelajar terhadap pelajaran serta berpotensi mengubah sikap dan status
pelajar terhadap sesuatu kurikulum (Salleh 2003; Hattie 2003) dalam Lail Abdul
Wahab 2011).
Dalam konteks ini pengurusan kualiti merupakan satu set prinsip dan kaedah
organisasi yang digunakan sebagai satu strategi yang komprehensif untuk mencapai
kepuasan pelanggan. Ianya dilaksanakan melalui pengurangan kos kualiti dan
penggemblengan tenaga seluruh warga organisasi (Perigord, 1990). Hakikatnya
pengurusan kualiti adalah suatu kaedah pengurusan perniagaan yang holistik, dan
mengikut Shoji, Graham dan Walden (1993) terdapat tiga dimensi utama iaitu:
a) Penglibatan menyeluruh pekerja iaitu pembabitan pekerja yang merangkumi
setiap bahagian dan jabatan. Oleh kerana itu ia tidak tertakluk hanya sematamata kepada pekerja di jabatan pengeluaran tetapi juga daripada jabatan
jualan dan pemasaran, jabatan pembangunan sumber manusia, jabatan
kewangan dan sebagainya,
b) Kepuasan menyeluruh pelanggan yang bertitik tolak daripada bagaimana
mungkinnya sesuatu kehendak dan keperluan pelanggan yang telah pun
disepakati secara bersama dapat disempurnakan oleh organisasi, dan
c) Penambahbaikan kualiti berterusan yang bermaksud bahawa pekerja
sentiasa bertindak untuk menyediakan perkhidmatan dan produk yang lebih
baik daripada apa yang telah disediakan sebelumnya. Penambahbaikan
kualiti dilaksanakan sama ada secara inovasi atau pun perlahan-lahan namun
berkekalan untuk selama-lamanya.
Ketiga-tiga dimensi ini masing-masing menunjukkan tentang betapa pentingnya
pekerja bertindak mengikut kehendak dan keperluan pelanggan. Dan inilah yang
menjadi fokus dan maksud pengurusan kualiti itu sendiri.
Sekolah sebagai institusi pendidikan formal telah banyak mengalami perubahan dan
perkembangan. Hari ini sekolah tidak lagi hanya berfungsi untuk menyampaikan
asas pedagogi yang menjadi sebab kewujudannya pada masa lepas. Sekolah juga
bukan hanya berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan
manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang
bersahsiah baik serta memahami tanggungjawabnya. Pengetua dan guru-guru
7

mestilah profesional serta kompeten dalam melahirkan pelajar-pelajar yang bersedia


menghadapi persekitaran baru yang lebih mencabar (Abdul Shukor, 2004).
Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap amalan SPSK iaitu
Pengurusan Panitia, Pengurusan Jadual Waktu, Pengurusan Pembelajaran dan
Pengajaran, Pengurusan Peperiksaan dan Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid
di sekolah rendah. Selain itu peranan guru Pendidikan Islam juga amat penting
dalam pengurusan sekolah malahan melahirkan guru yang berkualiti dalam
produktiviti guru. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kualiti dan
produktiviti guru iaitu Pengetahuan, Kemahiran, Kepimpinan dan Personaliti dan
mengenal pasti hubungan antara amalan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti
(SPSK) termasuklah Pengurusan Panitia, Pengurusan Jadual Waktu, Pengurusan
Pembelajaran dan Pengajaran, Pengurusan Pencerapan, Pengurusan Peperiksaan
dan Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid) dengan kualiti dan produktiviti guru
(Pengetahuan, Kemahiran, Kepimpinan dan Personaliti. Kajian yang dijalankan ini
juga bertitik tolak daripada kajian terdahulu yang dilakukan oleh Abd Rahim Abdul
Rahman, Khadijah Daud (2014) berkaitan Hubungan Pengurusan Sistem Sekolah
Kualiti Dengan Produktiviti Guru di sekolah Rendah Rintis Daerah Johor Bahru.
1.2

Penyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap pelaksanaan SPSK di sekolah rendah
harian di Daerah Petaling Perdana dan hubungannya dengan kualiti dan produktiviti
guru terutamanya guru Pendidikan Islam. Selain itu, ia juga ingin melihat adakah
dapatan kajian yang akan diperoleh dapat menyokong tujuan pelaksanaan SPSK ini
dan sekaligus menjadi salah satu alternatiif terbaik bagi sekolah dalam
meningkatkan prestasi kurikulum mereka. SPSK boleh bertindak balas sebagai satu
sistem pengurusan kualiti sekolah di mana semua pihak yang terlibat sama ada
pelajar, guru, pentadbir sekolah serta kakitangan sokongan tahu dan jelas tentang
tugas mereka berdasarkan prosedur kerja yang terdapat di dalam dokumen kualiti.
Kajian ini juga ingin melihat adakah objektif pelaksanaan SPSK iaitu 100%
pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan di sekolah rendah harian di Daerah

Petaling Perdana ini dapat menaikkan prestasi kurikulum di sekolah tersebut. Di


mana persoalan ini akan dijawab melalui kajian yang akan dijalankan kelak.
Berdasarkan dapatan kajian-kajian lepas, pengkaji mendapati bahawa antara halangan
dalam pelaksanaan ISO ialah sukar mendapat komitmen pekerja (Brown,Wiele dan
Loughton ,1997;Carlsson dan Carlsson,1998), kurang sokongan dari pihak pentadbir
(Tang dan Kam, 1997), masalah mendokumentasi (Lipovatz, 1998), penolakan oleh staff
(Tang dan Kam,1997), kurang memahami keperluan standard oleh staf (Tang dan
Kam,1997; Brown,Wiele dan Loughton,1997), terlalu banyak kawalan dokumen (Tang
dan Kam , 1997), masalah masa dan kos (Erel dan Ghosh,1997), dan ketidaklenturan
(rigidity) standard atau piawai (Brown , Wiele dan Loughton,1997).
Menyedari kepentingan pelaksanaan SPSK dan memahami bahawa terdapat pelbagai
halangan terhadap kelancaran pelaksanaan SPSK yang mengikut acuan MS ISO
9001:2008 di dalam sistem pendidikan, maka kajian yang bertitik tolak daripada kajian

Abd Rahim Abdul Rahman, Khadijah Daud (2014) yang berkaitan Hubungan
Pengurusan Sistem Sekolah Kualiti Dengan Produktiviti Guru di sekolah Rendah
Rintis Daerah Johor Bahru akan dijalankan. Tujuan kajian ini adalah untuk
menentukan tahap pelaksanaan SPSK dan hubungannya dengan kualiti dan produktiviti
guru di sekolah yang mengamalkan SPSK. Justeru itu, pengkaji ingin mengenal pasti
adakah pelaksanaan SPSK ini mampu melahirkan guru-guru yang berkualiti dan
produktiviti atau SPSK mempunyai pengaruh terhadap kualiti dan produktiviti guru
mengikut dimensi dimensinya.

1.3

Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat tahap pelaksanaan SPSK terhadap
peningkatan kualiti dan produktiviti guru. Selain itu, ia juga bertujuan melihat adakah
wujud hubungkait antara tahap pelaksanaan di sekolah yang mengamalkan SPSK
dengan kualiti dan produktiviti guru di mana hubungan ini berdasarkan kepada
dimensi kualiti dan produktiviti guru berdasarkan dapatan Rahmah (1997).

