Laporan Aktivti Gotong Royong Pencegahan Denggi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Laporan Aktivti Gotong Royong Pencegahan Denggi

Program gotong-royong telah dijalankan pada 08 Oktober 2016 yang lalu


bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 11.00 pagi di kawasan Sekolah Menengah
Kebangsaan Bawong dianjurkan oleh Jawatankuasa Pencegahan Denggi sekolah
sebagai langkah pencegahan awal berikutan penyakit pembawaan vektor seperti
nyamuk Aedes yang boleh menyebabkan penyakit yang kronik dan
membahayakan.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap kebersihan
sekolah ini dan kesedaran para pelajar dengan guru tentang pencegahan Denggi
dan nyamuk Aedes .Selain itu,program ini boleh mencegah penyakit yang
disebabkan oleh nyamuk Aedes.Program ini juga boleh mendapat kerjasama
daripada pelajar dan guru dan meningkatkan hubungan pelajar dengan guru.
Pada pukul 8.00 pagi,semua pelajar sudah tiba sekolah dan berkumpul di tapak
perhimpunan
sekolah.Selepas
itu,.Perasmian
program
gotong-royong
dilaksanakan oleh Pengetua SMK Bawong , Tn. Hj Anuar Bin Mamat. Seterusnya,
guru membahagikan pelajar dan lokasi untuk bergotong- royong membersihkan
kawasan sekolah. Pertama, pelajar lelaki Tingkatan 2 ditugaskan untuk
membersihkan kawasan padang asrama dan ditugaskan untuk membuang duri
semalu dan mengutip sampah di kawasan padang asrama. Semua pelajar
Tingkatan 1 pula juga ditugaskan untuk membuang duri semalu yang berada di
kawasan hadapan tapak perhimpunan. Mereka dibekalkan dengan alatan untuk
membuang duri semalu seperti cangkul dan playar. Pelajar perempuan 2 Jati pula
ditugaskan untuk menyapu koridor, mengutip sampah dikawasan asrama puteri.
Pelajar perempuan 2 Cengal pula ditugaskan untuk mengutip sampah dan
menyapu koridor dibahagian asrama putera. Pelajar perempuan 2 Merbau dan 1
Jati pula ditugaskan untuk mengutip sampah dibahagian Blok Pentadbiran
manakala pelajar 1 Merbau, 1 Cengal dan 1 Kempas pula ditugaskan untuk
mengutip sampah di persekitaran Blok Akademik dan Kantin Sekolah. Semuanya
memberi kerjasama yang baik,
Pada pukul 10.20 pagi, aktiviti gotong royong selesai dan pelajar
dikumpulkan di tepi padang asrama bagi menyerahkan kembali peralatan yang
digunakan oleh mereka. Seterusnya, pelajar bergerak ke kantin untuk menikmati
makan pagi. Guru- guru dan staf juga turut dijemput untuk menikmati makan
pagi di kantin.

Laporan disediakan oleh,


2016

10 OKTOBER


( Cik Nur Hasina Bt Mohd Ibrahim )
Setiausaha Jawatankuasa Pencegahan Denggi,
SMK Bawong Sg. Siput (U).

LAMPIRAN

You might also like