Pengenalan Bharatanatyam

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

NAMA MURID : W.

PATRICIA JANE
TINGKATAN : 2 BESTARI
NAMA GURU : PN.SRI DEWI
SUBJEK : SIVIK & KEWARGANEGARAAN

PENGENALAN BHARATANATYAM

LATAR BELAKANG BHARATANATYAM

CARA BHARATANATYAM DITARIKAN

CONTOH-CONTOH GAMBAR BHARATANATYAM

Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India.
Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan

tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahuntahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus
dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati
ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Nadu di bahagian Selatan India.
Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang
penari wanita.
Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam
peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan
Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian
tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).

Kebudayaan India telahpun wujud selama beribu tahun dahulu. Dengan itu,
kebudayaan India sangat kaya dengan berbagai jenis tarian suku kaum India.Tarian India
boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya tradisional. Daripada tujuh gaya klasiknya
yang paling dikenali adalah Bharata Natyam, Odissi, Mohiniattam, Khatak, Kathakali,
Kuchupuddi dan Manipuri. Tarian itu banyak bersandarkan unsur keagamaan Hindu dan
cerita daripada tulisan purba Sanskrit Natyashastra. Bharata Natyam ialah seni bercerita,
dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu.
Interpretasi umum untuk nama Bharata Natyam:
BA (ekspresi) + RA (muzik) + THA (irama) + NATYAM (tarian) = Baratha Natyam
Tarian Bharata Natyam berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India
dan dikenali sebagai tarian kebangsaan India. Ini adalah bentuk tarian abad ke-20
rekonstruksi Cathir, seni penari-penari di candi. Cathir pula, merupakan turunan dari bentukbentuk tarian zaman dahulu. Tarian ini merupakan gaya tarian klasik India yang paling
banyak diamalkan di Selatan India. Bharata Natyam sebagai bentuk tari dan muzik Carnatic
menetapkannya dalam Bhakti. Bharata Natyam dikatakan merupakan perwujudan muzik
dalam bentuk visual, upacara, dan sesuatu tindakan ketaatan. Tarian Bharata Natyam dan
muzik Carnatic tidak dapat dipisahkan dalam sesuatu persembahan. Ia adalah salah satu
dari lima gaya besar yang merangkumi Odissi iaitu unsur air, dan Mohiniattam iaitu unsur
udara. Gerakan penari Bharata Natyam yang asli menyerupai gerakan api.
Bharata Natyam merupakan manifestasi daripada idea dahulu kala iaitu perayaan
alam semesta yang kekal melalui perayaan dari keindahan tubuh manusia. Beberapa teknik
dalam Bharata Natyam boleh dikesan balik pada gaya Kaisiki. Semasa zaman pertengahan,
raja-raja setempat sering mengundang penari-penari di candi iaitu devadasi untuk menari di
istana, peristiwa ini melahirkan penari-penari kategori baru iaitu rajanarthakis. Seorang

devadasi harus memenuhi jiwa sendiri semasa menari dan berserah kepada Tuhan, tetapi
rajanarthaki menari untuk tujuan hiburan semata-mata. Walaupun sebahagian besar penari
Bharata Natyam pada masa itu adalah menari untuk tujuan hiburan, namum begitu, tarian
gaya Natya Shastra adalah tarian suci dalam upacara Hindu untuk meninggikan rohani para
penonton. Bharata Natyam adalah tarian yang dipersembahkan secara solo dengan dua
aspek, pertama ialah lasya iaitu wanita yang lemah lembut, dan kedua ialah tandava iaitu
aspek maskulin, yang sama konsep dengan Yin dan Yang di budaya Cina. Kejatuhan kerajaan
Hindu di selatan menandakan kehilangan tarian gaya Natya Shastra. Tarian yang suci ini
telah hilang ditelan zaman.
E. Krishna Iyer adalah salah satu orang yang menaikkan status sosial Bharata Natyam
dan mempopularkannya. Rukmini Devi Arundale pula menarik perhatian Barat pada Bharata
Natyam. Setelah belajar Bharata Natyam selama tiga tahun, pada tahun 1936 Rukmini Devi
Arundale mendirikan sekolah Kalakshetra luar kota Madras untuk mengajar dan untuk
mempromosikan muzik dan seni India. Dia salah satu guru yang pertama memberi arahan
kepada beberapa orang lelaki untuk mempersembahkan tarian Bharata Natyam. Pada waktu
itu, tarian ini secara khususnya dilakukan oleh perempuan, sedangkan lelaki, disebut
Nattuvanars, hanya pernah mengajar Bharata Natyam tanpa benar-benar melakukannya

Tarian ini dianggap sebagai tarian api, yang menunjukkan dengan jelas oleh metafizik
batin dan unsur api dalam badan manusia. Biasanya tarian ini diiringi dengan muzik klasik
Carnatic. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan
tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana
terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari untuk
mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap dan penuh
dengan kegemilangan.

Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari
wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat
dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkatperingkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya. Seorang penari
profesional tarian ini harus mempunyai beberapa sifat, antaranya kelihatan muda, langsing,
bermata besar, berkeyakinan diri, berkeupayaan mengikut alunan muzik dan menyanyi.
Menurut Abhinayadarpanam (dokumen yang sangat berkuasa berkaitan Bharata
Natyam), seorang penari profesional Bharata Natyam harus mempunyai sepuluh sifat utama
iaitu: Javaha (Ketangkasan), Sthirathvam (Kemantapan), rekha (bentuk badan yang cantik),
Bhramari (keseimbangan dalam pusingan), Drishti (pandangan mata), Shramaha (kerajinan),
Medha (kebijaksanaan), Shraddha (kesetiaan), Vacho (pertuturan yang baik), dan Geetam
(kemampuan bernyanyi).
Bharata Natyam dari campuran abstrak dan emosi yang berasal daripada campuran
dua unsur utama iaitu nritta (tarian tulen tanpa makna perasaan) & nritya (tarian yang
mempunyai perasaan). Bharata Natyam berasal daripada perbezaan yang banyak antara
unsur-unsur yang digunakan. Nritta merangkumi adavus, yang merupakan tarian asas
Bharata Natyam. Setiap adavu mempunyai 3 elemen penting iaitu posisi berdiri asas
(sthanaka), gerakan kaki (chari) dan pergerakan tangan yang dihias (nritta-hasta).
Dari teks zaman dahulu, kita dapat melihat bahawa pakaian asli tidak menutupi
sebahagian besar badan penari Bharata Natyam. Pada zaman pertengahan, amalan dan
kepercayaan tok-tok alim menyebabkan devadasis memakai pakaian sari yang khusus dan
berat yang sangat membatasi gerakan penari. Ada beberapa jenis pakaian Bharata Natyam,
ada yang tidak membatasi gerakan penari, manakala yang lain sebaliknya. Pakaian zaman
sekarang sangat simbolik, kerana tujuannya adalah untuk mengeluarkan aura penari pada
zaman kebendaan ini.
Muzik iringan untuk Bharata Natyam ialah muzik Carnatic gaya India Selatan. Biasanya
kumpulan pemain muzik Carnatic menggunakan instrumen iaitu mridangam (drum),

nagaswaram (paip panjang berbentuk tanduk yang dibuat daripada kayu hitam), suling, biola
dan veena (alat muzik dengan tali yang dimainkan dengan menyentuh tali-tali dengan
penggesek yang berkait dengan Saraswati, dewi Hindu.Bahasa Tamil, Telugu, Kannada dan
Sanskrit biasanya digunakan dalam Bharata Natyam.
Biasanya perkara-perkara persembahan Bharata Natyam zaman sekarang termasuk:

Ganapati vandana - Doa tradisional kepada dewa Hindu Ganesh, yang menghilangkan
halangan.

Alarippu - Persembahan daripada Tala dengan ucapan ringkas oleh penari. Ini adalah
seruan kepada tuhan untuk memberkati persembahan.

Jatiswaram - Tarian abstrak dimana gendang mengatur rentak. Di sini penari


menampilkan kemahiran pegerakan kaki yang rumit dan gerak-geri tubuh yang sopan.

Shabdam Tarian diiringi oleh puisi atau lagu yang bersifat kebaktian atau tema cinta
kasih.

Varnam - Pusat bahagian persembahan. Ia adalah bahagian persembahan yang paling


lama dan melibatkan pergerakan yang kompleks dan rumit. Posisi tangan dan tubuh
mengatakan cerita, biasanya cinta dan kerinduan untuk kasih sayang.

Padam Bahagian persembahan yang paling beremosi dimana penari meluahkan


beberapa aspek cinta: kecintaan kepada Maha Kuasa; atau kasih ibu untuk anak, atau
kasih dan cinta bagi kekasih.

Thillana - Bahagian terakhir adalah tarian tulen (nritta), dimana kemahiran luar biasa
muzik dicerminkan dalam pergerakan kaki yang kompleks dan pergerakan penari yang
menawan.

Angikam - Ini adalah lagu bersifat kebaktian kepada Tuhan Shiva dan salah satu
perkara Bharata Natyam. Juga dipersembahkan dalam gerakan lambat byapti.
Selain perkara-pekara ini yang agak moden, terdapat perkara yang dahulu kala seperti

Kautuvam, Koothu, Shlokam, Swarajathi, dan Krithi. Persembahan disimpulkan dengan lagu
daripada beberapa ayat-ayat agama sebagai satu bentuk ucapan syukur. Gaya tertentu
mempunyai perkara-perkara yang lebih maju, seperti Tharanga Nritham dan Suddha
Nritham. Apabila seorang penari telah menguasai semua elemen tarian Bharata Natyam,
semasa persembahan, dia biasanya mempersembahkan Arangetram (debut).

You might also like