Objektif kajian ini adalah untuk :


a) Mengenal pasti tahap amalan SPSK iaitu Pengurusan Panitia, Pengurusan
Jadual Waktu, Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran, Pengurusan
Peperiksaan dan Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid di sekolah rendah
Petaling Perdana.
b) Mengenal pasti tahap kualiti dan produktiviti guru iaitu Pengetahuan,
Kemahiran, Kepimpinan dan Personaliti di sekolah rendah Petaling Perdana.
c) Mengenal pasti hubungan antara amalan SPSK (Pengurusan Panitia,
Pengurusan Jadual Waktu, Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran,
Pengurusan
Semakan

Pencerapan,

Hasil

Kerja

Pengurusan

Murid)

dengan

Peperiksaan
kualiti

dan

dan

Pengurusan

produktiviti

guru

(Pengetahuan, Kemahiran, Kepimpinan dan Personaliti).

1.4

Persoalan Kajian

Bagi mencapai objektif kajian di atas, pengkaji membentuk beberapa persoalan


kajian tentang aspek berkaitan SPSK di sekolah rendah harian dalam Daerah
Petaling Perdana. Antara persoalan kajian adalah seperti berikut:
a) Apakah tahap amalan SPSK iaitu Pengurusan Panitia, Pengurusan Jadual
Waktu, Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran, Pengurusan Peperiksaan
dan Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid di sekolah rendah Petaling
Perdana?
b) Apakah tahap kualiti dan produktiviti guru iaitu Pengetahuan, Kemahiran,
Kepimpinan dan Personaliti di sekolah rendah Petaling Perdana?
c) Apakah hubungan antara amalan SPSK (Pengurusan Panitia, Pengurusan
Jadual Waktu, Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran, Pengurusan
Pencerapan, Pengurusan Peperiksaan dan Pengurusan Semakan Hasil Kerja
Murid) dengan kualiti dan produktiviti guru (Pengetahuan, Kemahiran,
Kepimpinan dan Personaliti)?

10

1.5

Hipotesis Kajian

Hipotesis nol dibina bagi menjawab soalan-soalan kajian yang dicadangkan, iaitu:
Ho1.

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan SPSK


dengan kualiti dan produktiviti guru dari segi Pengetahuan.
Ho1A : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Pengurusan
Panitia dengan Pengetahuan.
Ho1B : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Pengurusan
Jadual Waktu dengan Pengetahuan.
Ho1C : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Pengurusan
Pembelajaran dan Pengajaran dengan Pengetahuan.
Ho1D : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Pengurusan
Peperiksaan dengan Pengetahuan.
Ho1E : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Pengurusan
Semakan Hasil Kerja Murid dengan Pengetahuan.

Ho2

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan SPSK


dengan kualiti dan produktiviti guru dari segi Kemahiran.
Ho2A : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Pengurusan
Panitia dengan Kemahiran.
Ho2B : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Pengurusan
Jadual Waktu dengan Kemahiran.
Ho2C : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Pengurusan
Pembelajaran dan Pengajaran dengan Kemahiran.

11

Ho2D : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Pengurusan


Peperiksaan dengan Kemahiran.
Ho2E : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Pengurusan
Semakan Hasil Kerja Murid dengan Kemahiran.
Ho3.

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan SPSK


dengan kualiti dan produktiviti guru dari segi Personaliti.
Ho3A : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Pengurusan
Panitia dengan Personaliti.
Ho3B : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Pengurusan
Jadual Waktu dengan Personaliti.
Ho3C : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Pengurusan
Pembelajaran dan Pengajaran dengan Personaliti.
Ho3D : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Pengurusan
Peperiksaan dengan Personaliti.
Ho3E : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Pengurusan
Semakan Hasil Kerja Murid dengan Personaliti.

Ho4.

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan SPSK


dengan kualiti dan produktiviti guru dari segi Kepimpinan.
Ho4A : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Pengurusan
Panitia dengan Kepimpinan.
Ho4B : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Pengurusan
Jadual Waktu dengan Kepimpinan.
Ho4C : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Pengurusan
Pembelajaran dan Pengajaran dengan Kepimpinan.
12

Ho4D : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Pengurusan


Peperiksaan dengan Kepimpinan.
Ho4E : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Pengurusan
Semakan Hasil Kerja Murid dengan Kepimpinan.
1.6

Kepentingan Kajian

Apabila Sektor Jaminan Kualiti, mula memperkenalkan sistem pengurusan kualiti ke


sekolah yang menjurus kepada pemantapan pembelajaran dan pengajaran, maklum
balas yang didapati dari pihak pengurusan sekolah agak mengecewakan dan
hambar. Rata-rata mereka mempersoalkan apakah dengan adanya sistem
pengurusan kualiti ini akan dapat membantu mereka mengurus pembelajaran dan
pengajaran dengan baik dan berkesan. Tambahan pula, terdapat segelintir daripada
mereka bersungut seolah-olah sistem pengurusan kualiti akan menambah beban
kepada mereka. Melalui kajian yang dijalankan, pengkaji ingin membuktikan
keberkesanan sistem pengurusan kualiti ini serta hubungannya dengan produktiviti
dan kualiti guru.
Selain itu, kajian tentang hubungan SPSK dengan kualiti dan produktiviti dalam
kalangan guru Pendidikan Islam di Sekolah rendah Petaling Perdana ini amat
penting untuk perkembangan ilmu itu sendiri. Hal ini kerana, sebelum ini, tidak
terdapat kajian yang melihat hubungan antara SPSK dengan kualiti dan produktiviti
secara serius. Maka, keputusan yang didapati daripada kajian ini kelak akan menjadi
perintis kepada kajian-kajian yang berkaitan sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Penyelidik telah membuat pemerhatian secara kasar tentang hubung kait
antara SPSK dan kualiti dan produktiviti guru dan didapati ia amat menarik untuk
diteroka bagi melihat hubungan SPSK dengan kualiti dan produktiviti kerjaya guru
Pendidikan Islam di sekolah Peraling Perdana yang dikaji.
Jika tiada hubungan ini bermaksud untuk melaksanakan SPSK ianya tidak
bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan personaliti guru-guru. Ini selaras
dengan konsep MS ISO di mana SPSK itu adalah bersifat mesra pengguna dan ini
secara tidak langsung dapat membantu pihak pentadbir meningkatkan prestasi
13

kurikulum sekolah tanpa mengira sama ada guru-guru di sekolah berpengetahuan


tinggi atau rendah, berkemahiran tinggi atau rendah dan berpesonaliti baik atau
tidak.
1.7

Andaian dan Limitasi Kajian

Kajian ini tertumpu kepada amalan SPSK terhdap tahap kualiti dan produktiviti guru
iaitu Pengetahuan, Kemahiran, Kepimpinan dan Personaliti di sekolah kajian.
Sekolah yang dipilih hanyalah terbatas di sekolah rendah harian dalam Daerah
Petaling Perdana Selangor. Kajian ini terhad kepada batasan-batasan seperti
berikut:

1.7.1 Negeri dan sekolah


Kajian ini hanya akan dijalankan di sekolah rendah harian dalam Daerah Petaling
Perdana Selangor. Hal ini kerana, pengkaji merupakn guru di salah sebuah sekolah
tersebut.

1.7.2 Faktor-Faktor Kualiti Dan Produktiviti Guru


Kajian ini terbatas dari aspek faktor-faktor kualiti dan produktiviti guru di mana faktorfaktor lain tidak dijadikan pembolehubah.

1.8

Definisi Operasional

Berikut adalah definisi operasional bagi istilah-istilah penting yang digunakan dalam
kajian ini:
1.8.1 Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK)
Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti atau singkatannya SPSK adalah sebuah sistem
yang

dibangunkan

hasil

garapan

dan

berpandukan

kepada

Sistem

PengurusanKualiti sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini. Asas sistem bagi


14

SPSK ini pula adalah daripada seksyen-seksyen yang terdapat dalam Sistem
Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO9001:2008 yang terdiri daripada lapan seksyen.
Tumpuan yang diberikan dalam SPSK adalah kepada prosedur-prosedur kerja yang
berkaitan

dengan

pengurusan

kurikulum

sekolah

rendah

dan

menengah.

Berdasarkan seksyen, sebanyak 14 prosedur telah dibangunkan untuk memenuhi


keperluan-keperluan yang ada dalam SPK MS ISO 9001:2008 termasuklah yang
utama iaitu dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan
menjamin kepuasan hati pelanggan yang tinggi.
Tumpuan utama dalam SPSK adalah pemantapan dari segi pengurusan dan
pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di sekolah seluruh
negeri Selangor. SPSK didokumenkan berdasarkan kepada prosedur kualiti MS ISO
9001:2008 dengan matlamat menyediakan semua sekolah di negeri Selangor ke
arah sekolah bertaraf dunia (Jabatan Pendidikan Selangor)
Dalam kajian ini, Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) adalah merujuk kepada
keseluruhan sistem pengurusan kualiti yang dibangunkan oleh Jabatan Pelajaran
Selangor dan Sektor Jaminan Kualiti sebagai pelaksana program ini. Manual kualiti
SPSK ini mengandungi 17 prosedur kerja yang meliputi proses-proses kerja
berkaitan dengan pengurusan akademik sekolah. Sebanyak enam prosedur kerja
telah digunakan sebagai panduan bagi membina item soal selidik iaitu :
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

PK01 PENGURUSAN PANITIA


PK03 PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PK04 PENGURUSAN PENCERAPAN
PK05 PENGURUSAN PEPERIKSAAN
PK06 PENGURUSAN SEMAKAN HASIL KERJA MURID
PK10 PENGURUSAN PERKEMBANGAN STAF

1.8.2 Sekolah Rendah (Primary School)`

15

Sekolah rendah yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah sistem pendidikan
kanak-kanak di Malaysia di peringkat umur tujuh hingga 12 tahun iaitu darjah satu
hingga darjah enam. Pada peringkat pendidikan ini, tujuan utama pendidikan rendah
adalah untuk memberi kanak-kanak asas yang kukuh dalam asas-asas kurikulum
umum, dengan penekanan kepada membaca dan mengira.
Sebagaimana dinyatakan di atas, pendidikan rendah adalah bagi kanak-kanak yang
berumur 7-12 tahun, walau bagaimanapun terdapat pengecualian dalam kes kanakkanak yang menghadapi masalah pembelajaran dan berada di dalam program
Pendidikan Khas kerana tiada had umur dalam keadaan ini.
Dalam kajian ini, sekolah rendah bermaksud semua jenis sekolah harian biasa di
daerah Petaling Perdana yang menyediakan pendidikan bagi kanak-kanak normal
berumur tujuh hingga 12 tahun yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan.

1.8.3 Kualiti
Kualiti adalah satu istilah yang relatif. Tokoh-tokoh pengurusan telah memberi difinisi
kualiti seperti nilai (Feigenbaum, 1961) menepati spesifikasi (Gilmore, 1974),
menepati permintaan dan kecacatan sifar (Crosby, 1979), cemerlang (Waterman,
1982), menepati kehendak pelanggan (Parasuraman, 1985), kesesuaian bagi
penggunaan (Juran dan Gryna, 1988) dan pelbagai lagi.
Manakala tokoh-tokoh kualiti seperti Feigenbaum (1961) telah mengemukakan
pendapat bahawa kualiti ditentukan oleh pengguna berasaskan pengalaman
pengguna dengan produk atau perkhidmatan yang diukur berdasarkan keperluan
mereka. Crosby (1979) pula menjelaskan bahawa kualiti merupakan keselarasan
dengan keperluan. Kualiti juga dikaitkan dengan darjah keseragaman, kos yang
rendah dalam pengeluaran, dan disesuaikan dengan pasaran (Deming, 1986).
Cohen dan Brand (1993) pula berpendapat bahawa perspektif kualiti ialah
kesesuaian penggunaan atau menepati keperluan pelanggan. Seterusnya kualiti
adalah penambahbaikan berterusan dalam semua aspek (Bank, 1988)

16

1.8.4 Produktiviti
Penggunaan sumber pengurusan yang sedia ada (input) secara optimum untuk
memberi perkhidmatan (output) yang menepati tahap mutu yang telah ditetapkan .

BAB 2
SOROTAN LITERATUR

2.0

Pendahuluan

17

Bab ini membincagkan beberapa sorotan literatur yang relevan dengan kajian
sebagai sokongan kepada penyelidikan ini. Selain itu, kerangka teoritikal dan teoriteori kajian yang digunakan turut dibincangkan.
2.1 Sistem Pengurusan Sekolah
Pada masa kini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mula mengorak langkah
melaksanakan sistem pengurusan sekolah secara bebas tanpa kawalan dari
Jabatan Pendidikan Negeri untuk meningkatkan kualiti pentadbiran sekolah dan
aspek yang berkaitan seperti aspek kewangan, pembelian dan aspek pengurusan
lain yang ditadbir dengan sara yang sama. Perubahan ini bermula dengan
pengiktirafan sekolah klauster yang diberikan kepada sekolah-sekolah yang
menunjukkan kecemerlangan dalam aspek pengurusan sekolah untuk melahirkan
kemerjadiaan murid.

Dengan adanya autonomi pengurusan di sekolah dapat memilih guru yang boleh
membantu meningkatkan kecemerlangan organisasi dan kecemerlangan sekolah
dengan cara agihan tugas yang sistematik. Sekiranya konsep yang sama digunaka
pakai oleh semua sekolah di MAlaysia, sudah tentu ruguntan tentang bebanan tugas
guru akibat dari agihan tugas yang tidak seimbang di sekolah dapat dikurangkan
kerana semua guru akan cuba menjalankan tugas sebaik yang mungkin agar terus
dikekalkan dalam prganisasi atau sekolah tersebut. Ini secara tidak langsung boleh
mempengaruhi corak agihan tugas guru yang lebih menyeluruh dan tidak hanya
tertumpu kepada sesetengah individu kerana semua individu mahu terlibat dalam
organisasi.
Menurut Abd Rahim Abdul Rahman dan Khadijah Daud (2012),

objektif utama

pelaksanaan sistem pengurusan kualiti adalah menjamin kepuasan pelanggan


luaran dan dalaman serta mempertigkatkan lagi prestasi, produktiviti dan kualiti kerja
organisasi bagi jangka panjang. Menurut Waldman (1994) pula, kejayaan
pelaksanaan sistem kualiti akan dapat dilihat melalui output berkualiti kepada
pelanggan. Kajian oleh Tan, Kannan, Hanfield dan Ghosh (2000) menunjukkan
bahawa kualtii merupakan satu faktor yang kritikal dalam menjana kejayaan sesuatu
organisasi menerusi peningkatan produktiviti. Begitu juga dengan kajian oleh John
18

Troth yang dipetik oleh Dargent (1993) ke atas Dennis Ruaborn Ltd berkaitan kesan
pelaksanaan TQM yang menunjukkan produktiviti syarikat akan meningkat
sepanjang 10 tahun, dari 1978 hingga 1988. Sebelum ini, tidak ada bukti yang
menunjukkan tentang kesan melaksanakan SPSK di sekolah. Sektor Jaminan
Kualiti, JAbatan Pelajaran Johor sebagai penyelaras program SPSK, memerlukan
fakta dan bukti kepada semua pihak tentang kesan yang boleh dicapai jika sesebuah
sekolah itu melaksanakan SPSK secara menyeluruh dan patuh.

2.2

Pengurusan dan Kepimpinan

Pengurusan dan Kepimpinan seorang pendidik adalah faktor utama dalam


menentukan

kejayaan

organisasi.

(Abdul

Shukor

2004,

Atan

et.al

1991;

Edmond;1979; Noordin dan Sharifuddin 2004, Stogdill 1974; Trump 1981). Pendapat
ini menunjukkan bahawa tugas pendidik yang bergelar seorang pengetua mampu
bertindak dengan cemerlang dalam mengurus dan memimpin sekolah. Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengaturkan beberapa starategi bagi memastikan
sekolah diurus dan dipimpin oleh pengetua yang kompeten. Antaranya dengan
melantik pengetua berdasarkan senioriti dalam jawatan serta mengadakan kursuskursus dalam pengurusan dan kepimpinan turut diadakan oleh Jabatan Pelajaran
Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
Ahmad Kilani Mohamed (2007) menjelaskan bahawa pengurusan sekolah yang
cemerlang melibatkan setiap warga sekolah dan pihak berkepentingan pendidikan.
Bagi pihak pemimpin, tidak wujud kuasa berbentuk diktator tetapi menjurus kepada
pengagihan tanggung jawab kepada semua warga sekolah melalui kaedah syura.
Staf pula perlu melaksanakan tanggung jawab dengan amanah, syura, dan adil (Che
Omar, 2008). Manakala, pihak berkepentingan pendidikan seharusnya memberikan
sokongan terhadap usaha baik pihak sekolah untuk menjayakan matlamat
pendidikan negara dan mencegah segala aktiviti yang berupaya menjatuhkan kualiti
pendidikan (Sahar Sidek, 2001). Selanjutnya, Mohd Sahar Sidek (2001) menambah
bahawa

pengurusan

sekolah

dalam

Islam

merupakan

satu

disiplin

yang

mencorakkan kerjasama, perhubungan, dan pembentukan organsiasi yang berdaya


saing bagi mencapai matlamat kejadian insan, iaitu beribadat kepada Allah.
19

Menurut Haizrunnizad Haron (2011)

menyatakan bahawa sistem pengurusan

sekolah berasaskan NKRA KPM secara jelas mengukur kejayaan sesebuah sekolah
yang mana ianya terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan,
iklim, semangat dan budaya yang diamalkan oleh warga sekolah iaitu pelajar,
kakitangan sokongan, guru-guru dan pihak pentadbir termasuk ibu bapa pelajar.
Dapat dilihat bahawa pengukuran yang utama dalam kejayaan sesebuah sekolah
adalah pencapaian akademik dan ini hanya akan dapat dicapai sekiranya kaedah
pengurusan sekolah yang berkualiti diamalkan oleh kepimpinan sekolah.

Menurut Foo Sai Foi dan Tang Keow Ngang (2005) dalam kajiannya menjelaskan
bahawa pengurusan yang dimaksudkan dalam kajian ini menerima hakikat bahawa
para pengurus dan aktiviti-aktiviti kerja seharusnya meningkatkan harga diri dan
kepentingan diri setiap anggota individu, menggunakan pendekatan membuat
keputusan secara pasukan yang bersesuaian, dan menetapkan matlamat - matlamat
prestasi yang tinggi. Kajian-kajian lepas sering mengaitkan pengurusan kolaboratif
dengan variabel-variabel bersandar seperti keberkesanan sekolah, kemajuan
sekolah, kepuasan kerja guru, morale guru, komitmen guru, motivasi guru, kualiti
pengurusan, profesionalisme guru dan komunikasi.
Hussein (1997) menyatakan struktur organisasi boleh memberi pengaruh kepada
budaya sekolah dan seterusnya memberi kesan kepada pengurusan. Cheng (1993),
Schuster (1994), Mohd Ghazali (1996), Daft (1997), Hee (1998), Salim (2000) dan
Linde (2002) merumuskan bahawa perubahan amalan menghala ke pengurusan
kolaboratif memerlukan struktur organisasi yang lebih luwes dan leper. Pendapat
Julaihi (2000) pula menyatakan pentadbir sekolah perlu mempunyai kemahiran
mengolah struktur organisasi untuk mengamalkan pengurusan kolaboratif. Dapatan
yang tidak tekal seperti yang dinyatakan mewajarkan penyelidikan lanjut dijalankan
dalam aspek pengurusan kolaboratif. Kajian-kajian lepas menunjukkan kebanyakan
faktor demografi pengetua mempunyai hubungan yang signifikan terhadap
pengurusan dalam keadaan yang berbeza-beza. Namun demikian, faktor-faktor
demografi seperti jantina dan umur lebih memberi kesan kepada amalan
pengurusan berbanding faktor-faktor demografi pengetua yang lain.
20

Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa pengurusan adalah satu proses
merancang, mengelola, memimpin dan mengawal dengan menggabungkan sumber
manusia, sumber kewangan dan sumber teknologi untuk mencapai matlamat
organisasi berdasarkan pendapat Knight (1983), Mosley et al. (2008), Stoner et al.
(1995), Thierauf et al. (1977) dan Zaidatol Akmaliah (1990).
2.3

Kualiti dan Produktiviti

Kualiti merupakan satu aspek yang penting yang perlu ditititk beratkan oleh setoiap
bahagian organisasi atau sekoalh. Perkhidmatan yang berkualiti menjadikan ciri
utama untuk sesuatu organisasi itu menjadi kompetititfc dan berdaya saing. Menurut
Deming (1986), kualiti mesti diukur melalui hubungan di antara tiga aspek iaitu
produk atau perkhidmatan, penggunaan , pengguna atau proses. Kualiti dapat diukur
dengan kos misalnya akibat daripada ketidakpatuhan maka berlaku kos yang
ditanggung akibat perbuatan yang salah (crosby, 1979). Jelaslah bahawa definisi
kualiti dalam konteks perkhidmatan awam lebih tertumpu kepada perkhidmatan yang
dapat memenuhi kehendak dam kepuasan pelanggan. Hal ini dapat dijelaskan
lagianya termasuk memberikan maklum balas yang cekap kepada kehendak
pelanggan, memberikan perkhidmatan yang cepat dan mesra, kebolehpercayan
yang tinggi serta ketetapan fakta yang diberikan.
Konsep kualiti suatu topik yang hangat dibincangkan sekarang khususnya dalam
sektor awam (Abdul Kadir, 1993a). Kualiti adalah satu istilah yang relatif, selain itu
kualiti juga memberikan maksud yang berlainan kepada orang dengan situasi yang
berbeza (Forgarty, 1989). Perkataan kualiti itu sendiri mempunyai banyak maksud
dan ianya mempunyai dua komponen yang berasingan dan berbeza iaitu maksud
secara objektif dan maksud secara subjektif (Joan W., 1994). Menurut Monica, kualiti
bermakna bersesuaian bagi tujuan kegunaan (Monica, 1988), iaitu apabila
pengguna atau pelanggan menilai mutu bagi sesuatu produk yang dikeluarkan atau
perkhidmatan yang diberikan sama ada ianya memenuhi kehendak, permintaan dan
keperluan pengguna tersebut.

21

Dalam kajian Lim Kong Teong dan Tang Swee Mei (2000) menjelaskan Pengurusan
kualiti menyeluruh pula (Total Quality Management [TQM]) merupakan satu falsafah
pengurusan yang berlandaskan idea beberapa orang guru kualiti seperti Deming,
Juran, Feigenbaum dan Ishikawa. Anugerah Kualiti Malcom Baldrige yang
diperkenalkan sejak 1987 telah mengukuhkan lagi pengiktirafan bahawa kualiti perlu
diberi tumpuan untuk mengekal dan memperoleh kelebihan bersaing dalain dunia
persaingan global (Golhar & Ahire, 1994). Di negara kita, Anugerah Kualiti Perdana
Menteri yang mula diperkenalkan pada tahun 1990 telah inenunjukkan hasrat
kerajaan untuk mengiktiraf d3n meningkatkan kualiti dalam semua bidang. Selain itu,
satu garis panduan untuk Pengurusan Kualiti Menyeluruh bagi perkhidmatan awain
telah diterbitkan pada taliun 1992. Garis panduan ini bertujuan ineinberi panduan
dan penerangan tentang pelaksanaan TQM dalain sektor awain (PKPA, 1992).

Dalam konteks yang lain pula faktor penglibatan pekerja mengikut Riemer (1992)
dan Magjuka (1993) mempunyai perhubungan yang sangat rapat dengan kejayaan
amalan pengurusan kualiti. Justeru itu penglibatan pekerja seharusnya mendapat
perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak khususnya kepada pihak pengurusan
sesebuah organisasi (Jason & Gunderson, 1990 ). Di samping itu kos kemanusiaan
bagi pengurusan kualiti itu sendiri, iaitu kos keegoan pengurusan pertengahan,
motivasi pekerja, penglibatan pekerja dan struktur pasukan yang terpaksa
ditanggung oleh organisasi merupakan halangan kepada amalan pengurusan kualiti
(Connor,1997). Pekerja merupakan nadi kepada kejayaan atau kegagalan proses
amalan 5 pengurusan kualiti. Oleh kerana itu usaha yang melibatkan perubahan
budaya kualiti di kalangan pekerja seharusnya dijadikan ukuran dalam melakar
kejayaan-kejayaan buat masa mendatang.
Guru ialah pendidik yang dianggap telah dilatih dengan keilmuan, kebolehan dan
kemahiran profesionalisme yang tinggi melalui dasar pendidikan negara. Mereka
terlatih untuk menguasai ilmu pengetahuan, kebolehan dan kemahiran mengajar
serta diamanahkan dengan tanggungjawab untuk menyampaikan pengetahuan,
kemahiran, nilai-nilai dan membentuk sahsiah diri pelajar (Haji Kamarudin Haji Abu
Hassan,

2009) .

Justeru, penguasaan keilmuan, kebolehan, kemahiran dan

kepakaran profesionalisme oleh pendidik memainkan peranan penting dalam


22

melaksanakan proses pengajaran dan pengajaran di bilik darjah.

Bilik darjah

merupakan tempat di mana pertemuan antara perlaksana ilmu dengan penerima


ilmu berlaku. Segala apa terkandung dalam dasar pendidikan, dasar negara dan
matlamat pendidikan akan dibawa oleh guru ke dalam bilik darjah.

Bilik darjah yang menjadi gelanggang utama untuk guru berinteraksi dengan muridmuridnya perlulah dikendalikan dengan pemikiran yang bijaksana dalam membuat
keputusan dan tindakan yang sesuai dengan masa dan keadaan. Dalam
penyelesaian masalah di bilik darjah pula guru perlu menanganinya dengan tahap
fikiran aras tinggi dan pertimbangan yang adil tanpa dipengaruhi perasaan dan
emosi. Oleh itu, guru perlu mempunyai kemahiran ilmu penyelidikan yang tinggi bagi
menyelesaikan pelbagai pernyataan masalah dunia pendidikan masa kini. Dengan
kepakaran yang ada, guru harus bijaksana dan berfikiran aras tinggi dalam
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Dalam proses
yang sama, guru juga perlu bijak mengendalikan kerenah anak-anak muridnya.
Seterusnya pula, guru perlu mempunyai kualiti peribadi yang unggul sebagai
seorang pendidik. Untuk meningkatkan kualiti peribadi, guru perlu menjadi seorang
penyelidik yang peka dengan isu-isu semasa dunia pendidikan. Kualiti pendidik yang
unggul bermakna guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran, kepakaran,
pemikiran aras tinggi, sahsiah diri dan nilai kerohanian diri yang mantap.
2.4

Peranan Guru Pendidikan Islam

Menurut Lim Kong Teong dan Tang Swee Mei (2011) menjelaskan tenaga pengajar
boleh dianggap sebagai pengurus kepada kelas yang diajarnya. Mereka memainkan
peranan secara konsisten sebagai fasilitator, mentor, kaunselor dan peiniinpin
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian ini sistem
pengurusan sekolah kualiti berfokuskan kepada guru Pendidikan Islam. Guru
Pendidikan Islam dalam kelasnya yang tersendiri merupakan intelektual yang
bertanggungjawab dan berperanan untuk mendidik anak didiknya. Pada tangan
guru, akan lahir generasi unggul dan berkarisma yang bakal mencorak peradaban
masa hadapan. Namun, melahirkan generasi yang unggul memerlukan sikap,
keilmuan dan kemahiran yang bukan sedikit daripada golongan yang digelar sebagai
23

guru. Dengan lain perkataan, guru ialah input kepada satu proses pendidikan yang
menentukan corak output yang bakal dihasilkan. Guru memberi pengaruh secara
langsung dan tidak langsung kepada pembinaan watak dan peribadi generasi yang
dikehendaki oleh al-Quran (Fathiyah Mohd Fakhruddin, Asmawati Suhid 2011).

Peranan guru Pendidikan Islam telah dibincangkan oleh Muhammad Uthman ElMuhammady dalam bukunya Islam, Peribadi, Tarbiah dan Institusi. Abdul Halim
Tamuri pual membuat perincian tentang peranan guru Pendidikan Islam dan disusuli
dengan beberapa penyelidikan yang berkaiatan dengan peranan guru. Lima peranan
utama guru Pendidikan Islam yang telah dihuaraikan oleh Ab. Halim (2007) meliputi
mudaris, muaddib, murabbi, mursyid dan muallim atau yang merujuk sebagai
Konsep 5 Mim.
Lima peranan tersebut bersifat umum dan untuk memastikan guru dapat
melaksanakan peranannya secara berkesan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran
serta membentuk sikap dan peribadi pelajar. Namun, kelima-lima peranan tersebut
juga berupaya memastikan guru dapat menerapkan Falsafah Pendidikan Islam
dalam pengajaran secara berkesan. Hal ini kerana kelima-lima peranan tersebut
dihuraikan meliputi peranan menyeluruh bagi seorang guru untuk menyampaikan
ilmu, membentuk kemahiran, membiasakan amalan, mendidik akhlak, sikap dan nilai
membimbing serta mendidik secara berkesan berdasarkan kemahiran yang perlu
dimiliki oleh guru.
Menurut Abdul Shukor (1995), cabaran utama bidang pendidikan di negara ini
adalah memastikan semua sekolah memainkan peranan secara berkesan. Pada
asasnya kecemerlangan sesebuah sekolah amat dipengaruhi oleh struktur
organisasi serta kerjasama yang terjalin dalam kalangan seluruh warga sekolah
bermula daripada pengurusan tertinggi, pengurusan pertengahan dan para guru di
peringkat akar umbi yang berhadapan secara langsung dengan pelajar di bilik
darjah.
Peranan pengurusan tertinggi dalam konteks pengurusan sekolah adalah sebagai
perancang, penggubal dan pembuat dasar manakala pengurusan pertengahan
24

merupakan pegawai penyelaras yang membantu tugas-tugas pengurusan dan


pentadbiran tertinggi bagi memantau dan memastikan segala perancangan serta
dasar-dasar dimantapkan, dilestarikan dan dilaksanakan oleh kumpulan akar umbi
iaitu peringkat kepanitiaan dan guru-guru mata pelajaran. Oleh hal yang demikian,
setiap peringkat pentadbiran hendaklah memahami dan mengetahui bidang tugas
masing-masing agar perjalanan pentadbiran menjadi lancar dan pengurusan
menjadi efektif, kerana bidang pengurusan bergerak melalui kerjasama kumpulan
dan bukannya wujud secara terpisah. Sehubungan itu, adalah penting bagi semua
warga pendidikan mengetahui, menguasai dan membudayakan konsep sekolah
berkesan agar seluruh warga sekolah mempunyai hala tuju yang sama, jelas dan
seragam (Mohammed Sani Ibrahim 2013).
Kualiti pengajaran bermaksud keupayaan guru untuk menyampaikan pengajaran
atau konsep atau kemahiran yang mudah difahami oleh pelajar, mudah diingat dan
menyeronokkan pelajar. Oleh itu, guru

Pendidikan Islam perlu mempunyai ilmu

dalam kemahiran mengajar dan pedagogi pengajaran. Hal ini kerana guru yang
menyampaikan isi pengajaran kepada pelajar akan menerima ilmu secara tersusun
dan sistematik (Kallison, 1986); menggunakan bahasa yang jelas dan mudah (Land,
1987), penerangannya yang jelas, dan memberi contoh-contoh yang berkaitan
(Mayer & Gallini, 1994); penekanan kepada isi-isi penting dan pelajaran itu cuba di
kaitkan pula dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar yang lalu dan yang sedia
ada (King & Menke, 1992); dan menggunakan alat bantu mengajar (ABM) bagi
membantu menerangkan sesuatu konsep (Hiebert, Wearne & Taber, 1991; Kazna
1991). Selain itu, objektif pelajaran hendaklah jelas dan khusus, isi kandungan
adalah mencukupi dan pada akhir sesuatu pelajaran, guru perlu mengadakan
penilaian atau peperiksaan. Kajian ini memberi penekanan terhadap produktiviti guru
yang merangkumi ilmu pengetahuan guru, kemahiran guru, dan personaliti guru.
Perkara ini penting untuk melahirkan guru yang berkualiti dalam sistem pengurusan
sekolah kualiti (SPSK).
2.5

Kerangka Teoritikal

25

Kerangka teoritikal kajian ini adalah berdasarkan beberapa teori yang mendasari
setiap pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar. Kerangka
teoritikal kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawah.

Pemboleh ubah bebas


(IV)

Pemboleh ubah Bersandar


(DV)

AMALAN SPSK

Pengurusan Panitia;
Pengurusan Jadual Waktu;

Pengurusan Pengajaran &


Pembelajaran;

Pengurusan Pencerapan;

SISTEM PENGURUSAN
SEKOLAH KUALITI
(SPSK)
KUALITI PRODUKTIVITI
GURU PENDIDIKAN
ISLAM

Pengurusan Peperiksaan;
Pengurusan Semakan Hasil
Kerja Murid.

KUALITI DAN PRODUKTIVITI


GURU

Pengetahuan;

Kemahiran;

Kepimpinan;

Personaliti;

Rajah 1: Kerangka Teoritikal


Kajian ini menggunakan beberapa teori yang menyokong objektif kajian ini. Teori
yang digunakan adalah:

2.5.1.1

Teori Naive Psychology

Teori ini telah dikemukakan oleh Helder. Beliau menyatakan bahawa setiap individu
mempunyai kaedah tersendiri tentang bagaimana untuk memenuhi kehendak
26

tingkah laku. Seterusnya disesuaikannya untuk menepati norma-norma persekitaran


dan organisasi. Begitu juga dijelaskan di sini bagaimana individu mempersepsikan
unsur-unsur seperti dasar organisasi, keadaan dan kemudahan organisasi, rakan
sekerja, ganjaran dan sokongan yang wujud di dalam organisasi (Schneider, 1975).
2.5.1.2

Teori Deming

Pendekatan W. Edwards Deming berkenaan pengurusan berpunca daripada kaedah


statistik.

Deming

menekankan

ketepatan,

prestasi

dan

perhatian.

Deming

mensintesiskan hujahnya mengenai pengurusan kualiti seperti mewujudkan


ketepatan tujuan bagi kemajuan, menggunakan falsafah baru, menggunakan teknik
latihan berasaskan kerja, menekankkan kualiti bukan kuantiti dan mewujudkan
struktur dan budaya pengurusan.
Merujuk kepada teori, kajian ini dijalankan di sekolah rendah di daerah Petaling
Perdana dan mengenal pasti hubungannya dengan kualiti dan produktiviti guru
terutamanya guru Pendidikan Islam. Kerangka teoritikal tersebut telah memaparkan
beberapa pembolehubah utama iaitu Amalan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti
(SPSK) yang terdiri dari Pengurusan Panitia,pengurusan jadual waktu, pengurusan
pembelajaran pengajaran, pengurusan peperiksaan dan pengurusan semakan hasil
kerja murid. Pemboleh ubah kualiti dan produktiviti guru terdiri daripada
pengetahuan, kemahiran, kepimpinan dan personaliti. Kajian ini dilaksanakan
mencapai objektif berikut; a) mengenal pasti tahap amalan SPSK; b) mengenal pasti
tahap kualiti dan produktiviti guru; dan c) Mengenal pasti hubungan antara amalan
SPSK (Pengurusan Panitia, Pengurusan Jadual Waktu, Pengurusan Pembelajaran
dan

Pengajaran,

Pengurusan

Pencerapan,

Pengurusan

Peperiksaan

dan

Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid) dengan kualiti dan produktiviti guru
(Pengetahuan, Kemahiran, Kepimpinan dan Personaliti).
BAB 3
METODOLOGI
3.0

Pendahuluan

27

Bab ini membincangkan tentang reka bentuk kajian, populasi dan persampelan
kajian, lokasi kajian, instrumen, prosedur pengumpulan data dan analisis data.

3.1.

Reka Bentuk Kajian

Menurut Gay dan Airasian (2009), reka bentuk kajian adalah struktur penting yang
merangkumi strategi secara umum berkenaan cara-cara penyelidikan dilaksanakan .
dalam kajian ini reka bentukyang dipilih adalah kajin tinjauan deskriptif yang dibuat
melalui edaran bprang soal selidik terhadap guru-guru Pendidikan Islam di sekolah
rendah dalam daerah Petaling Perdana, Selangor. Majid Konting (2009) pula
menyatakan, kaedah tinjauan deskriptif digunakan untuk meneroka sesuatu bidang
yang belum atau kurang dikaji oleh para pengkaji. Tujuannya adalah untuk melihat
sesuatu perkara atau fenomena yang sedang berlaku serta boleh menjimatkan masa
berbanding reka bentuk lain.
Kenyataan ini disokong oleh Azizi et. al., (2007), di mana reka bentuk kajian adalah
berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan yang bertujuan untuk
mendapatkan ukuran atau gambaran berkaitan keadaan ataupun ciri-ciri populasi.
Kajian ini akan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan diedarkan
kepada responden yang terdiri daripada pentadbir sekolah rendah di daerah Petaling
Perdana. Manakala untuk amalan SPSK pula data diperolehi dari analisis peratusan
berdasarkan hasil laporan Rumusan Verifikasi SPSK Tahun 2011.
Berdasarkan pandangan tersebut, pengkaji memilih reka bentuk tinjauan deskriptif
untuk mengumpul maklumat dan menerangkan scenario semasa terhadap
pelaksanaan sistem pengurusan sekolah kualiti dalam kalangan guru Pendidikan
Islam. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat yang berguna dan
memperbanyakkan kajian berkaitan SPSK supaya kajian-kajian yang lebih
mendalam dapat dilaksanakan pada masa hadapan kerana maklumat tentang
sekolah yang melaksanakan sistem pengurusan kualiti ISO 9001: 2008 amat kurang
dilakukan oleh pengkaji lain.

28

3.2.

Populasi dan Persampelan

Populasi adalah sekumpulan individu yang mempunyai ciri-ciri yang sama antara
satu sama lain untuk dikenal pasti dan dikaji oleh seseorang pengkaji (Creswell,
2008). Populasi kajian terdiri daripada guru-guru Pendidikan Islam yang sedang
mengajar di 59 buah sekolah di sekolah kebangsaan (SK) dalam daerah Petaling
Perdana, Selangor. Penyelidik menjadikan semua populasi guru-guru tersebut
sebagai sampel.
Populasi ini dipilih memandangkan Daerah Petaling Perdana merupakan kawasan
bandar dan banyak terdedah dengan kursus-kursus pedagogi bestari yang
memudahkan guru-guru melengkapkan borang soal selidik yang diberi berdasarkan
pengetahuan daripada hasil kursus yang dihadiri serta pengkaji merupakan
sebahagian tenaga pengajar di salah sebuah sekolah di daerah ini (Norliza Brahim,
2012).
Pemilihan sampel ini dijalankan dengan menggunakan kaedah persampelan
bertujuan (purposive sampling) untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.
Menurut Wiersma (2000), kaedah persampelan bertujuan boleh digunakan apabila
tujuan kajian adalah fokus kepada kumpulan tertentu. Dalam kajian ini tumpuan
kajian adalah kepada kumpulan guru Pendidikan Islam yang mengajar di sekolah
rendah harian dalam Daerah Petaling Perdana.
3.3.

Lokasi Kajian

Pengkaji memilih sekolah rendah harian dalam Daerah Petaling Perdana Selangor
sebagai tempat kajian dan subjek adalah terdiri daripada guru-guru Pendidikan Islam
di sekolah tersebut. Menurut sumber Jabatan Pelajaran Daerah Petaling Perdana
(2015) terdapat 59 buah sekolah rendah (SK) harian terdapat dalam Daerah Petaling
Perdana.
3.4.

Instrumen Kajian

29

Untuk kajian ini, terdapat dua kaedah pengumpulan data. Kaedah yang pertama
adalah menggunakan data dari Laporan Rumusan Verifikasi SPSK Tahun 2015. Di
dalam rumusan laporan ini terdapat data berkenaan peratus pelaksanaan amalan
SPSK di sekolah-sekolah yang mengamalkannya. Data-data ini terdiri daripada
peratus pencapaian setiap amalan pelaksanaan SPSK bagi tahun 2015. Manakala
kaedah yang kedua pula ialah menggunakan set soal selidik berbentuk tertutup
berkaitan tahap kualiti dan produktiviti guru yang telah dibina oleh Rahmah (1997)
sebagai instrumen kajian
Soal selidik ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.
Bahagian A berkaitan maklumat latar belakang responden manakala bahagian B
maklumat tentang persoalan kajian. Bahagian- bahagiannya adalah seperti
berikut :Bahagian A : Bahagian ini memberikan penekanan dan tumpuan kepada
latar belakang responden yang terdiri daripada jantina, jawatan, tahap pendidikan
dan tempoh perkhidmatan. Data-data ini perlu untuk melihat sifat atau keseragaman
ciri subjek kajian.
Bahagian B pula mengandungi 48 soalan yang berkaitan dengan kualiti dan
produktiviti guru yang telah ini telah dibina oleh Rahmah (1997) untuk menilai kualiti
dan produktiviti guru seperti di dalam Jadual 6.1.
Jadual 6.1 : Taburan Item Bahagian B
Dimensi : Kualiti dan Produktiviti Guru
Pengetahuan
Kemahiran

Personaliti

Senarai Item

Budaya Ilmu
Latihan
Pengurusan
Kepimpinan
Iltizam
Akhlak Murni
Berdisiplin
Semangat
Berpasukan
Proaktif
Kreatif dan Inovatif
Jumlah

30

Bilangan Item

5 hingga 8
9 hingga 12
13 hingga 21
22 hingga 29
30 hingga 33
34 hingga 37
38 hingga 42

4
4
9
8
4
4
5

43 hingga 48

49 hingga 50
51 hingga 52

2
2
48

Bagi memudahkan pihak responden membuat penilaian tersebut, Rahmah(1997)


telah menggunakan skala Likert yang mempunyai 5 tahap pemarkatan seperti yang
ditunjukkan di dalam Jadual 6.2.
Jadual 6.2: Skala Likert
Skala
1
2
3
4
5

3.5.

Maklum balas Item


Sangat Tidak Setuju ( STS )
Tidak Setuju ( TS )
Tidak Pasti ( TP )
Setuju ( S )
Sangat Setuju ( SS )

Kebolehpercayaan Instrumen

Mohd Majid (2009) menjelaskan kebolehpercayaan atau ujian pengukuran


merupakan ketekalan sesuatu alat ukur dalam mengukur pembolehubah dan
mempunyai ketekalan yang tinggi dianggap mempunyai kebolehpercayaan yang
tinggi. Biasanya .60 dalam indeks kebolehpercayaan yang diukur melalui pekali
Alpha Cronbrach dalam perisian SPSS dianggap mencukupi (Mohd Majid, 2009;
Mohamad Najib, 1999). Menurut Rahmah (1997) tahap kebolehpercayaan instrumen
yang dibina adalah tinggi dengan nilai Alpha Cronbachnya ialah 0.9654. Walau
bagaimanapun, oleh kerana instrumen ini telah dibina 19 tahun yang lalu, maka
penyelidik telah membuat sekali lagi kajian rintis untuk mengukur kebolehpercayaan
item-item dalam soal selidik ini di beberapa buah sekolah berdekatan daerah
Petaling Perdana dengan melibatkan beberapa orang guru Pendidikan Islam.

3.6.

Kesahan Instrumen

Sesuatu alat ukur yang dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi seandainya
darjah keupayaannya mengukur apa yang sepatutnya diukur adalah tinggi (Sidek
Mohd Noah, 2009). Dengan kata lain, alat ukur adalah sah jika berkebolehan
mengukur secara tepat sesuatu pemboleh ubah kajian. Bagi meningkatkan kesahan
instrument, pendapat pakar diperlukan untuk menilai instrument yang digunakan
31

(Mohd Majid, 2009). Berdasarkan cadangan Creswell (2007) dan Cohen (2000)
pengkaji mendapatkan persetujuan dan semakan pakar dalam bidang pembinaan
instrumen iaitu beberapa orang pensyarah dari Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.
persetujuan pakar dalam pembinaan item penting sebagai orang luar yang
mengesahkan pembinaan tema yang dibina oleh pengkaji selaku pendidik (Cohen,
2000). Namun melalui kajian ini, pengkaji telah menggunakan instrumen yang telah
dibina oleh Rahmah Yusak (1997) sebagai instrumen kajian.

3.7.

Prosedur Kajian

Sebelum kajian dijalankan, beberapa prosedur kajian atau rangka kerja disediakan
terlebih dahulu. Kajian ini telah dilaksanakan oleh penyelidik mengikut prosedur
kajian yang telah dirancang seperti berikut:
i. Menyediakan kertas cadangan penyelidikan.
ii. Penetuan kumpulan sasaran dan komunikasi awal dengan responden di UPM
dan IPT lain yang terlibat.
iii. Membangunkan soal selidik.
iv. Menetapkan tarikh untuk temujanji dengan IPT yang terlibat.
v. Melakukan kajian rintis.
vi. Mentadbir soal selidik kepada kumpulan sasaran.
vii. Focus Group Discussion dan Document Analysis dijalankan sekiranya data
dan maklumat yang diperlukan tidak diperoleh melalui soal selidik.
viii. Melakukan analisis data.
ix. Menulis dan menyiapkan laporan akhir kajian.
3.8.

Analisis Data

Hasil dapatan kajian akan dianalisis oleh penyelidik dengan menggunakan dua
kaedah statistik iaitu statistik deskriptif dan inferensi. Melalui statistik deskriptif,
pengkaji akan melihat frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai yang digunakan
untuk perbincangan hasil maklumat yang diperoleh daripada proses pengumpulan
data. Manakala, bagi analisis statistik inferensi pula, pengkaji ingin menentukan
perbezaan, hubungan dan faktor penentu berdasarkan data yang diperolehi dengan
melakukan ujian-T, ANOVA, korelasi dan regresi. Analisis data di dalam kajian ini

32

melibatkan empat item demografi di bahagian A dan empat puluh lapan item
mengenai dimensi kualiti dan produktiviti guru di bahagian B.
Proses analisis data ini dibuat berdasarkan skop kajian dan persoalan kajian yang
telah dibentuk. Responden Kajian ini terdiri daripada Guru Pendidikan Islam yang
mengajar di sekolah rendah (SK) harian dalam Daerah Petaling Perdana.

RUJUKAN
Ab. Halim Tamuri, Mohammad Kahirul Azman Ajuhary. (2010). Amalan Pengajaran
Guru Pendidikan Islam Berkesan berteraskan Konsep Mualim. Journal of
Islamic 43-56.
Abd Rahim Abdul Rahman, Khadijah Daud. (2014). Hubungan Pengurusan Sistem
Sekolah Kualiti Dengan Produktiviti Guru. Sains Humanika. Vol 2, No. 4, (169
- 178).
Abdul Latif bin Kasim. (2004). Kajian Terhadap Dimensi-Dimensi Empowerment
dan Ketegangan Kerja di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Teknik di
Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia.

33

Asmawati Suhid, Mohd Rezduan Mat Jurit, Fathiyah Mohd Fakhruddin. (2014).
Personaliti Pendidik Yang Ideal: Apa Kata Pelajar di Institut Pengajian Tinggi?
Journal of al-Quran and Tarbiyyah.
Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim
Hamdan. (2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur.
PTS Profesional
Berita Pengurusan & Kepimpinan. (1997). Perlis Perintis MS ISO 9002 Dalam
Pendidikan. Bil 7 Jld 1. September-Oktober 1997. Institut Aminuddin Baki
Creswell.J.W. (2008). Educational Research: Planing, Conducting and Evaluating
Quatitative and Qualitative Research (3 rd edition). New Jersey: Pearson Merril
Prentice
Fathiyah Mohd Fakhruddin, Asmawati Suhid. (2011). Peranan Guru Pendidikan
Islam Dalam Membentuk Generasi Unggul. World Congress For Islamic
History and Civilization: Islam and Education page 63-79 2011.
Fathiyah Mohd Fakhruddin. (2012). Peranan & Cabaran Guru dalam Pengajaran
Pendidikan Islam, Universiti Putra Malaysia.
Foo Say Fooi, Tang Keow Ngang. (2005).

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

Pengurusan Kolaboratif. Jurnal Pendidik dan Pendidikan.


Gay, L.R., Mills, G.E., & Airasian, P. (2009). Educational research: Competencies for
Analysis and Applications (9th ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson.
Haron, Hairunizad. (2012). Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK)
di Sekolah Rendah daerah Johor Bahru
Jamil Ahmad & Norlia Goomally. (2008). Pentadbiran dan Pengurusan Sistem
Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti, Panitia Diklat Mahajemen
Guru Internasional 2008, 4-5 Jun 2008
John West-Burnham.(2009). Mengurus Kualiti di Sekolah, Siri Kepimpinan dan
Pengurusan Sekolah.
Muhammad Faizal A. Ghani .(2012). Amalan Kecemerlangan Sekolah Dalam
Kalangan Dua Jenis Sekolah Berprestasi Tinggi Di Malaysia. Atikan, 2(2)
Mustafa Hashim. (2004). Pengaruh Iltizam Organisasi, Konflik Peranan dan
Kesamaran Peranan Ke Atas Amalan Pengurusan Kualiti. USM

34

Mohd. Majid Konting. (2009). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka
Mohammed Sani Ibrahim. (2013). Peranan Guru Mata Pelajaran Dalam
Mempertingkatkan

Kualiti

Pegajara

Guru-guru.

Jurnal

Kurikulum

&

Pengajaran Asia Pasifik


Norliza

Hj

Brahim.

(2012).

Kesediaan

Guru

Melaksanakan

Pembelajaran

Berasaskan Projek di Sekolah. Universiti Putra Malaysia, Serdang. Tidak


diterbitkan
Nor Hayati Fatmi Talib & Nabiroh Kassim Hajarul Bahti Zakaria, Mohd Huzairi
Awang@Husain, Bani Hidayat Mohd Shafie. (2010). Isu dan Cabaran Guru
dalam Pendidikan Al-Quran Pelajar Bermasalah Penglihatan, The 4th
Conference on Teacher Education (2010)
Rahmah Yusak.(1997). Pembinaan Instrumen Untuk Mengukur Kualiti Dan
Produktiviti Guru Dalam Profesion Keguruan. Tesis Sarjana. Universiti Utara
Malaysia
Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
http://jpnselangor.moe.gov.my/kualitiv3
Wan Na A/P Eh Tem. (2013). Pengaruh Iklim Organisasi Ke Atas Prestasi Kerja Guru
Di Kolej Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn
Yacob, Nor Adiny. (2013). Sistem pengurusan sekolah kualiti (SPSK) di sekolah
menengah daerah Muar. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia,
Faculty of Education.
Nor Hayati Fatmi Talib & Nabiroh Kassim Hajarul Bahti Zakaria, Mohd Huzairi
Awang@Husain, Bani Hidayat Mohd Shafie, (2010), Isu dan Cabaran Guru
dalam Pendidikan Al-Quran Pelajar Bermasalah Penglihatan, The 4th
Conference on Teacher Education (2010)
Nor Hayati Fatmi Talib & Nabiroh Kassim Hajarul Bahti Zakaria, Mohd Huzairi
Awang@Husain, Bani Hidayat Mohd Shafie, (2010), Isu dan Cabaran Guru
dalam Pendidikan Al-Quran Pelajar Bermasalah Penglihatan, The 4th
Conference on Teacher Education (2010)
Yahya Buntat, Rozali Omar & Syed Mohamaad Syafeq. (2003). Kesan Pengiktirafan
MS ISO 9002 Terhadap Psikologi dan Situasi Kerja Guru-Guru dan
35

Kakitangan

Sekolah:

Satu

Tinjauan.

Hlm.56

Seminar

Kebangsaan

Memperkasakan Sistem Pendidikan, 19-21 Oktober 2003. Hotel Puteri Pan


Pacific, Johor Bahru.
Yusoff,

Rushami

Zien and Md

Ali,

Kamarulzaman and Madon,

Mohd

Suan and Mohamad, Azran (1999) Sistem pengurusan kualiti MS ISO 9000
dalam pendidikan konsep & aplikasi di sekolah. Penerbit Universiti Utara
Malaysia, Sintok. ISBN 9839559648
Zulnaidi Yaacob (2008), Kesan Pengurusan Kualiti Terhadap Prstasi Pihak Berkuasa
Tempatan, Jurnal Kemanusiaan, bil 12 Dis 2008.

36

You might also like